Monday, August 27, 2012

Cashew Oatmeal Cookies


Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.....

Cepat masa berlalu....diam tak diam kita dah sampai minggu yang kedua beraya....kalau disini masih dalam suasana beraya....hujung minggu nanti lagi lah bertambah sibuk...sana sini ada open house...aduh pengsann!!!

Suasana beraya memang masih terasa kehangatan nya tapi pelajaran anak-anak jangan lah dilupakan...itu yang paling penting. Pernah beberapa tahun yang berlalu anak bongsu Nur ketika itu akan menduduki peperiksaan...waktu itu kita masih beraya....so yang important sekali pelajaran anak yang Nur utamakan dulu...ish tup tup ada yang tak senang pula dengan cara kita....kalau nak berjalan itu jalan lah sendiri jangan lah nak simpan perasaan marah pulak...ish urut dada kita menahan kesabaran!!!

Berbalik pada cerita cookie pula....kenapa lah Nur mati-mati tak perasan yang cookies dibawah ini Nur pernah buat...sebenarnya waktu bulan ramadan yang lalu Nur dah tengok resipi mana yang bakal dipilih tetapi disebabkan terlalu sibuk agaknya sehinggakan kita tersilap ambil resipi....tapi nasib baik cookies ini memang sedap dan rangup lebih-lebih lagi waktu baru keluar dari oven, sejukkan sebentar dan terus masuk dalam mulut....masyaAllah kesedapan dan kerangupan nya amat terasa....memang kita suka walaupun pada dasarnya kita ini bukan peminat oat tapi bila dah jadi cookies memang tip top!! Resipi pulak dari Yasa Boga....memang lah boleh dipercayai....dah cuba baru tahu....jangan tak cuba tiba-tiba kata tak sedap...tak baik kan gitu!! 


Cashew Oatmeal Cookies
Adapted From: Yasa Boga's Cookiebook
Shared by: Nuridah Salleh


Ingredients
250 gm butter + more for greasing
200 gm brown sugar or grated palm sugar
110 gm castor sugar
1/2 tsp salt
2 egg yolks + 1 egg white
1/2 tsp vanilla extract


200 gm plain (all-purpose) flour + 1/2 tsp
bicarbonate soda, sifted
200 gm oatmeal
200 gm dry-roasted cashew nuts, chopped


Method
1. Preheat oven to 150 degree celscius. Grease a baking tray with
butter. Set aside.
2. With an electric mixer, beat all ingredients (except flour mixture,
oatmeal and cashew nut) until mixture is creamy.
3. Add flour mixture and stir with a wooden spoon or fork until combined.
Add oatmeal and cashew nuts and stir until combined.



4. Drop teaspoonfuls of cookie dough onto prepared tray. Flatten each cookie
slightly by pressing down with the back of a teaspoon. Leave a gap between
a cookies.
5. Place in preheated oven and bake for abut 20 minutes until cookies are
done and golden brown. Transfer to a wire rack and leave to cool before
serving or storing in airtight containers.


****************Photobucket****************

Sunday, August 19, 2012

Chocolate Oat Crips


Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh buat kawan-kawan blogger semua serta pengunjung setia blog Nur....

Salam pagi Aidilfitri dari Nur buat anda yang disayangi selalu....semoga ceria dan berbahgia di pagi Syawal ini....tentu ramai yang akan keluar berhari raya setelah selesai menunaikan solat raya...Nur ingin mengambil kesempatan ini menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf jika terdapat kesalahan dan kesilapan yang pernah Nur lakukan sama ada dengan sengaja ataupun dengan tidak Nur sedari.....kita manusia tiada yang sempurna hanya Allah saja yang memiliki kesempurnaan itu!!!

Hari ini Nur ingin menyambung entri-entri kuih muih raya yang tidak sempat Nur nak update disebabkan kesuntukan masa dan sibuk yang teramat sangat.

Syukran....moga kita bertemu sekali lagi....Nur ingin mengundurkan diri dulu...jika ada masa dan kelapangan Nur akan sambung entri seterusnya. 


