Wednesday, November 30, 2011

Puding Cendol

Puding-Cendol

Assalamualaikum, Salam Maal Hijrah buat semua dan selamat pagi..............

Sempena cuit sekolah ini banyak aktiviti yang perlu dilakukan....ingatkan boleh berehat tapi rupanya ada aktiviti seharian....tak boleh nak home sweet home....nak kena keluar....ada saja urusan dan ada saja yang nak dibeli....haha.

Tadi bila Nur lihat sewaktu anak bujang nak keluar bekerja (ish masih dalam NS) hai dalam hati berkata aduh dah macam mamat bangla anak aku...apakan tidak rupa dah memang dah ada ciri-ciri Bangla...muka berjambang pulak....waduh bila nak bersihkan muka tu?? Apabila mengimbau kembali nikmat yang telah dipinjamkan sebentar selalu zaman remaja terutama waktu sekolah....selalu sahabat rapat Nur bertanya kenapa muka Nur ada iras-iras bengali....hahaa....waktu itu tak tau nak jawab bila dah semakin membesar baru tau kenapa...baru tau asal usul....tapi sekarang kan kalau Nur lihat gambar Nur sendiri terasa dah macam aci jual rempah....hehehe....padan muka aku!!

Hari ini Nur ingin berkongsi puding cendol yang telah Nur buat beberapa hari yang lalu....habis licin dikerjakan anak dara yang berwajah jawa tok-tok....hehe...marah dia kalau baca ini....kata orang kalau anak perempuan ikut baka ayah sejuk dan anak lelaki ikut emak pun sejuk....apa yang sejuk pun tak tau??

Rasanya dah ramai yang buat resipi puding ini....kita baru lah nak mencubanya....resipi Nur ambil dari blog kak Zai. Terima kasih kak berkongsi resipi puding ini....izinkan Nur kongsi disini pula ya.

Puding Cendol

Puding Cendol
Resipi: Tuntung15@myresepi.com
Sumber:  Kak Zai

Puding_Cendol

Bagi Lapisan Bawah
500ml air
180gm gula pasir- letak 1 cawan gula
300ml santan pekat
10gm agar - agar powder
500gm cendol
sedikit garam

Puding Cendol

Bagi Lapisan Atas
500ml air- saya letak 600ml
200gm gula merah- letak 150gm
300ml santan pekat- letak santan kotak 200ml + 100ml air
10gm agar - agar powder
1 biji kuning telur
sedikit garam

PudingCendol

Cara-cara
1. Bagi Lapisan Bawah
2. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
3. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
4. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan. Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.
5. Bagi Lapisan Atas
6. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur. Tapiskan air gula.
7. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
8. Kocoh kuning telur di dalam santan. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.

IMG_5355

9.Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
10. Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.


****************Photobucket****************

Friday, November 25, 2011

Sambal Udang Tahi Minyak & Nasi Lemak


Salam pagi Jumaat yang ceria buat semua....moga dihari yang mulia ini hidup kita sentiasa dalam rahmatnya dan berbahgia didunia dan akhirat....amiin.


Alhamdulilah dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki.....haha segala gundah gulana dah terjawab!! Sekarang akak nak relax one corner....tiba-tiba kepala diserang migraine pulak pagi-pagi ini....alahaiiiiii......


Ok lah make it short, proceed to today's recipe....ini menu dua hari lepas yang lalu...Nur masak nasi lemak berlaukan sambal udang.....haha....apa lagi lah makan tak ingat diet lahh.....hmmmm. 


