Monday, January 30, 2012

Tom Yam Seafood

Selamat petang semua....Nur sambung balik update blog untuk hari ini....almaalum lah Nur tak boleh update satu kali jalan....hehehe....

Dah siap ke untuk minum petang.....Nur ingatkan nak buat kuih kaswi....dah lama benar tak buat....macam teringin tekak ini...tak tau lah sejak kebelakangan ini tekak ini selalu terbayang makanan dan cemil2an yang sedap-sedap....takut juga nanti badan naik berlipat ganda...tapi biasa berat badan Nur maintain aja....ada satu kali bila Nur pergi medical check-up tiba-tiba bad cholestrol naik mendadak hingga doktor pun tanya kenapa....kata nya "tell me what do you eat this few months....hehe....tapi alhamdulilah sekejap aja the second time check-up okay...biasa lah bila usia dah melewati angka 4 dan seterusnya nak kena buat yearly check-up...kalau tidak tak tau tahap kesihatan kita.....

Hahaha...ok lah sambung kembali pada entri hari ini....lauk tom yam ini Nur gandingkan dengan ikan bakar dan sotong bakar....semuanya yang bakar-bakar...tekak dah macam-macam mengidam gitu...hehe. 




Tom Yam Seafood
Adaptasi dari: mompreneurasia
Resipi Puan: Amy Beh
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh




Bahan-Bahan
8 ekor udang segar, dibersihkan,buang kulitnya dan tinggalkan ekornya
150g sotong, dibersihkan dan potong kecil
2 ekor ketam biru, dibersihkan dan potong dua - Nur gantikan dengan
5 keping isi ikan merah dipotong nipis
100g abalone mushrooms - Nur letak cendawan butang
6 cawan stok ayam
20g lengkuas
3 batang serai
12 biji cilipadi
3 akar daun parsli
4 sudu besar chilli paste Nam Prik Pao
6-8 daun limau purut

Untuk Seasoning:
1 sudu kecil garam atau mengikut citarasa
1-2 sudu besar fish sauce nampla
3-4 tbsp lime juice
1 sudu besar minyak
2 sudu besar stok ayam maggi - Nur gunakan jenama knorr
Monosodium glutamate to taste - Nur tak letak


Hiasan
Daun ketumbar dicincang kasar - Nur tak letak

Cara Menyediakan
1. Lengkuas dan serai diketuk.Masukan ke dalam periuk, tambahkan cilipadai,akar daun pasli dan stok ayam.
2. Masak hingga mendideh dan masukkan cili paste Nam Prik Pao, daun limau purut.
3. Renihkan selama 10 minit.
4. Masukan semua seafood serta mushrooms dan biarkan mendideh hingga seafood masak.Tambahkan
seasoning dan hiaskan dengan daun ketumbar.

****************Photobucket****************

Sotong Bakar

Assalamualaikum.....

Alhamdulilah dapat bertemu lagi dipagi Isnin ini..........kalau tak salah minggu lepas semasa mengunjungi blog Hazila...terpandang sotong bakar dan lauk tom yam...terus Nur terasa ingin sekali makan sotong bakar...biasa sotong Nur masak lauk tapi kali ini cuba bakar pula.

Ternyata memang sedap....sotongnya lembut serta segar dan kena lah pada citarasa Nur....lain kali Nur nak cuba gunakan resepi dari Chef Wan pula.....sebenarnya resipi asal mengunakan ikan tapi Nur tukar pada sotong. Rasanya tetap tak menghampakan. Anak Nur pun suka walaupun yang sebenarnya kadang-kadang dia macam geli-geli sikit nak makan sotong sebab teringatkan sotong tu bergerak-gerak....hehehe...macam-macam budak-budak ini kan!!! Selain dari itu Nur gandingkan dengan lauk tom yam seafood serta ikan bakar.....isshhh tak boleh angs!!! sesekali gelojoh sikit tak apa kan...hahaha.

Ok lah Nur nak teruskan tugas surirumah seperti biasa...hehehe...jumpa lagi dan selamat menikmati sarapan pagi.




Adaptasi dari: junjs11@myresipi.com
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh




Bahan-Bahan
1 ekor ikan (bawal/merah) - Nur gantikan dengan 3 ekor sotong
1 serai-diketuk
daun limau purut-dihiris
air asam jawa
daun pisang dan aluminium foil



Bahan-Bahan Kisar
5 cili merah
5 cili kering
5 cili api
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
garam secukup rasa



Cara-Cara
1.Panaskan minyak. tumis bahan2 kisar hingga wangi dan naik minyak. masukkan serai, garam dan air asam.
2.Letakkan daun pisang diatas aluminium foil. letak separuh sambal, kemudian letak ikan dan tutup dengan baki sambal tadi. tutup daun pisang dan foil.
3. Bakar dengan api kecil hingga ikan masak pada kedua2 bahagian.
4. Hidangkan dengan air asam atau cili berkicap.

