Tuesday, November 30, 2010

*_*Awards*_*

Selamat malam semuanya, hari ini nak masukkan N3 award yang telah tertunda beberapa hari. Maaf lah sebab dah beberapa hari ini anak Nur kurang sihat sedikit...semalam tengah tidur sedap-sedap tiba-tiba hubby suruh bangun....alamak ada yang muntah pulak....ingatkan dah berkurangan stomach flu....mula-mula ingatkan yang boy kena rupanya sikecik ni pulak.....waduh malam-malam pukul 2.00 pagi kena bersihkan cadar dan tilam...jadi banyak kerja pulak.

Bila dah terjadi gini teringat pulak kakak sepupu Nur beritau Nur sejak dia dah ada maid bangun tidur semuanya dah terkemas, bersih, masak pun sedap....dia tinggal goyang kaki....seronok pulak kan tapi kalau untuk Nur yang sentiasa cerewet ini boleh ke ada maid? Ohhh tidakkk.... banyak yang perlu difikirkan....dari feedback kawan-kawan Nur banyak yang negatif dari positif.....hahaha...sendiri buat kerja sudah lah....hehehehe.
From: Love2cook
I'm so sorry for late posting...thank you very much Love! I felt honoured even though my blog doesn't look that lovely....hihi.... 



 Maaf ya Kak Lin terlambat sedikit....banyak masaalah yang harus diselesaikan dahulu....hihi....terima kasih banyak-banyak atas pemberian mu....sangat-sangat dihargai. Blog Nur ini tidak lah secantik mana pun tapi Nur tetap terima pemberian Kak Lin ini. Dan maaf ya Nur ringkaskan saja award ini tanpa menjawab tag yang diberikan....boleh lah erk Kak Lin?

********************Photobucket**********************

Friday, November 26, 2010

*_*Condensed Milk Pound Cake*_*

 Salam, pertama kali bila lihat Rima posting kek ini dah memang tergoda tinggal tunggu hari yang tepat untuk buat kek ini....memang dah kena lah hari ini sebab cuaca disini agak mendung dan hujan renyai waktu tengahari tadi....tak dapat kemana-mana jadi ada kesempatan untuk buat kek ini. Terima kasih Rima yang rajin sekali membaking. Nampak juga Yat Maria pun dah buat....sedapkan Yat?


Condensed Milk Pound Cake - Recipe adapted from Rima@Bisousatoi.com

Ingredients
240g good quality butter
90g sugar
1/2 tsp salt
1 cup (304g) condensed milk
3 tsp vanilla paste
240g cake flour
1 1/2 tsp baking powder - I used double acting
4 large eggs


Method
- Sift cake flour and baking powder together. Set aside.
- Cream butter and sugar together till light and fluffy.
- Add in salt and vanilla paste and cream well.
- Pour in condensed milk and cream till well combined.
- Using the mixer on low speed, add in flour in 3 additions. Mix till batter is smooth.
- Add in eggs one at a time. Make sure it's well mixed and smooth.
- Bake at 175 degrees for 1 hour - I baked mine at 170C for 45 mins

********************Photobucket**********************

Thursday, November 25, 2010

*_*Agar-Agar Santan Gula Melaka*_*


 Salam semuanya, semalam buat agar-agar untuk sejukkan tekak jadi tak panas memanjang....hehehe. Tak tau pula sama ada agar-agar ini serupa dengan agar-agar gudil ataupun tidak.....feedback from hubby nampaknya dia suka....memang dia pengemar dessert. Nur rasa pun memang sedap...biasa memang Nur tak berapa suka jenis agar-agar tapi yang ini suka sebab bersantan....kena dengan citarasa ku.....boleh tambah lemak dalam badan...hehehe. Resipi Nur ambil dari blog Mak Darwish yang ayu dan comel tu. Jangan marah Hana nanti kena jual!! Terima kasih Hana berkongsi resipi.


Agar-Agar Santan Gula Melaka - Hakcipta Kak Watie

Bahan-bahan

* 10g serbuk agar-agar
* 1/2 cawan gula merah
* 1/4 cawan gula putih
* 1150 ml air
* 120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA)
* 1 biji telur dipukul dengan santan tadi
* secubit garam
* 1 helai daun pandan


Cara-cara

* Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
* bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
* Kecilkan api
* kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
* Tuang kedalam acuan yang anda suka
* Sejukkan baru di dinginkan dalam peti sejuk!