Ayam Goreng

Sambal Udang Tahi Minyak
Resipi Asal: kak fida@myresipi.com
Sumber: Nuridah Salleh

sambal udang tahi-minyak

Bahan-Bahan
500 g udang hidup - bersihkan
santan pekat drpd 1/2 biji kelapa - utk tahi minyak
1 mangkuk lauk cili kering kisar
1 biji bawang besar*
1 ulas bawang putih*
sedikit belacan*
sedikit kunyit hidup*
1 batang serai - dititik
minyak masak - untuk menumis
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 sb asam jawa + sedikit air = air asam
garam dan gula secukup rasa

Sambal-Udg-Tahi-Minyak


Cara-Cara

1. Kisar halus bahan2 bertanda * dan campurkan dengan cili kering kisar.
2. Untuk tahi minyak,santan pekat dimasak dlm kuali hingga menjadi pekat dan mengeluarkan minyak dan menjadi kecoklatan dan asingkan tahi minyak dari minyaknya.
3. Dalam kuali yang sama,tambah sedikit minyak masak,panaskan dan tumis bahan2 yang dikisar dan serai hingga garing dan masukkan air asam,garam dan gula secukup rasa.
4. Tambah sedikit air jika perlu.Masukkan udang dan hirisan bawang besar dan kacau rata.Masukkan tahi minyak dan kacau hingga sebati dan udang masak.

**Jika suka, dalam sambal udang boleh juga di tambah petai.

Nasi Lemak

Nasi Lemak
Sumber resipi: Nuridah Salleh

Nasi_Lemak

Bahan-Bahan
2 cawan beras
secukup santan
1 batang serai dititik
1/2 inci halia dititik
2 helai daun pandan
sedikit garam

Nasi-Lemak

Cara-Cara
1. Cuci beras dan toskan ketepi.
2. Masukkan santan, serai, halia, daun pandan dan sedikit garam ke dalam rice cooker.
3. Masukkan beras ke dalam rice cooker dan kacau sedikit. Masak seperti biasa hingga tanak.

****************Photobucket****************

Wednesday, November 23, 2011

Sup Tulang Ala Mamak

Sup-Tulang-Ala-Mamak

Assalamualaikum semua......masak apa hari ini?? Haaa....nur jawab sendiri la ya....hehe...hari ini Nur masak nasi lemak.....tapi belum lagi pun merasa nasi lemak yang telah siap di masak. Nur ambil sedikit masa untuk mengemas kini blog ini.....

Terasa senang sedikit hati dah tak rasa resah gelisah....apabila anak bujang dah di depan mata...rasanya sekejap aja masa berlalu tapi mama dia yang gelisah tidak menentu....apa-apa pun alhamdulilah you are back!!! Esok-esok bila dah jadi parents baru you tau macam mana hati seorang ibu yang gelisah resah apabila berjauhan dengan anak-anak walaupun anak tu dah dewasa....

Resipi hari ini biasa saja....the other day hubby request nak makan sup tulang rusuk....rasanya dah beberapa resipi sup tulang rusuk yang telah Nur update di blog ini....resipinya sedikit lebih kurang sama...so untuk kelainan sedikit Nur ambil  dan salin resipi dari kawan lama Nur semasa di fotopage. Rindu rasanya pada Hajar....moga Hajar sihat  sentiasa dan hidup berbahgia disamping anak-anak dan suami. Sumber resipi pula dari Ziela a.k.a. mamasya...maaf ya Nur tak dapat cari link mamasya hanya dapat tulis nama aja. 



Sup Tulang Ala Mamak
Adaptasi dari: Hajar's Fotopage
Sumber: FP Mamasya a.k.a Ziela

Sup-Tulang Ala-Mamak

Bahan-Bahan
1 kg tulang - Nur gunakan tulang rusuk
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
1s/k kunyit serbuk - Nur tambah
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

Sup Tulang Ala Mamak


Bahan Kisar
7 ulas bawang merah - Nur gunakan 1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah untuk menumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih - Nur letak 2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga

sup tulang ala mamak

Cara-Cara
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Masukkan air dan rebus sehingga daging di tulang betul-betul lembut.
5. Apabila telah empuk, masukkan kentang, carrot, dan secukup rasa.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangkan bersama taburan bawang goreng dan daun sup/daun bawang.