****************Photobucket****************

Wednesday, January 25, 2012

Mee Kuah Mamak

Assalamualaikum dan selamat pagi.....................

Cepat masa berlalu....hari cuti tahun baru cina telah pun berlalu tapi ada yang masih bercuti lagi...rutin seharian berjalan seperti biasa....kena bangun awal pagi tak boleh bangun lewat....hajat dihati nak sambung balik semula tidur tapi apakan daya banyak tugas yang menunggu.....mana lah tak stress!!!

Actually Nur ingatkan pagi ini nak pergi ke Library duduk diam-diam sambil baca buku atau lihat-lihat majalah tapi masa tidak mengizinkan....jadi duduk kejap lah mengadap computer sambil mengemas kini my blog yang sekarang ini rasanya tersadai tanpa dipedulikan....hehehe...kadang bila kurang mengadap computer ini banyak kerja dan tugas boleh dilakukan....nak kena bijak mengatur waktu...lebih-lebih lagi waktu bersama anak yang masih bersekolah yang perlukan lebih perhatian....betul tak??

Ok lah dipendekkan cerita...beberapa hari yang lalu Nur masak mee kuah...rasanya macam teringat nak makan mee kuah mamak tapi tak terjumpa resepi mee kuah mamak Singapura...so sebagai ganti Nur gunakan rempah instant saja.Bila gunakan rempah instant ini kita nak kena pandai adjust apa yang patut mengikut citarasa sendiri....so far no complaints from my guest atau family....memang diakui rempah instant ini ada masa rasa pedas, ada masa terlebih manis....waktu yang Nur beli hari itu rasanya dah cukup...kira-kira just right for my family..kalau nak pedas you need to adjust yourself. Jangan lurus bendul sangat....hehehe.  


Mee Kuah Mamak
Bahan resipi dari: Produk rempah bonesteak Dessa
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
1 packet rempah bonesteak dessa
1 biji bawang besar dipotong dadu
3/4 biji cili hijau dipotong kecil
Sedikit cili kisar jika perlu (Nur tak letak)
500gm tulang rusuk kambing atau lembu (biasa digunakan tulang kambing) Nur gunakan tulang lembu
300gm sayur bak choy atau sawi
5 biji telur ayam
1/2 inci halia
1 batang serai di titik

Cara-Cara
1. Rebus tulang rusuk bersama serai dan halia serta air secukupnya hingga empuk.
2. Bila tulang dah empuk matikan api dan ketepikan.
3. Dalam sebuah periuk lain masukkan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah yang telah dipotong dadu bersama dengan cili hijau hingga naik bau dan layu sedikit.


4. Masukkan cili kisar jika suka dan kacau rata bersama bawang dan cili hijau tadi.
5. Masukkan rempah bonesteak dan kacau rata.
6. Air tulang tadi ditapis dan masukkan ke dalam periuk dan biarkan mendidih.


7. Pecahkan telur perlahan, jangan dikacau dan biarkan ia mengeras.
8. Masukkan tulang rusuk perlahan dan biarkan ia sebati dengan kuah.
9. Perasakan dengan garam. Masukkan sedikit tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
10. Akhir sekali masukkan sayur sawi dan matikan api.

****************Photobucket****************

Tuesday, January 17, 2012

Chocolate Cashew Schuimpjes

Assalamualaikum dan selamat malam......

Sekali lagi Nur bersiaran diwaktu tengah malam sambil menunggu anak Nur pulang dari tugas. Hati ibu mana lah yang boleh lelapkan mata bila salah satu anak nya tiada bersama.....betul tak?? Pasti semua ibu diluar sana akan merasa resah gelisah seperti Nur juga. 

Siang tadi Nur buat meringue cookies, Chocolate Cashew Schuimpjes....terbelit sikit nak menyebut perkataan yang akhir tu....haha...senang untuk membuatnya dan senang juga untuk dikunyah...sekejap dah hilang dalam mulut....hehehe...anak bongsu Nur suka sebab ada terasa manis sedikit....hmmm budak-budak kan, sesekali okay lah!!!

Okay lah kita lihat resipi yang senang ini.....



Chocolate Cashew Schuimpjes
Adapted from: Yasa Boga's Cookie Book
Shared by: Nuridah Salleh


Ingredients
125ml (1/2 cup) egg white (about 4 eggs)
250 gm castor sugar
200 gm dry-roasted cashew nuts, coarsely chopped
100 gm dark cooking chocolate, grated and kept in fridge to chill


Method
1. Preheat oven to 130c. Line a baking tray with baking paper. Set aside.


