Monday, April 23, 2012

Lovely Roses


Assalamualaikum warahmatullah hiwabaraktuh dan selamat pagi buat semua.....hari ini tak ada entri masakan seperti selalu....hehehe....

Hari itu dah terlanjur Nur petik gambar masakan tetiba terpandang bunga Rose dalam pasu kita yg sedang mekar mewangi nie terus kita pun shoot....dah shoot suka pula melihat hasilnya. Suka sekali pada warna Rose ini....kadang-kadang seronok juga merakam gambar bunga selain dari masakan...haha tersenyum Nur tengok bunga ini hilang stress gitu!!!


Ada gambar yang Nur edit sedikit....ada yang tidak...kejadian hasilnya sungguh memberangsangkan...ia lah amateur  photographer macam kita ini....kalau yang professional tengok pasti biasa-biasa aja.....seronok bermain dengan macro lensa ini. 





Friday, April 20, 2012

Buffet dinner@ Tiffany


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh & Jazakallahu Khairan..... 

alhamdulilah bertemu di petang Jumaat yang mulia ini....alhamdulilah syukran ya Allah yang telah memberi ku kesempatan bertemu dihari yang mulia ini sekali lagi.....moga ini akan menjadi kenangan bagi anak-anak mama yang disayangi....doa mama sentiasa bersama-sama mu anak-anak ku....amiin ya Allah!!

Ok hari ini tiada entri masakan dari Nur hanya ingin memenuhi hasrat suami yang suruh masukkan entri ini...kalau diikutkan hati memang malas gitu...tapi dah beberapa kali dia tanya so update juga lah kan...mungkin dia ada sebabnya tersendiri dan juga untuk disimpan sebagai kenangan.Jangan pula ada yang ingat lain pula ya....dan memberi ingatan makan di luar nanti tak ada duit simpanan pulak...alhamdulilah syukran sejauh ini belum lagi...kalau tentang harta dunia ini agak sukar untuk kita ramalkan bila-bila Allah nak tarik kembali kita pun tak tau dengan cara apa pun....cuma bagi Nur sentiasa nak kena beringat dengan rahmatnya....sedangkan jutawan yang kaya raya boleh jatuh miskin ini kan pula kita yang tiada apa-apa...segalanya milik di atas.

So ok Mr Salleh this is for you...this is only that I can update...I need to go out later!! See you tonight.....insyaAllah...amiin.


Ini gambar sekitaran lobby Furama Hotel.....hmmmm yang mana sempat aja gambar yg dapat dipetik...ramai juga orang ketika itu...rasanya this will be first and last tak mungkin kita akan kembali lagi...makanan nya tak lah sesedap mana....biasa-biasa aja lah...nasib baik bukan Nur yang suggest...kalau tidak mesti ada orang tak happy gitu ngan kita....hehehe betul tak papa?? This is all your suggestion....but ok lah at least we have spent a time with the kids.Alhamdulilah....thank you Allah....suka lah Nur ayat ini "thank you Allah" sebab pangkat cucu sedara dari sepupu Nur, anaknya tiapkali bangun tidur setelah membaca doa pasti akan mengucapkan ayat ini...mcm cute gitu...budak yg sekecik itu telah didik belajar bersyukur sebab dapat melihat dunia setiap hari ....ibunya pulak seorang muallaf....tapi dapat mendidik anak secara Islam.


Sebahgian dari makanan buffet yang dapat Nur selitkan dan kongsi disini....tapi yang kita suka disini air panas free flow unlike Straits Kitchen di Grand Hyatt...kita ini kalau mkn buffet mesti nak panaskan perut dengan air panas kalau tidak susah sikit gitu.


Yang ini pemberian dari anak Nur semasa hari ulangtahun Nur pada bulan lepas...dah lepas bermingu-mingu baru hari ini nak update sekali tanda menghargai dan bersyukur walaupun sekecil mana pemberiannya.

Ok thank you very much my dear boy!! eventhough my favourite is Poison Perfume by Dior but it's okay...whatever given by you mama always appreciated it....muaaah love you and adik!!

