Wednesday, August 31, 2011

Salam Lebaran

Kad Raya Nur

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawan-kawan blogger dan juga pada pengujung blog ini.Maaf lah tak dapat awal-awal untuk mengucapkan Selamat Hari Raya....memang terlalu sibuk sekali dan terasa penat sekali.

Di kesempatan ini Nur pohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata semasa memberi komen di blog anda...Nur menyusun jari sepuluh memohon maaf sekali lagi jika Nur pernah mengecilkan hati anda ataupun ada sikap Nur yang anda tidak senang harap lah dimaafkan ya...maalum lah Nur hanya manusia biasa yang tidak dapat menggembirakan atau membuat orang supaya senang dengan Nur!!

Kepada pengunjung blog Nur, terima kasih kerana sentiasa mengunjung blog Nur walaupun ada yang tidak sudi meninggalkan jejak....tak mengapa....masaalah kecil saja.Apa-apa pun keikhlasan hati anda semua Allah saja yang mengetahuinya.Akhir sekali semoga anda semua bergembira di bulan Syawal ini.


Yang ini kad raya dari Alongroz....terima kasih along kerana mengingati Nur disini...pohon maaf kerana terlambat nak update kad raya dari along ni.Terima kasih sekali lagi ya....love u dear!!




Kad yang comel loteh ini datangnya dari IzahDaut...suka kak Nur tengok dua beradik yang hensem ini....segak bergaya anak bujang Izah! Terima kasih Izah atas pemberian kad yg comel ini.

Saturday, August 27, 2011

Sweet Dream Cookies

Sweet_Dream_Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi, Nur masih lagi dengan entri cookies....rasanya ada lagi 3 jenis cookies yang akan Nur update nanti.Tinggal 3 hari lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan yang suci ini....mudah-mudahan jika diizinkan Allah dapat bertemu sekali lagi ramadhan di tahun hadapan. Sedih dan sayup rasanya......hmmmmm tiada apa yang kekal didunia ini.

Tidak mau membuang masa dengan berceloteh panjang....sudi lah kiranya jenguk cookies Nur yang tak seberapa ini.....hehehe!!! Cookies yang ada perasa kopi....ini atas permintaan hubby Nur yang sememangnya gemar pada flavour coffee!! Apabila Nur rasa eh eh memang pun sedap kena pada citarasa kami.


Sweet Dream Cookies
Resepi: Puan Rozita Abdul Kader
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan A
300gm mentega
160gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen kopi
1/2 sudu teh emplex

Sweet-Dream-Cookies

Bahan B
60gm badam cincang
60gm tepung ais krim
60gm tepung jagung
60gm tepung kastad
400gm tepung gandum

Hiasan: kuning telur, badam cincang, coklat cip.

SDC

Cara Membuat
1. Putar bahan A hingga sebati, masukkan semua bahan B ke dalam
adunan mentega dan gaul sebati.
2. Canai doh dan terap dengan penerap biskut, susun biskut di
dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, hiaskan badam cincang
dan coklat cip.
3. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150 darjah
celcius selama 15-20 minit.
****************Photobucket****************

Thursday, August 25, 2011

Cluster Rice Tart


Selamat malam semua, hmmmm tinggal beberapa hari lagi kita dah nak menyambut kedatangan bulan Syawal....bertambah sibuk untuk menyediakan persiapan raya yang bakal tiba. Sebenarnya pagi tadi Nur
nak nak masukkan entri untuk hari ini tapi tengah type separuh jalan terpaksa berhenti seketika kerana ada hal....kemudian itu kita pergi ke pasar untuk membeli barang pasar bagi persiapan raya nanti. 

Memang rasanya awal sedikit Nur berbelanja....nanti kalau last minute di pasar riuh rendah dengan orang ramai....kepala kita pun mabuk. Untuk elakkan itu semua kita pun berbelanja siang sedikit. 

