Wednesday, August 8, 2012

Satay Goreng & Kuah Satay


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.........

Selamat pagi semua...harap semuanya ceria setelah berjalan lancar berpuasa dan beribadah...syukran...Nur pun alhamdulilah walaupun kadang-kadang tu ada lah mabuk sikit-sikit tapi tetap cergas juga!!!

Secara ringkasnya hari ini Nur ingin berkongsi resipi satay goreng dari kak Fida...Nur kurangkan kandungan gulanya kerana kita ini kalau masakan yang agak manis susah nak telan...hehehe...apa-apa pun memang sedap resipi ini.....boleh masuk dalam senarai resipi yang sedap dan enak. Satay goreng memang favourite kita anak beranak...anak bujang Nur makan laju aja...katanya kuah satay ini  sedap lah. Berbaloi berdiri lama-lama di dapur apabila masakan kita disenangi dan disukai oleh anak-anak. Nur gandingkan satay goreng ini dengan ketupat lontong....hmmm sedap you!!!

Kualiti gambar kurang elok sedikit sebab Nur ambil gambar waktu malam dan mengunakan lampu skylight di ruang dining room kita....nampak daging tu berkilat sedikit...hahaha...tak kisah...kita bukan kejar glamour untuk dipuji dipuja...kita buat ini sebagai kenangan untuk anak-anak dimasa depan nanti...so harap maaf lah ya!! 


Satay Goreng
Resipi dari: Kak Fida@Myresepi
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan-bahan ( 10 orang )

1 kilo daging kambing/lembu/ayam - cuci dan tos, dipotong nipis dan kecil.
150 g gula pasir - Nur gunakan 100 gm saja
100 g gula merah - Nur gunakan 50 gm saja
100 g madu, 2 sk garam - Nur tak letak
Bahan berikut hendaklah dikisar tapi jgn terlalu halus :-
3 sb ketumbar biji - sangar
2 sk jintan halus - sangar
1 sb lada sulah biji
6 ulas bawang putih
1/2 jari halia
2 hiris lengkuas
4 batang serai - hiris
1/2 jari kunyit hidup


Cara-Cara

Gaulkan bahan2 kisar pd daging bersama gula,garam dan madu hingga rata dan perap 1 jam atau boleh disimpan dlm petisejuk semalaman.
Panaskan minyak secukupnya dan goreng daging hingga empuk.Masukkan 1/2 senduk lagi minyak dan goreng lagi hingga kering(saya biarkan naik minyak dan basah2 sedikit).
Hidangkan dgn kuah,timun,ketupat dan bawang.


Kuah Satay

Bahan-bahan ( untuk seberapa banyak satay yg ada )

300 g kacang tanah - sangar dan kisar kasar
100 g gula pasir - Nur agak-agak aja
150 g gula merah - Nur tak letak
40 g asam jawa
1 sk garam dan 1 sk kunyit serbuk
2 biji buah keras*
1 sb ketumbar biji - sangar*
1 sk jintan kasar - sangar *
1 sk jintan halus - sangar *
2 hiris lengkuas *
2 hiris halia muda *
20 tangkai cili kering *
7 ulas bawang merah *
5 ulas bawang putih *
7 batang serai - hiris *
20 g udang kering *
1 cawan minyak masak


Cara-cara

Satukan gula merah dan asam jawa,diramas dgn secukup air utk mendapatkan 500 g air asam, bancuh kacang tanah kisar dan gaul rata.
Kisar halus bahan2 bertanda *
Panaskan minyak di dlm periuk dan tumis bahan kisar hingga garing dan masukkan gula,garamdankunyit serbuk dan kacau rata.
Masukkan bancuhan air asam dan kacang tadi ke dlm bahan yg ditumis. Masak atas api perlahan hingga keluar minyaknya.


****************Photobucket****************

15 comments:

  1. Salam kakak nur yg manissss... kita dtg awal2 dgn harapan ada lagi satay goreng tu nak bwk balik buat buka arini sbb arini mcm malas nak masak2 hihihi... sambal kacang tu pun sedapnyerrr! mkn dgn nasi himpit terasa nikmat berhari raya :D

    ReplyDelete
  2. nampak satay goreng kak nur teringat dulu2 ma pernah buat satay goreng ni... masa tu sy masih bersekolah rendah.. sebab buat bnyk tak larat nak cucuk jd ma gorengkan aje.. rasa sama je ngan saje cucuk2 tu.. hehe..

    re: persiapan raya tahun ni sgt2 ala kadar.. takde mood pun nak beraya kak.. byk sgt musibah yg melanda... apa2pun baju raya semua dah siap.. cuma kuih raya je takde mood nak buat...

