Assalamualaikum dan selamat tengahari...............
Dah beberapa tahun lamanya Nur tak masak menu Sambal Jenganan....ini kegemaran my hubby...almaalum lah orang Jawa ini memang tidak dapat dipisahkan dengan lauk yg sedemikian rupa. Kalau Nur okay-okay aja lah....tak kisah....apabila lihat hubby kalau menyenduk kuah jenganan amboi seram pulak....macam nak berenang pulak kat atas pinggan itu. Selain dari itu ada juga Nur masak Daging Dendeng....dah pernah masak resepi ini waktu bulan puasa yang lalu hanya tidak sempat untuk nak masukkan ke blog. Hari ini Nur update kan sekali resipi daging dendeng....terpulang pada cita rasa masing-masing....kita hanya sekadar berkongsi.
Okay lah I proceed to the recipe tak boleh buang masa....sebentar lagi nak keluar....ada banyak urusan yang harus diselesaikan.
Resipi dari: Majalah Perempuan @ 1994
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
200gm daging lembu (batang pinang)
Air asam secukupnya untuk merendam daging
Bahan untuk dikisar halus
1 sudu makan ketumbar
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
Bahan untuk ditumbuk kasar
5 biji cili merah - Nur lebihkan
6 ulas bawang putih
sedikit halia
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa - jika suka
Minyak untuk menggoreng secukupnya
Cara-Cara
1. Daging lembu dibersihkan. Kemudian dipotong lebar-lebar setelah itu
direndam dengan air asam jawa selama 3 jam.
2. Kemudian angkat dan toskan lalu gaulkan dengan garam, gula, serbuk
perasa dan rempah yang sudah dikisar tadi.
3. Perapkan selama 45 minit, kemudian digoreng hingga garing. Tumiskan
pula bahan yang sudah ditumbuk kasar-kasar tadi. Masukkan daging yang
telah digoreng sebentar tadi hingga sebati. Masukkan sedikit saja garam jika perlu.
Sambal Jenganan
Resepi: Zarinah Ibrahim
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
200gm kacang tanah
20 tangkai cili kering
2 ulas bawang putih - gunakan seluruh bawang, jangan dihiris
1 camca besar rata asam jawa - dibilas
1 camca teh penuh belacan
2 cawan air masak
2-3 camca besar gula (sebaiknya gunakan gula merah)
minyak untuk menggoreng
garam secukup rasa
Bahan-Bahan Sayuran
150gm sayur taugeh - buangkan ekornya (Nur tak letak)
300gm kangkung -dikerat 4cm panjang
100gm kacang panjang - dikerat 2cm panjang
3 keping tauhu - dibelah 4 (bentuk 3 segi)
2 keping tempeh dipotong kecil
150gm kobis - dihiris halus atau kasar-kasar
Cara-Cara
1. Tuangkan air ke dalam periuk. Masukkan sedikit garam.
2. Jerangkan air sehingga mendidih.
3. Celur sayur berasingan. Pastikan air mendidih setiap kali
bahan di atas dicelur.
4. Untuk hidangan seperti ini biasanya kobis dimakan mentah-mentah
oleh sebab itu kobis hendaklah dihiris halus-halus. Potong kasar-
kasar sekiranya kobis hendak dicelur seperti sayuran lainnya.
5. Goreng tauhu jangan terlalu garing. Toskan dan ketepikan, kemudian
goreng tempe hingga garing.
Cara-Cara
1. Panaskan minyak secukupnya. Goreng kacang tanah dengan api
sederhana hingga garing.Angkat dan toskan. Apabila telah sejuk kacang
tanah dikisar kasar.
2. Panaskan minyak semula. Tumiskan cili kering hingga berubah
warnanya (anggaran 1/2 minit). Angkat.
3. Kemudian tumis bawang putih hingga layu. Diangkat dan ketepikan.
4. Kepal-kepalkan asam biar bulat dan tumis hingga berubah warnanya.
5. Akhir sekali goreng belacan dengan sedikit minyak hingga garing.
6. Kisar pula cili kering,belacan dan bawang putih serta 1/2 cawan
air asam yang selebihnya, gula dan garam.
7. Tuangkan campuran ini kedalam mangkuk kacang tanah. Dikacau hingga
sebati. Jika perlu, tambah lagi setengan cawan air masak, kuahnya
mesti lah pekat.
8. Apabila hendak menikmati hidangan ini ambil lah secukup kuah jenganan
dan gaul bersama nasi putih serta ambil sedikit sayuran tadi.
Daging Dendeng & Sambal Jenganan

Salam Nur,daging dendeng sedapkan?Tapi kak Ros tak pernah masak,pernah makan kat restoran je.Tengok nur buat teringin nak cuba.
ReplyDeleteAssalam knur, sambal jeganan dah lama tak buat..my mum suka lawankan lauk jeganan ni dengan kuah rawon..ada sambal belacan, bagedil..dan sewaktu dengan nya..memang bertambah lah nasi..
ReplyDeleteknur kita belum sempat reply..rasa bersalah pulak ni..last weekend kita balik kampung..huhu
Kak Nur yg cantek jelita & disayangi..(cebahhhhh..ni kopas ni..dengan harapan dapat tapau..kihkihkih..)
ReplyDeleteAkak!! kita nak tanya tu majalah Perempuan 1994 maknanya akak simpan majalah tu 17 tahun ke kak?ha?? really arr..apapun naisb baik ada K Nur yg selalu masak sedap2..dapay kita jamu mata :)
aduhai..lapar lak nih...mintak lauk skt..hehe
ReplyDeleteaslmkum nur.. terliur akk tgok jenganan tu.. mmg best ratah2 sayur camni..
ReplyDeletetak pernah dgr sambal jenganan tu.. tp nmpk mcm pecal.. mkn ngan nasi putih duk terbayang nasi himpit kuah kacang la pulak.. dua2 pun tun suka makan.
ReplyDeletewaduh2 mbak yu sedapnya ,suka dendeng suka sambal jenganan tu,memantu wong jowo lah katakan :)
ReplyDeleteassalam kak Nur, mlm-mlm kat sini singgah dapur akak buat saya lapar blk la kak...adehh sedapnya kalau dpt ratah ni.saya nk msk daging tak pandai sgt kalau goreng kering gini kak ...takut tak empuk daging tu..kena msk lama-lama ke kak Nur?
ReplyDeleteAssalamualaikum Nur...
ReplyDeleteBanyaknya Hidangan...Mana Satu Kak Lin Nak Pilih Ni...Semuanya Sedap2..Lebih2 Lagi Sambal Jenganan Tu Mcm Pecal Jer...
kak nurrrrr..kita suke mkn dging msk mcm niii..tpi cuma xprnah msk sdrii..biasa dging ni ada kat knduri khwin..hri tu mkn kat umah kwn buat open house raya..cdpnyeee..kakkk buat utk kita 1/2 kilo yee..nk wak stokk..muahhh..
ReplyDeleteAssalamualaikum akak nur cayang...
ReplyDeletewah sedapnya tgk menu kat atas tu akak.... menyelerakan sungguh... tgk lg sambal tu.. aduuh!! meleleh air liur d buatnya...