Wednesday, August 31, 2011

Salam Lebaran

Kad Raya Nur

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada semua kawan-kawan blogger dan juga pada pengujung blog ini.Maaf lah tak dapat awal-awal untuk mengucapkan Selamat Hari Raya....memang terlalu sibuk sekali dan terasa penat sekali.

Di kesempatan ini Nur pohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa,tersilap kata semasa memberi komen di blog anda...Nur menyusun jari sepuluh memohon maaf sekali lagi jika Nur pernah mengecilkan hati anda ataupun ada sikap Nur yang anda tidak senang harap lah dimaafkan ya...maalum lah Nur hanya manusia biasa yang tidak dapat menggembirakan atau membuat orang supaya senang dengan Nur!!

Kepada pengunjung blog Nur, terima kasih kerana sentiasa mengunjung blog Nur walaupun ada yang tidak sudi meninggalkan jejak....tak mengapa....masaalah kecil saja.Apa-apa pun keikhlasan hati anda semua Allah saja yang mengetahuinya.Akhir sekali semoga anda semua bergembira di bulan Syawal ini.


Yang ini kad raya dari Alongroz....terima kasih along kerana mengingati Nur disini...pohon maaf kerana terlambat nak update kad raya dari along ni.Terima kasih sekali lagi ya....love u dear!!




Kad yang comel loteh ini datangnya dari IzahDaut...suka kak Nur tengok dua beradik yang hensem ini....segak bergaya anak bujang Izah! Terima kasih Izah atas pemberian kad yg comel ini.

4 comments:

  1. SELAMAT MERDEKA RAYA BUAT NUR SEKELUARGA - MAAF ZAHIR BATIN.

    ReplyDelete
  2. Kak Nur cayang! Selamat hari raya! :D

    ReplyDelete
  3. selamat hari ray buat kak nur sekeluarga. maaf zahir dan batin. ada kad raya juga buat akak. nanti amik kat blog yee

    ReplyDelete
  4. Along pun sama gak, kalau ada salah/silap kat mana2 tu harap maafkan ya. Datang nak amik kad raya Nur pulak, takut ler adik sorang ni jadi cam Pak Malau (hehe tak tau pun kisah Pak Malau....). Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin.

    ReplyDelete