Wednesday, June 29, 2011

Pisang Goreng Crispy


Crispy Banana-Fritters


Selamat malam semua, sedang asyik mengadap PC, tak sedar diluar hujan renyai-renyai.....nasib baik Nur ke dapur nak menjemur baju tiba-tiba tengok hujan....isssh budak dua beradik ni haram tak tau di luar hujan....syok sangat menonton tv!!! Eh malam-malam kita cuci baju kan.....hehe...jadi waktu siang esok kita boleh buat kerja lain.

Tadi petang Nur ingat nak update blog tapi tak cukup masa...bila dah petang jadi kelam kabut....dah malam baru dapat melabuhkan  montot sebentar sambil update blog....itupun masih ada lagi kerja di dapur untuk di siapkan sebelum masuk tidur.....hehe....24 hrs non-stop working!!! Orang bekerja pun dah berehat....hehe.

Okay, Nur nak kongsi resepi goreng pisang yang rangup walaupun dah sejuk...suka kerak-kerak pisang....sedap dan laju kita makan waktu siang tadi....anak Nur pun laju sekaki....sedap lah tu pada tekak dia. Memang sedap...cubalah kalau tak percaya!! Waktu pertama kali lihat Madiha post resepi goreng pisang,cepat-cepat Nur copy and paste di draft...senang kerja...tapi itu lah disini agak sukar untuk mendapatkan pisang....nak kena ke pasar Marsiling baru dapat pelbagai pisang....yang Nur suka sekali pisang tanduk....ishhh sedap gitu. Okay Madiha, kak Nur minta izin perpanjangkan resepinya disini...terima kasih berkongsi resepi ya.

Goreng Pisang Crispy

Pisang Goreng Crispy
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan2
Pisang sematu/nangka/ atau yg sesuai digoreng secukupnya
Minyak masak secukupnya

Bahan2 batter
400 ml air
220 gm tepong gandum
50 gm tepong beras
100 gm marjerin
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 ¼ sudu kecil garam



Cara2 menyediakan
1. Masukkan bahan2 batter ke dalam jug blender ikut turutan di atas. Kisar sehingga batter sebati, rata & halus. Tuangkan batter ke dalam bekas yang sesuai.
2. Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana. Belah 2 setiap pisang lalu masukkan ke dalam batter. Bila minyak dah panas, masukkan hirisan pisang yang bersalut tepong ke dalam kuali berhati2 dengan menggunakan tangan. (jangan sampai terkena minyak pula yer).
3. Goreng pisang ke dua2 belah sehingga keemasan. Angkat & tos. Hidang di atas pinggan beralas paper towel & hidang bersama cili kicap.


Nur letak sekali resepi sambal kicap walaupun Nur sendiri tidak membuatnya. Tak pandai dan tak reti makan goreng pisang bersama sambal kicap....Nur suka makan begitu saja. 


Resepi Sambal Kicap

Bahan2
8 biji cili padi
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil gula
Kicap manis secukupnya

Cara2 menyediakan
Tumbuk halus cili padi, bawang putih dan gula. Campur kicap secukupnya. Siap untuk dicicah bersama pisang goreng crispy.

Kalau ada pisang.. jangan lupa mencuba!

****************Photobucket****************

Mango Lassi

Mango Lassi


Salam sejahtera dan selamat pagi.....semalam Nur buatkan pencuci mulut ataupun minuman Mango Lassi untuk keluarga Nur....tak tahu kenapa tekak Nur sukar untuk menelan nya...mungkin disebabkan rasanya yang masam manis.....padahal yogurt ini baik untuk pencernaan, prebiotik serta kaya dengan khasiat kalsium.

Hmmmm anak-anak Nur kalau dah makan tak cukup sedikit...mesti tanya ada lagi tak??? Nur jawab adaaaa, mangga dan yogurt ada dalam fridge.....hehe....sekarang ini musim mangga bermacam-macam jenis mangga yang kita beli....kita ini pun berhantu kalau makan mangga....sedapppp. Okay berbalik pada resipi yang senang untuk dibuat.