2. With an electric mixer, beat egg whites at low speed until foamy. Gradually
add sugar and continue to beat until sugar has dissolved completely. Increase
mixer speed and beat for about 10 minutes until stiff peaks form.Add cashew
nuts and chilled grated chocolate. Gently fold mixture with a wooden spoon
until combined.


3. Drop 1 tsp cookie dough onto prepared tray and repeat until used up. Leave
a gap between cookies on tray.


4. Place in preheated oven and baked for about 50 minutes until cookies are
done and slightly golden. Transfer to a wire rack and leave to cool. After the
cookies have cooled, store them in an airtight container immediately to prevent
them from losing their crunch.

****************Photobucket****************

Friday, January 13, 2012

Mee Udang


Assalamualaikum dan selamat malam semua.....

Jari jemari ini dah beberapa kali ingin menaip sesuatu, terasa dihati ingin meluahkan sesuatu pada sesaorang tapi takut dipandang serong dan di sindir seperti dulu.....tak apa lah rasanya sekarang pun Allah dah balas pun....rasanya dia dah merasa apa yang pernah aku rasakan sedikit masa dulu. Biar lah dia terjun dengan labu-labunya....let you taste your own medicine!!! 

Memandangkan dah larut malam Nur ringkaskan saja entri hari ini...lagipun Nur memang tak pandai nak bercerita panjang jela...takut nanti ada yang pandang serong pulak pada kita...so kita jaga lah mulut ini baik-baik jangan sampai kena sindir sekali lagi.

Semalam Nur cuba resipi dari Che'Iza yang telah menyepi sekali lagi dari dunia blogging ini....resipi mee udang yang enak rasanya. Ok Iza kak Nur minta izin letak resipinya disini untuk dikongsi pada pengunjung setia blog kak Nur yang tak seberapa ini. Terima kasih Iza berkongsi resipi...rasa rindu juga tak dengar gurau senda Iza....harap Iza sentiasa sihat ya.  



Mee Udang 
Resipi: Che'Iza
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh 


Bahan-Bahan
1/kg mee kuning
300 gm udang saiz L (belasah jerlah saiz apapun eh)
4 sb lada boh / lada giling
*4 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1 sb udang kering
*1/2 inci halia
1 sb petis
3 sb sos tomato
1 sb sos cili


keledek / kentang yg tlh direbus n di lenyek (optional- utk pekatkan kuah)
gula n garam
taugeh n sawi
daun bawang n bawang goreng


Cara-Cara

Rebus udang hingga masak... tapis keluar udang n asingkan.. Air rebusan jgn buang....
Tumis lada boh hingga garing... Kisar bahan bertanda *... Tumis lak bahan kisar.... hingga betul garing n naik bau....
Masukkan air rebusan udang.. biar kuah mendidih... Masukkan sos tomato, sos cili n petis... Renehkan kuah
Masukkan garam n gula... bergantung pada citarasa masing.... Adalah lebih baik kalau kuah ni direneh lebih lama.... Lagi lama lagi sedap....
Letak keledek/kentang yg tlh dilenyek utk memekatkan kuah... Tapi kuah ni dah cukup pekat sbb ada letak sos... so depend masing2lah eh...
Celur mee, taugeh n sawi.... Masukkan udang yg telah direbus tadi... tuang kuah n taburlah dgn daun bawang n bawang goreng.....

****************Photobucket****************

Tuesday, January 10, 2012

Apam Beras


Assalamualaikum dan selamat petang semuanya....

hmmmm rasanya hari ini dapat lah Nur meluangkan sedikit masa  mengadap PC sebab anak dara Nur belum pulang dari sekolah...minggu ini ada test....hmmm baru second week dah ada test....yang merisaukan Nur anak dara sorang ni boleh kosongkan perut dia sehari suntuk sebab gara-gara tekak nya belum dapat terima  makanan yang dijual disekolah barunya.....bila kita tegur dia jawab "everyone is like that" susah aah kalau cerewet sangat....tak macam abang dia....tolak batu dengan kayu aja...hehe...janji sedap!!! 

Berbalik pada entri petang ini....haaaa dah lama kita tak makan apam...kita ada lah peminat setia kuih apam....kalau dapat apam yang ringan lagi sedap...terus tergulik2 kita makan....bubuh kelapa lebih2 lagi sedap...terus tak boleh bangun kita...hehehe...rasanya apam ini Nur pernah buat dulu....memandangkan ada nasi yang tak habis itu lah  Nur buat sekali lagi kuih apam ini untuk minum petang......jemput semua.