Okay Resepi cookies ini juga dari Chef Asma....pada mulanya Nur buat mengunakan acuan tart tapi bila tengok agak leceh sedikit, Nur pun bubuh dalam paper cup....lebih senang sedikit kerja, lagipun masa dah tak mengizinkan...sekarang nak kena kejar masa tak boleh berdondang sayang lagi.....hehehe. Rasa kulit tartnya sedap dan lemak-lemak gitu. Okay semak resepi....Nur kongsi resepi disini buat pengunjung blog Nur yang sudi dan tak jemu-jemu singgah disini walaupun kadang-kadang sampai beberapa hari kita tak update blog. 


ClusterRiceTart

Cluster Rice Tart
Resepi: Chef Asma
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
125gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur kuning
1/4 sudu kecil esen vanila
200gm tepung gandum
40gm tepung jagung

Cluster Rice-Tart

Cara Menyediakan
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati, masukkan telur
kuning dan esen vanila.
2. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit. Masukkan ke dalam
acuan tart.
4. Bakar sehingga masak lebih kurang 20 minit. Apabila masak,
sejukkan dan masukkan cluster rice ke dalamnya dan hiaskan dengan
coklat masakkan.

Cluster -Rice-Tart

Bahan-Bahan Untuk Cluster Rice

Bahan-Bahan
150gm bubble rice
50gm badam cincang - bakar dahulu
20gm - 50gm pes kacang hazel
300gm coklat susu - Nur gunakan coklat masak saja
100gm coklat masakkan

Cluster  Rice Tart
Untuk Hiasan
Coklat masakkan secukupnya dan mangkuk kertas

Cara Menyediakan
1. Cairkan coklat dengan cara "double boiler"
2. Masukkan semua bahan-bahan dan kacau sebati.
3. Letakkan diatas periuk nasi electrik yang berisi air panas,
biarkan seketika supaya bubble rice tidak beku dan senang
dimasukkan kedalam acuan tart.
4. Jika suka, boleh hiasakan dengan coklat masakkan, cairkan coklat
dahulu dan masukkan dalam piping bag.
5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.

****************Photobucket****************

Tuesday, August 23, 2011

Truffle Lovely Cookies

TruffleLovelyCookies

Assalamualaikum dan selamat petang, cuaca disini agak mendung sedikit dan hujan renyai-renyai gitu.Nak keluar pun rasa malas...kalau boleh nak lepak-lepak dan golek-golek atas katil....eh macam buaya pulak nanti...hehe.

Okay lah tak mau cerita merepek-repek, hari ini Nur ingin berkongsi resepi Truffle Lovely Cookies. Semasa buat cookies ini....anak bujang Nur turut mengacau kerja kita....dia tolong salutkan coklat putih ini....ish kerja orang bujang mana sama dengan orang perempuan....tapi kerana dia dah hulur tangan nak membantu, kita pun biarkan saja lah, kalau tidak nanti kecik hati pulak. Cara mendidik anak zaman sekarang ini berbeza dengan orang dulu....orangtua sekarang kena pakai strateji kalau nak berbual ngan anak-anak, lebih-lebih lagi yang dah dewasa ini.

Okay lah kita berbalik pada resepi cookies. Resepi asal dari Chef Asma yang popular itu.

Truffle Lovely-Cookies

Truffle Lovely Cookies
Resepi: Chef Asma
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan A 
160gm mentega
1/8 sudu kecil esen vanila
60gm gula aising
secubit garam

Bahan B: (Diayak bersama)
180gm tepung gandum
15gm serbuk koko
25gm tepung jagung
15gm tepung kentang
1 1/2  sudu besar susu tepung
1/8 sudu kecil serbuk penaik
20gm kacang tanah - di kisar

Truffle Lovely Cookies
Bahan C
90 biji kacang badam di panggang - (Untuk dimasukkan kedalam doh)

Untuk Hiasan
Coklat masakkan putih, coklat urai, red love sweeties - (Nur gunakan manik jumbo star )
dan mangkuk kertas.


