Friday, August 3, 2012

Ayam Masak Merah


Assalamualaikum Warahmahtullahi Wabarakatuh....bertemu sekali lagi di hari Jumaat yang mulia ini....salam sayang buat semua.

Apa khabar semuanya...harap semuanya dalam sihat wal'afiat dan sentiasa dalam rahmatnya...insyaAllah.

Dua hari yang lalu Nur berbuka dengan Ayam Masak Merah berserta ketupat lontong...pada mulanya ingatkan nak masak nasi yang berperisa tapi hubby kata just rebus ketupat lontong will do...ok lah....rasanya banyak juadah yang tak dah terlepas yang tak dapat Nur nak masukan dalam blog ini disebabkan kesuntukan masa untuk mengambil gambar. Kita suka berbuka dengan juadah yang baru  dimasak....sebab tu tak cukup masa untuk ambil gambar.

Ok lah berbalik pada resipi....resipi ayam masak merah ini ada pelbagai cara memasaknya terpulang pada citarasa masing-masing....dulu makcik Nur kalau masak ayam masak merah...tengok simple aja tapi masyaAllah sedapnya tak terkata...airtangan orangtua kan!!

Terima kasih pada empunya resipi....minta izin copy and paste disini....syukran!!


Ayam Masak Merah
Resepi dari: mamiamin@myresepi.com
Di kongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan-bahan ( 4 org makan )

1 ekor ayam - potong kecil dan goreng
rempah tumis - 4 sekawan
3 sudu besar cili kering/ cili boh
1 tin kecil tomato puree
1 cawan tomato sos
5 sudu besar madu
5 cm halia - dimayang
6-8 ulas bawang putih - dimayang
10 ulas bawang merah - dimayang
4 labu bawang besar - dihiris bulat
1/2 cawan susu cair


Cara-Cara

Goreng ayam hingga masak tpi jgn sampai garing sangat. Keluarkan dri kuali. Dalam kuali yg sama tumiskan rempah ratus dan bahan yg dimayang dgn 1 senduk minyak lebihan goreng ayam tadi. Kemudian tambah cili boh dan goreng hingga garing. Kemudian masukkkan pula tomato puree dan tomato sos gaul hingga sebati.


Masukkan pula madu, gula dan garam. Sesuaikan rasa garam dan manisnya. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.
Bila sudah mendidih masukkan pula susu cair. Kecilkan api. Kacau rata. Kemudian boleh le masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang besar tadi.
Biarkan sebentar hingga mendidih atau sampai kuah dan ayam sudah mesra. Boleh ditambah kismis dan daun bawang jika suka.


Nur gandingkan ayam masak merah ini dengan ketupat dan serunding....hmmm selera kita makan...hehehe....

Selamat berhujung minggu pada semua yang disayangi!!!...  

****************Photobucket****************

10 comments:

  1. Salam kak nur!!! selamat masuk tgh hariiiii!!! kita suke ayam masak merah dr air tgn org ehehe... kalau kita yg masak mcm kurenggg jerrrr, sbb tu kalau raya kita akn carik ayam masak merah yg org bagi hihihi...sedapnyerr!

    ReplyDelete
  2. Salam kak nur.. all time feveret! lawan ngan nasi putih sedap, nasi minyak, nasi tomoato, even nasi beryani pun tun cari ayam masak merah gak. hiihi.. mmg hantu masak merah ;p

    ReplyDelete
  3. Sedap hingga menjilat jari dan pinggan kak!!! Meleleh air liur ku! :)

    ReplyDelete
  4. Good afternoon knur,
    memang gandingan yang secocok lah..
    sedap ni memang laju aje makan...dah lama juga tak masak ayam masak merah..anak2 kita suka..
    mak pulak asik nak menerai recipe baru..so recipe2 yang dah dicuba dilupakan..hehe
    bolih gitu..

    ReplyDelete
  5. Assalam kak nur cayang,ayam msk merah mmg feberet sokmo,klo ari2 pon xpe,hehhe..klo wat nasi berperisa,mmg wajib de aym msk merah..nmpak yg kak nur punya,adeiii sedap komain..

    ReplyDelete
  6. aduiii... terliur nii.. cam ne ni...

    ReplyDelete
  7. Salam k nur..waah sedapnya ayam masak merah..sy suka gndingan ni..menyelerakan:-)

    ReplyDelete
  8. Salam.. Biasa orang makan dengan nasi tomato.. tapi makan dengan ketupat pun sedap juga.. :D

    ReplyDelete
  9. Alahai cantik2 nya gambar... tak terkedip mata memandang... ayam masak merah memang feveret kami sekeluarga... ;)

    ReplyDelete