Assalamualaikum dan selamat petang buat anda semua yang sudi singgah ke sini....dah minum petang ke belum?? Agak-agak apa lah yang dihidangkan untuk minum petang ini!!
Hajat dihati ingin keluar ke Arab Street tapi apabila dah petang begini terasa malas pulak.....kebetulan hubby Nur sedang cuti hari ini....memang susah Nur nak bergerak jika dah petang-petang ini....duduk rumah lagi syok.....hehehe.
Okay lah ini Nur nak sambung kembali menu dua hari lepas ia itu Nasi Lemak yang Nur gandingkan dengan sambal tumis sotong kering.....nak update hari itu tak kesampaian pula.....ada saja yang menghalang...banyak tugas yang harus diselesaikan dulu.....kira-kira nak mengadap PC ini bila benar-benar tidak sibuk baru lah boleh mengadapnya.
Tanpa banyak membuang masa sila lah tengok resipi di bawah ini. Rasanya seronok bila dapat kumpulkan resipi nasi lemak yang berlainan rasanya......Nur biarkan nasi lemak ini kelihatan seperti nasi beriani....Nur biarkan warna kuningnya tak sekata....itupun dah ternampak lebih kuningnya dari warna putih. Terima kasih Ziela berkongsi resipi....memang tergoda bila masuk ke dapur mamasya...semua masakannya nampak sedap-sedap belaka.
Nasi Lemak Tumis
Resepi Asal; Jun @ MYR
Dikongsi Oleh; Dapurmamasya
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
3 cawan beras
2 cawan santan
2 cawan air
1/2 sudu besar halba
1 daun pandan
1 cm halia-hiris halus
1 batang serai-titik
2 biji bawang merah-hiris
garam secukup rasa
1 sudu minyak + 1 sudu minyak sapi
Cara-Cara
1. Panaskan kedua-dua minyak, tumis bawang dan halia hingga garing. Masukkan air dan juga santan, kacau hingga pecah minyak.
2. Bila mendidih, masukkan beras, daun pandan, halba, serai dan garam. Masak seperti nasi lemak biasa..
3. Hidangkan bersama sambal tumis ikan bilis/udang/sotong, timun, telur dan ikan bilis goreng atau mengikut citarasa sendiri.
Nota Dapurmamasya
Utk nasi lemak kuning ni , tambah 1 sb kunyit semasa masukkan santan dan air - Nur pula gunakan sedikit pewarna kuning.
Yang ini pula ayam goreng bersama kicap cair....resipi ini dipunyai oleh biras Nur....dulu-dulu Nur suka gunakan resipi ini lebih-lebih lagi hubby suka perahan air limau kasturi.....ia suka pada rasanya yang masam sedikit.....kalau buat Nur dua biji air perahan limau kasturi itu dah mencukupi.
Dah agak lama benar Nur tak goreng ayam seperti ini.....apabila ayam telah digoreng takut juga jika anak-anak tidak suka tapi rupa-rupanya mereka suka....lebih-lebih lagi anak yang bongsu suka sekaliiii......hehehe.
Ayam Goreng Kicap
Resipi oleh: Puan Roita
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
1 kg kepak ayam direndam bersama air garam sebentar. Dicuci bersih dan toskan.
2 sudu kicap cair
2 biji limau kasturi
sedikit perasa aji-no-moto (jenis yang halus)
Cara-Cara
1. Ayam yang telah dicuci bersih digaul bersama kicap cair.
2. Limau Kasturi di belah dua dan perahkan airnya keatas ayam tadi.
3. Masukkan sedikit ajinomoto.
4. Perapkan dalam masa 15 minit dan goreng hingga warna keperangan.




wow first time akak dengar nasi lemak tumis mesti sedap ni..
ReplyDeletesalam kak nur.. wah.. 1st time tun tengok nasi lemak yg ditumis.. cantik je kaler kuning ni, nmpk mcm nasi minyak pula.
ReplyDeleteAslmkum Nur
ReplyDeleteWah menarik lah buat nasi 2 kaler gini...dg lauk sambal sotong..ayam goreng...rasa nak tumpang mkn sama2 dgn Nur....bawak Syakirah dan Syazrin sekali ni....cukup tak....hi...hi...
dapur Nur lagi byk resepi menarik.selalu dtg jamu mata....
kak nur berlari saya datang ni nak makan nasi lemak dengan ayam tu ada lagi tak jom kak
ReplyDeletesalam kak nur...
