Jazakallahu Khairan....insyaAllah...syukran....
Salam tengahari buat anda semua yang dikasihi....mungkin disaat ini anda semua sedang makan tengahari ya.....buat Nur belum lagi...sebentar lagi boleh lah isi perut.....haaa Nur nak makan bonesteak cicah dengan roti perancis....aduh memang kegemaran kami sekeluarga....semalam rempahnya agak pedas sedikit...anak bongsu Nur dah kepedasan....dia tak tahan pedas sama seperti mama dia juga.
Terlanjur dah sebut tentang bonesteak ini Nur ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih juga pada Shidah dari rempah bonesteak dessa....terima kasih kerana meninggalkan komen tempoh hari. Mungkin suatu hari nanti dapat lah company Shidah tu kembangkan perniagaan di seberang tambak....terima kasih sekali lagi kerana memberitau Nur.
Berbalik pada entri hari ini....kuih talam gurai yang sedap walaupun kejadiannya agak kurang cantik...agak sukar buat Nur apabila nak mendapatkan potongan yang cantik....huhuhu....sedih semacam kita....tak apa lah janji enak dimakan. Biasa Nur mesti buat separuh adunan itu pun dah muai buat kami sebab budak-budak ni kalau kuih melayu agak kurang sedikit melainkan serimuka atau onde-onde pasti sekejap aja dah tinggal loyang.
Talam Gurai
Resipi: Adaptasi dari buku One Publisher
Sumber: Nuridah Salleh
Bahagian Bawah
100 gm gula pasir
100 gm tepung ubi
200 gm tepung kacang hijau
300 gm gula melaka atau gula merah
1 tsp pewarna coklat (pilihan)
1 tin kelapa laut dihiris kecil
1 tsp garam
1200 ml santan cair
2 helai daun pandan
Cara-Cara
1. Masak gula melaka, gula pasir, daun pandan dan sedikit garam dengan
separuh dari santan cair tadi, tapis.
2. Bancuh lebihan santan bersama tepung kacang hijau, tepung ubi dan garam,
tuang air gula tadi, gaul rata.
3. Panaskan adunan hingga naik wap dan masukan kelapa laut. Tuang ke dalam
loyang (10 x 10)" yang dialas kertas plastik dan kukus hingga masak.
Bahagian Atas
30 gm tepung ubi
100 gm tepung beras
100 gm gula
50 gm sagu biji (cuci dan toskan)
250 gm air kelapa laut (1 cawan dari tin kelapa laut)
800 ml santan pekat
1 tsp garam
Cara-Cara
1. Satukan semua bahang kecuali sagu biji, gaul rata dan panaskan diatas api
perlahan hingga naik wap. Masukkan sagu biji.
2. Tuang keatas lapisan bawah tadi dan kukus lagi selama 15 minit atau
hingga masak.
.jpg)




Aslmkm. Cepat jer kita datang sbb sedap sgt nampak kuih ni, ada sagu lagi tak. Cantik jer Along tengok poyongan nya.
ReplyDelete@Along HomeKreation
ReplyDeleteW'alaimslm Along cayanggg....hehe...secepat kilat erk...hahaha...ya ke Nur tengok sememeh aja tapi tak apa lah...tangan kita ni gak yg nk kena ketuk ni..huhuhu.
Salam kak Nur,
ReplyDeleteWah nampak menyelerakan talam gurai ni. Nama yg agak unik...
@Hazila
DeleteW'alaikumslm Zila, mmg menyelerakan selain dari namanya yg
unik...rasa pun sedap@lemak2 manis gitu.
salam kak nur
Deletenama pun dah unik..mesti rasanya pun sedap..he hehe nk mintak rumah jauh pulak..klu jiran sebelah lehh tukar2 makanan..:)
Salam, Kak Nur.. cantiknya potongan, kenapa pula kata tak cantik.. yang penting sedap.. pertama kali tahu pasal talam gurai ni
ReplyDeletekak nur cayang ,mesti sedapkan kuih ni namanya pun unik
ReplyDeleterenyah juga nak buatnya tu
psst kalau dua-dua tutup mata kita yg ambik piring tu tau <3
salam kak nur,
ReplyDeletenmpk mcm sedappp ajee talam gurai tuh..ni pestime kite dgr ni....tp boleh cube nihhh
As salam K.Nur,
ReplyDeletemcm sdap je kak kuihnya...x penah makan lagi nie...
elok cntik saje kejadinnya....tang mna yg x cntiknya tu..?
