Salam pagi untuk semuanya, hari ini nampak terang cuaca....jadi senang nak bergerak ke sana ke mari...ya tak? Biasa hari Selasa mesti sibuk gitu....penat pun ya...macam nak tercabut kaki...turun naik.
Ok ini menu minggu lepas yang tertinggal MRT....haha..laksa goreng. First time goreng laksa waktu tu umur Nur dalam 20an gitu....budak-budak kat rumah ini ok aje lah kalau dihidangkan laksa goreng buat sarapan pagi dan juga goreng pisang. Dah lama Nur tak makan pisang goreng yang di buat sendiri...bila pergi ke pasar Marsiling ternampak pisang tanduk terus terkam sebab kat rumah Nur susah nak dapat pisang tanduk...betul tak Ayu???
Laksa Goreng
Bahan-Bahan
500 gm laksa di rebus sebentar
300 gm sayur bak choy di potong kecil
300 gm udang di buang kulitnya dan cuci bersih
1 biji telur
2 sudu makan tauco di cuci dan di lenyek sedikit
2/3 sudu makan cili kisar
1 biji bawang yang sederhana di kisar
3 biji bawang kecil di kisar
2 sudu makan kicap
1 sudu makan sos tiram
sedikit garam jika perlu
Cara-Cara
1. Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Tolak ketepi bahan-bahan dan pecahkan telur.
4. Masukkan tauco, kicap dan sos tiram.
5. Masukkan laksa dan kacau rata. Masukkan garam jika perlu.
6. Akhir sekali masukkan sayur bak choy dan kacau sebentar.
*******************
*******************Sekarang kita berbalik pula pada Goreng Pisang.....semasa google resipi Banana Fritters, resipi ini yang Nur berkenan dan ingin mencubanya.....rasanya sedap tapi texture pisang yang Nur goreng lain sedikit nampaknya...apa-apa pun Nur suka keraknya....rasa rangup dan sedap. Baru Nur perasan resipi ini ada mengunakan sedikit minyak dalam bancuhan tepungya. Anak Nur tertinggal satu bahan semasa mencatit resipi....gini lah kalau printer dah rosak harus catit satu persatu.....assistant pulak budak bawah umur 12 tahun....hehehe.
Pisang Goreng - AlmostBourdain
1/2 cawang tepung naik sendiri
1/4 cawang tepung jagung
1 sudumakan tepung beras
secubit garam
1/2 suduteh serbuk penaik
180ml air
1½ sudumakan minyak
Pisang tanduk di kerat sederhana
Secukup minyak untuk mengoreng
Cara-Cara
1. Campurkan kesemua bahan tepung, garam, dan serbuk penaik ke dalam mangkuk. Masukkan air dan kacau bancuhan tepung. Masukkan minyak dan gaul rata.2. Celup pisang ke dalam adunan tepung, goreng dalam minyak yang panas dalam masa 3 atau 4 minit ataupun sehingga pisang menjadi rangup.Angkat dan toskan di atas paper towel.





hahah..betul tu knur, pisang tanduk susah dapat..pisang rajah lagilah jangan harap..selalu pisang nipah, itu pun nasib2....
ReplyDeleteapa kata kita tanam pokok pisang..lepas tu kita business jual pisang kat sini..mesti laku punyakan knur..hahaha..
kak nur..
ReplyDeletelapo goreng pisang bila tengok k.nur nyer g.pisang nih..nmpk ranguup je
dulu2 klau lebihan laksa, mak slu gorengkan..hmmm sedap...
ReplyDeletewah! Laksa goreng ada, goreng pisang pun ada, msti laku. Sy baru plan nak buat laksa goreng malam ni, nak kasi clear esbox... hehehe
ReplyDeletesalam kak nur,
ReplyDeletesaya tak pernah tak lapar kalau masuk blog kak nur ni.. semua best dan cantik utk dimakan hehe..
comelnya ada anak dara tlg salinkan..
take care kak..semoga akak bahagia dirahmati selalu
Assalam kanda,laksa goreng dedulu kakak mi kalau ade laksa lebih kuah dah abes dia goreng mi sll marah dia tak pernah dibuat org sekarang ni dah menjadi kebiasaankan,MIL pun pernah buat laksa goreng
ReplyDeleteKak Nur cayang......mmmm tak leh jadik ni...dah 3 rumah wat noodles.......err.....itu pisang goreng.....mmmm wat Ayu rindu kampung.....sob3!!!
ReplyDeleteLaksa goreng!! I love to try it.
ReplyDeleteLaksa banyak kat dlm esbox...nampak knur buat laksa goreng ni teruja nak try buat...thanks knur..
ReplyDeleteSalam
ReplyDeleteKak Zai tak pernah makan laksa goreng,terima kasih kongsi resipe.
kak Nur, saya ni jakun sikit tak pernah mkn laksa goreng tu...sure sedap kan..kena cuba lah tu tapi stok laksa mcm kat msia tu susah lak nk jumpa kat sini...pisang tu pun sedap gak.
ReplyDeletealamakkkkk... emel pisang goreng darwish td sampai ker tak erk auntie??? huwaaaa mengong tipon mama nih!
ReplyDeleteSalam kak Nur,
ReplyDeleteNaz pun tak pernah makan laksa goreng. nak kena try jugak lah one day nanti..
kak nur..lapola bile nmpk pisang goreng akak tuh..uwaa,kat sini xde pisang yg bole digoreng..laksa goreng xpenah mknla..tp,nmpk sedap sgtla kak..
ReplyDeleteassalam nur,kita dah lama terguda tgk pisang tu tau..nak cari gak lah kat pasar tani minggu ni.minta2 ada lah..huhu
ReplyDeleteDah follow, meh follow lak
ReplyDelete