Thursday, August 25, 2011

Cluster Rice Tart


Selamat malam semua, hmmmm tinggal beberapa hari lagi kita dah nak menyambut kedatangan bulan Syawal....bertambah sibuk untuk menyediakan persiapan raya yang bakal tiba. Sebenarnya pagi tadi Nur
nak nak masukkan entri untuk hari ini tapi tengah type separuh jalan terpaksa berhenti seketika kerana ada hal....kemudian itu kita pergi ke pasar untuk membeli barang pasar bagi persiapan raya nanti. 

Memang rasanya awal sedikit Nur berbelanja....nanti kalau last minute di pasar riuh rendah dengan orang ramai....kepala kita pun mabuk. Untuk elakkan itu semua kita pun berbelanja siang sedikit. 

Okay Resepi cookies ini juga dari Chef Asma....pada mulanya Nur buat mengunakan acuan tart tapi bila tengok agak leceh sedikit, Nur pun bubuh dalam paper cup....lebih senang sedikit kerja, lagipun masa dah tak mengizinkan...sekarang nak kena kejar masa tak boleh berdondang sayang lagi.....hehehe. Rasa kulit tartnya sedap dan lemak-lemak gitu. Okay semak resepi....Nur kongsi resepi disini buat pengunjung blog Nur yang sudi dan tak jemu-jemu singgah disini walaupun kadang-kadang sampai beberapa hari kita tak update blog. 


ClusterRiceTart

Cluster Rice Tart
Resepi: Chef Asma
Sumber: Nuridah Salleh

Bahan-Bahan
125gm mentega
50gm gula aising
1 biji telur kuning
1/4 sudu kecil esen vanila
200gm tepung gandum
40gm tepung jagung

Cluster Rice-Tart

Cara Menyediakan
1. Pukul mentega dan gula aising sehingga sebati, masukkan telur
kuning dan esen vanila.
2. Akhir sekali masukkan tepung gandum dan tepung jagung.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit. Masukkan ke dalam
acuan tart.
4. Bakar sehingga masak lebih kurang 20 minit. Apabila masak,
sejukkan dan masukkan cluster rice ke dalamnya dan hiaskan dengan
coklat masakkan.

Cluster -Rice-Tart

Bahan-Bahan Untuk Cluster Rice

Bahan-Bahan
150gm bubble rice
50gm badam cincang - bakar dahulu
20gm - 50gm pes kacang hazel
300gm coklat susu - Nur gunakan coklat masak saja
100gm coklat masakkan

Cluster  Rice Tart
Untuk Hiasan
Coklat masakkan secukupnya dan mangkuk kertas

Cara Menyediakan
1. Cairkan coklat dengan cara "double boiler"
2. Masukkan semua bahan-bahan dan kacau sebati.
3. Letakkan diatas periuk nasi electrik yang berisi air panas,
biarkan seketika supaya bubble rice tidak beku dan senang
dimasukkan kedalam acuan tart.
4. Jika suka, boleh hiasakan dengan coklat masakkan, cairkan coklat
dahulu dan masukkan dalam piping bag.
5. Sejukkan sekejap dan masukkan ke dalam bekas kedap udara.

****************Photobucket****************

7 comments:

  1. salam kak nur.. menarik biskut ni.. ita suka bubble rie ni makan bila gigit krup krap2 je .. tambahan ada coklat lagi la

    ReplyDelete
  2. menggoda betul la...
    kasi la sebalang kat ayu jugak...tertiba jer kan

    ReplyDelete
  3. as-salam kak nur
    cantiknya cluster rice tart tu kak nur..comel2..
    btw salam aidilfitri dr ADY buat kak nur sekeluarga maaf zahir dan batin..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kak nur sekeluarga..
    lawa nyer sekut neh. sah dapat kat say 4,5 ketui habis ni. hehee

    ReplyDelete
  5. kak nur comei sunnguh tart yg menggoda qalbu tu heheh miss u kak
    selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir & batin

    ReplyDelete
  6. salam aidilfitri k nur.maaf zahir batin..

    csntik kukis ni :)

    ReplyDelete