Chocolate Oat Crips
Resipi asal: Chef Zubaidah Chepa
Di kongsi: Nuridah Salleh


Bahan

250gm mentega
120gm  gula caster
140gm oats - bakar dan kisar
2 sudu besar serbuk koko
220gm tepung gandum


Hiasan

50gm susu tepung
50gm gula icing



Cara-Cara

1. Pukul mentega dan ggula kaster.

2.  Masukan bahan lain dan uli lembut

3. Canai dan terap dengan acuan segi empat.



4.  Panaskan ketuhar. Bakar pada suhu 140 darjah celcius selama 30 minit.

5.  Setelah biskut sejuk gaulkan dengan susu tepung dan gula icing.

****************Photobucket****************

Thursday, August 16, 2012

Irish Cookies



Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh...apa khabar pengunjung blog Nur yang sentiasa Nur sayangi?? Harap semua sihat dan ceria selalu lebih-lebih lagi hari raya bakal tiba beberapa hari lagi....



Kita pun ghairah juga nak menyambut kedatang bulan syawal tapi walaupun gembira terselit rasa sedih yang tidak terkata.....risau mengenangkan nasib anak kita yang masih dalam NS ini....rasa seperti nak berkongsi cerita tapi takut pula di salah ertikan nanti...takut ada berbau perkauman pula. Hati ibu mana yang tak sedih bila melihat anak nya keluar untuk menjalankan tugas menangis-nangis meleleh airmata....dah beberapa hari wajahnya muram tak berbual....rasa rindu dengan hilai ketawanya yang suka menyakat adiknya...kadang bergurau berlari-lari seperti budak kecil bersama adiknya....alahai sedih betul hati kita...sampaikan hari itu dia berbual ngan Nur "ma I don't mind to downgrade walau begaji kecik tak apa"....I know how he feels at this moment. Dulu sebelum masuk NS cita-citanya untuk mengejar pangkat....bekerja keras...akhirnya tak beberapa bulan dapat pangkat coporal ...selang beberapa bulan kemudian belum sampai setahun bossnya dah beritau akan menaikan pangkatnya pada sergeant....so bila dah setahun terlaksana impiannya bila di naikan pangkat kepada sergeant....alhamdulilah syukur melihat kejayaannya...pada Nur itu semua tak ada benda kerana dia hanya budak NS tapi bila difikirkan kembali itu ada lah amat besar dan membanggakan padanya!! Kini sejak akhir-akhir ini beberapa masaalah yang timbul antara dia dan seorang atasan....yang peliknya dengan boss sendiri alhamdulilah...tak ada masaalah...dengan satu kaafirun ini tak tau kenapa lah....rasanya dah tak sabar Nur nak bersemuka dengan dia...nak tau apa masaalah dia??? Memandangkan kita ini sekarang agak sibuk kerana nak menyambut raya terpaksa kita tunda dulu....kita pun tengah find out hows the procedure apabila NS boy ada masaalah and to whom should I consult?? Nur takut lah jika sesuatu yang buruk berlaku...nak menunggu ORD lagi dalam 3 bulan....masih jauh lagi...senang cakap anak Nur dalam keadaan mental torture...sepatutnya dalam training dulu ada masaalah tapi ini dalam bekerja pula....kerana NS nak sambung belajar jadi tergendala...kawan-kawan di Lasalle College semua dah start sekolah balik tapi anak aku terpaksa jalankan tugas demi negara...sekolah tolak tepi dulu...Lasalle pula akan merombak semula dan menukar system yang baru pada tahun depan...bagi pelajar yang ingin mengambil degree tahun ini ada lah tahun terakhir dengan course yang setahun saja tapi apabila tahun depan mereka akan menukar system baru bagi pelajar yang ingin mengambil degree harus tamatkan kursus selama dua tahun....bayangkan dari segi keewangan dan masa terbuang begitu saja....kalau tahun ini hanya $10,000 apabila tahun depan akan berbeza segalanya....betapa budak NS ini harus berkorban....ibubapa juga turut berkorban.