Mango Lassi


Mango Lassi
Sumber Resepi: Nuridah

Bahan-Bahan
1 biji mangga yang masak dan manis
3/4 cawan yogurt asli
sedikit madu jika perlu - Nur tak letak sebab mangga dah manis
sedikit serbuk buah pelaga - (cardomon powder)(optional)
sedikit kacang pistachios
beberapa ketul ice
sediakan 3 gelas

Mango Lassi


Cara-Cara
1. Kesemua bahan dimasukkan dalam blender dan kisar.
2. Kacang pistachios dicincang kasar.
3. Sediakan gelas dan masukkan beberapa ketul ice. (Nur terus masukkan dalam fridge sebab tak suka berair lebih suka pekat sedikit).
4. Tuangkan dalam gelas, taburkan sedikit kacang pistachios dan siap untuk dinikmati nya.

Mango Lassi


Okay selamat menjamu mata....Nur nak masuk ke dapur untuk bersarapan pagi pula....kita belum lagi bersarapan ini....dah terbayang-bayang nak makan goreng pisang....hmmmm....

****************Photobucket****************

Monday, June 27, 2011

Laksa Nyonya

Laksa Nyonya


Assalamualaikum, minggu ini bermula seperti biasa...cuti sekolah dah berakhir....so as usual back to daily routine....haha...lepas anak Nur ke sekolah dan abangnya seperti biasa ke Home Team ....kita apa lagi tarik selimut...gulung-gulung tutup satu badan....heheh...hubby kita pergi kerja pun kita tak sedar.....hahaha.

Okay back to recipe, semalam Nur masak laksa untuk makan tengahari.....senang kerja rasanya menggunakan resipi dibawah ini, tak perlu nak rebus ikan. Rasanya pun sedap, kena dengan tekak kita. Kita adjust apa yang patut untuk menepati citarasa kami sekeluarga dengan menambah taupok, kerang, fishball dan yang sewaktu dengannya.   

Laksa Nyonya


Laksa Nyonya- Resepi:- Sajionline

BAHAN A:
200 gm bawang besar
100 gm lengkuas
50 gm kunyit hidup
50 gm belacan
2 batang serai
5 biji buah keras
30 tangkai cili kering
60 gm udang kering

BAHAN LAIN:

Minyak masak
1/2 kg ayam (potong sederhana besar) - Nur tak letak
10 ekor udang sederhana besar
1 liter santan
250 ml air
6 keping asam gelugur
3 batang bunga kantan
Gula dan garam secukup rasa

LaksaNyonya


BAHAN HIASAN:

Timun (potong nipis dan memanjang)
Cili merah (hiris)
Daun bawang (hiris)
Bawang goreng
Telur rebus


CARA MENYEDIAKAN:

1. Kisar semua bahan A dan tumis hingga terbit minyak.
2. Masukkan ayam dan udang. Biarkan seketika.
3. Tuangkan santan dan sedikit air mengikut keperluan. Setelah mendidih masukkan bunga kantan.
4. Kemudian masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. Bolehlah hidangkan dengan pilihan mi ataupun mihun.

****************Photobucket****************

Friday, June 24, 2011

Ayam Ros Pandan

AyamRosPandan

Selamat malam semua....hmmmm tinggal 2 hari lagi sekolah akan dibuka semula disini...bermula lah rutin seperti biasa.Untuk semua kawan-kawan selamat berhujung minggu dan bergembira bersama family.

Berbalik pada resipi hari ini, Nur mencuba resipi Ayam Ros Pandan....sejak terpandang resipi ini di blog Mas-dapurmas terus tergoda. Biasa kalau Nur masak Ayam Ros Nur gunakan resipi Puan Asiah Shamsuddin yang menggunakan kelapa kerisik tapi kali ini cuba resipi yang diperpanjangkan oleh Mas.Terima kasih pada tuan punya resipi CMG dan juga Nor Secubit rasa yang memperpanjangkan resipi ini.Sedap dimakan bersama lontong dan serunding. Okay minta izin pula untuk perpanjangkan resipi disini pula ya.

Ayam Ros Pandan
Resepi Asal : CMG - Dapur Tanpa Sempadan
Sumber : Kak Nor - Secubit Garam

Bahan :
7 - 8 keping ayam (guna bahagian peha dan kepak, lagi sedap)
2 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
1 helai daun pandan, koyakkan dan simpul
1 cawan air
1 camca besar gula melaka
2 camca besar bawang goreng
Sedikit gula
Garam secukup rasa
1 batang kayu manis
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan.