Cara Menyediakan
1. Kacau bahan A sehingga ringan dan kembang.
2. Masukkan Bahan B dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sebiji badam yang telah dipanggang dan salut dengan 1 
sudu kecil doh sehingga berbentuk bulat membujur. (Nur hanya bulatkan doh saja)
4. Susun di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 160 darjah celsius
selama 15 minit di ketuhar yang sudah dipanaskan sehingga kekuningan. (Masa membakar
bergantung pada jenis oven).
5. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut kedalam coklat masakkan cair dan
masukkan ke dalam mangkuk kertas.
6. Hiaskan atas permukaan biskut dengan coklat urai dan red sweeties. 

****************Photobucket****************

Monday, August 22, 2011

Parmesan Cheese Cookies

Parmesan Cheese Cookies

Assalamualaikum semua, dah siap ke kuih raya?? Nur baru dapat buat 3 macam jenis...kita ni kan memang suka buat last minute sebab kalau tidak cepat nanti habis....hehe...baru  nak godeh tepung ada yang nak mengacau....kalau tak kasi tolong, nanti merajuk pulak...anak-anak tolong mengacau aje....memang kerja cepat habis...tapi hasil nya tidak memuaskan...ish rasa macam nak buat balik aje...yang tak cantik biar dorang makan!!!

Okay lah Nur tak dapat nak berceloteh panjang-panjang....kita nak keluar ke Bazaar Ramadhan...tak sempat kita nak masak....semalam kita masak nasi jagung dengan ayam briyani, dah kepenatan...nak shoot gambar pun naik malas. Okay kita berhenti disini dulu.....selamat meneruskan kerja anda semua. 

Parmesan-Cheese-Cookies

Parmesan Cheese Cookies
Resepi: Puan Rozita Abdul Kader
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan A
240gm mentega
90gm gula aising
1 biji kuning telur
1 sudu teh garam
60gm serbuk keju parmesan


Bahan B
220gm tepung gandum
190gm tepung ubi

ParmesanCheese Cookies

Cara Membuat
1. Putar bahan A hingga sebati, masukkan semua bahan B
dan gaul sebati.

2. Canai doh dan terap dengan penerap biskut, susun biskut
didalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, hiaskan dengan
keju cheedar parut dan taburkan dengan gula castor. (Nur gunakan parmesan
cheese untuk hiasan).

3. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius
selama 15-20 minit.

Hiasan: kuning telur, gula castor, keju cheedar parut.

****************Photobucket****************

Thursday, August 18, 2011

Ayam Tandoori


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan-kawan semua.Dah terasa benar kesibukkan untuk menyiapkan persediaan raya.Yang sedihnya ramadhan semakin ingin menutup tirainya.Kalau diizinkan Allah pasti akan berjumpa ramadhan tahun depan...jika tidak itulah janji Allah!!

Mudah-mudahan Allah menerima segala amalan...bercakap tentang amalan dibulan puasa ini...rasanya benar-benar diduga keimanan...dah pesan dah cakap dengan baik tapi tetap sama juga.Sekali lagi Nur ingatkan tolong lah jangan lah copy header diatas dan juga signature saya dibawah ini.Jika anda berkenan tengok saja lah tak payah copy ya....kesiankan lah saya yang penat berfikir macam mana nak reka.Bahan-Bahan boleh didapatkan diinternet....cari saja...nak rajin sedikit...selepas itu gunakan kreaviti anda.Okay lah saya tak nak bual panjang pasal ini,hanya ingin mengingatkan saja....kalau ada yang masih degil juga,saya tak tau nak cakap apa lagi...saya serahkan pada Allah segalanya...dia yang maha melihat dan mengetahuinya.

Okay berbalik pada resepi, semalam Nur berbuka dengan ayam tandoori dan roti naan. Alhamdulilah menepati citarasa hanya roti naan saja yang tidak menepati selera kami. Apa-apa pun syukur diberi rezeki untuk berbuka.

