Friday, December 31, 2010

*_*Roasted Duck & Nasi Ayam*_*

Assalamualaikum pada semua pengunjung blog Nur....terima kasih yang tidak terhingga pada yang sudi singgah keblog Nur....sama ada yang sudi meninggalkan jejak ataupun tidak.
Bila lihat gambar Itik dan ayam ini berlinangan airmata bercucuran. Pada yang bertanya khabar Nur terima kasih banyak-banyak ya...bukan Nur pergi bercuti....cuma sibuk sedikit.

Sempena hari cuti yang lalu Nur order satu ekor itik dan satu ekor ayam....bukan apa hubby Nur suruh order sebab anaknya suka makan daging itik....jadi untuk menyambutnya pulang dari perhidmatan negara...kami buat kejutan kecil untuknya. Ada juga dia pesan suruh beli coklat kegemarannya tapi sayangnya dia tak boleh makan....so yang makan tak henti-henti tu lah bapak budak...hehe. 

Nur tak reti makan itik sebab itu Nur order ayam juga....senang kerja Nur tinggal masak nasi aje....nasi biasalah, Nur masak nasi ayam. Itik itu datang bersama sos hitam...sedap jugak cuma rasa agak manis sedikit.....gambar Nur tak snap...hilang mood waktu tu. Ok lah Nur sertakan resipi Nasi Ayam cara Nur memasaknya sekali lagi disini. 


Nasi Ayam

Bahan-Bahan
3 atau 4 rangka dada tulang ayam
3 cawan beras basmathi direndam sebentar dalam 10 minit
4 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
air rebusan ayam secukupnya
garam secukup rasa
sedikit minyak untuk menumis
2 helai daun pandan 


Gambar ini ehsan dari Mr Google

Bahan Untuk Merebus Ayam
3 batang daun leek dipotong kecil dalam 2 inci
4 biji bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dibelah empat
1 batang lobak merah dipotong kecil dalam 2 inci

Cara-Cara
1.  Dada tulang ayam dicuci bersih dan direbus bersama bahan untuk rebusan ayam.
2.  Rebus dalam anggaran 30 minit untuk mendapatkan stok ayam. Air itu ditapis.
3.  Beras basmathi dicuci bersih dan ditoskan.
4.  Dalam kuali kecil panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia hingga naik bau.
5.  Masukkan beras dan kacau rata, kemudian tuangkan kedalam rice cooker.
6.  Masukkan air rebusan ayam yang telah ditapis tadi, masukkan garam dan juga daun pandan.
7.  Kacau sedikit dan masak nasi seperti biasa.

******************Photobucket**********************

Wednesday, December 22, 2010

*_*Agar-Agar Koktel*_*


Dah masuk tengah hari pun....sekejap masa berlalu. Sebelum nak keluar ini nak masukkan pencuci mulut yang Nur buat dua hari lepas...dah dua hari lepas baru dapat masukkan N3 ini...hehehe...sibuk memanjang sempena cuti sekolah ini.




Agar-Agar Koktel - Resipi dari Myresipi.com


Bahan-bahan ( 5-6 orang )
* 10g serbuk agar-agar
* 1.5 liter air(5 gelas)
* 100ml(1/2 cwn) susu cair
* 200g gula
* 1 tin besar koktel
* 2 helai daun pandan




Cara-cara
1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.

******************Photobucket**********************

*_*Award dari Mimiey*_*

Salam pagi semuanya, ini nak masukkan N3 award yang diberi oleh Mimiey hahaa Kak Nur bukan chef...rasa macam malu-malu kucing gitu untuk terima award ini tetapi tetap gagahkan hati untuk membawa pulang award ini...terima kasih ya Mie sudi beri kak Nur award ini...penat tau kak Nur mengangkutnya...hehehe.




1. Sejak bila anda mula memasak dan apakah masakan pertama anda
Ohh ingin tau ya bila mula kedapur......waktu baru berumahtangga barulah nak berjinak didapur sebab waktu anak dara tak pernah memasak.....dimanjakan oleh ayah dan ibu sebab anak sorang.


2. Sapa yang menggalakkan anda masak.
Tiada siapa yang menggalakkan....minat memasak dengan sendirinya datang bila dah berumahtangga.....kalau dapur tak berasap macam mana pulak erk nanti....habis nanti kena kutuk ngan orang yg tak senang hati apabila melihat dapur kita tak berasap.....eh-eh tapi my hubby ok aje sebab dia tau isteri dia memang rajin duduk kat dapur walaupun penat bekerja waktu itu.