Ayam-Ros-Pandan

Bahan Kisar Halus :

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah
7 biji cili merah - Nur gunakan cili kering kisar
2 biji buah keras
1/2 inci halia
1/3 inci lengkuas
1 camca besar sos tomato

Ayam Ros Pandan

Cara Membuatnya :
Ayam dibersihkan, gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng embal2 (lembap2 jangan garing sangat). Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar halus bersama serai, daun pandan, daun limau purut dan kulit kayu manis hingga wangi dan garing. Tuang air dan kacau rata. Masukkan ayam tadi, gaul dan kecikkan api, Masak hingga pekat.
Tambah gula melaka, garam secukup rasa dan bawang goreng, kacau rata dan masak sekejap lagi hingga kelihatan sedikit kering. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng..
****************Photobucket****************

Thursday, June 23, 2011

Bee Hoon Soup

Bee-Hoon-Soup

Salam pagi yang ceria....tapi hati ku tak ceria hari ini....hmmmm mendung sekejap...haha tunggu tuan puteri yang sedang tidur lena ini bangun....dan sebentar lagi nak mintak izin dari hubby untuk keluar sebentar...ke mana tu....tak terkata sebaknya dada.....nanti bila dah free baru ronda-ronda blog kawan-kawan.

Semalam hubby suruh buat mee sup....google terjumpa resipi dari sini. Ada yang Nur adjust sedikit mengikut citarasa sendiri. Biasa Nur gunakan stok daging tapi kali ini berlainan sedikit....apa-apa pun lebih suka pada stok daging....hahaha. Resipi ini pun sedap juga ada aroma ikan bilis....memang orang berbangsa Tionghua suka menggunakan stok ikan bilis dalam masakkan sup mereka. Betul tak??? 


Bee Hoon Soup


Ingredients
100gms bee hoon (soak in water for 30mins and drained)
1 ½ tsp oyster sauce
1 large garlic –chopped finely
½ cup beansprout
1 handful mustard leaves/sawi (break into a few parts)
½ a fish cake(sliced thinly)
5 fish balls (if large variety halve it)
4-5 fresh prawns(clean , devine and leave tail intact)
I added taukwa and  some carrots

For the soup
2 tsp light soy sauce
1 ikan bilis/anchovies stock cube
A dash of white pepper powder
Salt and sugar to taste
4 cups of water

bee hoon soup

Thickening sauce:
1 1/2 tsp corn flour
2 tbsp water

BHS

Method:

1. Saute garlic until aroma arise, add in the prawns and fish cakes.Stir fry slightly and add in 4 cups of water. At this stage , add in fish balls and all the ingredients for the soup.
2. Let the soup simmer gently.Half way add in beansprout and mustard green and let it soften slightly. Thicken the gravy with cornflour plus water mixture.Close fire and transfer the soup in a bowl.
3. Separately in a wok, add in drained bee hoon and oyster sauce. Stir fry as fast as you could as it will stick to the wok. Make sure the oyster sauce is well combined with the bee hoon. Quickly add in the bee hoon into the soup gravy and give it a stir .Serve immediately. (I skipped this part, just soaked bee hoon till soft)

****************Photobucket****************

Wednesday, June 22, 2011

Chicken Fillet & Tropical Fruit Salad

Chicken-Fillet

Selamat pagi semua, cepat masa berlalu...tiba-tiba dah sampai hari Rabu....tinggal beberapa hari lagi disini sekolah akan dibuka semula....kali ini cuti sekolah kita tak kemana-mana, banyak menghabiskan masa duduk dirumah saja. Hari Isnin hingga hari ini anak Nur yang bongsu berulang-alik ke sekolah....cuti sekolah pun tak terasa seperti bercuti....

Hmmm berbalik pada entri masakkan, fruit salad lagi....hehe....ini menu minggu lepas, apabila anak bujang Nur is around...kerja didapur semakin bertambah....terfikir nak masak apa sebab dia ini lebih suka makan ayam dari ikan...so kita pun kena fikir apa yang nak dimasak??? Kadang itu pening kepala dibuatnya...kalau kita tinggal berdua dengan yang kecik, senang aja...beli atau masak yang ringkas-ringkas...janji kena pada tekak dia....hehe... 