****************Photobucket****************

Saturday, November 19, 2011

Talam Abuk-Abuk Serikaya


Salam sejahtera dan selamat petang, cepat masa dah berlalu....dah nak masuk senja...jangka nya Nur ingat nak keluar....hajat dihati nak survey tengok lensa kamera....dah penat mulut ini tanya...."jadi bang nak keluar?" eh tengok-tengok cashier tidur terbongkang atas katil....aduh nak kejut tak sampai hati....so Nur terus masuk ke dapur lipat lengan baju ala-ala wanita muslimah gitu....siap nak masak....

Sampai kita dah habis masak tak bangun juga!!! At last kita kejut suruh bangun....hahaha....dah petang akak pulak dah malas nak keluar....lebih baik duduk dirumah relaks one corner baca buku novel lagi syok....alahai tapi hati ini dah berbunga-bunga nak new lens...hahaha!!

Ok lah tinggal cerita yang tidak menjadi tu....nak sambung cerita kuih pula ya!! Kuih ini dah dua hari yang lalu Nur buat cuma malas nak update dan masukkan dalam blog....ikut mood swing la...almaalum lah orang perempuan ni macam-macam kan...datang bulan kepala boleh naik hangin tak tentu pasal....hehehe..

Kuih dibawah ini rasanya alhamdulilah....hubby kata sedap cuma biasa lah kalau resipi Puan Azimah ni rasa manisnya ala kadar aja...sedang sedang elok aja kalau kata orang kampung den...hehe...boleh tambahkan gula lagi sedikit pada yang gemar sedikit manis. Nur buat separuh adunan aja, itu pun dah muai buat kita 3 beranak disini....kali ini kejadian kuih in agak kurang cantik dari segi warna dan permukaan atasnya... tapi tak apa lah asalkan jadi dan terletak...rupa tolak tepi dulu....hehehe....Ok kita semak resipi ya....meh ikut cikgu salin resipi...kan Nur dah kata mood swing ini macam-macam kan...ada masa up ada masa down.......hehe!! Sempat pulak akak bergurau senda....just to make myself happy kan!!

TALAM-ABUK-ABUK-SERIKAYA
Talam Abuk-Abuk Serikaya
Adaptasi dari buku:One Publisher
Sumber resipi: Nuridah Salleh

TALAM ABUK2 SERIKAYA
Bahan-Bahan
Lapisan Bawah
450gm sagu biji
80gm tepung gandum
1 tsp garam
550ml santan cair
100gm kelapa parut

Cara-Cara
1. Sagu biji dibasuh dan ditoskan
2. Gaul kesemua bahan diatas.
3. Loyang (10 x 10)" alas kertas plastik (14 x 14)" dan
sapu sedikit marjerin, kemudian tuangkan adunan sagu.
4. Kukus selama 30 minit.

Talam Abuk2 Serikaya

Serikaya Atas
5 biji telur - Nur gunakan 3 biji telur
100gm gula pasir
200gm gula merah
Daun pandan
1/2 tsp garam
150gm tepung gandum
100gm tepung beras
750ml santan pekat
300ml santan cair
  Talam abuk-abuk serikaya

Cara-Cara
1. Gula merah dipanaskan dengan santan cair dan daun pandan.
2. Tapis gula merah dan campur dengan santan pekat.
3. Bancuh tepung, gula, garam dan telur dengan santan melalui
proses kisar atau kacau dan tapis.
4. Kacau atas api hingga naik wap.
5. Tuang diatas lapisan bawah tadi.
6. Kukus sehingga masak.

****************Photobucket****************

Friday, November 18, 2011

Stew Daging

Stew Daging

Assalamualaikum,

Bertemu sekali lagi di petang hari Jumaat yang mulia ini, semoga semuanya dalam keadaan sihat dan sentiasa dalam lindungan Allah....cuaca di sini agak mendung selepas hujan sebentar tadi.

