Salam pagi dan salam sejahtera semuanya, hari Jumaat lalu Nur masak Dalca daging yang dimakan bersama roti prata instant......sesekali makan dengan roti prata terasa ringan sedikit diet pada hari itu....ok lah tak boleh borak panjang-panjang kerana ada banyak urusan hari ini.....hehehe....terima kasih pada yang empunya resipi ini....sesekali Nur cuba resipi dan cara yang lain memasak Dalca...cara Nur berlainan sedikit. Sesekali tukar selera dan cara memasak okay kan!
Bahan-bahan:
500 gm daging
1/2 cawan kacang dal direndam semalaman
5 sudu besar rempah kari
5 urat kacang panjang dipotong 1 1/2 inci
1 batang karot dipotong 1 inci panjang
1 batang terung dipotong sederhana
4 biji cili hijau dibelah 4
1 biji tomato didadu kecil
1 labu bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih,2 biji buah pelaga
1 cawan santan
2 sudu besar sos tomato/ tomato puri
Cara-cara:
1. Rebus kacang dal hingga empuk. Toskan.Bahagi 2. Separuh dikisar halus dan separuh lagi dibiar begitu sahaja.
2. Panaskan 5 sudu besar minyak didalam periuk. Tumis bawang besar, halia, dan rempah campur hingga berbau wangi. Masukkan rempah kari dan tumis hingga pecah minyak.
3. Tambahkan 1/2 cawan air. Masukkan daging. Kacau rata dan tutup periuk. Perlahankan api dan masak hingga daging empuk.
4. Apabila daging empuk, masukkan kacang dal, sayur-sayuran, sos tomato, tomato dadu dan cili hijau. Masukkan santan dan biar mendidih.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Apabila sayuran telah empuk, tutup api dan boleh dihidang.
***Daging boleh direbus empuk terlebih dahulu bagi menjimatkan masa memasak dalca.
*_*Dalca Daging*_*



