Assalamualaikum Nur,
ReplyDeleteKalau bagi sayala, dah kira A++ ni, nampak cantik dan sedap walaupun Nur kata sememeh.....
Nur cayang,
ReplyDeletefirst time ler dengar nama talam gurai..tengok bahan mmg tau mesti sedap.....kalau nak buat nie kena penuh semangat gak kan sebab banyak tul bahan nyer..hihihihi
cantik nya talam..belum pernah coba,tapi kayanya enak yah.. nyam..nyam
ReplyDeleteCanteknya kuih talam ni..nak ambik dua ketul la..nak buat minum petang..
ReplyDeleteassalamualaikum kak nur... tun xpernah dgr nama talam ni, mcm jakun je.. hihi..
ReplyDeleteassalam knur,
ReplyDeletekita nak masuk list kuih ni..tak ulik..heheh
Salam kak nur! sedapnyerr kuih talam2 gini, tp skrg ni malas menjadi jadi pulak nak buat ehehe.. tp nak sgt makan, best kan kalau mintak2 terus ada depan mata :D
ReplyDeletekak nur love,
ReplyDeletesaya sukaaaaaaaaa kuih melayu. nak adik angkat tak? saya jadi okehhh. luv u kak-saya yg pemalas skrg-
Assallamualaikum kak Nur sayang..
ReplyDeleteRindu kat akak.. Sihat ke kak?
Ermm..ni 1st time naz dgr talam gurai tau!.. Kalau akak sudi, hulurkanlah sepiring utk Naz rasa berbuka puasa hari ni..terliur tgk kuih akak tu berposing..
asslm kak Nuridah...
ReplyDelete1st time QH dgr nama talam gurai ni...agak terjakun lak sekejap...hehehe...tp tgk mesti sedap talam ni kan...tliur jugak dibuatnya...
Aslmkum nur.. apa kbr.. cam lama tak smpi ke sni.. harap tak berkecil hati.. terliur tgok talam nur ni.. tgok lapis atas tu.. tentu terasa lemaknya bila mgunyah..
ReplyDeleteSlmt hujung minggu Nur. baru pertama kali tahu ttg kuih ni...talam gurai..tengok bahan2nya kelainan ada kelapa laut...tentu terasa bila digigitkan....sagupun ada...menarik kuihnya.kalau dkt boleh gak hulur piring minta sikit dg Nur...hi...
ReplyDeletebanyaknye resepi kat sini ye..oklah sy singgah dan follow..
ReplyDeleteBukan kuih tu mengurai, tapi air liur ni yang mengurai-ngurai Kak Nur sayangkuuu... uhuhuhuh
ReplyDeletesalam kenal Nor,
ReplyDeletefirst time came across talam gurai ni...boleh cuba next time..
Hi kak Nur!!! Hru kak? Lamanya tak jumpa...hehe ;)
ReplyDeleteCantik betul talam ni kak. First time dengar..first time tengok..class!!! ;)
Assalam Nur, waaaahhh terpikat pada namanya...pastu bila tgk bahannya terpikat nak buat pulak rasanya....aiseeyyyy....nak buat lah nnt...thanks ya Nur kongsi resepi..muaahhh!
ReplyDeleteSalam kenal Kak Nur,..cantik dan kemas potongan talam tu.pasti rasanya pun sedapkan. 1st time cikwan dengar talam gurai.
ReplyDeleteAssalam kak Nur! salam windu..lamanya tak nampak akak bersiaran...harap akak sihat yer.
ReplyDeletemenarik nama kuih talam ni kak...cantik jer rupanya..mesti sedap kan nanti bolehla saya cuba saya suka kuih talam:)
Hello dearie..apa khabar di sana??? Wahhh cantiknya kuih talam ni. Love nak simpan je la..sayang nak makan lak..hehe ;)
ReplyDeleteSalam Nur.apa kabar.lama Nur tak update blog..rindu nak baca celoteh Nur...moga Nur sekeluarga sihat sejahtera...
ReplyDeleteSalam Kak Nur...sedapnya talam ni..simpan resipi dulu yaaaa
ReplyDeleteoops terlupa nak tanya..knur guna loyang berapa inci for this adunan ya?..
ReplyDeletethen the sea coconut tu kita beli yang 565g , betul ke?..