Monday, August 13, 2012

Winter Sonata


Assalamualaikum warahmahtullahi wabarakatuh....

Apa khabar anda semua....tentu semakin sibuk sekarang ini...maalum lah hari lebaran hampir tiba...Nur pun tak dapat nak bersembang lama ini....ini pun curi masa sedikit untuk nak masukan entri kuih raya....

Seperti biasa resipi mesti kita cuba dari Chef Zubaidah Chepa...cookies di bawah ini Nur pernah buat dulu dan di gemari oleh tetamu....

Ok lah kita nak sambung tugas di dapur....salam sayang buat semua pengunjung blog ini.



Winter Sonata
Resipi asal: Homemade biscuits - Zubaidah Che Pa
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan
160gm mentega
1/2 biji telur
100gm gula icing
60gm kelapa kering - kisar
1/2 tsp serbuk penaik
1/2 tsp esen vanilla
230gm tepung ubi
70gm tepung gandum


Hiasan: Badam biji, coklat putih dan manik love merah


Cara-Cara
1. Sebatikan mentega, telur, gula icing dan esen vanilla.

2. Masukan bahan lain dan uli lembut sehingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit adunan dan masukan badam biji separuh dan
bulatkan. Panaskan ketuhar.


4. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 30 minit sehingga
kekuningan.

5. Setelah sejuk celupkan ke dalam coklat masakan putih dan masukan
ke dalam papercup dan hiaskan dengan manik Love.

****************Photobucket****************

12 comments:

  1. Asslmkum kak.
    Dah bwt biskut jg ya. Love love lg. Laju2 sue masuk nak skodeng. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kumslm Sue,

      ya la...last minute baru buat...no problem kalau nk skodeng kat sini...hehehe.

      Delete
  2. Asslm... fulamak sedap nye kukis winter sonata tu. seputih salji gitu... guna tepung ubi ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'kumslm FnF

      aah mmg gunakan tepung ubi...dulu winter sonata kan popular
      sedikit masa sebab kan kerana cerita korean itu!!

      Delete
  3. Waalaikumussalam Nur... cantiknya kukis tu... seindah namanya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amie

      Ya Amie namanya seindah rupanya yg putih bak salji

      Delete
  4. Cantiknya... Salam Aidilfitri buat Kak Nur sekeluarga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur-nba

      Selamat menyambut hari raya aidilfitri buat Nur sekeluarga juga ya...maaf
      kak Nur belum dpt nk balas kunjungan...sibuk sangat2!!!

      Delete
  5. Salam kak nur,
    Canti combination between red and white. Saya tak buat kuih raya tahun ni. ( macam la tahun tahun lepas tu rajin sangat buat kan....)

    ReplyDelete
  6. Assalam knur,
    waduh dah type panjang lebar dia hilang just like that...huhuhu
    apa eh tadi kita type..dah lupa pulak..hahah oh kalau dah 2x buat tu tandannya sedaplah kan kak
    kukis ni..kita pun sama juga buat kukis yang anak2 suka makan so bascially
    banayk kukis yang repeated this year..buat banayk2 pun takut tak
    ada orang nak makan..ada nanti sampai
    christmas baru habis agaknya..hehe..kukis apa lagi kaknur buat tu?..:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Nur,
    Aduhai! dan lebih dari setengah jam Kak Lin buka blog Nur ni baru dapat komen...
    lembab punya line celcom..sabau jerlah!

    Cantiknya biskut yg Nur buat...Kak Lin buat simple2 jer...anak daranya baru balik hari ni..

    ReplyDelete
  8. wah wah waaaahhhhh, ala-ala romantik gitu.

    ReplyDelete