Tropical Fruit Salad

Deep-Fried Chicken Fillet - Assorted DMS

Ingredients
2 slices chicken fillet - about 150gm (Nur agak-agak aja)
1/2 cup flour
1 egg
1 cup bread crumbs
some asparagus and mushrooms (Nur ganti dengan fruit salad)

Marinade
1/2 tsp salt
1/4 tsp pepper
3 tbsp water
1 tbsp light soy sauce (Nur tambah - kalau bubuh light sauce tak perlu bubuh garam)

Fruit Salad & Chicken fillet

Seasonings
some tomato sauce
some worcestershire sauce (Nur tak letak)

Method
1. Cut chicken fillet in thin slices. Mix well with the marinade. Set aside for 10 minutes.
2. Dredge the fillet in the flour, then dip in beaten egg before coating with bread crumbs.
3. Heat 4 cups of oil to about 160c, put in fillet and deep-fry over low heat for few minutes. Remove.
4. Serve with blanced asparagus and mushroom or your preference choice.

****************Photobucket****************

Monday, June 20, 2011

Singapore Hokkien Mee

SingaporeHokkienMee
Assalamualaikum, selamat pagi dan selamat menjalankan tugas seharian.....kadang bila nak memulakan berblogging kita macam kelu gitu tak tau nak bercerita.....yang sebenarnya Nur bukan nya pandai nak berceloteh macam orang lain.....kalau ada topik baru lah boleh start engine....kalau tidak mati kutu gitu....hehe....

Okay pagi ini Nur nak tayang Singapore Hokkien Mee yang sangat sedapppp....pernah buat dulu gunakan resipi dari salah saorang warga di fotopage....sedap juga resipi itu tapi yang ini lagi power!!! Memang resipi ini boleh dijadikan resipi pusaka....hehe...kebetulan semalam semasa Nur berbelanja di NTUC, sempat Nur belek-belek bukumasak dan terjumpa juga resipi Singapore Hokkien Mee tapi tak dapat nak tengok ingredients dan cara-cara memasaknya sebab hubby dah tunggu pulak....hmmmm gigit jari. Kita kalau masuk NTUC Supermarket mesti nak angkut bukumasak, sampai kadang hubby geleng kepala...dah terlalu banyak bukumasak yang dibuat hiasan....hehe....

Resipi ini again from Curlybabe Ayu.Thank you Ayu for sharing this awesome recipe. Looking forward another good recipe from you....hehe!!

Spore Hokkien Mee

Singapore Hokkien Mee Recipe
Sources:-From http://rasamalaysia.com


Ingredients:
250g Yellow Noodle
250g White thick rice vermicelli-(Ayu used laksa noodles,)
400g Prawn
350g Squid (Sotong)
200g Pork Belly-(Ayu omit this ler replaced with chicken breast sliced)
40g Green chives
750ml Chicken stock
3 Eggs
5g Chopped garlic

Seasoning:
1/2 tbsp Fish sauce
1 dash Pepper
1 dash Sesame oil
salt & msg to taste

SHM
Method:

1. Peel the prawn head. In a hot wok, add a tbsp oil and fry the prawn head until fragrant. Add fried prawn head into chicken stock and boil for 30mins to 1 hour. (I usually reserve the uncooked prawn shells and prawn heads from other dishes and keep them frozen in the freezer)
2. Add the pork belly into the stock and boil for 45mins. Take out the pork belly and cool. Cut pork belly into strips. ( I am not a big fan of pork belly hence I have omitted this)
3. Blanch prawns and squid in boiling water. Drain and cut the squid into rings.
4. Into a hot wok, add 1 tbsp of oil, fry the garlic until fragrant. Add in egg and scramble.(Ayu added the prawns, chicken & squids at this point)
5. Add in yellow noodle and rice vermicelli. Fry for a few minutes until noodles just begin to sear. (Use high heat)
6. Add 1/3 of prawn stock and seasoning. Fry until stock is almost dry. Add another 1/3 of prawn stock. Cover wok to braise the noodles on medium low heat. (5 to 7 mins)
7. Lastly add in prawn, squid, chives and fry together. Add remaining stock, fry for 1 min and plate. Serve with sambal chilli and lime. -(Ayu added the noodles last, so as not making the noodles turned soggy very fast)..