Nur setiap hari mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan anak bujang Nur...ya lah semua ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Hanya Nur terkilan pengorbanan masa anak-anak NS ini kadang tidak dihargai oleh orang yang tertentu...nak kata tak berpelajaran tapi pangkat tinggi pulak tu...tak tau lah!! Dan juga baru-baru ini apabila salah satu anak melayu anggota NS tewas semasa menjalankan tugas kita sampai mengalir airmata....tak dapat kita bayangkan bagaimana sedih hati ibubapa nya...lagi beberapa hari  umat Islam akan menyambut Syawal tiba-tiba kehilangan anak lelaki satu-satunya....betapa sedih dan hancur hati mereka....tapi sebagai orang Islam yang patuh dan taat pada rukun iman pasti akan redha dengan ketentuan Illahi...beriman pada Qada' dan Qadar itu saja lah yang menyejukan hati dan menambahkan keimanan didada. Mudah-mudahan Allah merahmati keluarga itu....sedih dan sebak hati kita.

Panjang cerita Nur hari ini....ya lah sekadar berkongsi duka dihati...berbalik pada kuih raya kita hari ini pula ya...hehehe...semasa membuat cookies ini Nur terlupa nak kisar nestum tapi apa-apa pun memang top biskut ini....sedapppp seperti yang diperkatakan. Oh bila kita browse buku festival cookies yang kita simpan beberapa tahun lalu baru kita perasan pemilik asal resipi ini....resipi ini pemiliknya ia lah Puan Rozita Abdul Kader yang rasanya agak terkenal juga kan diseberang tambak sana?? 

Ok lah Nur ingin mengundurkan diri dahulu...terima kasih pada pengunjung blog Nur yang masih sudi singgah dan mencari resipi disini....terima kasih banyak-banyak...salam mesra dari Nur.



Irish Cookies

Resepi asal:Buku Festival Cookies- Puan Rozita Abdul Kader
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan A

180gm mentega
20gm lemak sayuran
130gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk kopi segera
1 sudu teh esen kopi


Bahan B
200gm tepung gandum
100gm tepung ubi
40gm Nestum
1/2 sudu teh serbuk penaik


Cara Membuat

1. Putar bahan A hingga sebati, masukan semua bahan B dan gaul sebati.

2. Canai doh dan terap dengan penerap biskut, susun biskut di dalam dulang
pembakar. Sapu kuning telur dan hiasakan dengan kuaci dan coklat cip.

3. Bakar suhu 150 darjah celcius selama 15-20 minit.

Hisan: kuning telur, kuaci matahari, coklat cip.

****************Photobucket****************

Monday, August 13, 2012

Winter Sonata


Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh....

Apa khabar anda semua....tentu semakin sibuk sekarang ini...maalum lah hari lebaran hampir tiba...Nur pun tak dapat nak bersembang lama ini....ini pun curi masa sedikit untuk nak masukan entri kuih raya....

Seperti biasa resipi mesti kita cuba dari Chef Zubaidah Chepa...cookies di bawah ini Nur pernah buat dulu dan di gemari oleh tetamu....

Ok lah kita nak sambung tugas di dapur....salam sayang buat semua pengunjung blog ini.



Winter Sonata
Resipi asal: Homemade biscuits - Zubaidah Che Pa
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan
160gm mentega
1/2 biji telur
100gm gula icing
60gm kelapa kering - kisar
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp esen vanilla
230gm tepung ubi
70gm tepung gandum


Hiasan: Badam biji, coklat putih dan manik love merah


Cara-Cara
1. Sebatikan mentega, telur, gula icing dan esen vanilla.

2. Masukan bahan lain dan uli lembut sehingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit adunan dan masukan badam biji separuh dan
bulatkan. Panaskan ketuhar.


4. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 30 minit sehingga
kekuningan.

5. Setelah sejuk celupkan ke dalam coklat masakan putih dan masukan
ke dalam papercup dan hiaskan dengan manik Love.

****************Photobucket****************

Wednesday, August 8, 2012

Satay Goreng & Kuah Satay


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........

Selamat pagi semua...harap semuanya ceria setelah berjalan lancar berpuasa dan beribadah...syukran...Nur pun alhamdulilah walaupun kadang-kadang tu ada lah mabuk sikit-sikit tapi tetap cergas juga!!!

