Wednesday, May 2, 2012

Talam Gurai


Jazakallahu Khairan....insyaAllah...syukran....

Salam tengahari buat anda semua yang dikasihi....mungkin disaat ini anda semua sedang makan tengahari ya.....buat Nur belum lagi...sebentar lagi boleh lah isi perut.....haaa Nur nak makan bonesteak cicah dengan roti perancis....aduh memang kegemaran kami sekeluarga....semalam rempahnya agak pedas sedikit...anak bongsu Nur dah kepedasan....dia tak tahan pedas sama seperti mama dia juga.

Terlanjur dah sebut tentang bonesteak ini Nur ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih juga pada Shidah dari rempah bonesteak dessa....terima kasih kerana meninggalkan komen tempoh hari. Mungkin suatu hari nanti dapat lah company Shidah tu kembangkan perniagaan di seberang tambak....terima kasih sekali lagi kerana memberitau Nur.

Berbalik pada entri hari ini....kuih talam gurai yang sedap walaupun kejadiannya agak kurang cantik...agak sukar buat Nur apabila nak mendapatkan potongan yang cantik....huhuhu....sedih semacam kita....tak apa lah janji enak dimakan. Biasa Nur mesti buat separuh adunan itu pun dah muai buat kami sebab budak-budak ni kalau kuih melayu agak kurang sedikit melainkan serimuka atau onde-onde pasti sekejap aja dah tinggal loyang. 


Talam Gurai
Resipi: Adaptasi dari buku One Publisher
Sumber: Nuridah Salleh

Bahagian Bawah
100 gm gula pasir
100 gm tepung ubi
200 gm tepung kacang hijau
300 gm gula melaka atau gula merah
1 tsp pewarna coklat (pilihan)
1 tin kelapa laut dihiris kecil
1 tsp garam
1200 ml santan cair
2 helai daun pandan


Cara-Cara
1. Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam dengan
separuh dari santan cair tadi, tapis.
2. Bancuh lebihan santan bersama tepung kacang hijau, tepung ubi dan garam,
tuang air gula tadi, gaul rata.
3. Panaskan adunan hingga naik wap dan masukan kelapa laut. Tuang ke dalam
loyang (10 x 10)" yang dialas kertas plastik dan kukus hingga masak.


Bahagian Atas
30 gm tepung ubi
100 gm tepung beras
100 gm gula
50 gm sagu biji (cuci dan toskan)
250 gm air kelapa laut (1 cawan dari tin kelapa laut)
800 ml santan pekat
1 tsp garam


Cara-Cara
1. Satukan semua bahang kecuali sagu biji, gaul rata dan panaskan diatas api
perlahan hingga naik wap. Masukkan sagu biji.
2. Tuang keatas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau
hingga masak.

****************Photobucket****************