Terima kasih pada kawan-kawan yang telah sudi meninggalkan komen...tak terlarat Nur nak menjawab satu persatu.....nanti apabila senang Nur akan balas kunjungan. Hmmm ia lah orang menghulur salam dan menegur sapa harus lah kita jawab dan balas kunjungan....betul tak?? Orang melayu kita kan dah terkenal dengan adat resam berbudi bahasa....insyaAllah nanti Nur akak meronda jika masa mengzinkan. Untuk saat ini puan rumah tanah kedawung tengah resah gelisah....nak mengadap PC pun hati tak senang!!!

Ok berbalik pada resipi hari ini "Stew Daging" yang boleh dimakan bersama roti perancis ataupun nasi....mengikut citarasa masing-masing!! Nur dah pernah buat dulu dan hari ini boleh lah dikatakan menu ulang tayang.

SD

Stew Daging
Resipi Asal: Raidah
Sumber: Hana

StewDaging

Bahan-bahan:
500gm daging lembu/kambing ~ bersihkan dan potong kiub
2 biji bawang besar ~ potong dadu
5 ulas bawang putih (jgn hiris/potong, sebiji2)
2 sudu pes bawang - resepi di bawah

Stew-Daging

1 batang lobak merah ~ potong dlm 1 inci
2 biji kentang ~ belah 4
2 helai daun bay
2 sudu tepung gandum - hana letak 1 sudu makan je
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam dan gula
Sedikit daun bawang, sup dan bawang goreng ~ utk hiasan
Minyak untuk menumis
Air secukupnya.

Stew_Daging

Cara-Cara
1. Panaskan minyak didalam periuk tekanan(pressure cooker) atau periuk yg sesuai. Gaulkan daging bersama serbuk lada hitam dan gorengkan daging lebih kurang 10-15 minit atau daging keperangan. Kemudian angkat daging.
2. Tumiskan bawang putih, merah dan daun bay. Kemudian masukkan pes bawang dan tepung gandum, kacau rata.
3. Masukkan semula daging dan air secukupnya, kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1 1/2 hingga 2 jam(kalau menggunakan periuk tekanan, masak selama 20 minit).
4. Kemudian tambahkan kentang dan lobak. Tutup dan masak lagi selama 20minit atau sehingga sayuran empuk/lembut.
5. Perasakan dengan garam secukup rasa dan sedikit gula. Hidangkan dengan ditaburkan dgn bawang goreng, daun sup dan daun bawang.

Stew Daging

Makan dengan roti perancis yang telah dibakar sebentar dalam oven memang lah enak sekali....tak perlu lagi nak jamu nasi.....



RESEPI PES BAWANG
Source : Kak.Raidah

Bahan-bahan
1 kg bawang besar ~ belah 2 dan hiris
300 gm bawang putih ~ belah dua
1/2 liter minyak atau secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih sehingga kekuningan dan angkat.
2. Kemudian tumiskan pula bawang besar sehingga bawang masak tak perlu sehingga garing. Angkat.
3. Kisar bawang putih dan merah sehingga hancur. Guna pengisar kering atau boleh juga masukkan dlm pengisar dan kisar bersama minyak gorengan tadi.
4. Masak semula bawang tersebut sehingga bawang betul2 masak.
5. Pes bawang ini boleh disimpan....taruh dalam botol dan simpan dalam peti ais.

****************Photobucket****************

Sunday, November 13, 2011

Nasi Jagung & Opor Ayam Merah

Nasi Jagung

Assalamualaikum dan selamat malam......apa khabar anda semua?? Diam tak diam kita dah hampir nak menutup tirai 2011.....begitu cepat masa berlalu....dan apabila bermula tahun baru bererti usia semakin meningkat....semakin bertambah usia semakin tua pula terasa dan anak-anak pula yang semakin membesar....hmmm cepatnya masa berlalu. 

Hari ini Nur bersiaran pada waktu malam pula....dah beberapa hari ini agak sibuk sedikit dan mood nak mengemas kini blog agak malas sedikit.....hahaa....biasa lah kita ini manusia ada masa mood ini bertukar ganti kadang macam stress dibuatnya tapi apa-apa pun mesti nak ada sedikit keimanan dan minta pada Allah jauhkan lah dari berfikiran yang bukan-bukan ....almaalum lah syaitan ini suka mengoda manusia....eh ok lah dah malam-malam ini akak merapu pulak....hehe.