Sambal Chili Ayu version:-
3-5 tbsp chili paste
1 tbsp minced onion
1 tsp minced garlics
1-2 tsp belacan granules
salt & msg to taste

Saute the above till oil rises up the surface, add salt & msg. Ready.

Sunday, June 19, 2011

Salada Buah-Buahan

Salada_Buah-Buahan

Assalamualaikum dan selamat petang, hari ini rehat sedikit tak kemana-mana pun, jemputan tak ada nampaknya...duduk diam dirumah...tapi kerja didapur tetap jalan terus.....hehe.

Ok oleh kerana hari ini adalah hari Ahad untuk berehat dan santai-santai bersama family  jadi Nur masukkan resipi salada buah-buahan saja yang Nur makan bersama ayam kenny rogers hari itu. Sejak dah beberapa hari ini kita asyik makan salada buah-buahan....sedap meratah gitu....nanti pun nak buat lagi nak makan bersama ayam goreng....actually ingatkan nak masak nasi ayam tapi memandangkan dah terasa berat diet disebabkan bersarapan dengan mee goreng jadi petang-petang nak yang light meal gitu....hehe.

SaladaBuah-Buahan

Resipi sukatan buah-buahan ini Nur agak-agak aje....terpulang pada citarasa sendiri

Salada Buah-Buahan


Bahan-Bahan
1 cawan anggur di potong dadu
1 biji buah mangga di potong dadu
1 cawan nangka di potong dadu
2 biji buah kiwi di potong dadu
1 cawan buah honeydew di potong dadu
3/4 sudu yogurt asli
1/2 sudu perahan air limau nipis
4 sudu air sunquick mixed fruits yang telah dicampur gula dan air

Salada Buah2an

Cara-Cara
Kesemua bahan dijadikan satu dan masukkan yogurt, perahan air limau nipis dan juga air
sunquick mixed fruits. Sejukkan dalam peti ais. Sedap dimakan semasa sejuk.

****************Photobucket****************

Friday, June 17, 2011

Ayam Ala Kenny Rogers

ayam ala kenny rogers
Assalamualaikum semua, salam Jumaat yang mulia....sekejap dah petang. Minggu ini memang sibuk sekali.
Nak ronda-ronda blog kawan-kawan pun masa terhad.

Hari itu apabila tengok di blog Ayu Ayam kennny Rogers dah terasa tergoda gitu. Memang dah ramai blogger yang buat....biasa Nur pandang-pandang aje tapi ini kali teringin nak mencubanya. Memang sedap...suka dengan rempah-rempahnya. Nur memang ada stok ayam tapi dah siap yang dipotong....kulitnya pun dah hilang...tak tau mana pergi?? Itu yang tak nampak cantik....tak apa lainkali boleh cuba lagi...kali ini mesti nak beli ayam satu ekor dan panggang....anak-anak pun suka jadi boleh cuba sekali lagi...kira-kira worth of trying this recipe. Terima kasih yang tidak terhingga pada Ayu dan kawan-kawan yang lain berkongsi resipi ayam panggang yang sedap ini....sambil type ini kita teringatkan Mat Sentul yang bawak ayam panggang sekor untuk orang yg dicintai itu.....hehe...dalam filem apa ya?? Kita pun dah lupa tajuk filem itu!!

Fruit Salad & Kenny Rogers Chicken
Nur gandingkan ayam ini bersama potato wedges, salad buah dan kacang bake bean. Ok lah mari layan gambar ini! Nak jemput makan dah habis pun...hehehe.

