Saturday, August 27, 2011

Sweet Dream Cookies

Sweet_Dream_Cookies

Assalamualaikum dan selamat pagi, Nur masih lagi dengan entri cookies....rasanya ada lagi 3 jenis cookies yang akan Nur update nanti.Tinggal 3 hari lagi kita akan meninggalkan bulan ramadhan yang suci ini....mudah-mudahan jika diizinkan Allah dapat bertemu sekali lagi ramadhan di tahun hadapan. Sedih dan sayup rasanya......hmmmmm tiada apa yang kekal didunia ini.

Tidak mau membuang masa dengan berceloteh panjang....sudi lah kiranya jenguk cookies Nur yang tak seberapa ini.....hehehe!!! Cookies yang ada perasa kopi....ini atas permintaan hubby Nur yang sememangnya gemar pada flavour coffee!! Apabila Nur rasa eh eh memang pun sedap kena pada citarasa kami.


Sweet Dream Cookies
Resepi: Puan Rozita Abdul Kader
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan A
300gm mentega
160gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen kopi
1/2 sudu teh emplex

Sweet-Dream-Cookies

Bahan B
60gm badam cincang
60gm tepung ais krim
60gm tepung jagung
60gm tepung kastad
400gm tepung gandum

Hiasan: kuning telur, badam cincang, coklat cip.

SDC

Cara Membuat
1. Putar bahan A hingga sebati, masukkan semua bahan B ke dalam
adunan mentega dan gaul sebati.
2. Canai doh dan terap dengan penerap biskut, susun biskut di
dalam dulang pembakar. Sapu kuning telur, hiaskan badam cincang
dan coklat cip.
3. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 150 darjah
celcius selama 15-20 minit.
****************Photobucket****************

7 comments:

  1. Assalamualaikum Nur,
    Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. Rajinnya Nur buat cookies....nampak rangup dan menarik la....

    ReplyDelete
  2. Salam Nur.Dah banyak cookies kat sini kan. Kak Ros ucapkan Selamat hari raya.maaf zahir dan batin ya.Semuga nur gembira dan bahagia dihari raya bersama keluarga.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya buat Nur seisi keluarga maaf zahir dan batin.Semoga sentiasa dilama RahmatNya.

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Nur! selamat hari raya, mohon maaf kalau ada salah silap. Semoga sentiasa diberkati. Amin..;D

    ReplyDelete
  5. Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Nur sekeluarga.maaf zahir batin jika ada salah silap.moga Nur bahgia di lebaran ini.
    menarik nama biskut Sweet dream ni.. ada hiasan badan choc chips...buat lagi menarik..

    ReplyDelete
  6. Slmt Hari Raya, maaf ya kalau ada salah atau tersilap kata.... AlongRoz

    Sila lah amik kad dari Along.

    ReplyDelete
  7. selamat har raya kak nur.. maaf zahir dan batin.. sedapnya cookies ni

    ReplyDelete