Monday, October 31, 2011

Daging Masak Kicap

Daging masak kicap berempah

Salam sejahtera dan selamat pagi yang ceria buat semua. Apabila bangun dari tidur, Nur terus buka bidai roman blind dan intai diluar sana...lihat cuaca nampak sungguh indah tapi takut nanti bila dah diluar sana tiba-tiba hujan turun membasahi bumi......hahaha....hajat dihati nak ke Esplanade. Memandangkan cuaca agak tidak menentu hati ini pun agak tidak menentu juga tapi dah berjanji dengan sesaorang harus ku tunaikan juga.

So before go out better update this blog....minggu lepas Nur cuba resepi kicap daging yang sedap ini....memang tak terkata....kalau nak tau cubalah!!! Terima kasih pada adik Dayang yang berkongsi resepi ini. Alright, kita lihat resepi dulu okay. 


Daging Kicap
Resepi: Dayangjack
Dicuba oleh: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
1/2-1 kilo daging (dibersihkan dan dipotong kiub)
8 biji bwg merah (dikisar)
4 ulas bwg putih (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
2 biji buah keras (dikisar)
1 sudu bsr serbuk lada hitam
1 sudu bsr cili kisar - Nur letak 2 sudu
1 inci lengkuas (dikisar)
1 inci halia (dikisar)

Daging-Masak-Kicap=Berempah

2 sudu bsr kicap pekat
3 sudu bsr kicap masin
2 sudu bsr kerisik (buat sendiri)
rempah 4 sekawan
3 sudu bsr minyak masak
1/2 sudu bsr asam jawa
garam, gula dan air secukupnya.
hiasan : cili merah dan daun bawang

Daging Msk Kicap Berempah

Cara-cara
1. Perap daging dgn satu sudu bsr bhn kisar, 1/2 sudu serbuk lada hitam dan satu sudu bsr kicap pekat (1 jam atau perap semalaman)
2. Panaskan minyak. Tumis rempah 4 sekawan dgn api perlahan. Kemudian masukkan bhn2 kisar serta lada hitam dan kacau sampai terbit bau/pecah minyak.
3. Masukkan daging dan kacau 1 minit. Masukkan air (1 liter), kacau rata2 dan biarkan seketika (30 minit). Tambah air jika terlalu kering.
4. Apabila daging masak separuh empuk, masukkan pula 1 sudu bsr kicap pekat(blh tambah lbh jika suka), kicap masin, kerisik, asam jawa dan kacau lg. Biarkan seketika sehingga daging btl2 empuk (blh tambah air sedikit jika kuahnya terlalu pekat).
5. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukupnya.

****************Photobucket****************

Thursday, October 27, 2011

Crispy Fried Chicken Wings

Crispy Fried Chicken Wings


Assalamualaikum dan salam pagi buat semua,dengan ringkasnya Nur update blog hari ini...tak boleh bual panjang...kadang lebih baik berdiam dari berkata-kata...kan..kan..kan!!! Kurang dosa lebih pahala ganjarannya.


Hari ini Nur ingin berkongsi resepi ayam goreng...pada siapa diluar sana yang ingin mencuba boleh lah cuba...tak payah minta izin...resepi kalau dah diudara ini memang untuk dikongsi bersama...kadang Nur tak sempat nak jawab komen yang ditinggalkan sebab kita ini tak pandai nak bagi masa...banyak kerja yang harus diuruskan...hanya bila ada masa baru lah dapat nak mengadap computer lama-lama sedikit dan blog walking. Buat  pengunjung blog Nur yang buat pertama kali, terima kasih pada anda yang meninggalkan jejak dan pada adik anoymous juga terima kasih ya memberi semangat pada kak Nur tempoh hari yang lalu. Kak Nur sangat-sangat hargai tapi seperti biasa blog kak Nur tidak lah segah mana ya dik..hanya untuk berkongsi resepi-resepi masakan yang telah dicuba dan mudah-mudahan menepati citarasa adik dan juga pada yang lain diluar sana. Eh dah panjang juga kita berbual ini. OK let me stop here!! 


Back to recipe, what should I say?? Tasty and delicious recipe...children enjoy eating these fried chicken wings. Will keep this recipe for future reference...thank you to owner of the recipe.


