
Assalamualaikum semua, salam Jumaat yang mulia....sekejap dah petang. Minggu ini memang sibuk sekali.
Nak ronda-ronda blog kawan-kawan pun masa terhad.
Hari itu apabila tengok di blog Ayu Ayam kennny Rogers dah terasa tergoda gitu. Memang dah ramai blogger yang buat....biasa Nur pandang-pandang aje tapi ini kali teringin nak mencubanya. Memang sedap...suka dengan rempah-rempahnya. Nur memang ada stok ayam tapi dah siap yang dipotong....kulitnya pun dah hilang...tak tau mana pergi?? Itu yang tak nampak cantik....tak apa lainkali boleh cuba lagi...kali ini mesti nak beli ayam satu ekor dan panggang....anak-anak pun suka jadi boleh cuba sekali lagi...kira-kira worth of trying this recipe. Terima kasih yang tidak terhingga pada Ayu dan kawan-kawan yang lain berkongsi resipi ayam panggang yang sedap ini....sambil type ini kita teringatkan Mat Sentul yang bawak ayam panggang sekor untuk orang yg dicintai itu.....hehe...dalam filem apa ya?? Kita pun dah lupa tajuk filem itu!!

Nur gandingkan ayam ini bersama potato wedges, salad buah dan kacang bake bean. Ok lah mari layan gambar ini! Nak jemput makan dah habis pun...hehehe.

Ayam Ala Kenny Rogers
Sources:- From sharm1969@myresipi.com
Bahan2 untuk (8-10 orang)
1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
Bahan-2 untuk make up ayam :
3 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos lada hitam (takde stok lada hitam serbuk)-(Ayu gunakan sos lada hitam)
2 sudu besar madu
1 ketul kiub ayam Knorr
2 sudu besar gula pasir-(Ayu tak letak, sebab madu dah manis)
2 sudu besar herba campuran-(Ayu gunakan italian herbs)
1 1/2 sudu teh garam halus +secubit serbuk perasa-(Ayu tambah)
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
Sedikit mentega

Cara-Cara
Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
Perap selama 1 1/2 jam.-(Ayu perap semalaman)
Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang (saya bakar)selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, saya menyapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
Untuk dicurahkan keatas ayam dan kentang putar semasa makan, saya menggunakan sos lada hitam yang memang tersedia dijual di pasaran. Campurkan 2 jenis sos lada hitam yang berbeza dengan sedikit air panas (mengikut citarasa sendiri kita)
Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar (kesemua resepi boleh diperolehi di laman MyR ini). Selamat mencuba.




salam kak nur.. tun pun dh try ni.. sedapkan ^^
ReplyDeletesalam kak nur..sy x pnh mkn kenny rogers.. tp tgk ayam ni pun dah tau sedap...erm..harum je baunye kan...
ReplyDeletesedapnya Nur... mmg terliur betul tengok ayam tu..
ReplyDeletemmg berangan sangat nak buat tapi tak terbuat2 lagi..
ni kalau masak cfm jiran sebelah datang ulur pinggan... hihi
Salam kak nur!!!! nmpknyer nak kena perap ayam lah! tak sabo betulll nak buat! dah 2 minggu beli ayam sekor tp tak tersentuh lagi ayam tu sbb malas :D makan kat sini tau kak nur, sedapnyer! nak wedges lebih2 :D
ReplyDeleteAS-SALAM KAK NOR
ReplyDeleteaduhhh… sedapnyerrrr.. meleleh air liur ady tengok ayam tuu.. yummy!!
salam kak nur.. sedapnya ayam ni.. ita selalu buat kak.. kalau tak tahu nak makan apa je tentu buat ayam ni sebab senang dan sedapkan...
ReplyDeletewahhh sedapnya...mlm-mlm tgk ayam kak nur ni terus rasa laparla...hehe
ReplyDeleteayam panggang terbaik...
ReplyDeletemas suka...
Assalamualaikum akak...
ReplyDeleteayam nie dah lama masuk dlm list tp belum buat2 lg.. nie nmpk kat dapur akak hari nie terasa plak nak buat juga dlm masa terdekat nie... ayam tu nmpk sgt sedap akak...
waduh2..makan besar tu kak nur..sedapnya..tak tahan tengok..
ReplyDeletetuhari nmpk kat umah kak ayu..terus amik resepi..bila nak buatnya..ntah..biasa mkn kat kenny rogers jer..buat sndiri mesti lagi best kan puas makan..
salam kak nur...ayamnya siap posing dgn fruit salad lg..sedap2...
ReplyDeleteSalam Nur, lama tak dengar cite apa khabar, sihat. Akak baru semalam makan di Kenny Rogers, cekek darah betul, lain kali pakai resipi Nur aje la... puas hati buat sendiri ya!!!!
ReplyDelete@tun_telani
ReplyDeletewalaikumslm Tun,
Aah mmg sedap pun...lainkali kak nur nk bakar 1 ekor ayam bersama kulitnya jadi nampak cantik tk togel mcm yg sekrg ni kak nur buat.
@nOOrsha
ReplyDeleteWalaikumslm Sha,
cubalah buat sendiri Sha...sedap tk rugi meluangkan masa melayan ayam kenny rogers nie...hehe...lepas tu jemput kak nur makan sekali...hahah.
@AZLITA AZIZ
ReplyDeleteEh eh sape tu yg rajin mengulur pinggan tu??? Cuba lah Ita...kalau Ita yg buat pasti lagi cantik ayam tu nanti kena make-up
@ijayuji
ReplyDeleteIkaa...terlambat gitu kak nur nk reply comment2 yg ada....hehe akak kamu nie mmg busy...
Cuba lah Ika,jgn sorok ayam tu...nanti akak dtg ngan mak ayu bawak pakwe sekali...hehe.
@ady
ReplyDeleteHaha...mmg yummy Ady!! tk cukup lagi ader...hehehe.
@Juwita Jamaludin
ReplyDeleteOoh Ita selalu buat ya...mmg senangkan nk buatnya...nk makan pun senang juga...hehe
@Nieza
ReplyDeleteItulah Nieza,kalau dtg mlm2 mesti rasa lapar...ada org kalau lapar tk leh tidur ya...kalau kak nur paksa aje lelapkan mata sampai tertidur.
@Mas
ReplyDeleteSetuju 100% Mas...hehehe.
@Diana @ Melley Mey
ReplyDeleteCubalah Diana,nanti dh panggang boleh akak dtg rumah Diana buat kenduri ayam...hahaha.
@Iza Akma
ReplyDeleteApa khabar Izah?? Lama tk dengar cerita Izah ni...tak pa lah,pelan2 nanti boleh buat bila dh dtg seru...hihi.
@nuwairani ismail
ReplyDeleteFruit Salad sebagai appertiser kan...ada rasa masam2 manis gitu....ayam pembuka selera nak mengunyah...haha.