Friday, September 2, 2011

Sweet Mint Cookies

Sweet-Mint-Cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog My Little Kitchen dan juga pada  yang rajin mengintai disini....alhamdulilah...terima kasih sudi singgah kesini....ibarat kata seperti benci tapi rindu....hahaha....betul ke tu?? Tepuk dada tanya selera ya....

Cepat masa berlalu dah sampai pun hujung minggu.....kita dah plan untuk jadual esok, actually kita malas nak berjalan raya...kalau boleh kita nak habiskan masa bersama anak bongsu kita yang akan menduduki peperiksaan PSLE akhir bulan ini.....bila cakap tentang PSLE ini teringat Nur berpuluh2 tahun yang lalu....kira2 dua dekad lah....hehe...apabila Nur sendiri menerima keputusan PSLE, terlonjat, terlompat macam katak kerana kegirangan menerima keputusan tapi ada suara yg tidak suka bersuara.... "Eh mengada-ngada si Nur tu....eksyen aja." hmmmm masih teringat sampai sekarang....kita terlupa diri kerana kesukaan setelah penat bertungkus lumus belajar....begitu lah lumrah dunia tak boleh lihat kejayaan sesaorang...kadang-kadang sedih tau dibuat nya.

Okay, tinggalkan cerita pak malau tu....berbalik pada entri cookies yang tak sempat Nur nak update sebelum raya hari itu....dah basi ke?? Tak lah kan....hehe....

Sweet Mint Cookies

Sweet Mint Cookies
Resepi: Chef Asma
Sumber: Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
125gm mentega
90gm gula kastor
1 biji telur kuning
1/8 sudu kecil esen pudina
1/8 sudu kecil pewarna hijau

SweetMintCookies


Bahan B
160gm tepung gandum
40gm pistachio - dibakar dan dikisar
20gm tepung hoen kwee
10gm tepung kastad
1/8 sudu kecil serbuk penaik

Sweet_Mint_Cookies


Untuk Hiasaan
Telur kuning dan pistachios - dikisar


Cara Menyediakan
1. Putar bahan A sehingga sebati dan masukkan bahan B.
2. Campurkan semua dan gaul hingga sebati, Regatkan adunan selama 15 minit.
3. Canai dan terap dengan acuan pilihan. Sapukan telur kuning dan tabur pistachio.
4. Bakar pada suhu 160 darjah celcius sehingga masak.

****************Photobucket****************

8 sweet comments:

  1. SELAMAT HARI RAYA kak Nur

    Anak2 ita pun tahun ni akan menduduki exam. Ita pun tak beraya sangat tahun ni kak.. sebab risaukan anak2 yg nak exam.. 2 orang sekali pulak tu.. aduyaiii....

    Good Luck untuk anak akak ye!

    ReplyDelete
  2. Salam Nur nampaknya kita berdua ni masih mengukis lagi..... SELAMAT HARI RAYA

    ReplyDelete
  3. aslmkum nur,, selamat hr raya ,, maaf zahir n batin..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaykumwbh kak nur selamat menyambut hari lebaran.....:) maaf zahir batin.....mmm malu kat diwi sendiwi ini bila tgok cookies kak yg memcm tu...I demam since balik msia ni...sob3...raya kat rumah jes......

    ReplyDelete
  5. Salam KAk nur
    selamat hari raya maaf zahir baten
    bila nak TURUN key el (hehehe)
    ACA pun ucapan selamat hari raya buat Untie NUR
    ACA miss u too...

    ** PHOTO aca yg latesh semalam...nanti unty Nur singgah erk

    ReplyDelete
  6. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin..tuk kak Nur sayang maaf sekiranya erma melakukan kesilapan n ketelanjuran kata yang x sengaja lelagi suker terjah2 n wat onar kat dapo akak yang bestni... maaf byk2 kak minta halal semua2 yer kak.. kad rayer erma dah gantung jemput ambil kad kat umah..

    ReplyDelete
  7. Salam kak nur. biskut biasa tapi bila dah dihias cantik giler. Apatah lagi tukang ambil gambar pakar. Perggh. nak tanya Fb akak, kalau ada reply kat blog saya yea. thankz..

    ReplyDelete
  8. salam kak nur.. sedap nampak biskut ni... tentunya sedap.. good luck buat anak akak ye...

    ReplyDelete