3. Masakan yang paling anda suka masak dan digemari orang2 kesayangan anda.
Biasanya kalau yang Nur masak tu lauk yang sedap-sedap pasti ahli keluarga suka sekali....bertambah-tambah sebab mereka semua itu cerewet bab makan ni...tapi kalau masakkan yang Nur suka sekali ialah asam pedassss...mau bertambah 3 pinggan sampai nak pecah perut.....hubby yang dulunya waktu bujang tak suka asam pedas boleh jadi suka pulak bila dah serumah dengan Nur....hehehe.


4. Tag 5 orang blogger masak yang sering berkunjung ke blog anda.. jangan mara aaa.....
1.Yat Maria
2.Ziela a.k.a mamasya
3.Kak Am Serojakitchen
4.Love
5.Iza Akma dapur singgahsana

Sunday, December 19, 2010

*_*Ayam Goreng Oat*_*

Selamat malam, hari itu nampak ada Ayam Goreng Oat ini di blog Madiha a.k.a. Ratna dah memang terguder tergulik-gulik, kemudian nampak pulak kat rumah Hanamemories siap terpandang tangan Darwish tengah bawa lari ayam lagi terguder....so tadi siang mula lah membuat projek ayam goreng oat ini.

Petang tadi pulak nampak Ayam ini kat rumah Noorsha...nasib baik dah buat kalau tidak bertambah kecur dibuatnya. Terima kasih pada Madiha yang memperkenalkan resipi ini dan juga pemilik resipi asal Mariam. Nur copy resipi dari blog Hana...halal ya Hana, nanti kak Nur upah ayam goreng....hehehe.


RESEPI AYAM GORENG OAT
resepi asal : mariamsayuti
olahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
• 6-8 ketul drumstick @ bhgn lain
• 1 sb serbuk kari
• 1 sk serbuk kunyit
• lada sulah/serbuk cili
• garam
• 2 sudu besar tepung beras@ tepung gandum
• 1/2 biji telur
Untuk Saduran
• Oat secukupnya


Cara-cara
• Gaul ayam dengan serbuk kari, serbuk kunyit, lada sulah dan juga garam. Masukkan telur dan gaul rata. Masukkan pula tepung dan gaul.
• Golek2an ayam tadi ke dalam oat dan goreng hingga garing dan masak.
• Angkat dan toskan. Hidangkan dengan sos kegemaran atau enak juga dimakan begitu sahaja.

******************Photobucket**********************

Saturday, December 18, 2010

*_*Talam Pandan*_*


Salam pagi Sabtu yang ceria dengan cuaca yang terang benderang ini senang nak tolak trolley ke pasar. Sebentar lagi memang nak kena pergi pasar nampaknya.

Semalam semasa google resipi di internet terjumpa resipi Kuih Talam Pandan. Jenguk ke Kabinet semuanya cukup bahan-bahan so teruskan membuat talam ini. Resipi ini Nur ambil dari blog Yatiememories. Minta izin diperpanjangkan resipi ini di blog Nur ya.


Talam Pandan - Resipi dari Yatimemories

Bahan Utk Lapisan Bawah
• 1 cawan tepung beras
• 1 s/b tepung jagung
• 1/2 cawan gula (saya tambah 2 sb lagi)
• 2 cawan santan cair + sikit garam
• 1 cawan jus pandan + pewarna hijau
• 1 sb air kapur - Nur kurangkan 


Cara Masak L.Bawah
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang 8 inci dan kukus sebentar.
2. Masukkan semua bahan lapisan bawah ke dlm mangkuk dan kacau rata. Tapiskan.
3. Masak adunan sebentar sehingga naik wap dlm 10 minit dan kacau sentiasa.
4. Tuangkan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak anggaran selama 20 minit.
5. = sementara itu, bolehlah sediakan bahan lapisan atas pula.
Bahan Utk Lapisan Atas
• 1/2 cawan tepung beras
• 4 sudu besar tpng jagung
• 3 cawan santan sederhana pekat
• 1 s/k garam