****************Photobucket****************

Wednesday, April 18, 2012

Nasi Goreng Tomyam


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

Salam tengahari buat anda semua....sihat kah anda?? Moga semuanya dalam sihat wal'afiat hendaknya tak kira lah siapa anda...setiap hari bila umat Islam berdoa dan bermohon pada yang berkuasa pasti akan menyebut para muslimin dan muslimat...kita ini semua bersaudara tak kira lah dari mana asal usul kita...betul tak??

Sekarang ini dah nak masuk musim peperiksaan....mula lah pening kepala...zaman dulu tengok ibubapa santai aja kalau anak-anak dalam peperiksaan...teringat Nur kalau tidur lewat malam sedikit pasti arwah ayah Nur tanya bila nak masuk tidur ini dah lewat malam....hahaha sebab kita dulu dah didisiplinkan tidur pada waktu jam 9.00 mlm...jadi dah terbiasa...dengan anak-anak pun Nur buat begitu tapi bila mereka dah meningkat dewasa dan banyak kerja sekolah yang nak diselesaikan terpaksa mengubah waktu tidur....kalau dah banyak kerja sekolah dan pulang dari sekolah agak lewat pasti kerja sekolah pun jadi tergendala....bayangkan jika ingin memilih sekolah yang terbaik dan jauh dari rumah....bagaimana agaknya??

Entri untuk hari ini ialah Nasi goreng tomyam....nasi ini dah lama terjadi kejadian nya...Nur pun tak ingat bila dan dah lama juga dalam draft...kita buat jeruk dulu....hehehe...kebetulan waktu itu Nur nak ringkas jadi masak pun ikut apa yang ada dalam peti ais.Namun begitu walaupun tak ada rencah seperti udang ataupun sotong tapi tetap menyelerakan...kata anak dan suami...tomyam paste mesti nak lebih biar rasa masam sedikit...tapi jangan lah terlalu masam sangat.Nur gandingkan nasi goreng ini bersama ayam goreng dan sayur kangkung goreng belacan...hmmmm dah cukup enak buat kita sekeluarga!!!


NASI GORENG TOMYAM
Resipi Asal: Chef Hanieliza 
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan
2 mangkuk nasi [peroikan]
100 gm udang [buangkan kulit]
100 gm sotong [potong kecil]
100 gm isi ayam [hiriskan nipis]
100 gm carrot [potong dadu]
100 gm kobis bulat [potong kecil]
1 bij telur
daun ketumbar [racik]
ciliapi tumbuk [kalau nak lebih pedas]
minyak
garam


Bahan Sos Tomyam [mesinkan]
10 tangkai cili kering
1 batang serai
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 s/b udang kering
1 1/2 kiub pes tomyam knorr - Nur tambah


Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan sos tomyam sehingga wangi.
2. Masukkan ayam dan carrot. kacau rata sehingga masak.
3. Masukkan udang, sotong, kobis dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan nasi dan kacau rata.
5. Pecahkan telur dan kacau rata bersama semua bahan.
6. Rasakan garam dan tutup api. - Nur tak letak sebab dh rasa garam dari kiub tomyam 
7. Taburkan daun ketumbar dan gaulkan sekali algi.
8. Hidangkan.
****************Photobucket****************

Friday, April 13, 2012

Puding Cendol

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh...salam pagi Jumaat yang mulia buat semua...

Alhamdulilah dapat bertemu sekali lagi dan syukur kehadrat illahi yang telah memanjangkan usia kita semua....

Apa khabar kawan-kawan semua terutama pengunjung blog Nur yg setia dan sudi singgah kesini....alhamdulilah terima kasih ya!!

Di pendekkan cerita hari ini Nur ingin berkongsi resipi untuk pencuci mulut.Untuk yang pemanis pasti akan berkata tak manis Puding Cendol ini, namun begitu pada yang tak kuat manis rasanya dah cukup kemanisan nya. Ini kali kedua Nur buat Puding Cendol....pernah buat disini tapi dengan resipi yang agak berlainan sedikit.