ReplyDeletemaaf lama tak singgah sini.. bukannya tak ingat.. tp computer sy ni maha lembabnya bila masuk blog kak nur yg comel ni.. huhu.. mungkin sbb byk assessory dlm blog kak nur jd lambat sesangat PC buruk sy ni nak download & kdg2 hang terus... ni pun bukan main lama dok tunggu nak scrool ke bawah nak tinggalkan komen.. kalau Chik Mimi berlari.. saya ni merangkak2.. hehehe.. tp sabarrrrrr.. nak jugak tinggalkan jejak kat sini.. akak sihat?
Salam Kak Nur,
ReplyDeleteSaya terliur tengok ayam goreng dengan sambal sotong tu. hm,teringin nak makan nasi lemak pulak. hehe
Saya nak ambil kesempatan ucapkan Selamat tahun baru akak sekeluarga. Semoga tahun baru membawa rahmat dan keberkatan buat kita semua insyaAllah.
Assalamualaykumwbh Sis Nur Dear...
ReplyDeleteSmg Allah swt mudahkan dan uruskan kak Nur sekeluarga dgn sebaiknya dr tahun ke tahun...
Love, Ayu...:)
Assalam Kak Nur cyng, Salam tahun baru 2012 buat akak sekeluarga. semoga thn baru ni membawa seribu keberkatan dan dirahmati Allah selalu hendaknya. sedap tgk nasi lemak akak ni..lapar lak rasa..hehe
ReplyDelete@Paty's Kitchen - Cook with passion.
ReplyDeleteItu la kak, Nur pun baru first time juga came across such recipe...rasanya kita pun boleh pelbagaikan memasak apa2 pun dengan cara yg lain dan menamakan sendiri resipi...hehe.
@tun_telani
ReplyDeleteYa la Tun,rasanya semua akan berkata tk pernah dengar nasi lemak ditumis....hehe...lainkali kak Nur nk letas kismis,kemudian tu namakan nasi lemak berkismis...amacam ok tk???
@Mamasya
ReplyDeleteWaalaikumslm Ziela, ia lah sesekali2 msk nasi lemak pekena dengan sambal sotong...ish sedap rasanya...lagi pun anak Nur yg bongsu suka mkn soton kering nie...untuk mamasya sekeluarga...kalau tk cukup Nur boleh msk lagi...haha....
@Chik Mimi
ReplyDeleteAduh mimi cayang, tarik nafas dulu, rehat seketika....baru boleh join kak Nur mkn sama2....hehe...tapi skrg dh habis lah!!
@MaDiHaA a.k.a Ratna
ReplyDeleteWaalaikumslm Madiha,
Oh ya ke agak sukar buat Madiha nk masuk sini....apa2 pun Kak Nur ucapan terima kasih pd Madiha kerana masih sudi singgah keblog kak Nur yg tk seberapa ini...kak Nur pun pernah rasa kdg masuk kat blog org tiba2 pc hang...mcm ada prob....tak apa lah Madiha...kak Nur faham.
@blogresipi.com
ReplyDeleteWaalaikumslm Ijan,
terima kasih atas ucapan mu itu...kak Nur pun berdoa dan mohon pd Allah moga ia selalu memberi keberkatan pada keluarga Ijan...moga Ijan sekeluarga sentiasa dlm rahmatnya...amiin...cayang Ijan...peluk cium buat Mikhail.
@Ayu Safieza @ Humaira'
ReplyDeleteWaalaikumslm adik ku Ayu cayang,
terima kasih sangat2 atas doanya...moga Allah sentiasa melindungi mu sekeluarga...berbahgia di dunia dan akhirat...amiin...moga thn 2012 dpt memberikan yg terbaik buat ayu ya...segala urusan mudah2an dipermudahkan ya dik!!
@Nieza
ReplyDeleteWaalaikumslm Nieza cayang,
terima kasih Nieza atas doanya...kak Nur pun harap moga thn ini hidup Nieza bertambah ceria dan bahgai...segala urusan dipermudahkan.
Sian Nieza lapar...kat sini dh mlm...perut kak Nur pun terasa lapar juga dh mlm2 nie....aduh....