Cara Masak Lapisan Atas
1. Gaulkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan.
2. Masakkan sekejap adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul2 (dlm 10 minit)
3. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan lapisan atas ke atas lapisan bawah tadi.
4. ( sekiranya ada sedikit air atas lapisan tu, bolehlah lapkan sedikit guna kertas tisu dan cakarkan)
5. Kukus lagi selama 20 minit. Setelah siap, angkat dan sejukkan.
6. Sejukkan betul2 sebelum potong dan hidangkan.( potong guna pisau plastik/pisau kek)

******************Photobucket**********************

Friday, December 17, 2010

*_*Chicken 65 - Vahrevah version*_*


Salam semua, chicken 65 lagi....ahaa..tapi versi lain...setelah digoreng ada sos nya pulak.....terasa sedap dan enak bila diperahkan dengan limau nipis. Okay that's it, nothing much to say....I need to take a break!.....kepala fening2 lalat ni.


Chicken 65 - Recipe adapted from Vahrehvah.com

Method 
1/2 tsp Aji no moto(MSG)
2 lbs Chicken-dark meat(boneless thigh meat)
1/2 bunch Coriander leaves-chopped
2 tsp cornflour
1/2 tsp each cumin seeds, Pepper powder,chilli powder and salt
4-5 Curry Leaves-chopped
1 Egg
1 tsp Garlic-chopped
1/2 tsp Ginger-chopped
2 tsp ginger and garlic paste
4-5 green chillies
Oil
2-3 drops of red colouring
Chili garlic paste 

 Method
To make the fried chicken pieces:-
1. Take chicken pieces in a non reactive bowl-(We use dark meat so that it is nice and juicy when fried).
2.  Mixed chicken with salt, Aji-no-moto,1 tsp ginger/garlic paste, pepper powder-pinch and cornflour.
3.  Add 1 egg and mix in completely (Egg coats the meat and keeps the juices in)
4.  Heat oil in a frying wok or kadhai. Add chicken pieces few at a time (Do not crowd the kadhai) and fry until lightly golden brown.
5.  Drain the fried chicken and remove on a paper towel.


To make the sauce:
This does not need to be very salty (so control salt)
1.  Heat 2-3 tsp oil in a pan and add cumin, chopped ginger and garlic.
2.  Saute until fragrant, add chopped chillies, curry leaves, 1 tsp ginger
and garlic paste, remaining pepper powder, chilli powder,  salt, chilli/garlic paste, aji-no-moto, red color and mixed them.
3.  Cook for a few minutes, add a bit of water, then add chicken to this paste and toss lightly. Stir in the coriander leaves, before serving squeeze lime juice and serve.

******************Photobucket**********************

Wednesday, December 15, 2010

*_*Classic Banana Bundt Cake*_*

Salam petang, cake ini Nur buat minggu lepas agak terlambat sedikit nak post...biasa lah kan minggu lepas agak sibuk sedikit nak buat persiapan terakhir sebelum anak Nur ke NS...tak mau cerita tentang ini panjang-panjang buat sebak dada aje.

Ok cake ini agak manis sedikit biasalah European taste memang begitu kan tapi sedap rasanya. Biasa kalau Nur buat kek pisang nanti yang suka makan cuma Nur seorang aje yang lain tak berapa suka walaupun mereka kata sedap....hmmmm entahlah kan!


Classic Banana Bundt Cake - Recipe adapted from BakingAndBooks
Original Recipe by: Dorie Greenspan 

Ingredients
3 cups all-purpose flour
2 teaspoons baking soda
1/2 teaspoon salt
2 sticks (8 ounces) unsalted butter, at room temperature.
2 cups sugar
2 teaspoons pure vanilla extract
2 large eggs, preferably at room temperature
About 4 very ripe bananas, mashed (you should have 1 1/2 to 1 3/4 cups)
1 cup sour cream or plain yogurt (I used plain yogurt) 

Method

Center a rack in the oven and preheat to 350 degrees F. Generously butter a 9- to 10-inch (12 cup) Bundt pan. (If you use a silicone Bundt pan there’s no need to butter it.) Don’t place the pan on a baking sheet – you want the oven’s heat to circulate through the Bundt’s inner tube.

Whisk the flour, baking soda and salt together.

Working with a stand mixer, preferably fitted with a paddle attachment, or with a hand mixer in a large bowl, beat the butter until creamy. Add the sugar and beat at medium speed until pale and fluffy. Beat in the vanilla, then add the eggs one at a time, beating for about 1 minute after each egg goes in. Reduce the mixer speed to low and mix in the bananas. Finally, mix in half the dry ingredients (don’t be disturbed when the batter curdles), all the sour cream and then the rest of the flour mixture. Scrape the batter into the pan, rap the pan on the counter to debubble the batter and smooth the top.