Ayam-ala-Kenny-Rogers

Ayam Ala Kenny Rogers
Sources:- From sharm1969@myresipi.com


Bahan2 untuk (8-10 orang)
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)-(Ayu gunakan sos lada hitam)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir-(Ayu tak letak, sebab madu dah manis)
2 sudu besar herba campuran-(Ayu gunakan italian herbs)
1 1/2 sudu teh garam halus +secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Ayam_Ala_Kenny Rogers

Cara-Cara

Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.-(Ayu perap semalaman)
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.
****************Photobucket****************

Wednesday, June 15, 2011

Kari Ikan Ala Mamak

Kari Ikan ala Mamak

Selamat malam, hari ini Nur masak kari ikan....dah lama benar rasanya tak masak lauk kari ikan...macam teringin gitu....Nur masukkan gambar dulu...esok-esok baru update resipi. Penat tak terkata hari ini....mata pun dah kelat dan mengantuk...kita nak masuk tidur dulu. Selamat malam semua. Kari-Ikan-Ala-Mamak


Kari-Ikan Ala Mamak

Puding Jagung

Puding-Jagung

Salam pagi semua,sebelum Nur berangkat keluar sebentar lagi, first of all nak mupdate dulu blog....dah beberapa hari ini memang memenatkan...schedule very tight gitu...mengalahkan orang yg bekerja....semalam bila diluar rasanya macam 'eh cepat lah sampai rumah dah macam nak pengsan gitu....' mungkin usia juga memainkan peranan.

Okay, back to dessert recipe, dah lama juga buat puding ini...oleh kerana gambarnya tidak dapat memuaskan hati jadi Nur kiv aje, apabila dah tak ada yang nak di posting so sikit lebih kurang halal...hehe, Nur pun keluarkan entri ini. Boleh lah kan dari blog ini terbiar gitu.

Resipi dari Hasue ini dah lama Nur simpan dalam draft. Kak Nur minta izin perpanjangkan resipi ini disini ya...terima kasih berkongsi resipi.

Puding Jagung
PUDING JAGUNG
Resepi: F&N@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com


Bahan-Bahan

* 1 cawan tepung kastad
* 1 cawan jagung manis
* 3/4 cawan gula
* 3 cawan air
* 1 1/2 cawan susu cair

Cara-Cara

1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.>hasue tambah satu sudu makan marjerin setelah adunan pekat.
3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

****************Photobucket****************

Monday, June 13, 2011

Ikan Masak Padang

Ikan Masak Padang

Assalamualaikum dan selamat malam, hari ini terasa penat betul...nak bercerita pun dah tak terdaya rasanya....nak update saja blog ini...kita berjumpa esok pula lah ya!! Esok bila free nanti kita ronda-ronda blog kawan-kawan...tak sempat nak bertegur sapa hari ini....hehehe...

Ikaaa....Kak Nur tak dapat jenguk Ika...nanti esok-esok ya....have a nice sleep. Back to menu, hari ini Nur masak Ikan masak padang....resipi asal dari dari Kak Hanieliza...memang sedap resipi ini...kena dengan selera Nur dan lagipun kita memang suka lauk-pauk padang....menjilat jari kalau makan...hehe...tak senonoh jilat jari kan!

Ikan Msk Padang

Ikan Masak Padang - Kak Hanieliza
Sumber resipi:- Sofieyya-Alkiram.net
Bahan-Bahan

4 keping ikan tenggiri atau merah (taburkan dengan sedikit garam halus)
4 cawan santan - dari 1 biji kelapa (Nur gunakan 1 kotak santan kara)
dan campur dengan 300ml air
3 biji tomato keras di belah 4 (Nur gunakan beberapa biji buah tomato ceri)
1 labu bawang besar di belah 4 (nur tak letak)
5 biji cili merah dan hijau (Nur tak letak)
1 keping asam keping
5 helai daun limau purut di koyakkan
3 sudu besar minya dan garam secukup rasa

Ikan Msk Pdg

Bahan Kisar
5 biji cili merah
7 biji cili padi (Nur guna 3 biji cili padi)
1 inci kunyit basah
2 batang serai dihiris halus
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih (Nur letak 3 biji)
3 biji buah keras
beberapa batang sayur bende (Nur tambah)


Cara-Cara

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga naik minyak dan wangi.
2. Masukkan santan dan biarkan mendideh.
3. Masukkan ikan, garam, asam keping dan biarkan renih dan mendideh lagi.
4. Masukkan pula bahan sayuran dan renihkan sehingga naik minyak dan pekat.
5. Tutup api dan angkat.
6. Hidangkan dengan nasi putih atau roti.

****************Photobucket***************