Salam sejahtera, dulu pernah Nur cari resipi Mee Bandung dari Sabrina tapi tak terjumpa, bila Madiha tayang di blognya terus simpan resipi ini....teringin nak mencubanya.Tak tau apa khabar Sab sekarang, moga Sab dan hubyy sentiasa happy dan sihat-sihat selalu.
Ok dengan ringkasnya Nur copy dari Dapur Madiha a.k.a Ratna.Terima kasih kerana berkongsi resipi yang dicari-cari ini. Nur nak keluar sebentar...tekak ini pun dah rasa lain macam sedikit sebab dah banyak telan mangga....makin makan makin sedap...tak hingat dunia kalau makan, sekarang tekak dah lain macam nampaknya....huhuhu.
Mee Bandung Muar
Resepi : Sabrina
Resepi : Sabrina
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna
Bahan-bahan untuk kuah:
Utk dimesin
5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah
300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
2 helai daun kubis (MaDiHaA tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHaA tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional
Bahan-bahan untuk cili jeruk:
3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)
Cara-cara:
1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.
2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.
3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)
4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.
5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.
Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...
6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.
7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.
8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.
Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe
9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)
Nota MaDiHaA : Kepekatan kuah terpulang pada selera individu jadi jumlah air yang dimasukkan ikut keperluan masing2 ye.




Sedapnya....lapo jadinya...kriuk2 dah perut ni berkeroncong...kak cek nak semangkuk...ada lagi ke....:-)
ReplyDeletesalam kak nur..
ReplyDeletenampaknya dah 2 org dari kota singa yg sudi mencuba mee bandung muar sabrina ni.. hehe.. thanks jugak sudi cuba.. tak sia2 la saya sharekan kat blog tu.. hehe..
utk pengetahuan kak nor.. sabrina sihat2 jer.. dah ada baby tau.. dah nak masuk 2 org lagi... ada jugak rezeki dia kan.. lama dia tunggu2 kehadiran cahaya mata.. akhirnya tuhan makbulkan juga doanya..
as-salam kak
ReplyDeleteadoooooiii kak.. sedapnye sungguh menyelerakan..
perhhh...terliurnya tengok mee bandung tu....
ReplyDeletesedapnya mee bandung tu.. dah lama tak buat... tergoda plak dah..
ReplyDeleteNak simpan juga. Cdgnya minggu ni memang nak pekena mee/ kuetiau bandung.
ReplyDelete@cik cek
ReplyDeleteHahaha..ari tu juga selesai kak cek...hehe.
@MaDiHaA a.k.a Ratna
ReplyDeleteW'kumslm Madiha,oh ya ke Sab dah ada anak..dh nak masuk 2 pun..alhamdulilah.Kak Nur nak juga bertanya Sab dah ada belum tapi tak mau lah kan,takut ini soal sensitif..tapi rupa nya Sab dah ada anak pun...saja belum ada rezeki waktu itu....kirim salam Sab kalo Madiha jumpa atau contact Sab ya.
@ady
ReplyDeleteBuat lah Ady baru tau sedap ke tidak?? Heheheh....
@Mas
ReplyDeletehahah terliur ya Mas? Meleleh tak airliur tu...cepat2 ambik tisu...hehe akak gurau aje.
@Diana @ Melley Mey
ReplyDeleteKalau terguder cubaklah buat..haha.
@Kak Sam
ReplyDeleteOhh nak pekena mee bandung..boleh lah nanti kak nur dtg nak tumpang semangkuk...hahahah
Salam Nur...
ReplyDeleteAkk mintak izin cnp respi mee bandung ni ya.. nampak sedap bangettt..