Bake for 65 to 75 minutes, or until a thin knife inserted deep into the center of the cake comes out clean. Check the cake after about 30 minutes – if it is browning too quickly, cover it loosely with a foil tent. Transfer the cake to a rack and cool for 10 minutes before unmolding onto the rack to cool to room temperature.

******************Photobucket**********************

Saturday, December 11, 2010

*_*Nasi Serai*_*

Salam Sabtu yang ceria, eh-eh ceria ke?? Hari nya aje yang ceria puan punya blog tak ceria....cuma buat ceria-ceria je.....hehe...tak larat nak bercerita cuma nak masukkan N3 Nasi Serai yang Nur masak semalam....masak apa yang ada didepan mata...banyak yang kekurangan..tak larat nak masak lauk yang lain bila hati jadi gundah gulana....hahaha...

Terima kasih pada Ayu Curlybabe dan Kak Am SerojaKitchen yang memperkenalkan resipi yang sedap ni....Nur suka, my daughter Nur Syafiqah dan hubby juga suka.


Nasi Serai 

Bahan-Bahan
5 cup(rice cooker) Beras Basmathi (Air sama dgn sukatan beras)
2 biji bawang besar (dimayang bulat)
4-5 biji bawang putih* (* dimayang juga)
1" halia(dimayang)
1 kiub ayam KNORR (optional)
200ml santan (santan KARA)
(nak guna susu cair pun boleh)
3 btg serai (diblender tapis airnya) - nak lebih pun boleh
2 btg serai (dititik utk masuk dlm nasi)
3 helai daun pandan
2 sb minyak sapi/minyak masak
Rempah tumis (1 btg kayu manis & bunga lawang)
Garam secukupnya


CARANYA
Cuci beras, rendam dlm 20minit dan di toskan,
Panaskan minyak/mnyk sapi, tumis rempah tumis & daun pandan dan kedua-dua bawang sehingga layu, kemudian masukan bahan yg telah diblender, tumis hingga naik baunya.
Dlm rice cooker, masukan bahan yg ditumis tadi, air (yg telah disukat = sukatan beras), kiub ayam, santan/susu cair & sedikit garam.
campakkan 2 btg serai yg dititik tadi, tutup rice cooker, biar sehingga mendidih
Setelah mendidih airnya, masukan beras yg telah ditoskan tadi dan tutup rice cooker biar sehingga nasi masak.
*********************************
(Apabila masak aromanya sungguh wangi sehingga menusuk hidung.)
Hidangan : Nasi serai ditabur dgn bwg goreng

Nasi serai lebih kurang macam nasi lemak cuma dia lebih wangi dgn aroma serai.
Lauknya spt: sambal tumis udang/ikan bilis, telur rebus, ikan bilis goreng & hirisan timun.
Boleh juga dimakan dgn lauk2 lain jika suka.

********************Photobucket**********************

Thursday, December 9, 2010

*_*Puding Balqis*_*



Selamat malam, atas permintaan anak Nur yang bongsu teringin nak makan puding, jadi cari lah resipi...yang menawan dan terasa di goda ialah Puding Balqis dari Yat Maria yang sekarang ini agaknya sedang tidur nyenyak...kalau tidur mimpikan Kak Nur erk Yat! Oh ya sebelum terlupa ingin juga nak ucapkan berbanyak terima kasih pada yang empunya resipi ini Nor67. Terima kasih pada kedua-duanya.




Puding Balqis - Hakcipta - Nor Secubitgaram



Bahan-Bahan

1 paket agar2 serbuk (10gm)

450ml air

150ml susu cair

2 biji telur gred A

5 sudu besar gula

3 sudu besar marjerin/butter

1 sudu teh esen vanila

pewarna mengikut citarasa masing2



Cara-cara



Masakkan serbuk agar2 dgn air dan gula hingga mendidih dan masukkan marjerin dan susu cair. Masak lagi hingga mendidih sambil dikacau.

Masukkan vanila dan padamkan api. Biarkan seketika (lebih kurang 15 - 20 minit) sehingga agar2 suam2 panas.

Pukul telur hingga betul2 kembang (buang tali pusat telur utk menghilangkan bau hanyir telur) dan masukkan adunan agar2 kedalam bekas berisi telur td. Kacau hingga sebati.