Apam Beras
Resipi  dari: cha@myresipi.com
Dikongsi bersama oleh: Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
 2 cwn nasi
 2 cwn tepung gandum
 2 cwn tepung beras
 1 cwn brown sugar

3/4 gula
2 1/2 cawan air
1 sudu keci yis (mauripan)
kelapa parut dengan sedikit garam


Cara-Cara
1. blend nasi dan air sehingga hancur.
2. setelah hancur,campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
3. dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
4. selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. perap selama 3 jam.
6. masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
7. hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..siap!



Kari Kambing Tumis


Assalamualaikum dan selamat malam.....

bersiaran dimalam hari lagi....maaf lah lambat pulak Nur update....sepatutnya sianghari tadi Nur ingat nak update blog tapi agak sibuk sedikit....kepada adik yang bertanya tentang resipi ini sila lah semak resipi. Resipi seperti biasa dari Chef Wan....Nur gandingkan menu ini bersama nasi carrot yang diatas itu. Rasa lauk ini ada masam-masam sedikit....bagi yang tidak gemar pada rasa masam boleh lah kurangkan tomato hiris dan juga tomato puri....terpulang pada citarasa sendiri....adjust lah mana yang patut!!

Okay lah kita pun dah mengantuk....nak masuk beradu....jumpa esok lagi jika diizinkan Allah. 


Kari Kambing Tumis
Resipi: Dato Chef Wan 
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
600 gm daging kambing, dipotong kecil
2 biji bawang besar, dikupas dan dihiris tebal-tebal
1 cawan yogurt 
garam secukup rasa
1/4  cawan minyak masak
3 sudu besar tomato puri
3 biji tomato, dipotong bulat-bulat - Nur gunakan 2 biji saja, 1 besar dan 1 lagi kecil sedikit
5 sudu besar rempah kari daging serbuk dicampur dengan 2 sudu besar air


Bahan Kisar
6 ulas bawang putih, dikupas
1 sudu besar halia yang dikupas dan dicincang
1 tangkai cili hijau
1 tangkai cili merah

Rempah Tumis
3 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga


Cara-Cara
1. Perap daging, bawang besar, yogurt, garam dan bahan kisar selama 15 minit.
2. Panaskan minyak masak dan tumis rempah tumis sehingga wangi
3. Masukkan tomato puri, tomato dan rempah kari. Kacau rata.
4. Masukkan daging yang diperap dan masak sehingga daging empuk dan kuah pekat.

****************Photobucket****************

Sunday, January 8, 2012

Nasi Carrot dan Kari Kambing Tumis


Assalamualaikum dan selamat malam semua.............

Semenjak sekolah dibuka semula Nur agak sibuk sedikit....banyak urusan dan tugas yang harus diutamakan dulu....bila ada masa terluang itu dah terasa penat pula dan waktu untuk berehat seketika. Hujung minggu pula dah malam begini baru ada masa nak mengadap komputer.....itu pun ada juga baju anak-anak yang perlu digosok untuk mereka pakai pada esok hari......pendek kata tak habis kerja suri rumah sepenuh masa ini!!!

Hari ini hidangan tengahari Nur ada lah nasi carrot.....rasanya dah ramai yang mencuba resipi dibawah ini. Selain dari nasi carrot Puan Aini Salim yang sedap dan enak...yang pernah Nur cuba dulu....resipi nasi carrot ini tidak kurang hebatnya....sedap dan rasa seperti berempah sedikit nasinya....lebih-lebih lagi bila  Nur gunakan beras basmathi Mehran terasa kesedapan dan gebunya nasi ini bila dimakan. Nasi ini Nur gandingkan dengan lauk Kari Kambing Tumis dari Dato Chef Wan.....hahaha....esok Nur update resipi lauknya pula. 

Nur masak setengah daripada resipi asal dan Nur tambahkan air mawar untuk mengharumkan nasi ini.Ramai yang telah mencuba resipi ini seperti Nieza, Wana, Tun dan yang lain-lain....kak Nur tak ingat lah siapa lagi...yang penting nama pemilik asal resipi ia itu Kak Hanieliza.....terima kasih pada Kak Liza yang telah berkongsi resipi nasi yang enak ini dan juga pada kawan-kawan blogger yang telah mencubanya dan memberi maalum balas....Nur minta izin untuk dikongsi diblog Nur pula.


NASI CARROT
Sumber resipi: Kak Hanieliza
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
6 cawan beras basmathi....basuh dan toskan
2 cawan carrot [potong dadu kecil] - Nur parut saja.
1/2 cawan susu cair
8 cawan air
1 kiub ayam knorr
1 s/k gula - Nur tak letak
garam


Bahan Tumis
2 s/b rempah kurma
5 ulas bawang merah.]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk kasar
2 cm halia ]
3 s/b minyak sapi
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar.....mayang
daun pandan........simpulkan


Cara -Cara
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur.

****************Photobucket****************