Thursday, August 16, 2012

Irish Cookies



Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh...apa khabar pengunjung blog Nur yang sentiasa Nur sayangi?? Harap semua sihat dan ceria selalu lebih-lebih lagi hari raya bakal tiba beberapa hari lagi....



Kita pun ghairah juga nak menyambut kedatang bulan syawal tapi walaupun gembira terselit rasa sedih yang tidak terkata.....risau mengenangkan nasib anak kita yang masih dalam NS ini....rasa seperti nak berkongsi cerita tapi takut pula di salah ertikan nanti...takut ada berbau perkauman pula. Hati ibu mana yang tak sedih bila melihat anak nya keluar untuk menjalankan tugas menangis-nangis meleleh airmata....dah beberapa hari wajahnya muram tak berbual....rasa rindu dengan hilai ketawanya yang suka menyakat adiknya...kadang bergurau berlari-lari seperti budak kecil bersama adiknya....alahai sedih betul hati kita...sampaikan hari itu dia berbual ngan Nur "ma I don't mind to downgrade walau begaji kecik tak apa"....I know how he feels at this moment. Dulu sebelum masuk NS cita-citanya untuk mengejar pangkat....bekerja keras...akhirnya tak beberapa bulan dapat pangkat coporal ...selang beberapa bulan kemudian belum sampai setahun bossnya dah beritau akan menaikan pangkatnya pada sergeant....so bila dah setahun terlaksana impiannya bila di naikan pangkat kepada sergeant....alhamdulilah syukur melihat kejayaannya...pada Nur itu semua tak ada benda kerana dia hanya budak NS tapi bila difikirkan kembali itu ada lah amat besar dan membanggakan padanya!! Kini sejak akhir-akhir ini beberapa masaalah yang timbul antara dia dan seorang atasan....yang peliknya dengan boss sendiri alhamdulilah...tak ada masaalah...dengan satu kaafirun ini tak tau kenapa lah....rasanya dah tak sabar Nur nak bersemuka dengan dia...nak tau apa masaalah dia??? Memandangkan kita ini sekarang agak sibuk kerana nak menyambut raya terpaksa kita tunda dulu....kita pun tengah find out hows the procedure apabila NS boy ada masaalah and to whom should I consult?? Nur takut lah jika sesuatu yang buruk berlaku...nak menunggu ORD lagi dalam 3 bulan....masih jauh lagi...senang cakap anak Nur dalam keadaan mental torture...sepatutnya dalam training dulu ada masaalah tapi ini dalam bekerja pula....kerana NS nak sambung belajar jadi tergendala...kawan-kawan di Lasalle College semua dah start sekolah balik tapi anak aku terpaksa jalankan tugas demi negara...sekolah tolak tepi dulu...Lasalle pula akan merombak semula dan menukar system yang baru pada tahun depan...bagi pelajar yang ingin mengambil degree tahun ini ada lah tahun terakhir dengan course yang setahun saja tapi apabila tahun depan mereka akan menukar system baru bagi pelajar yang ingin mengambil degree harus tamatkan kursus selama dua tahun....bayangkan dari segi keewangan dan masa terbuang begitu saja....kalau tahun ini hanya $10,000 apabila tahun depan akan berbeza segalanya....betapa budak NS ini harus berkorban....ibubapa juga turut berkorban.


Nur setiap hari mohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan anak bujang Nur...ya lah semua ibu akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak-anaknya. Hanya Nur terkilan pengorbanan masa anak-anak NS ini kadang tidak dihargai oleh orang yang tertentu...nak kata tak berpelajaran tapi pangkat tinggi pulak tu...tak tau lah!! Dan juga baru-baru ini apabila salah satu anak melayu anggota NS tewas semasa menjalankan tugas kita sampai mengalir airmata....tak dapat kita bayangkan bagaimana sedih hati ibubapa nya...lagi beberapa hari  umat Islam akan menyambut Syawal tiba-tiba kehilangan anak lelaki satu-satunya....betapa sedih dan hancur hati mereka....tapi sebagai orang Islam yang patuh dan taat pada rukun iman pasti akan redha dengan ketentuan Illahi...beriman pada Qada' dan Qadar itu saja lah yang menyejukan hati dan menambahkan keimanan didada. Mudah-mudahan Allah merahmati keluarga itu....sedih dan sebak hati kita.