Bahagi adunan kepada 2 atau 3 bahagian dan masukkan pewarna yg disukai. Kacau hingga serata warna adunan puding td.

Sendukkan adunan puding kedalam bekas atau loyang secara selang seli hingga habis. Untuk meletakkan lapisan yg kedua tu pastikan diletak perlahan-lahan di bahagian tepi dan jgn dibahagian tengah supaya ia tak bolos masuk dalam lapisan yg pertama.

Sejukkan dalam peti ais sebelum menghidang. Selamat mencuba..


********************Photobucket**********************

Wednesday, December 8, 2010

*_*Chicken 65 Love2Cook*_*

Salam sejahtera semuanya, menu ini Nur gandingkan bersama lontong goreng yang semalam, tak sempat nak masukkan sekali N3 nya jadi hari ini update sekejap blog. Hari itu google cari resipi Chicken65, ada pelbagai cara, dah ada yang berkenan dihati untuk disimpan dalam waiting list...sementara itu Nur cuba resipi dari LOVE biasa kalau Nur nak goreng ayam yang berempah Nur gunakan rempah instant Chicken65 yang dibeli dari Tekka market...sedap rasanya tapi agak masin sedikit...tak tahan lidah Nur tapi my hubby pulak suka....ish kuat masin aar dia...hehehe.

Resipi yang ini pulak anak Nur suka perahkan limau lebih-lebih dan katanya sedappp...so Love terima kasih ya berkongsi resipi...knur C&P aje okay.



Ingredients :~
• 3 pcs boneless chicken breasts ~ cleaned, skinned, cut into medium size (may also use any other part of the chicken) (I just used small drumstick)
• 2 tbsp garlic-ginger paste
• 150ml plain yogurt
• 2-3 tbsp chilli powder
• 1/2 tsp turmeric powder
• salt
• 1 tsp vinegar
• 1/2 tsp orange/red food colouring
• 2 sprigs curry leaves
• 1 pc lime ~ juice extracted
• 2 onions ~ cut into rings (garnishing)
• cooking oil


Method :~
1. In a bowl, mix chicken with garlic-ginger paste, yogurt, chilli powder, turmeric powder, salt, vinegar, color and curry leaves. Leave to marinate for about 1 hour (the longer the better).
2. Heat oil in wok, deep-fry the chicken together with the curry leaves till cooked. Dish out.
3. Squeeze some lime juice over the chicken and serve together with onion rings.
4. This dish goes well w ith any rice/bread/naan.

********************Photobucket**********************

Tuesday, December 7, 2010

*_*Lontong Goreng Basah*_*



Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam moga hidup kita sentiasa mendapat rahmat dari Allah....sesungguhnya Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan setiap hari didunia yang sementara ini....semoga kita sentiasa hidup didalam keinsafan dan memperbaiki diri setiap bertambahnya usia.....lebih-lebih macam Nur ini yang dah hampir nak masuk senja....hehe...cepat masa berlalu....sesungguhnya terima kasih yang tidak terhingga kehadrat Allah yang pernah meminjamkan nikmatnya pada ku suatu masa dulu...sekarang ini hanya nikmat kesihatan yang aku perlukan jika diizinkan mu ya Allah....eh-eh bunyi macam dah tua bebenor nampaknya....hehehe.  

Ok lah berbalik pada menu pula, semalam semasa masuk keblog Madiha a.k.a Ratna
ternampak ada lontong goreng, kebetulan dalam fridge pula memang ada lebihan ketupat lontong...jadi goreng lah lontong ala Madiha ini....terima kasih ya Madiha berkongsi resipi cuma Nur tukarkan pada udang memandangkan tiada stok daging. Terima kasih juga pada yang singgah keblog buruk kita ini...nanti bila sempat Nur balas kunjungan ya...maalum lah cuti sekolah ni banyak tugas yang harus diselesaikan dulu.