AYAM_TANDOORI

Ayam Tandoori
Resepi: Sanjay-Vahrehvah
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
6 ketul peha ayam dicuci bersih dan toskan
chat masala secukup rasa (jika suka)
1 tsp serbuk ketumbar
1 tsp jintan putih
1 tsp garam masala
Pes halia dan bawang
1 tsp daun fenu greek - Nur tak letak
1 tbsp perahan air lemon
2 tbsp minyak makan
1 tsp serbuk lada putih
1 tbsp serbuk cili - mengikut kepedasan masing-masing
1 tsp pewarna merah - jika suka
1 tsp garam
1 tsp garam masala
6 tbsp yogurt


Ayam-Tandoori


Cara-Cara

1. Bersih dan kelar 2 atau 3 belahan panjang di atas setiap ayam.Taburkan garam,serbuk cili, perahaan jus limau dan perap selama 15 minit. Ketepikan sebentar.

AyamTandoori

2. Dalam sebuah mangkuk sediakan bahan untuk diperap ayam itu. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan putih, serbuk cili, kastoorimethi (daun fenu greek), serbuk kunyit, garam masala, sedikit pewarna merah diratakan pada pes tadi. Masukkan 1/2 sudu teh garam, yogurt dan gaul rata.

3. Ambil ayam yang diperap sebentar dan gaulkan dengan pes yang didalam mangkuk tadi.Ratakan pes pada keseluruhan ayam dan celah-celah belahan nya.

4. Panaskan oven ke 425 darjah Fahrenheit. Masak selama 20 hingga 35 minit sehingga ayam lembut. Keluarkan dari oven, hidangkan semasa panas, taburkan dengan bawang hiris dan perahkan dengan air lemon.

****************Photobucket****************

Tuesday, August 16, 2011

Mamak Mee Goreng

Salam sejahtera....quick update...tak boleh lama-lama mengadap PC, banyak kerja yang harus diselesaikan.
Resepi hari ini Mamak Mee Goreng....dah pernah masukkan entri ini dulu beberapa tahun nan lalu. Resepi Nur ambil dari library koleksi bukumasak kita. Nur tengok dan teliti cara resepi ini sama seperti  mee goreng mamak di Singapura....itu lah kita masuk list. Okay kita nak offline dulu. 

Mamak-mee-goreng

Mamak Mee Goreng
Resepi: Adaptasi dari Famous Street Food of Penang 
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
4 sudu makan minyak
2 biji bawang putih di cincang
2 sudu makan pes cili kisar atau mengikut selera sendiri
50 gm kobis di hiris - Nur gunakan sayur bak choy 
100 gm tauge
400 gm mee kuning
2 keping tauhu di goreng dan di potong kecil
1 biji kentang rebus di potong kecil
2 biji telur
Daun bawang jika suka

Bahan Untuk Sos 
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap
2 sudu makan chili sos
3 sudu makan tomato ketchup
1/2 sudu garam (nur tak letak)
3 atau 4 sudu makan air
Mamak mee-goreng

Untuk hiasan
1 biji cili merah dan hijau di hiris
2 biji limau kasturi

Cara Cara
1. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis kan bawang putih.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga naik bau.
3. Masukkan mee dan kacau rata.
4. Masukkan bahan sos, kentang rebus dan tahu. Kacau rata.
5. Kecil kan api, masukkan telur di tengah mee dan biarkan sebentar.
6. Kacau rata dan akhir sekali masukkan tauge.
7. Hiaskan dengan cili merah dan hijau serta perahkan limau kasturi.


MMG
* Bahan untuk membuat pes cili*
10 batang cili kering di rendam supaya lembut
2 biji cili merah
5 biji bawang kecil
1/2 sudu teh garam
4 sudu minyak masak

Cara Cara
1. Potong cili dan bawang di kisar untuk jadikan pes.
2. Panaskan kuali dan tumis bahan cili pes.
3. Kacau rata dan biarkan aroma nya naik.
4. Ketepikan. Pisahkan minyak dari pes nya.
5. Pes ini boleh di simpan di peti ais untuk kegunaan lain.