Hmmm ok kita mohon undur diri dulu, nak bersarapan dan menjalankan tugas seperti biasa. Selamat berhujung minggu moga hujung minggu ini memberi satu kebahgiaan buat anda semua yang disayangi. 

 
Puding Cendol
Adaptasi dari: Kompilasi Hidangan Puding
Sumber: Nuridah Salleh



Bahan-Bahan
600ml air
100gm santan pekat
150gm cendol
100gm gula Melaka
50gm gula pasir
1 1/2 sudu besar serbuk agar-agar
1/8 sudu kecil garam


Cara Membuatnya
1. Satukan dan masak bahan sehingga mendidih.
2. Masukkan ke dalam acuan puding berbentuk panjang.
3. Sejukkan di dalam peti ais.


Anak Nur yang bongsu gemar sekali memakan pencuci mulut tak kira lah apa jua jenis...buat Nur biasa-biasa saja...kalau makan pun untuk merasa sepotong dua saja....almaalum lah nak kena maintain kesihatan....hehehe.

****************Photobucket****************

Monday, April 9, 2012

Penang Char Kway Teow

Assalamualaikum dan selamat pagi serta salam sejahtera dari Nur buat semuaanya. 

Bagaimana hujung minggu anda yang lalu....pasti seronok kan??? Kita ini sekarang tengah kesukaan apabila dapat melihat wajah kawan rapat Nur semasa disekolah menengah dulu...kadang ada baiknya juga facebook ini...kali terakhir Nur bersua dengannya selepas kami tamat zaman persekolahan dulu....selepas itu hubungan kami renggang dan kali terakhir Nur berhubungan dengan nya sewaktu ingin menjemputnya dihari perkahwinan ku....bayangkan sehingga bertahun-tahun lamanya kami tidak pernah bersua muka lagi. Teringat segala kenangan manis waktu berkawan dengannya.Tapi itu lah kadang kawan-kawan sekolah ini walau seakrab mana...apabila dapat berhubungan kembali dan mengetahui penghidupan mereka agak berbeza dari kita...mereka rasa rendah diri dan kurang keyakinan diri....bagi Nur hidup ini adalah anugerah Allah dan setiap hambanya mempunyai bahgian masing-masing....rezeki, jodoh, ajal maut semuanya dah ditentukan olehnya....apa yang dimiliki didunia ini tak akan kemana...bila kembali kepadanya hanya amalan yang dibawa.......sesungguhnya Nur rindu sekali dengan kawan-kawan lama...ada yang masih bergaya dan cantik....ada yang homely type...ada yang ibu tunggal....tapi mampu hidup bersendirian dan membeli rumah sendiri...walau apa pun perjalanan hidup teman-teman ku yang disayangi...ku sentiasa berdoa pada Allah mudah2an anda semua sentiasa dalam rahmatnya...mudah2an Allah memberi hidayah pada kita semua sebab masa kita dah berlalu....anak-anak kita pula yang mengantikan zaman remaja kita...hahaha.....

Ok lah Nur tinggalkan cerita dan kenangan manis Nur bersama mereka....

Nur gemar memakan mee kuey teow....rasanya ada pelbagai versi untuk menyediakan nya...terpulang pada individu....bahan-bahan nya lebih kurang sama tapi cara menyediakan nya agak berbeza...kali ini Nur tak letak kerang sebab anak Nur dah tak gemar makan kerang....macam-macam kan sejak dah nak meningkat remaja ini kurang sikit pada kerang lebih pada makanan laut seperti lala, kupang, tiram dan sebagainya lah!!   