Ok back to recipe, dah beberapa hari ini tekak macam teringin nak makan nasi jagung....selalunya Nur gunakan resepi Puan Yurni Mustafa tapi kali ini Nur ingin mencuba resepi dari fotopage pula. Terima kasih pada adik yang berkongsi resepi ini....izinkan kak Nur berkongsi resepi disini pula ya!!

Nasi_Jagung

Nasi Jagung Wak Yah
Resepi Asal: Nureen's fotopage
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan A:
2 cawan beras basmathi
2 1/2 cawan air (bergantung pada jenis beras)
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung biji (bukan jagung krim)
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning


Bahan Menumis:
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar minyak jagung mazola
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 labu gawang besar dimayang bulat
2 batang serai (diketuk)

Bahan B (dikisar)
1/2 inci halia }
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih

Nasi-Jagung

Cara membuat:
1. Beras dicuci kemudian ditoskan.
2. Panaskan minyak jagung mazola beserta marjerin di dalam periuk. Masukkan rempah tumis dan tumis sebentar.
3. Masukkan serai, bawang yang dimayang dan tumis sehingga agak garing sebelum masukkan bahan yang dikisar. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
4. Masukkan air, susu cair dan garam. Setelah mendidih, masukkan beras, jagung dan sedikit pewarna kuning. Tanak hingga masak, dan perlu digembur-gemburkan supaya nasi agak peroi.

****************Photobucket****************

Opor Ayam Merah

Nasi ini Nur gandingkan dengan lauk Opor Ayam Merah dan juga acar yang simple. Tak teringat pula nak ambil gambar acar!!! Rasanya dah beberapa tahun lama nya Nur tak masak lauk ini. Resepi ini Nur salin dari   radio Warna ia  itu rancangan masakkan Pesta Perut kelolaan Mami Asmah Laili. Waktu itu jika ingin menyalin resepi cepat-cepat dicatit supaya tidak ketinggalan....hehehe. 



Opor ayam Merah
Resepi Asal: Puan Asmah Laili@Pesta Perut
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan -Bahan
1 ekor ayam dipotong 12 atau 8 dan dicuci bersih - Nur gunakan peha ayam
2 sudu makan kelapa parut dijadikan kerisek - (Nur lebihkan sedikit)
300g bawang merah dijadikan bawang goreng dan ditumbuk halus
1/2 tin tomato puri
2 biji tomato dihiris
1 biji bawang besar dihiris
1/2 biji kelapa dijadikan 1 mangkuk santan
garam secukup rasa

Opor-Ayam-Merah

Bahan kisar
10-20 tangkai cili kering
3 sudu teh ketumbar - Nur lebihkan sedikit
1 sudu teh jintan manis
1 ibujari halia
1 inci lengkuas
5 ulas bawang merah
2 batang serai

Opor_Ayam_Merah

Cara-Cara  Membuatnya
1. Ayam digaul bersama rempah kisar serta bawang goreng yang ditumbuk dan
juga kerisek. Diperap sebentar.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang hiris sehingga naik bau.
3. Masukkan tomato puri, tomato hiris dan dikacau rata.
4. Masukkan ayam yang diperap sebentar tadi, gaul rata dan balik-balikan.
5. Masak hingga berbau wangi dan pekat.
6. Akhir sekali masukkan santan, garam dan juga gula jika suka.
7. Ayam dikacau sekali sekala dan masak lah hingga pekat dan naik minyak.

****************Photobucket****************

Thursday, November 10, 2011

Nasi Bukhari

Nasi-Bukhari
Assalamualaikum.....

