Monday, December 12, 2011

Dalca Tulang Rusuk

Selamat pagi dan salam sejahtera buat pengunjung blog Fiqah99......semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan senantiasa dalam rahmatnya. 

Musim sibuk bulan gerhana dah pun berlalu....kita pun ikut sibuk juga...ingin mengetahui betapa besarnya keagungan illahi....ciptaan nya....segala nikmat puji bagi mu ya Allah!!

Resipi yang ingin dikongsi hari ini lauk dalca....one of my favourite dish...resipi ada pelbagai cara untuk memasaknya....antara sedap ataupun tidak...terpulang pada cita rasa masing-masing....lauk dalca ini kalau benar-benar inginkan rasanya yang sedap seharusnya mengunakan tulang rusuk daging kambing....baru lah ada kick kata orang Singapura....tapi untuk menjaga kesihatan lebih baik lah gunakan tulang  rusuk daging lembu......kalau daging aja kurang kick pulak...kalau dimajlis perkahwinan, biasa catering selalu suka gunakan daging tetelan....maalum lah tetelan kan harganya agak murah sedikit dan rasanya pun lagi sedap bagi pengemar tetelan. Apa-apa pun  terpulang pada diri sendiri....the choice is yours!!! Okay lah tak mahu membuang masa...masa itu emas...kadang pun kalau berpanjang lebar berceloteh tak tau orang suka baca ataupun tidak...ibarat seperti kita syok sendiri gitu...hahaha.


Dalca Tulang Rusuk
Peyumbang resipi: Bro Rozzan
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan-bahannya
1 kg rusuk kambing - Nur gunakan tulang lembu
350 gm dal kacang kuda
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia 1 batang serai (titik)
6-8 sudu besar (mumbung) rempah kari daging atau rempah dalca 3-4 biji kentang (kupas kulit dan belah 2 atau 4)
3 biji tomato (belah 2)
300 gm kacang panjang (potong kecil2)
1 batang lobak merah (potong ikut citarasa)
1 biji terung (potong ikut suka)
3 batang lada hijau
beberapa biji belimbing buluh /mangga muda (belah 2/4)- (optional)
2 senduk minyak masak
secukup cengkih, pelaga & kayu manis
5 tangkai daun kari
1 biji bawang besar hiris
sedikit air asam jawa
2 cawan santan pekat
garam secukupnya
serbuk perasa (jika suka)


PERATURANNYA:
1. Rebus tulang rusuk bersama air secukupnya sehingga empuk.
2. Rebus kacang dal berasingan hingga empuk.
3. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dgn sedikit air. Campurkan bersama rempah kari/dalca.
4. Panaskan minyak lalu tumis bawang besar hiris, serai, cengkih, pelaga, kayu manis dan daun kari.
5. Masukkan bahan kisar tadi dan kacau hingga garing.
6. Setelah itu, masukkan tulang rusuk tadi bersama airnya sekali. Jikalau airnya kurang, boleh ditambah ikut suka.
7. Kemudian masukkan sayur-sayuran dgn dimulakan yg keras2 seperti kentang dan lobak merah sehingga ianya 3/4 masak. Kemudian baru masukkan yg lain sprti kacang panjang, terung, mangga muda, dll. Lepas tu, masukkan air asam dan kacang dal. Kacau sebentar lalu masukkan santan, garam dan perasa. Kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
8. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api dan sedia utk dihidangkan .


Nota dari bro Rozzan: Cara almarhumah ibu saya memasak dalca pula; selain bahan2 di atas, setelah beliau menumis bawang besar hiris, beliau akan taruh kira-kira 1 senduk cili kering kisar dan tumis hingga cili garing. Setelah itu, barulah beliau masukkan bahan2 kisar yg lain.



****************Photobucket****************

15 comments:

  1. salam kak...bestnya dalca ni, samalam Liza buat opor ayam merah resepi akak...mmg best, anak2 n hubby puji, kmbng kempis hidung ku....kuikuikui
    nnt liza post yg liza buat smlm yer...thanx kak..

    ReplyDelete
  2. @liza

    Waalaikumslm Liza,

    ketawa kak Nur baca kembang kempis hidung tu...anyway,terima kasih byk2 sudi cuba resipi dari blog kak nur dan beritau pula tu...alhamdulilah jika liza sekeluarga suka ya...

    ReplyDelete
  3. kak nur cayang dinda mu nan sorang ni bab dalca ku fail hahahaha nak kena bayo ke tok ghuru ni nak menuntut ilmu:)

    ReplyDelete
  4. @Chik Mimi

    ahaaa napa gitu dinda...cuba lagi lah...kanda bab dalca nie mmg fav...kalau nk berguru tak ada masaalah..tk yah bayo...air putih panas dh boleh....hehehe...mcm betul aja akak mi...tang apa yg failed tu mi?? Musykil juga akak.

    ReplyDelete
  5. askum kak nur...dalca nie leh mkn ngam mcm2 benda...roti jala pon sodap...yummy

    ReplyDelete
  6. AS-SALAM KAK NUR
    uiyyooo..masak dalca lah dia hari ni..sedapnye kak nur...tambah pulak tulang rusuk makan dgn nasik panas2 ish..ish..ish terangkat nih..

    ReplyDelete
  7. kakkkk kita pntang klu tulang2 rsuk nii...suke mkn part tuu..nk2 buat dlca..lgi sddpp...kakk..rti khubus dah ada bli smlm..bak dlca tu je la smgkuk..nk wak bkpes ni..xsrpan lgii..round dpur kekwn dluu pepgi nii..muahhh..

    ReplyDelete
  8. Assalam Nur,
    dah lama ngidam nak makan dalca, tak terbuat lagi...syukur datang sini ada pulak dalca tulang rusuk...ni dah duduk bersila dengan mangkuk kosong ni..hi hi hiiii

    ReplyDelete
  9. Assalam knur,
    tengah buat apa tu?..kita singgah kejap ni..
    terbau dalca sampai kat sini..dah siapkan masuk dalam tiffin merah untuk kita dah ke belum tu..haha..mantu nak datang collect kejap lagi..haha..shabsuka pun jangan lupa sekali masuk ya..hehe..

    ReplyDelete
  10. Waw..sedapnya dalca tulang rusuk...emm lapar la pulak tengok..

    ReplyDelete
  11. Assalam kak nur...wow sedapnye dalcha nie...D sukeee sgt...nyummmm

    ReplyDelete
  12. Aslmkum Nur

    Ada lagi tak dalca daging ni...nak semangkuk buat cicah dg fatir bread...hi..hi...
    dalca mmg sedap masak guna daging...part yg tulang...guna daging tetelan pun sedap juga.

    ReplyDelete
  13. salam kak nur...mieza suka tulang rusuk..tp tulang rusuk kambing belum pernah try lg sebab kat umah mieza ni mieza sorang je makan kambing..susah tul nak maak kambing..bila org len masak terliur je..simpan resepi dulu lah nnt nak cuba guna tulang rusuk lembu..

    ReplyDelete