Secara ringkasnya hari ini Nur ingin berkongsi resipi satay goreng dari kak Fida...Nur kurangkan kandungan gulanya kerana kita ini kalau masakan yang agak manis susah nak telan...hehehe...apa-apa pun memang sedap resipi ini.....boleh masuk dalam senarai resipi yang sedap dan enak. Satay goreng memang favourite kita anak beranak...anak bujang Nur makan laju aja...katanya kuah satay ini  sedap lah. Berbaloi berdiri lama-lama di dapur apabila masakan kita disenangi dan disukai oleh anak-anak. Nur gandingkan satay goreng ini dengan ketupat lontong....hmmm sedap you!!!

Kualiti gambar kurang elok sedikit sebab Nur ambil gambar waktu malam dan mengunakan lampu skylight di ruang dining room kita....nampak daging tu berkilat sedikit...hahaha...tak kisah...kita bukan kejar glamour untuk dipuji dipuja...kita buat ini sebagai kenangan untuk anak-anak dimasa depan nanti...so harap maaf lah ya!! 


Satay Goreng
Resipi dari: Kak Fida@Myresepi
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan-bahan ( 10 orang )

1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir - Nur gunakan 100 gm saja
100 g gula merah - Nur gunakan 50 gm saja
100 g madu, 2 sk garam - Nur tak letak
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup


Cara-Cara

Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.


Kuah Satay

Bahan-bahan ( untuk seberapa banyak satay yg ada )

300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
100 g gula pasir - Nur agak-agak aja
150 g gula merah - Nur tak letak
40 g asam jawa
1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
2 biji buah keras*
1 sb ketumbar biji - sangar*
1 sk jintan kasar - sangar *
1 sk jintan halus - sangar *
2 hiris lengkuas *
2 hiris halia muda *
20 tangkai cili kering *
7 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
7 batang serai - hiris *
20 g udang kering *
1 cawan minyak masak


Cara-cara

Satukan gula merah dan asam jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
Kisar halus bahan2 bertanda *
Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garamdankunyit serbuk dan kacau rata.
Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya.


****************Photobucket****************

Friday, August 3, 2012

Ayam Masak Merah


Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh....bertemu sekali lagi di hari Jumaat yang mulia ini....salam sayang buat semua.

Apa khabar semuanya...harap semuanya dalam sihat wal'afiat dan sentiasa dalam rahmatnya...insyaAllah.

Dua hari yang lalu Nur berbuka dengan Ayam Masak Merah berserta ketupat lontong...pada mulanya ingatkan nak masak nasi yang berperisa tapi hubby kata just rebus ketupat lontong will do...ok lah....rasanya banyak juadah yang tak dah terlepas yang tak dapat Nur nak masukan dalam blog ini disebabkan kesuntukan masa untuk mengambil gambar. Kita suka berbuka dengan juadah yang baru  dimasak....sebab tu tak cukup masa untuk ambil gambar.

Ok lah berbalik pada resipi....resipi ayam masak merah ini ada pelbagai cara memasaknya terpulang pada citarasa masing-masing....dulu makcik Nur kalau masak ayam masak merah...tengok simple aja tapi masyaAllah sedapnya tak terkata...airtangan orangtua kan!!

Terima kasih pada empunya resipi....minta izin copy and paste disini....syukran!!


Ayam Masak Merah
Resepi dari: mamiamin@myresepi.com
Di kongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan-bahan ( 4 org makan )

1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
rempah tumis - 4 sekawan
3 sudu besar cili kering/ cili boh
1 tin kecil tomato puree
1 cawan tomato sos
5 sudu besar madu
5 cm halia - dimayang
6-8 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
4 labu bawang besar - dihiris bulat
1/2 cawan susu cair


Cara-Cara

Goreng ayam hingga masak tpi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dri kuali. Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.


Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.
Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka.


Nur gandingkan ayam masak merah ini dengan ketupat dan serunding....hmmm selera kita makan...hehehe....

Selamat berhujung minggu pada semua yang disayangi!!!...  

****************Photobucket****************