    ReplyDelete
  3. salam kak nur...fuhhh rasa mcm dah raya pulak...hihihii
    Liza pun suka buat satay grg ni, senang keje...hihihii

    ReplyDelete
  4. Salam kak nur,
    Kuah kacang tu menyelerakan betul. Kalau ada nasi impit pun sedap ni.

    ReplyDelete
  5. Walalalallaaa Nur.... terasa enaknya aroma satay gorengmu itu..... mmmm nak makan dengan nasi impit! Tapi mana mau cari....

    ReplyDelete
  6. Assalam kak NUR..kuah kacang tuh nmpk marbeles kak..Ok juga klo mls2 nk cucuk bek wat gini jer kan kak,hihi..erm akak dah byk ke wat kukis..aikkk akak mabuk2 ermmm ade berita gembira yg sy terlepas ke kak,hihi..

    ReplyDelete
  7. Salam Nur.ada hidangan sate goreng....nampak sedap mkn dg kuah kacang. betul tu Nur, kalau anak suka masakan yg dihidangkan berbaloi lama di dapur.....puas hati masakan dihidangkan menjadi kesukaan keluarga...

    ReplyDelete
  8. Salam Kak Nur..cikwan nak komen...semua makanan arini..cikwan nampak semua sedap... huhuhu.. jangan marah ye Kak Nur, biasalah kalau dah petang cenggini...duk bilang jam pkul brapa nak berbuka... ;p

    pssttt..berbalik pada resepi..cikwan 1st time ni terjumpa resepi satay goreng... nmpak sedap tu.. telan liur jap.hhihihi

    ReplyDelete
  9. Sedap nya sate, buat hidangan hari raya pun boleh di tambah dengan lontong nya.. nyam..nyam

    ReplyDelete
  10. salam kak nur.....
    semakin menarik photo2 kak nur. lighting yg cukup. boleh nanti kongsikan bersama dilla erk kak nur hehehe
    salam sayang dari Aca & dilla

    ReplyDelete
  11. sedapnye... sy lum penah buat sate goreng... selalu cucuk2 je... resepi ni pun nmpk mudah... tinggal rajin atau tak utk cuba je kan...

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Nur Sayang :D
    Aduhai! tergoda! tergoda!...dah lama tak makan satay ni...bila tgk kat sini teringin pulak...

    Tgk kuah kacang tu...lagi laaa tak sabar nak tunggu raya...

    ReplyDelete
  13. Assalam knur yang manis jelita..
    wah dah ada lagu raya kat dapur akak ni ya..
    dah terbau2 dah knur..suasana raya is just around the corner,
    lagilah dengan sajian satay goreng dan kuah kacang ni..wwaduhhh...
    kita sibuk lah kak last week..buat kuih..since kita cuti bendera jepun might as well buat sekali..
    jadi kalau haus bolehlah sorok2 minum..heheh tapi jangan nampak budak berdua tu ..kalau
    nampak habis lah dia orang banyak songeh kenapa mama tak puasa..hehe.especially the girl tu..
    bukan dia tahu apa itu uzurkan..hehe

    ReplyDelete
  14. Salam Nur
    Smalam saya cuba resepi ni. Daging dia memang best very sedap.
    Kuah dia saya beli kacang yang dah siap kisar & tu yang rosakkan flavour dia. Tapi overall best resepi ni dan dapat pujian dari family. Tmakasih banyak2 Nur untuk resepi2. awak. Sungguh simple. untuk orang2 yang baru blajr masak mcm saya :-)
    Faizah

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum wrb, I finally found what I've been looking for! Hehe. Thank you for the recipe, looking forward to trying it, but the Kuah satay tu, must it be bawang kecil or bawang besar that must be blended? Always terconfuse pasal tu kalau come across that in Malay recipe books sumer hehe

    H.

    ReplyDelete