Crisy_Fried_Chicken_Wing


Crispy Fried Chicken Wings
Recipe Adapted From: Kitchensnippets
Shared by: Nuridah Salleh


Ingredients:

10-12 chicken wings – clean, cut and tips removed


Seasonings:

2 tbsp soy sauce
1 tbsp ginger juice
1 tsp pepper
1 tsp chili powder
½ tsp garlic powder
½ tsp salt

CFCW

Coating:

3 tbsp rice flour
3 tbsp flour

crispy-fried-chicken-wings

1. Rinse the chicken and pat dry. Combined all the seasonings and toss the chicken in the mixture. Cover and refrigerate for at least 2 hours.
2. Combined both flour in a plate. Remove the wings and coat it evenly with the flour.
3. Heat up some oil in frying pan over medium heat. Fry the wings until golden brown and cooked through.
4. Drain the oil on paper towel, allow it to cool slightly and serve it with your favorite sauce.

Sunday, October 23, 2011

Kari Asam Pedas Ikan Kerisik

Kari Asam Pedas Ikan Kerisik

Salam hari Ahad yang ceria, pasti waktu ini semuanya tengah berehat ataupun ada aktiviti luar bersama family....buat Nur hanya duduk dirumah bersama anak yang bongsu ni....hubby dan anak Nur bertugas hari ini...jadi kita duduk dirumah sambil mengemas apa yang patut.....haha...

Beberapa hari yang lalu bila Nur teringin nak masak menu ini, rasa tidak sabar untuk merasai bagaimana rasanya kari asam pedas.....hmmmm waktu menumis tu aduh sedapnya bau....gabungan kari dan asam pedas lah katakan....memang sedapppp sekali....belum cuba belum tau kan!! Anak Nur pun kata sedap dan bertanya lauk apa ni ma?? Bunyinya ada kari ada asam pedas....sesuatu jenis lauk yang baru buat diri nya. Nur dah pernah came across sejak dari zaman berfotopage dulu....resepi yang diolah oleh kak Rinnchan kita ini memang akan jadi menu seharian kami sekeluarga pada bila-bila masa akan datang. Terima kasih banyak-banyak kak Rinn kerana berkongsi resepi ini....izinkan Nur kongsi resepi ini bersama yang lain terutama pengunjung blog Nur....anda cuba lah baru tau akan nikmatnya....hehehe.   

Kari_Asam_Pedas_Ikan_Kerisik

Kari Asam Pedas Ikan Kerisik
Resepi dari: Rinnchan
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan

Seekor ikan patin sederhana besar, dibersihkan dan dipotong 5
(Boleh diganti dengan ikan lain seperti tenggiri, ikan merah, pari dsb nya) - Nur gunakan ikan kerisik
1 biji bawang besar, dimayang
3 biji bawang putih, diketuk
2 inci halia, diketuk
1/2 ibu jari belacan
1 batang serai, diketuk
lengkuas, dihiris nipis
1 sudu besar halba campur


3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari, dibancuh dengan sedikit air
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam & gula secukup rasa
2 pelepah daun kari
3 tangkai daun kesom

Kari Asam Pedas Ikan-Kerisik

Cara-Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan semua bawang, halia, serai, lengkuas, belacan dan halba campur
hingga naik minyak. Masukkan daun kari dan kacau.
2. Masukkan cili kisar dan kacau rata.
3. Masukkan serbuk kari dan tambah sedikit air. Kacau rata.
4. Tuangkan air secukupnya. Bila mendidih, masukkan ikan.
5. Bila ikan agak masak, masukkan air asam jawa dan daun kesum.
6. Perasakan dengan garam & gula. (Nur tak bubuh gula)

