Monday, January 2, 2012

Blueberry Muffins



Assalamualaikum semua....

Melangkah kita ke tahun baru 2012.....moga tahun ini memberi seribu kebaikan buat kita semua.....moga Allah sentiasa merahmati hidup kita semua.


Pasti saat ini rasanya semua dah tarik selimut dan dibuai mimpi yang indah.....haha tak apa lah Nur teruskan saja mengemas kini blog Nur. Tahun  lepas hati Nur dah terpaut pada resipi blueberry muffin dan kebetulan anak Nur pun memang suka dan gemar memakan blueberry. Rasa nya pun dah agak lama tak baking apa lagi nak buat muffin....memang lama betul tak buat muffin. Bila sebut tentang muffin ini dirumah ini ada yang suka cempedak muffin, ada yang suka muffin perisa coklat ....pendek kata pelbagai ragam dan selera yang berlainan.

Okay lah dipendekkan cerita....Nur terus saja pada resipi yang Nur ambil dari blog kak Paty's kitchen. Blog kak Paty ini pun tak kurang hebatnya....pelbagai resipi yang boleh dicuba dari blog kak Paty.....dari resipi buat sarapan pagi hingga lah ke menu masakan....memang tidak menghampakan kalau masuk ke blog kak Paty.


Blueberry Muffins
Resipi di adaptasi dari: Donnay Hay
Sumber: Kak Paty's Kitchen
Dikongsi oleh: Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
2½ cawan  (375g) self-raising flour, di ayak
1 tsp baking powder
1 cawan (220g) gula caster
½ cawan  (125ml) minyak sayuran
1 biji telur

½ cawan (125ml) susu
1 tsp vanilla extract
300g blueberri segar atau yang frozen
gula pasir untuk tabur di atas muffin


Cara-Cara
1. Panaskan oven pada suhu 180°C (350°F).
2. Masukan tepung, baking powder dan gula caster ke dalam mangkuk. Masukan minyak, telur, susu dan vanilla dalam mangkuk yang berasingan. Pukul hingga rata.
3. Tuangkan bahan cecair ke dalam bahan tepung dan kacau sedikit saja. Masukan blueberry dan kacau
sedikit sekadar meratakan blueberry.
4. Isikan adunan dalam mangkuk muffin. Taburkan gula ke atas muffin. Bakar hingga 30-35 minit atau sehingga masak.

****************Photobucket****************

21 sweet comments:

  1. Salam Nur thanks for trying sebenornya di Australia dia orang memang tergila-gilakan sentuhan Donna Hay apa yang dia buat semua akan ikut, akak pun banyak try resipinya. Menarik tentang resipi Donna Hay she made our life easy resipi simple dan tak complicated

    ReplyDelete
  2. Selamat Tahun Baru Kak Nur.. Wah.. sedapnya muffin ni.. Cantik header baru akak.. :)

    ReplyDelete
  3. Nur selamat tahun baru.Cantik la gambar header kat atas tu.Kak Ros tak pandai la nak cari gambar2 cantik macam tu dan nak membuatnya.Jeles la....Teringin sungguh gambar2 country ni..hukhuk

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak nur..
    tengok tajuk muffin cepat2 je dtg nak simpan resepi buat collection. ngee.. cantik muffin nyer tu. tq kak nur n kak paty.. dan selamat tahun baru ye kak

    ReplyDelete
  5. Aslmkm Nur cayang. Happy New Year & may all the best come your way. Cedap ni ada blueberi... my kids pun suka ni.

    ReplyDelete
  6. as-salam kak Nur
    Selamat tahun baru buat kak Nur sekeluarga. Semoga tahun baru membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua insyaAllah.

    the muffins look excellent..npk moistt..kalau nak beli di bakery punya mahal blueberry muffins ni..puas hati buat sendiri..

    ReplyDelete
  7. salam kak..huhu..sedapnya...filling bnyk lg nih..kena buat ke tak ya..hehe

    ReplyDelete
  8. Assalamualaykumwbh Kak Nur comel...

    Mak aiiiii codapnye muffin bluebbery....peberet ayu ni.....Something sweet and wonderful to start the year...have a good year ahead dear:)


    Love, hugs and kisses...Ayu..

    ReplyDelete
  9. Assalam Knur,
    Happy new year 2012 to you & family ya kak..
    rindu sama akak tau...how are you?..Hari ni fiqah dah start her secondary school ya..dapat sekolah mana tu kak..Wish her the best of success in the coming years ..oops, blueberry muffins sedap ni..nampak lembuttt aje tu knur..

    ReplyDelete
  10. Adoohhh mana boleh just look ajer kan.. harus ku cuba nanti.. i got all sort of fresh fruits kat fridge tu.. silap hari bulan ku ngap ajer with sugar hehe

    ReplyDelete
  11. kak nur..cantiknya mapin blueberry kak nur ni..terliur mieza kak..bila kak nur buka bajunya wahhhh lagi lah terliur...tp susah nk cari blueberry kat sini..nak buatgak sebab tk tahan kak nur goda..huhuu

    ReplyDelete
  12. Assalam kak nur, pe kabar kak ?miss u kak ;)
    nampak blueberry muffin tu sedap je..kite mmg suke blueberry ni..
    selamat thn baru buat akak sefamily di kota singa sana..

    ReplyDelete
  13. Salam Nur..
    Happy Prosperous New Year 2012..
    Pe khabar? Semoga hidup Nur sentiasa diberkati Allah swt. Sedapnya bluberry muffins tuu.. tergoda plak kak su, he3.

    ReplyDelete
  14. Salam. Kak Nur, terima kasih sebab sudi singgah blog. Nur sihat Alhamdulillah. Dah kembali sibuk sekarang ni al-maklumlah sek dah dibuka semula.. Kenangan manis waktu zaman sek memang susah nak dilupakan.

    ReplyDelete
  15. Slmt thn baru 2012 buat Nur sekeluarga.moga thn baru tambah bersemangat dan sejahtera selalu.
    Nur, blueberry muffin ada lagi tak....dah lama tak mkn...

    ReplyDelete
  16. salam nur..selamat tahun baru...emm sedapnya makan muffin dgn teh o panas...thanks ya nur sudi singgah blog lyn...hehehe salam pengenalan..

    ReplyDelete
  17. sedap nih muffin nya, btw salam kenal dari melly..follower no.687 :D

    ReplyDelete
  18. Assalam kak Nur, sedapnya tgk muffin ni..lama dah saya tk buat muffin ni.tgk cup biru tu cun la kak..:)

    ReplyDelete
  19. Salam Kak Nur,
    Saya suka jugak blueberry muffins ni. Ada rasa masam2 manis gtu. Cantik betul cup yang akak guna tu. kat sini nak jumpa cup2 yang cantik sangat susah.

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum kawan-kawan,

    terima kasih pada yg telah sudi tinggalkan komen diblog Nur...maaf ya...nanti bila senang Nur akan balas kunjungan anda semua!! Kita ni mengalahkan menteri sibuk nya....huhuhu...

    ReplyDelete