Assalamualaikum dan selamat petang, cuaca disini agak mendung sedikit dan hujan renyai-renyai gitu.Nak keluar pun rasa malas...kalau boleh nak lepak-lepak dan golek-golek atas katil....eh macam buaya pulak nanti...hehe.
Okay lah tak mau cerita merepek-repek, hari ini Nur ingin berkongsi resepi Truffle Lovely Cookies. Semasa buat cookies ini....anak bujang Nur turut mengacau kerja kita....dia tolong salutkan coklat putih ini....ish kerja orang bujang mana sama dengan orang perempuan....tapi kerana dia dah hulur tangan nak membantu, kita pun biarkan saja lah, kalau tidak nanti kecik hati pulak. Cara mendidik anak zaman sekarang ini berbeza dengan orang dulu....orangtua sekarang kena pakai strateji kalau nak berbual ngan anak-anak, lebih-lebih lagi yang dah dewasa ini.
Okay lah kita berbalik pada resepi cookies. Resepi asal dari Chef Asma yang popular itu.
Truffle Lovely Cookies
Resepi: Chef Asma
Sumber: Nuridah Salleh
Bahan A
160gm mentega
1/8 sudu kecil esen vanila
60gm gula aising
secubit garam
Bahan B: (Diayak bersama)
180gm tepung gandum
15gm serbuk koko
25gm tepung jagung
15gm tepung kentang
1 1/2 sudu besar susu tepung
1/8 sudu kecil serbuk penaik
20gm kacang tanah - di kisar
Bahan C
90 biji kacang badam di panggang - (Untuk dimasukkan kedalam doh)
Untuk Hiasan
Coklat masakkan putih, coklat urai, red love sweeties - (Nur gunakan manik jumbo star )
dan mangkuk kertas.
Cara Menyediakan
1. Kacau bahan A sehingga ringan dan kembang.
2. Masukkan Bahan B dan kacau sehingga menjadi doh yang lembut.
3. Ambil sebiji badam yang telah dipanggang dan salut dengan 1
sudu kecil doh sehingga berbentuk bulat membujur. (Nur hanya bulatkan doh saja)
4. Susun di dalam loyang pembakar dan bakar pada suhu 160 darjah celsius
selama 15 minit di ketuhar yang sudah dipanaskan sehingga kekuningan. (Masa membakar
bergantung pada jenis oven).
5. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut kedalam coklat masakkan cair dan
masukkan ke dalam mangkuk kertas.
6. Hiaskan atas permukaan biskut dengan coklat urai dan red sweeties.







Assalam kak....
ReplyDeleteMasuk jer rumah akak jer terus rasa nak raya.... terus ingat ayah saya.. terus rasa nak nangis... huwahhhhh.... sedih....
Terubatlah sedih tgk akaknyer cookies.....
assalamualaikum kak..
ReplyDeletelawa cute je sekut tu.. suke la tengok. tak puas mata memandang. cantik je nanti dihidang dihari raya kan
salam kak.. comelnya biskut tu.. tentunya sedap... tambah ada bintang2 atas tu.. tentu menarik budak2 nak makan
ReplyDeleteSalam Nur cauang,
ReplyDeleteKiut nya kukis. Ni adik beradik Almond London lah yek tapi dah kena bleach...hehe
salam kak nur.. cantik la pulak tgk white choc dalam bekas hitam tuu.. tun kalau kt umah kan, mmg adik bongsu tun yg lelaki tuu diberi tugasan letak2 manik atas biskut raya. hihi
ReplyDelete@che'iza
ReplyDeleteWaalaikumsalam Iza,
kenapa sedih teringatkan ayah?? Kak Nur pun sedih juga bila terkenangkan arwah ayah kak Nur...kak Nur paling manja dengan dia waktu dulu tapi kini tinggal kenangan.
Terima kasih lah jika tengok cookies yg tk berapa menjadi nie boleh buat Iza happy!!Hehehe.
@izahdaut
ReplyDeleteWaalaikumsalam Izah
mmg cookies mcm nie nampak cantik tapi rasanya manis...indah dipandang mata tapi seksa bagi yg tidak suka pada yg manis2....hehehe.
@Juwita Jamaludin
ReplyDeleteSalam kembali buat Ita juga ya,mmg budak2 kalau tengok yg berkaler maler itu yg di terkamnya.
@HomeKreation
ReplyDeleteAlong Cayang....
misss u so much!!! Hahaa ketawa Nur bila along kata dibleach...tingat kat abang Michael Jackson yg putih tu....hehe.
@tun_telani
ReplyDeleteSalam kembali Tun,
mmg Tun kalau ada yg menolong meringkan kerja but provided yg nk tolong nie kena teratin sikit..mcm anak kak nur,dia ikut rentak dia aje lah....heheh...
Aslmkum Nur
ReplyDeleteComeii biskut Nur..betul tu kata Along..versi almond london kena bleach..hi..hi..
rajin anak bujang Nur tlg buat biskut...taklah boringkan gentel biskut sorang2....
Assalam knur, waduh kita sibuk betullah kak..nak singgah dapur akak pun tak sempat..ini..kita datang nak tengok kukis akak yang dihias sang teruna ..sweet aje kalau sang dara tengok ni mesti termimpi2 dibuatnya..hehe..
ReplyDeleteat least ada juga orang yang tolong ..kita ni budak bujang 2 tu sibuk exam,kalau tak exam pun tak tolong punya.. budak dara tu sibuk menyibuk aje adalah..hehe..
Selamat hari raya ya kak, kalau kita tak sempat nak singgah dapur akak ni..mohon maaf zahir & batin, jika ada terkasar bahasa, gurau2 dan salah sangka..harap diampunkan..bagi resipe2 yang telah disharekan tu harap dihalalkan ya kak..insyallah satu hari nanti kita bertemu jua..(wah...kita cabut 10 kilometre dulu..haahah)