****************Photobucket****************

Friday, October 21, 2011

Cashew Oatmeal Cookies

Cashew_Oatmeal-Cookies

Assalamualaikum dan selamat petang......hmmmm sedap aja bunyi nya kan?? Sejuk aja telinga mendengar ucapan assalamualaikum tapi anak dara sorang ni apabila pulang dari sekolah selalu dari luar gate dah beri salam " Hello mamaaa" hmmmm selagi tak jawap selagi tu akan teriak helo...helo. Teringat pula yang abangnya waktu sebaya adiknya apabila nak masuk waktu tidur mesti baca doa dulu....alhamdulilah...tapi selepas tu...goodnite ma...goodnite pa....aduh ini anak-anak!! Sekarang dah tak ada goodnite2...mama dia pulak yang pesan... abang don't sleep late night okay!! Walauapa pun setinggi mana kita berada nilai2 Islam tetap harus diterapkan pada anak-anak....insyaAllah akan menjadi bekalan dan ingatan pada mereka sehingga akhir hayat....anak-anak ini adalah amanahnya! Sebenarnya hati ini sayup dan sedih sekali apabila melihat teman sedarjah Nur dulu....nak menegur takut disalah ertikan tapi kerana sayang padanya itulah yang buat hati sedih sekali melihatnya....mudah2an Allah beri pertunjuk dan hidayah. Tak sangka pula anaknya juga satu college dan graduate pada thn yang sama seperti anak Nur....kenapa tak terserempak waktu itu? Kenapa terjumpa di facebook pula?? 

Ok resepi hari ini sama aja cookies yang simple dan senang untuk membuatnya....pejam mata pun boleh buat...hehe....simple but delicious, crispy begitu lah yang dikatakan. Buat Nur kalau cookies nie setakat untuk merasa 2/3 boleh lah tapi untuk nak makan buat snacking....mintak ampun walaupun sedap!!! 


Cashew Oatmeal Cookies
Adapted From: Yasa Boga's Cookiebook
Shared by: Nuridah Salleh

Ingredients
250 gm butter + more for greasing
200 gm brown sugar or grated palm sugar
110 gm castor sugar
1/2 tsp salt
2 egg yolks + 1 egg white
1/2 tsp vanilla extract

cashew-oatmeal-cookies

200 gm plain (all-purpose) flour + 1/2 tsp
bicarbonate soda, sifted
200 gm oatmeal
200 gm dry-roasted cashew nuts, chopped

COC

Method
1. Preheat oven to 150 degree celscius. Grease a baking tray with
butter. Set aside.
2. With an electric mixer, beat all ingredients (except flour mixture,
oatmeal and cashew nut) until mixture is creamy.
3. Add flour mixture and stir with a wooden spoon or fork until combined.
Add oatmeal and cashew nuts and stir until combined.
4. Drop teaspoonfuls of cookie dough onto prepared tray. Flatten each cookie
slightly by pressing down with the back of a teaspoon. Leave a gap between
a cookies.
5. Place in preheated oven and bake for abut 20 minutes until cookies are
done and golden brown. Transfer to a wire rack and leave to cool before
serving or storing in airtight containers.

****************Photobucket****************

Friday, October 14, 2011

Chocolate Chip Cookies

Choc Chip  Cookies
Assalamualaikum buat pengunjung blog Nur.....maaf lah sejak akhir-akhir ini  mood nak update blog agak merundum sedikit.....itu lah terbiar blog ini.....

Ok dengan ringkasnya Nur tidak mahu berbual panjang yang merepek merapu....straight forward to recipe saja....hari ini Nur ingin berkongsi resepi cookie dari Yasa Boga...Nur suka resepi-resepi masakan nya hanya belum ada kesempatan untuk mencuba....pagi tadi sempat pulak buat cookies yang sedap dan rangup ini. Rasa manisnya kira-kira just right pada Nur.....tidak terlalu manis!! Nanti bila senang Nur akan berkongsi resepi yang lain dari Yasa Boga....siapa yang tidak kenal pada Yasa Boga....rasanya semua mengenali nya, betul tak??

Chocolate_Chip_Cookies

Chocolate Chip Cookies
Adapted from: Yasa Boga's Cookiebook
Source: Nuridah Salleh

Ingredients
200 gm butter + more for greasing
200 gm brown sugar or grated palm sugar
100 gm castor sugar
1/2 tsp salt
1/2 tsp vanilla extract

Chocolate Chip Cookies

2 egg whites
400 gm plain (all-purpose) flour + 1 tsp baking powder, sifted
250 gm chocolate chips or cooking chocolate chopped
150 gm dry-roasted cashew nuts, chopped

Chocolate-Chip-Cookies


Method
1. Preheat oven to 130c. Grease a baking tray with butter. Set aside.
With an electric mixer, beat butter, brown or palm sugar, castor
sugar, salt and vanilla extract until mixture is thick and pale.

