Salam petang dan yang pastinya disaat dan ketika ini pasti semua dah makan tengahari, buat Nur masih belum lagi ini....biasa kalau diwaktu pagi jika Nur ambil sarapan yang agak berat pasti lunch Nur akan skip...hehe...tapi apabila dah petang begini perut mesti berlagu riang....hmmm memang nak kena cari makan selepas ini.
Semalam Nur hidangkan keluarga dengan Nasi putih yang dimasak bersama daun pandan dan juga ayam kremes. Waduh makan dengan nasi panas-panas bersama ulaman seperti ulam raja, timun, kacang botor tempe, tauhu dan sebagainya boleh bertambah nasi.....
Nur dah pernah buat ini beberapa kali tapi kali ini Nur cuba resepi dari Indonesiaeats. Ada kelainan sedikit apabila air rebusan di gabungkan bersama air limau nipis.....menepati citarasa kami sekeluarga.
Ayam Kremes
Resepi Asal: Indonesiaeats
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan-Bahan
1 ekor ayam kampung (anggaran berat dalam 1 kg, 2.2 lbs), dipotong 6-8 keping
dan dicuci bersih - Nur gunakan ayam muda bahagian peha.
2 atau 1 biji limau nipis - ambil airnya
10 ulas bawang putih
10 ulas bawang kecil
6 biji buah keras
2 sudumakan ketumbar yang disanger dan dikisar halus - Nur gunakan 3 sudumakan ketumbar serbuk
1/2 sudumakan garam
400 ml air kepala asli - Nur gunakan air biasa saja
200 ml air
10 daun salam (Indonesian bay) leaves
3 helai daun limau purut - Nur tambah
Bahan Kremes
4 sudumakan bawang putih yang telah digoreng
250 ml air rebusan ayam yang telah rebus tadi.
250 ml air
1 biji telur dikocok sedikit
1/4 cawan tepung beras organic atau tepung beras biasa
1/2 – 1 sudu teh garam garam
1 sudu teh lada putih
Minyak untuk mengoreng
Cara-Cara
1. Kisar buah keras, bawang putih dan bawang kecil. Boleh juga ditumbuk mengunakan
batu lesung secara tradisional.
2. Dalam sebuah periuk satukan ayam bersama bahan rempah yang telah dikisar.
Perahkan air limau nipis, masukkan ketumbar, air kelapa, air, daun limau dan daun salam.
3. Masak dengan api yang sederhana dalam masa 20-30 minit atau sehingga air rebusan
menjadi 250ml.
4. Angkat dan ketepikan ayam. Biarkan sejuk sebentar dan akhir sekali goreng ayam tadi
hingga keperangan. (Cara Nur pula sebelum ayam digoreng, Nur akan celupkan ayam didalam
bancuhan tepung). Angkat ayam dan toskan diatas kitchen paper towel. Kaedah lain jika anda
tidak suka ayam itu digoreng boleh juga dipanggang ayam itu.

Cara Membuat Kremes
1. Kisar bawang putih yang telah digoreng, satukan bersama tepung beras, lada putih
dan juga garam. Dalam mangkuk besar, masukan air rebusan ayam, air dan juga telur
yang telah dikocok. Kacau rata kesemua bahan.
2. Goreng bancuhan tepung dalam 1 senduk hingga menjadi kremes dengan api yang besar.
Apabila kremes dah menjadi angkat dan toskan di kitchen paper towel.Goreng sehingga
habis bancuhan tepung.
Cara menghidangkan nya: Ayam goreng bersama kremes boleh dimakan bersama ulaman atau
dipanggil lalapan dan disesuaikan bersama sambal terasi (sambal belacan) atau sambal
bajak cara orang Indonesia.
Ini ada lah sambal terasi yang telah siap Nur masak.....hmmmm satu rumah berbau belacan...terpaksa buka semua tingkap-tingkap....berdesing bau tapi enak....makan bersama nasi putih...aduh sedapppp nya!!!
Cili merah, cili padi, buah tomato, belacan, bawang kecil dikisar dan ditumis bersama sedikit minyak
hingga naik bau dan pastinya mesti sampai bersin....hehe...tambahkan dengan sedikit air asam dan
sedikit gula jika suka - Nur tak letak. Kali ini Nur tak letak air asam, Nur gantikan dengan sedikit perahan
air lemon.
Ayam Kremes





salam Nur..lama tak masuk dapur Nur ni..apa khabar? wah ayam ni jika dapat kat anak bongsu Cm makan tak ingat dunia ni..ada iras iras lauk nasi ayam penyet kan nur:)
ReplyDeletesalam k nur...lame x singgah sini.. amaklum sy bertapa kat gua seguntang gua segunting.. hehehe...sedap kan ayam kremes ni..sy pun lame x buat :)
ReplyDeleteSelamat petang Nuridah
ReplyDeleteRahel dah samapi ni..sedapnya lauk ayam kremes..Rahel blm cuba lg ni..mesti sedap sangat kan?
salam....aduh la....tahan air liur dari menitik ni
ReplyDeletesalam kak.. nampak menyelerakan kak.. boleh la cuba respe ni nanti..:)
ReplyDeleteNur,meleleh airliur....
ReplyDeleteAssalam Kak Nur,Sedapnyer nmpak ayam akak,sambal belacan tuh lagilah terliur..Mmg leh tambah nasi kalo mkn gini nih..
ReplyDeleteSalam Nur cayang. Wah, menu best ini hari ya.
ReplyDeleteAssalam knur..ayam kremes sedap part kerak2nya tukan..kita try recipe knur dulu tu sedap..makan lauk ni aje dah cukup ada pulak sambal belacan fuh berpeluh2 ni knur makan kena buka kipas angin ni...hehe
ReplyDeleteMantap ni buat dengan Nasi Ayam Penyet. Jom tukar akak baru aje buat Ayam Kalasan...belum buat N3 lagi. ..Kita tukar ya!!!!
ReplyDeleteala2 ayam penyet le kak yeak ....wah mmg sedap...lieya terliur tang sambal tu...terase2 kepedasan kat mulut ni hah......ade yg pi cari ayam penyet lik keje ni kang he he he
ReplyDeleteas salam nur... sedap nampak ayam tu, baru2 ni baru je gi makan nasi lemak kukus ayam berempah.. pun sedap.. tapi kalau goreng camni sure lagi best.. sbb nani suka yang goreng2.. lagi crunchy.. and crispy..
ReplyDeleteAssalam, K Nur...
ReplyDeleteSedappnya tgk ayam kremes tuh... mkn ngan tempe goreng n ulam2an, sambalnya tu yang lagi sedapppp... :)
Aslmkum Nur
ReplyDeleteDtg dapur Nur, ada hidangan ayam kremes siap sambalnya...belum pernah cuba lagi..rasa nak hulur pinggan makan sama2...hi..hi..
as-salam kak nur
ReplyDeleteady datang malam2 ni nak ayam kremes tu..terliur je Ady tngk ayam kremes..
nampak sangat sedaplah Idah....senang2 nanti nak cubalah juga....
ReplyDeletetak pernah mieza makan ayam mcm ni..waaaa nampak sangat sedap..terliur..nanti kena cuba juga ni..anak2 mieza suka sgt dgn ayam..harus dicuba :)
ReplyDeleteSelamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat Nur sekeluarga...
ReplyDelete