Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.......apa khabar anda semua dan juga kawan-kawang blogger?? Harap semuanya berada dalam sehat sejahtera dan sentiasa dalam lindungan Allah.
Apabila dah lama tidak ke udara rasanya lidah kelu untuk berkata-kata....hahahaha.....akak buat muka dua puluh sen aja la ya!!!!
Hidangan buat hari ini Nur sediakan Nasi Lemak Tumis buat keluarga dan sampingannya lauk sambal tumis sotong kering.....fuyooohhhh....makan bertambah ini....kembang tolak tepi dulu....asalkan keinginan nak sumbat mulut dulu diutamakan....hehehe....buruk aja erk bunyinya kan?? Resipi asal dari Diana yang Nur ambil dari blog Chetam. Terima kasih Chetam kerana berkongsi resipi Diana ini. Izinkan Nur panjangkan resipi ini di sini.
Sambal Sotong Kering Keluarga Diana
Sumber: Chetambiz Blogspot
Dikongsi bersama: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
1/2 kilo sotong kering, dibersihkan buang tulang dan potong persegi kecil dan rendam dengan abucang semalaman
1 cawan air (ditambah sekiranya perlu)
1/2 cawan air asam jawa yang pekat
seketul gula melaka
1/2 cawan gula pasir
garam dan serbuk perasa
1 cawan minyak
Untuk Dikisar
40 tangkai lada kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
1 cm lengkuas
2 cm belacan
Cara-Cara
1. Bersihkan sotong yang telah direndam semalaman dan toskan airnya. Didihkan air dan masukkan sotong dan masak untuk 15 minit. Kemudian toskan airnya.
2. Panaskan minyak di kuali, tumis bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau. Masukkan gula melaka, gula pasir, garam, serbuk perasa dan air asam jawa. Kacau sehingga sebati.
3. Kemudian masukkan 1 cawan air dan masukkan sotong. Masak sehingga sotong empuk dan rempah kering.
4. Kalau sotong belum empuk boleh ditambahkan dengan sedikit air lagi. Rasa jika ada yang kurang tambah garam atau gula secukup rasa.





Salam kak nur,
ReplyDeletenanti simpankan kita sambal sotong kering semangkuk ye. hehehehe.....
Salam Kak Nor..sedapnya sambal sotong ni...makan ngan nasi lemah atau lontong ngam ni...Gandingkan ngan sayur masak lemak dan nasi putih panas pun sedappppp
ReplyDeletesalam kak nur...liza pun nk nk mintak jugak la sambal sotong ni utk dinner nnt...hihihi
ReplyDeleteAlahai Nur...sedap ni kena dengan Nasi Lemak Basmathi....kecur dibuatnya!!!!!
ReplyDeletesedapppppppppppppp..........
ReplyDeleteNur sedap tu kalau makan dgn nasi lemak.
ReplyDeleteKak Nur, here I've come!!! What a lovely feast....drool drool and drool! What else can I do now...hehehe :)
ReplyDeleteWow sedapnya... :-)
ReplyDeletesalam kak nurrrr..kita dh bwa nsi ni...bak lauk stun tu spngan...pastu teh o ais skli yee...sdppp mkn nga nsi lemak smbal kak tuu...
ReplyDeleteKak Nur..
ReplyDeleteAssalamualaykumwbh akak comel....mmmm sotong nampak sedap...gambar sgt cantik.....n page marbeles.....mmm:)
salam k nur..nape nmpak sedap sgt sambal akak ni? hehehe..berkeroncong perut, mkn ngan nasi lemak ni kompom terangkat!
ReplyDelete