****************Photobucket****************

Monday, August 15, 2011

Nasi Ayam Claypot


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog ini....pada yang pertama kali jejak ke blog Nur, ribuan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi singgah ke sini.....kalau ada link dapat juga Nur balas kunjungan...kalau link ada kesilapan memang payah untuk berbalas kunjungan ya!

Okay straight away to recipe, kali kedua mencuba resepi claypot, dulu waktu zaman fotopage pernah buat rice claypot tapi di rice cooker, juga resepi dikongsi oleh Kak Roylazim. Kali ini Nur cuba resepi Nasi Ayam Claypot dengan menggunakan claypot. Okay turned out fantastic, pada mulanya apabila nasi hampir nak tanak rasa nasi macam masih beras tapi dah berpuluh-puluh tahun masak nasi pasti dah boleh agak sukatan air, akhirnya alhamdulilah menjadi...nasi tk berkumpul ataupun lembik walaupun tidak mengunakan beras basmathi. Just right gitu...kalau kata orang kampong den...sedang elok lah tu....hehehe.

Nur gandingkan nasi ini bersama sayur kangkung dan juga daging dendeng....sedap rasanya, cuma lainkali Nur akan tambahkan sedikit lagi kicap agar lebih kick! Resepi dari majalah Saji. Kali ini gambar tak berapa elok...sebab dah nak tiba waktu berbuka semasa gambar ini diambil....yang penting keikhlasan untuk berkongsi resepi kan??

Nasi Ayam-Claypot
Nasi Ayam Claypot
Resepi: Adaptasi dari Majalah Saji
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-bahan
700gm kaki ayam - potong kecil (Nur gunakan isi ayam dan potong kecil)
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Sausu Manis ABC
2 sudu besar kicap cair
2 ulas bawang putih dicincang
1 sudu teh tepung jagung
1 inci halia dicincang
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 cawan beras
5 keping cendawan shitake, rendam dalam air suam selama 20 minit
dan dihiris
3 cawan stok ayam
3 helai daun bawang dihiris nipis

Nasi-Ayam-Claypot

Cara-Cara
1. Campurkan ayam dengan semua bahan kecuali beras, cendawan, stok dan
daun bawang. Perap sekurang kurangnya selama setengah jam.

2. Panasakan 1 sudu besar minyak dalam kuali dan goreng ayam yang
telah diperap itu selama 1 minit. Masukkan hirisan cendawan. Biarkan
selama 2 minit lagi. Angkat dan ketepikan.

3. Masukkan beras dan stok ayam didalam claypot, tutup dan letak diatas
api sederhana sehingga mendidih. Perlahankan api. Biarkan lagi selama
15 minit. Dalam tempoh itu nasi sepatutnya masak, dan ada lubang-lubang
kecil di atas permukaannya yang rata.

4. Tuang campuran ayam di atas permukaan nasi. Tutup semula. Letak atas
api perlahan selama 15 minit lagi atau hingga ayam empuk dan betul-betul
masak. Kacau dan tabur daun bawang di atasnya. Hidangkan semasa panas.

****************Photobucket****************

Saturday, August 13, 2011

Onde Onde Keledek

Selamat malam, haaa berbuka apa tadi kawan-kawan blogger semua?? Tadi Nur berbuka dengan Nasi Ayam Claypot, daging dendeng dan juga sayur kangkung serta tak lupa juga air penghilang dahaga ia itu air  batu sejuk rambutan. Alhamdulilah dan bersyukur ke hadrat Allah yang memberi rezeki dan kesihatan serta kekuatan untuk bersilat di dapur setiap hari walaupun kadang-kadang agak kelam kabut.