Panjang cerita Nur hari ini....ya lah sekadar berkongsi duka dihati...berbalik pada kuih raya kita hari ini pula ya...hehehe...semasa membuat cookies ini Nur terlupa nak kisar nestum tapi apa-apa pun memang top biskut ini....sedapppp seperti yang diperkatakan. Oh bila kita browse buku festival cookies yang kita simpan beberapa tahun lalu baru kita perasan pemilik asal resipi ini....resipi ini pemiliknya ia lah Puan Rozita Abdul Kader yang rasanya agak terkenal juga kan diseberang tambak sana?? 

Ok lah Nur ingin mengundurkan diri dahulu...terima kasih pada pengunjung blog Nur yang masih sudi singgah dan mencari resipi disini....terima kasih banyak-banyak...salam mesra dari Nur.



Irish Cookies

Resepi asal:Buku Festival Cookies- Puan Rozita Abdul Kader
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan A

180gm mentega
20gm lemak sayuran
130gm gula
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk kopi segera
1 sudu teh esen kopi


Bahan B
200gm tepung gandum
100gm tepung ubi
40gm Nestum
1/2 sudu teh serbuk penaik


Cara Membuat

1. Putar bahan A hingga sebati, masukan semua bahan B dan gaul sebati.

2. Canai doh dan terap dengan penerap biskut, susun biskut di dalam dulang
pembakar. Sapu kuning telur dan hiasakan dengan kuaci dan coklat cip.

3. Bakar suhu 150 darjah celcius selama 15-20 minit.

Hisan: kuning telur, kuaci matahari, coklat cip.

****************Photobucket****************

8 comments:

  1. k nur syg. rasa sedih pulak baca. walau anak saya kecik lg saya faham pasal kita mendoakan kejayaan anak kita tu. semoga semua ni ada hikmah besar yg menanti ye kak nur. a blessing in disguise.amin
    saya syg k nur. selamat hari raya. maaf zahir batin kakakku syg...

    ReplyDelete
  2. salam syg kak nur,
    sedeyy baca catatan akk.zila doakan semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah kak..
    SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :) insaallah mesti ada jalan keluar nnt kak sabar yer.

    ReplyDelete
  3. Makin mengancam gambar masakan akak. Selamat Menyambut Aidil fitri buat kak Nur sekeluarga.

    ReplyDelete
  4. Zubedah Belajar MasakAugust 16, 2012 at 10:34 PM

    Sedihnya Nur baca kisah anak u tu...kalau I berada ditempat u pun I mesti risau juga. Kadang2 tu memang betul2 tersepit. Bersuara salah tak bersuara kita yg parah. Bayangkan masa telah terbuang!!!ohhhhhh mmg susah nak explain, cuma org yg mengalaminya saja yg tau...Sabar byk2 ya, mudah2an ada jln yg terbaik yg akan Allah bagi. Insya'allah.

    ReplyDelete
  5. Zubedah Belajar MasakAugust 16, 2012 at 10:37 PM

    Sedihnya baca kisah anak u tu, Nur. Kadang2 betul2 rasa tersepit. Bersuara salah tak bersuara kita yg parah. Hanya org yg mengalaminya saja yg tau rasanya. Doa byk2 k, mudah2an diberi kemudahan oleh Allah swt. Amin.

    ReplyDelete
  6. Salam Idil Fitri buat Nur sekeluarga..Maaf Zahir Batin ya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum :D
    Selamat Hari Raya,
    Maaf Zahir Batin... sekiranya terdapat salah dan silap selama Kak Lin menjadi rakan blog anda.

    Terima kasih.
    Sayang Anda Semua
    Muaaahhh...Muaaahhh...

    Note:-
    Sedapnya biskut raya...

    ReplyDelete
  8. Assalam knur,
    maaf kita lamabt singgah dapur knur ni dari hari tu lagi..cookies entries hari
    tu semuanya auto publish..tak sempat nak reply ..
    bila dengar cerita Knur tentang boy ni..kita faham benar senarionya kak..
    memang bingit kan kak..pengorbanan yang diberi tidak diiktiraf atau dihargai..
    sedih sangat dan hampa perasaan bila ditreate macam gitu..
    lagi2 dari anak muda yang meningkat dewasa dan mempunyai future yang panjang lagi ..

    sebagai parents kita pun rasa susah hati dan risau bila tengok anak kita bersedih dan
    depressed kan kak.. maybe kaknur boleh jumpa orang atasan(boss) since dgn boss dia no problem,
    discuss the matter .maybe there is a solution kak for this...

    on the passing of seorang anggota ns kemarin..kita pun berapa kali mengalir air mata bila tengok berita tentang dia..sedih sangat..anyway full investigation akan dilakukan..

    ReplyDelete