Assalamuaikum warahmahtullahi wabarakatuh.....
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza.....insyaAllah amiin....moga sentiasa dalam keberkatan nya....alhamdulilah dapat bertemu di tahun baru 2013...sujud syukur pada Allah yang masih meminjamkan nyawa pada kita semua....syukran ya Allah.
Alhamdulilah dan terima kasih pada kawan yang sudi meninggalkan komen disini....maaf ya jika belum sempat untuk balas kunjungan...kadang-kadang masa ini agak terhad dan terbatas untuk mengadap depan computer.....insyaAllah nanti bila ada masa akan Nur luangkan masa untuk balas kunjungan. To my silent readers don't be shy to leave comments on my new entry instead of leaving comments on old entries.....hehehe.
Entry hari ini menu Coney Dog....hahaha who lets the dog out...huhuhu....lagu yang popular sedikit masa dulu tapi tak ada kena mengena dengan makanan di atas ini....saja-saja tokok tambah cerita...bercakap pasal dog ini teringat ada teman di Facebook waktu Singapore menang AFF Suzuki Cup 2012 upon winning the game immediately terus posted We are not dog...We are lions....wah tersentuh sekejap...ya lah siapa yang tak marah apabila digelarkan anjing kan....masyaAllah apa-apa pun Singapore telah berjaya....semua local Singaporean gembira ketika itu...kami semua merasa bangga dengan kejayaan Singapura....eh kita pernah juga came across ada forumers gelarkan Singapore dengan Singapork....aduhhh sedihnya tak terkata....apa-apa pun Singapork kembalikan kata-kata itu pada yang maha berkuasa....dia lah yang menentukan nya!!! Tak boleh nak kata apa-apa saudara mara kerabat2 sebelah ayah ku banyak disebarang....takut ada yang tersinggung nanti, lagi pun kita semua bersaudara dalam Islam.
Assalamualaikum kita mohon undur diri....hingga dapat bertemu di lain kesempatan....aamiin.
Coney Dog
Resipi: Fida Daud
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-bahan ( 10 biji )
400 gm daging kisar
3 biji bawang besar - potong dadu
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 sdk serbuk lada (chilli powder)
3/4 sdk lada hitam - kisar halus
1 sudu teh jintan ( Nur tambah)
2 atau 3 sudu butter untuk menumis (Nur tambah)
1 sudu worcestershire sauce (Nur tambah)
3/4 cawan sos tomato
1/4 cawan air
1 sdk garam
1 sdk gula
serbuk perasa secukup rasa
10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)- up to individual (Nur gunakan 8 biji roti hotdog)
10-12 biji sosej / frankfurter
beberapa keping Cheddar Cheese untuk taburan.
Cara-Cara
SOS:
Cairkan butter dan tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masak sehingga agak-agak rempah masak.
Masukkan daging kisar.
Gaul sebati sehingga daging mengecut.
Tuangkan sos tomato.
Gaul sebati.
Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa, worcestershire sos dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave).
Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya.
Cara Nur - setelah isi sos daging taburkan dengan cheddar cheese dan masukkan dalam oven
sebentar untuk cairkan cheese tadi. Dan setelah cheese cair boleh dikeluarkan dan dihidangkan
semasa panas-panas.....anak-anak kata sedapppp...ya lah terpulang pada citarasa individu...tepuk dada
tanya selera!!!
Coney Dog .jpg)