2. While beating constantly, add egg whites one by one until mixture
is just combined. Add flour mixture and stir with a wooden spoon until just combined.
Finally, add chocolate and cashew nuts and stir until ingredients are well-combined.

3. Drop teaspoonfuls onto prepared tray, then flatten each cookie slightly
by pressing down with the back of a teaspoon. Leave a gap between cookies.

4. Place in preheated oven and bake for about 25 minutes until cookies are
done. Remove and leave to cool on a wire rack before serving or storing
in airtight containers.

Hari ini mood rajin jadi terlebih pula masukkan gambar......hehehe....ok sampai disini hingga bertemu lagi di lain waktu.....selamat berhujung minggu buat anda semua.....salam sayang dari Nur.

****************Photobucket****************

Wednesday, October 12, 2011

Rendang Daging

Rendang Daging


Assalamualaikum dan selamat pagi,setiap hari cuaca mendung dan hujan membasahi bumi...fitrah manusia ya....hujan salah panas pun salah....tak pernah bersyukur dengan apa yang diberi...termasuk diri ku juga lah!!!Saja aja berbual kosong sebagai pembuka tirai tapi tak mau lah sampai syok sendiri berbual...betul tak adik si putih melepak??? Eh akak pun putih juga tau...ini bukan masuk bakul angkat sendiri....tapi pemberian Allah yang dah diberikan....hehe...alhamdulilah. Hahaha betul lah cerita syok sendiri nie.


Back to recipe,alahai lauk rendang daging....ini kali dapat daging kari yang lembut dan sedap dikunyah....tak terasa berpinggan-pinggan Nur makan....eh bukan makan pinggan, maksud nya makan nasi bertambah-tambah....ish bahasa melayu atau nahu tunggang langgang gitu...kira-kira bahasa pasar gitu....al maalum lah kita nie sekolah atap aja....hehe...ada kah di Singapura ini sekolah atap??? Bullshit kan!! Pagi-pagi dah merepek gitu. Teringat kawan sedarjah Nur dulu....kalau naik angin mesti cakap gini...aaah don't talk rubbish haa..go and fly kite!! Wah kalau dulu dengar rasanya biasa-biasa aje lah tapi kalau sekarang mau si Celestine nie kena penyepak...how I wish if I could go back to those days....happy life with no problem or worries...


Rendang Daging
Resepi: Puan Kasmah Ibrahim
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
1 kg daging dipotong dadu dan dicuci bersih
2 biji kelapa diambil sedikit untuk dijadikan kerisik
Ambil santan pekat dan juga cair
1 helai daun kunyit di koyak-koyakan
3 helai daun limau purut

Rendang Daging

Bahan Kisar
10 biji cili merah
10 biji cili padi - sukatan ikut citarasa
1 inci kunyit basah
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 batang serai dihiris nipis
2 biji bawang besar yang sederhana

Rendang-Daging

Cara-Cara
1.  Daging digaulkan bersama bahan kisar dan di masak bersama santan cair.
2.  Masak dengan api perlahan.Apabila daging dah mula empuk masukkan
daun limau purut dan daun kunyit.
3.  Masukkan santan pekat dan dan kacau rata.Masukkan garam secukup rasa
dan asam keping.
4.  Masukkan kerisik dan masak hingga pekat dan mengeluarkan minyak.

****************Photobucket****************

Friday, October 7, 2011

Gado-Gado


Salam Jumaat buat semua dan pengujung blog Nur.....sihat ke?? Harap semunya sihat dan tugas seharian berjalan lancar tanpa ada halangan. Hmmm hari ini nak tutup sikit mulut tak mau bercerita panjang-panjang yang tidak mendatangkan faedah...kalau ada yang tersirat dihati, ku simpan saja.....ahaaaa!!!

Pagi tadi kita sekeluarga bersarapan dengan gado-gado...sesekali pekena gado-gado sedap juga...Nur tambahkan dengan cekur sedikit....dulu Nur tak suka bau cekur sebab dia mengeluarakan satu aroma yang menyakitkan hidung dan jika terbubuh lebih dia akan berasa berangin pula. Sekarang tekak Nur dah boleh terima....dan pakar masakkan mengatakan kalau tak ada cekur dalam gado-gado ataupun sayur urap terasa kurang sedap....ohhh gitu ke?? Dengan itu kita pun adjust lah sukatan si cekur ini. Nak tau rupa cekur tu ada di dalam gambar yang tengah tergolek golek itu.