Penang Char Kway Teow
Adapted from: RasaMalaysia (Thank You for sharing recipe)
Shared by: Nuridah Salleh


Ingredients:


Chili Paste:

1 oz. seeded dried red chiles (soak in water)
2 fresh red chilies (seeded)
3 small shallots (peeled and sliced)
1 teaspoon oil
A pinch of salt

Sauce (mix and blend well):

5 tablespoons soy sauce
1 1/2 tablespoons dark soy sauce
1 tablespoon sugar
1/2 teaspoon fish sauce
Scant 1/2 teaspoon salt
2 dashes white pepper powder



Other Ingredients:

12 shelled prawn (submerge in ice cold water plus 2 tablespoons sugar for 30 minutes)
1 lb. fresh flat rice noodles (completely loosened and no clumps)
2 Chinese sausages (sliced diagonally) - I skipped this
A bunch of fresh bean sprouts (rinsed with cold water and drained)
A bunch of Chinese chives (removed about 1-inch of the bottom section and cut into 2-inch lengths)
3 cloves garlic (chopped finely)


Step-by-Step Picture Guide of Making Penang Char Kuey Teow

1. Grind all the ingredients of the chili paste using a mini food processor until fine. Heat up a wok with 1 teaspoon oil and stir-fry the chili paste until aromatic. Dish out and set aside.

2. Clean the wok thoroughly and heat it over high flame until it starts to smoke. Add 2 tablespoons oil into
the wok and add half the portion of chopped garlic into the wok and do a quick stir.

3.six (6) prawn out of water and half the sausage slices into the wok. Make a few quick stirs with the spatula until the prawn starts to change color and you smell the aroma of the Chinese sausage.

4. Add half the bean sprouts into the wok.
Immediately follow by 8 oz. or half portion of the flat noodles.

5. Add 2 1/2 tablespoons of the sauce into the wok and stir vigorously to blend well. Using the spatula, push the noodles to one side, and add a little oil on the empty area and crack an egg on it. Use the spatula to break the egg yolk and stir to blend with the egg white. Flip the noodles and cover the egg, and wait for about 15 seconds.

6. Add about 1/2 tablespoon of chili paste (if you like it spicy, add more) and some cockle clams into the wok.

7. Continue to stir-fry and make sure the egg is cooked through. Add chives, do a couple of quick stirs, dish out and serve immediately.

****************Photobucket****************

Wednesday, April 4, 2012

Sotong Masak Hitam


Assalamualaikum dan selamat malam pada semua..............

Apa khabar anda semua....rindu rasanya kalau tak berbloging tapi apa kan daya keadaan tidak mengizinkan. 


Semalam semasa Nur googled untuk mencari resipi sotong....alahai terjumpa gambar kari sotong Nur di sebuah blog....alahai nak kata apa....buat bodoh aja lah...tak habis-habis kan!!! Hhmmmm....penat lah setiap hari cerita yang sama saja...tak ada kesudahan nya.

Ok lah kita proceed pada resipi....tiada apa yang nak diceritakan lagi...mata Nur pun dah rasa mengantuk yg teramat sangat ini. Selamat malam pada semua bersua kita dilain waktu ya! 


Sotong Masak Hitam
Resipi di adaptasi dari: Majalah Rasa
Sumber: Noraini-ibu-manja.blogspot.com
Dikongsi bersama: Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
1kg sotong sederhana besar  (ambil dakwatnya dan pastikan tidak pecah)

Bahan Kisar
1 sudu makan biji ketumbar
1 sudu teh jintan kasar
1 sudu teh jintan halus
2 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1/2 sudu teh lada hitam
4 tangkai cili kering
Sedikit serbuk kunyit



Bahan Tumis
3 biji cili hijau (dihiris kasar)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 batang serai (dititik)
2 helai daun salam (jika suka)
Garam secukup rasa
Sedikit minyak sayur (untuk menumis)


Cara Memasak
1. Perapkan bahan kisar dengan hirisan sotong dan kepalanya dengan dakwat sekali.
2. Gaulkan rata dan taburkan dengan sedikit garam. Biarkan perap selama 30 minit.
3. Panaskan minyak dan tumiskan serai dan bawang hingga berbau wangi.
4. Kemudian masukkan daun salam (jika suka) bersama sotong dan bahan perapannya. Gaul rata.
5. Tambahkan sedikit air dan biarkan mendidih. Apabila mendidih, masukkan hirisan cili hijau dan biarkan masak hingga kering sedikit.
6. Perasakan dengan garam secukupnya dan hidangkan bersama nasi putih.


****************Photobucket****************