Lontong Goreng Basah

Sumber : MaDiHaA

Bahan2
10 biji ketupat mini segera ~ dipotong ikut saiz & bentuk kesukaan (MaDiHaA potong panjang2)
1 cawan hirisan daging batang pinang (boleh juga guna daging biasa tp kena masak lama sikit)
3 sudu besar cili kering + bawang besar + bawang putih + sikit halia yang siap dikisar
5 urat kacang panjang ~ potong serong 
1/2 tapisan hirisan kobis (boleh letak apa2 sayur kegemaran)
1/2 kiub ayam
2 biji telur
1 cawan air (atau secukupnya untuk empukkan daging)
minyak masak secukupnya
3 s/b kicap manis
2 s/b sos tiram
1 s/b kicap pekat


Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak masak. Tumiskan cili, bawang & halia kisar hingga wangi & terbit minyak. Masukkan daging dan kacau rata. Bila daging bertukar warna.. masukkan air & masak hingga daging empuk. 
2. Tolak sikit daging ketepi & pecahkan telur. Biar telur beku sikit barulah dikacau rata. Masukkan kiub ayam, sayur2an serta semua sos. Kacau rata sehingga sayur layu.
3. Masukkan ketupat yang telah dihiris dan gaulkan rata2. Rasakan apa yang kurang.  Jika anda kuat masin bolehlah tambah sikit garam. (bagi MaDiHaA dah tak perlu tambah garam or bahan perasa lain sebab dah secukup rasas dah). Kemudian bolehlah dihidang panas2 bersama timun & perahan limau jika suka.

********************Photobucket**********************

Thursday, December 2, 2010

*_*Daging Bawang Goreng*_*


Salam, secara ringkasnya Nur masukkan N3 yang telah lama juga tertunda....resipi ini hasil bertemu bertandang rumah Akma....hehehe...terima kasih ya berkongsi resipi..kak nur C & P aje. Tak boleh berbual panjang....banyak tugas yang harus diselesaikan hari ini...nasib baik Nur dah masak nasi lemak....jadi tak kelam kabut dibuatnya.



Daging Bawang Goreng -  Akma@Seleraputeri

Bahan-Bahan

1 kg daging [dipotong dua]
2 cawan santan
1 cawan cili kering kisar
1 cawan bawang goreng
4 sudu besar kicap manis
2 tangkai daun kari
1 labu bawang besar [kisar]
6 ulas bawang putih [kisar]
2 inci halia [kisar]
2 inci lengkuas [kisar]
3 batang serai [kisar]
rempah 4 sekawan
garam & gula secukup rasa


 Cara-Cara
1. Rebus daging hingga empuk dan hiris nipis. Kemudian tumbuk nipis, tak kisah kalau hancur sedikit.
2. Panaskan minyak dan tumis daun kari dan rempah 4 sekawan hingga naik bau.
3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga garing. Masuk cili kisar dan tumis lagi.
4. Bubuhkan garam dan gula sedikit.
5. Masukkan daging, bawang goreng dan santan.
6. Bubuh kicap manis. Kacau dan masakkan sehingga kering dan garing.

********************Photobucket**********************

Wednesday, December 1, 2010

*_*Nasi Saffron*_*


Salam pagi semuanya, dah sarapan ke? Hari ini pagi-pagi lagi Nur dah goreng bee hoon untuk buat sarapan....sebentar lagi nak ke sekolah anak Nur untuk belikan dia uniform sekolah....semalam dah beli buku sekolah tapi sayang tak dapat nak bawa dia sekali sebab dia tak sihat....jadi dua kali kerja pulak ni...

Ok lah hari ini Nur nak masukkan N3 Nasi Saffron yang telah Nur masak beberapa hari yang lalu...setelah Nur google Nasi saffron ini dan gabungkan resipi sana sini jadi ini lah hasilnya. Saffron ini kalau letak terlebih dia akan menjadi pahit sedikit. Apabila nasinya dah tanak hmmm bau saffron begitu harum semerbak. Saffron ni Nur beli yang harga nya S$30.00 lebih...Nur tak ambil yang harga S$70.00...rasanya yang Nur beli pun dah berbaloi juga.

Nasi Saffron

Bahan-Bahan
2 1/2 cawan beras basmati
secubit saffron direndam dalam 1 sudu besar air panas
3 kuntum buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan minyak untuk menumis
1 cawan kismis
1 biji bawang dipotong dadu
2 cawan atau secukupnya stok ayam
1/2 cawan susu cair
sedikit garam

Cara-Cara
1. Panaskan kuali dan tumiskan sebentar bunga cengkih dan buah pelaga.
2. Masukkan bawang yang didadu, tumis hingga wangi dan layu.
3. Masukkan bahan tumis ke dalam rice cooker.
4. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih.
5. Masukkan susu dan garam, biarkan mendidih sebentar.
6. Masukkan beras basmathi, saffron bersama airnya sekali.
7. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis.

********************Photobucket**********************