Okay berbalik pada resepi hari ini.....Onde-Onde, dah lama anak-anak request tapi belum dapat tunaikan permintaan mereka sebab agak sukar untuk mendapatkan keledek putih. Akhirnya dengan izin Allah dapat juga akhirnya. Memang betul budak berdua nie kepingin sangat nak makan Onde-Onde, licin bersih pinggan....siap lagi tanya ada lagi tak?? Eh sendiri makan sendiri tanya ada lagi tak??

Bila cakap tentang Onde-Onde ini teringat pada kak Roylazim dari fotopage dulu....asal resepi ini daripada akak Roy cayang....dia lah yang syorkan cuba resepi nya sebab sebelum itu Nur pernah buat gunakan resepi  lain tapi tak sedap mana akhirnya ke tong sampah jadinya!! Resepi ini memang sedap dan kena pada citarasa kami sekeluarga. Nur pernah letak resepi ini waktu mula-mula berblogging. Bila resepi dah tersebar dan digunakan  oleh blogger lain nama kak Roy pun tak di sebut, yang di sebut di mana dia ambil resepi itu. Kadang tak faham dengan sikap manusia ini...nak kata tak tau membaca lebih dari tau. Pada Nur hargai lah resepi yang dikongsi bersama jangan asal tangkap muat aje, dah banyak kali aku terkena.Okay lah jangan marah kalau ada yang terasa....ini kenyataan...setiap manusia punya hati dan perasaan...setiap kesabaran ada tahapnya. Akhir sekali terima kasih kak Roy, resepi you dah jadi resepi pilihan keluarga Nur....aah ni kita nak turunkan pula pada anak dara kita...tengok itu betapa berharga sesuatu resepi yang baik bila dapat dikongsi bersama.  

Onde2 Keledek
Onde-Onde keledek
Resepi: Roylazim
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan

350 gm tepung pulut
250 gm keledek
3 sudu makan air pandan
secukup air
200 gm gula melaka
1 biji kelapa di kukus bersama sedikit garam dan daun pandan

Onde-Onde Keledek
Cara-Cara
1. Gula melaka di potong kecil-kecil.
2. Keledek direbus dan di lecek.
3. Tepung pulut diayak dalam sebuah mangkuk.
4. Masukkan keledek dan air pandan.
5. Dikacau rata dan jadikan tepung pulut menjadi doh.
6. Ambil sedikit doh dan dijadikan seperti bola kecil.
7. Lubangkan ditengah nya untuk meletakkan sedikit gula melaka.
8. Sediakan air untuk dimasak, letakkan doh onde-onde.
9. Apabila ia timbul angkat dan golekkan diatas kelapa parut yg telah dikukus tadi.

****************Photobucket****************



Thursday, August 11, 2011

Bamia Daging

Assalamualaikum dan salam sejahtera, akhir nya bertemu kita pada malam khamis ini....dah hampir seminggu Nur sibuk tak tentu masa.Bila dah sibuk dan update blog pun dah terasa malas dan letih sekali...apa lagi nak blog walking....minta maaf banyak-banyak lah dah lama tak menziarah blog kawan-kawan. Tahun ini memang kita terlalu sibuk sekali....bila dah malam dah tercari bantal peluk pulak....hehe...

Hari  ini Nur ingin berkongsi resepi Bamia Daging.....dah pernah buat pada ramadhan tahun lepas...kiranya ini kali kedua Nur masak resepi ini. Sedap dimakan bersama roti perancis....serta menjadi kegemaran keluarga. Kalau  pedas lagi sedikit lagi sedap rasanya.Okay lah Nur nak sambung kerja didapur....tak habis-habis kan kerja?? Resepi seperti biasa Nur ambil dari bukumasak Puan Asiah Samsudin. 
  