Salam pagi yang ceria buat semua....haaa hari ini pagi-pagi dah mengadap depan PC...hari ini Nur nak teruskan tugas seharian awal sedikit.....rasa macam nak berkemas nak buang buku-buku text lama anak Nur....almaalum lah dah hampir tamat pengajian di sekolah rendah. Tapi itulah bila dah mengemas ini dan membuang segala yang dah tak perlu lagi mengambil masa yang agak lama. Bila dah berserak tu kepala pun jadi pening lalat.....what to do is my job to do it....budak-budak ini bukan boleh kemas sendiri!!

Ok entri hari ini Nur ingin berkongsi resepi nasi bukhari....teringat nasi bukhari di Zac cafe....sungguh sedap gitu...makan sekali rasa mcm tak cukup....macam nak order lagi tapi segan lah...nanti orang tengok ish kuat makan orang nie....hehe...memalukan diri sendiri gitu....so kalau dah habis tu duduk diam-diam lah....hahaha.

Semasa Nur cari resipi  Nasi Bukhari ini di google...Nur dapati ada pelbagai resipi, cara menyediakan yang berlainan.....buat masa ini Nur cuba dulu resipi dari Puan Asiah sekali lagi. Keseluruhan nya not bad tak tahu lah pada citarasa orang lain....up to individual. Kali ini agak kecewa sedikit sebab beras basmathi yang Nur beli kali ini agak pendek-pendek sedikit jadi nasi pun kurang cantik nampaknya. Beras yang biasa Nur gunakan dah running out of stock jadi terpaksa beli yang mana ada didepan mata aja lah.

Nasi Bukhari

Nasi Bukhari
Resipi: Puan Asiah
Dikongsi bersama: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
1 /12kg beras basmathi cuci bersih dan toskan
1kg daging - potong sederhana, cuci dan toskan (Nur guna daging lamb)
325g minyak sapi - Nur gunakan minyak biasa dan campur sedikit minyak sapi
200g bawang besar dihiris
200ml susu cair
150g yogurt asli
50g tomato puri
225g lobak merah diparut kasar
100g badam digoreng
30g kismis digoreng sebentar
15 biji bawang merah kecil digoreng dan jadikan bawang goreng
1 biji limau nipis - diparut dan ambil kulitnya
1 ikat daun pudina
air secukupnya
sedikit koma-koma dan air mawar
garam secukup rasa


Bahan kisar
2 camca besar serbuk ketumbar
1 camca besar serbuk jintan manis
5cm halia
sedikit kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga
sedikit cili kering - Nur tambah

Nasi_Bukhari

Cara-Cara
1. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar hingga layu. Masukkan bahan
kisar dan kacau hingga berbau wangi.
2. Masukkan daging, kacau dan tambah yogurt, tomato puri, daun pudina,susu
dan garam. Kacau rata dan biarkan hingga daging empuk. Kemudian tambah air
secukupnya.
3. Biarkan mendidih kemudain masukkan lobak merah dan kulit limau. Kacau lagi,
kemudian masukkan beras dan masaklah hingga nasi tanak. Masukkan air mawar dan
koma-koma jika ada (air mawar dan koma-koma memberikan haruman pada nasi).
Apabila nasi masak bolehlah diangkat dan hias dengan badam goreng, bawang goreng
dan kismis goreng.

Lamb


Nur gunakan daging lamb agar cepat empuk dan senang untuk dimasak....biasa daging lamb
ini berusia bawah 12 bulan....itu yang dagingnya lembut tidak berbau dan sedap dimakan
hanya harganya agak mahal sedikit jika dibandingkan dengan daging kambing. Gambar diatas
nampak tak lemaknya boleh tahan juga ya...yang pasti harus dibuang dulu....isinya tidak
berlemak....walaubagaimana pun lepas makan kepala akak tetap fening lalat...cepat-cepat
akak check BP...tengok ok no problem...under control!! Mungkin kadar cholesterol naik sedikit
agaknya....kalau cholesterol nie nak kena refer doctor lah....hehehe....so far alhamdulilah.

****************Photobucket****************