Monday, December 19, 2011

Nasi Goreng Kampung


Assalamualaikum dan selamat pagi pada anda semua!!!

Haaaa dari semalam hujan tidak berhenti terus membasahi bumi hingga lah ketika dan saat ini....cuaca sejuk ini memang enak kan kalau tarik selimut tak perlu penghawa dingin tapi Nur tengok anak Nur tidur masih dengan alat hawa dingin.....ish lagi sedap lah dia tidur tak ingat dunia......

Semalam untuk memanaskan badan Nur hidangkan nasi goreng kampung untuk sarapan pagi. Nur masak apa yang ada dalam fridge....mungkin dilain waktu jika teringin nak makan nasi goreng kampung boleh lah bubuh sayur kangkung....biasa kalau disini tak nampak pulak ada orang letak sayur kangkung dlm nasi goreng kampung. Waktu balik kekampung dulu pun tak pernah nampak mak ngah bubuh sayur kangkung dalam nasi gorengnya.....yang bahan utamanya ia lah cili padi.....nahhh kau berasap telinga....

Okay setelah penat mencari resepi....resepi dibawah ini yang berkenan dihati kerana cara penulisan resepinya yang senang difahami serta kemas dan ringkas. Boleh adjust sukatan cilipadi mengikut citarasa sendiri. Untuk family Nur kalau makan nasi goreng atau mee goreng mesti nak ada ayam goreng baru ada side kick Jet Li...hahaha!!!
  

Nasi Goreng Kampung
Resipi di adaptasi dari blog: Wendy@Table for 2
Dikongsi bersama: Nuridah Salleh 


Bahan (A)
1/2 biji bawang merah yang sederhana 
1 biji bawang kecil 
2 biji bawang putih 
4 biji cili padi ataupun lebih mengikut citarasa - Nur tambahkan dengan beberapa biji cili merah
1 sudu besar penuh ikan bilis goreng atau ikan bilis 
1 sudu besar minyak masak 

Bahan (B)
½ cawan kacang panjang dihiris kecil
1 ikat sayur kangkung



Bahan (C )
2 cawan nasi sejuk
2 biji telur
2 sudu besar ikan bilis - (tidak perlu dicuci untuk mendapatkan ikan bilis yang garing rasanya)
 Cara Nur:  rendam sebentar untuk menghilang sedikit kemasinan ikan bilis itu, kemudian boleh lah digoreng hingga garing.
3 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam


Cara Menyediakan

1. Kisar bahan A kecuali minyak.
2. Panaskan kuali pada suhu sederhana. Masukkan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing.
Angkat dan ketepikan.
3. Dengan baki lebihan minyak tadi masukkan bahan (A) serta 1 sudu kecil garam. Tumis perlahan hingga bertukar warna keperangan.
4. Masukan nasi dan besarkan sedikit api. Kacau rata dan tolak nasi ketepi.
5. Pecahkan telur dan letak ditengah serta kacau telur tadi. Tutup nasi diatas telur dan lambung
kuali dengan hati-hati agar telur pecah dengan ratanya. Goreng seketika.
6. Masukan kacang panjang dan dan lambung sedikit kuali hingga 15 saat dan diikuti dengan sayur kangkung dan lambung sedikit hingga 5 saat. Padamkan api dan sajikan ketika panas bersama telur mata kerbau/mata lembu jika suka.

12 comments:

  1. lawanyer bunga orkid akak
    hahaha tetriba comment pasal orkid plak khen
    nasi plaing senang dan sedap di buat

    ReplyDelete
  2. Selamat Pagi Nur..kena dengan telur mata lembu dan ikan masin....pasti syok...kopi O 1 ya

    ReplyDelete
  3. salam kak nur...perghhh mmg peberet liza tu, tambah pulak cilipadi bebnyak....fuhhhhh mmg terangkat habis....hihihihi

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Kak Nur..sedapnya nasi goreng kg ni...Saya suka makan nasi goreng, lagi2 kalau ada keropok lekor sekali....

    ReplyDelete
  5. Salam kak nur,
    Saya dah lama juga tak menggoreng nasi. Maklumlah, nasi pun dah jarang masak, baru nak start panaskan kuali....

    ReplyDelete
  6. salam kak nur..terliur sy nmpk ns goreng tu..simple tp saya mmg suka jenis mcm nih..

    ReplyDelete
  7. salam kak nur, wah xletak cili giling pun merah camtu ye. tun terbayang2 kepedasan nasi goreng nih. hehe.. tun suka nasi goreng yg letak ikan bilis. rangup2 pulak tu. sedap!

    ReplyDelete
  8. Malam baru sempat sampai...confirm nasi goreng abis dah....hu hu hu...kempunan kak cek...tak pe lah...kak cek bwk mapin tuk Nur ni..:)

    ReplyDelete
  9. sedapnya nasi goreng kampung!kita suka...suka sangat!

    ReplyDelete
  10. wah my faveret nasi goreng..sukenye tgk ...if dpt mkn lg best......hoho

    ReplyDelete
  11. Asalamualaikum kak Nur cayang..
    Sihat ke kak?
    Mula2 kuar gambar sblm kuar segala words tadi, ingatkan nasi tomato..hehehe...
    Sedap ni.. Hubby Naz suka nasi goreng kampung.

    ReplyDelete
  12. knur sayang..hihi k nur saya sukeee.. mintak sepinggan kak..

    ReplyDelete