Bamia Daging
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
600gm daging - dipotong sederhana segiempat
250gm kacang bendi
200ml susu cair
3 biji tomato - dibelah empat
4 camca besar sos tomato
2 jambak daun ketumbar
1/2 cawan minyak masak
2 biji bawang besar - dibelah 6
garam secukup rasa

Bamia Daging

Bahan untuk dikisar halus
1 camca besar ketumbar
2 camca teh jintan kasar
1 camca teh jintan halus
1/2 camca teh lada putih
2 cm halia
20 tangkai cili kering -mengikut kepedasan masing-masing
8 biji bawang merah - Nur gunakan 2 biji bawang besar yang sederhana
4 ulas bawang putih

BamiaDaging

Bahan untuk menumis
5 biji buah pelaga - Nur gunakan 3 biji buah pelaga saja
5 kuntum bunga cengkih - Nur gunakan 3 kuntum bunga cengkih
1 cm kulit kayu manis
5 biji bawang merah dihiris

Bamia

Cara-Cara

1. Panaskan minyak, tumis bahan tumis hingga kuning. Kemudian masukkan bahan
kisar. Kacau hingga wangi, masukkan daging dan kacau rata.

2. Masukkan air biarkan daging empuk. Apabila daging telah empuk masukkan susu cair dan tomato sos. Biarkan mendidih, masukkan pula bawang besar, tomato yang dibelah 4 dan kacang bendi. Masukkan garam secukup rasa.

4. Biar hingga kacang bendi 3/4 empuk barulah diangkat. Taburkan daun ketumbar di dalam masakkan. Siap untuk dimakan bersama roti perancis yang telah dibakar sebentar dalam oven.

****************Photobucket****************

Thursday, August 4, 2011

Sambal Udang Berkerisik


Salam petang, sambal udang ini Nur gandingkan dengan nasi lemak sri pandan yang di bawah ini. Sambal udang yang lain sedikit rasanya...biasa Nur tengok orang Negeri Sembilan kalau masak sambal suka bubuh bawang hirisan dan juga sedikit santan....memang rasanya agak lain sedikit bila sambal di bubuh santan tapi sedap lah. Eh cakap pasal Negeri Sembilan...dah terasa begitu lama benar tak balik kampung.....hahaha....

Nur nak cakap sedikit tentang tag header di atas tu....kalau boleh lah tolonggggg lah jangan ciplak ya!!! Permulaan ramadhan dah ada yang copy my header....untuk apa tu?? Kadang dah tak tau nak cakap macam mana lagi....dengan baik dan sopan ala-ala wanita melayu terakhir Nur berbicara hari itu tapi masih ada yang degil juga datang sini copy header...bukan senang nak buat dan cari idea...lebih-lebih lagi macam Nur ini....tak takut ke nanti kena potong tangan kat akhirat....siapa malu sendiri juga malu!! 

Sambal Udang berkerisik
Adaptasi dari: Laman Internet
Sumber: Nuridah Salleh



Bahan – Bahan
500 gm udang galah, dibuang kulit _ (nur tak buang kulit)
30 tangkai cili kering - Nur kurangkan, di cuci bersih dan toskan sebentar
10 ulas bawang merah }
1 camca besar jintan putih } di kisar - Nur gunakan yang serbuk
1 inci halia } - Nur letak 1/2 inci
½ biji kelapa dijadikan kerisik
1 cawan santan pekat - Nur letak 1/2 cawan
1 labu bawang besar (dimayang)
Air asam jawa secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit serbuk ketumbar
Minyak untuk menggoreng

Sambal Udg Berkerisik

Hiasan :
Daun sup dan daun bawang, dihiris - (Nur tak letak)


Sambal Udang

Cara membuatnya
1. Goreng cili kering dengan sedikit minyak dan angkat. Kisarkan bersama-sama bawang merah, jintan dan halia.
2.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan tadi hingga garing, kemudian masukkan serbuk ketumbar.
3.  Masukkan udang, santan, air asam jawa, kerisik, serta bawang besar yang di mayang tadi. Angkat bila udang telah kelihatan kemerah-merahan.
4.  Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5.  Hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.

****************Photobucket****************