Ok Nur berhenti disini saja....resepi ini dah pernah Nur letak, dan ini kali kedua resepi ini di post. Selamat berhujung minggu dan gembira selalu!!!

Pssttt: Eh babe sorry for not updating my blog, you know right what is going on?? See you on facebook.....later we discuss about that or text me whenever you free....don't worry I would be alert all the time....hehehe...Syafiqah is around also....hahah...yup sembang@coffee bean..kaw2 punya haa!!   



GADO-GADO
Resepi: Bukumaskan Puan Asiah
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan

600 gm kacang tanah digoreng dan di kisar (Jgn dikisar terlalu halus)

Bahan Bahan kisar

20 biji bawang merah kecil - Nur gunakan 2 labu bawang merah yg sederhana besarnya
6 ulas bawang putih
2 cm cekur
25 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 batang serai di titik
1 1/2 cawan minyak kacang
Garam, gula dan air asam secukup rasa

Bahan-Bahan lain

3 keping tempe
3 keping tauhu
sedikit kacang panjang dan kobis di celur dengan air panas
300 gm keropok digoreng
2 biji ubi kentang direbus
5/6 biji telur ayam direbus
3 biji timun dihiris
secukup nasi himpit


Cara Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai.

2. Setelah garing, masukkan kacang tanah dan dikacau rata.

3. Masukkan air secukup pekatnya.

4. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.

5. Biarkan mendidih baru lah diangkat.

****************Photobucket****************

Sunday, October 2, 2011

Crispy Stuffed Tofu Puffs

Crispy Stuffed Tofu Puffs

Salam pagi Ahad yang ceria buat semua,assalamualaikum apa khabar?? Dah lama Nur tak ke udara disebabkan anak Nur sedang menghadapi peperiksaan....biasalah anak-anak ini perlu dipantau,kalau tidak lebih banyak bermain dari mengulangkaji!!!

Di kesempatan ini Nur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman-teman blogger yang memberi pendapat dan menyokong Nur dari jauh, juga pada pengunjung yang tidak putus-putus yang berulang kali berpatah balik untuk membaca dua entri Nur yang lalu...teringat juga hari itu seperti ingin tutup sebentar blog ini apabila dah ramai sangat yang berminat nak membaca cerita itu.

Apa yang Nur buat juga untuk kebaikan kita bersama supaya tidak akan berlaku lagi pekara seperti ini.Pada Adik Nurul, kak Nur maafkan anda,yang dah lepas itu jadikan pelajaran...dengan ini kak Nur berharap Nurul tidak akan berpatah semangat untuk meneruskan berblogging...mungkin kejadian ini memberi satu semangat buat Nurul...jangan mudah mengalah atau berputus asa!!

Berbalik pada resepi hari ini, pada yang gemar memakan tofu boleh lah cuba resepi ini yang Nur ambil di blog ini dan untuk melihat cara membuatnya boleh lihat disini. Kalau boleh cari lah tofu yang lembut sedikit apabila digoreng ia tidak akan mengeras....isian tofu boleh lah dipelbagaikan...lainkali Nur akan cuba bubuh carrot, mushroom dan waterchestnut untuk lebih menyedapkan lagi tofu ini.

Thank You Minty for this recipe, let me continue the recipe in my blog for others to share.

CrispyStuffedTofuPuffs

Crispy Studffed Tofu Puffs
Adapted from: Minty's Kitchen
Source: Nuridah Salleh


Ingredients:

300g prawns, shelled, deveined
1 tsp cornstarch
1 egg white, beaten
1 tsp sesame oil
2 tbsp finely chopped chinese parsley or coriander
salt & pepper to taste


tofu puffs (blanched with boiling water to get rid of the oil)

To prepare filling: minced prawns and combined with all the ingredients.

Squeeze the tofu puffs dry and make a slit in each of the puff. Turn the puff inside out to make a small cavity. Stuff the puffs with the prawn paste.
Deep fry under medium heat until golden brown and crispy. Drain well.
Serve with chilli sauce or mayonnaise or your favourite dipping sauce.


****************Photobucket****************