Sunday, November 21, 2010

*_*Nutty Chocolate Squares*_*

Salam pagi Ahad yang ceria, hehe....dah lama tak buat refrigerator slices...biasa kalau belanja ke NTUC mesti ada chocolate yang dibeli, tak boleh missed sebab budak-budak and mak budak juga suka. Semalam bila tengok buku baking yang dah lama tak terusik...tiba-tiba teringin pula nak buat sesuatu yang as easy as ABC.

Sementara itu juga, sebenarnya hati ini terasa terusik dan kecik hati pada sesaorang. Terasa diri ini dimalukan atau lebih senang cakap diaibkan....tapi tak mengapa lah mungkin mulut dia dah begitu....itu haknya....dan mungkin juga itu caranya. Aku hanya boleh bersabar cuma terpaksa mengadu dengan suami dan anak bujang aku untuk bertanya pendapat.....hmmmm.


Nutty Chocolate Squares - Recipe adapted from Periplus Editions

Ingredients
200 gm butter
200 gm dark chocolate (I used  van houten baking chocolate)
200 gm crushed plain  shortbread biscuits
2 tablespoons golden syrup
60 gm toasted slivered almonds (I used 100 gm hazelnut)
60 gm chopped raisins
1/4 cup varlhona cocoa powder

Method

1.  Place butter, dark chocolate, golden syrup and cocoa powder  in a small pan and stir until melted.

2.  Mix crushed plain shortbread biscuits, toasted slivered almonds and chopped raisins in a large bowl. 

3.  Add the chocolate mixture and mix well. Press into a lined 19cm (8 inch) square cake tin and refrigerate until firm.

4.  Dust with icing sugar. (not necessary)


Thursday, November 18, 2010

*_*Lontong & Sayur Lodeh*_*

Salam semua, seperti biasa kalau raya mesti ada lontong. Nur masak seperti selalu...lauk pauk yang sama...hidangan yang mesti ada mesti sambal goreng pengantin....kalau tak ada budak-budak ini tak beraya rasanya....hehe...cuma kali ini Nur cuba resipi kuah sayur lodeh dari Puan Asmah Laili. Ok la tak boleh cerita panjang lebar senang cakap not in the mood....mood merundum nampaknya.
Sayur Lodeh - HakCipta Puan Asmah Laili

 Bahan-Bahan
1 tin susu cair tanpa lemak dan 1 cawan santan dari ½ biji kelapa parut putih
1 biji sengkuang, dihiris seperti batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris seperti batang mancis
½ kobis, dihiris
10 batang jagung muda, dihiris bulat-bulat (Nur tak letak)
6 batang kacang panjang, di potong-potong ½ jari panjang
250 gram udang hidup yang sederhana besarnya, dikupas kulit
2 keping tauhu, di potong 4 dan goreng
3 keping tempe (Nur tak letak)
1 batang serai, dititik
Sedikit minyak kanola untuk menumis
Garam secukup rasa


 Dirampai
1 helai daun kunyit yang muda
3 batang serai, bahgian putihnya sahaja 
10 biji bawang merah

Cara-Cara
1. Cuci bersih semua sayur mayur yang telah di potong dan toskan. Asingkan sengkuang, yang lain campurkan jadi satu. 

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik aromanya. 
3. Masukkan susu dan santan dan masukkan semua bahan rampai. Tuang 2 tin air. 
4. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut dan sebati. Masukkan pula sengkuang, masak sehingga ia lembut sedikit, kemudian baru di masukkan pula udang, serta semua sayur mayur, garam dan gula secukup rasa. 
5. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayurnya lembut matikan api. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.


Catatan
Anda boleh pileh sayur mayur kesukaan anda, seperti kacang buncis, terung, bunga kobis dan lain-lain. Ikan bilis dan udang kering boleh juga dilebihkan jika suka.

Cara menghidang
Ambil dua atau tiga keping lontong, letakkan dalam pinggan mangkuk, tuangkan kuah dan sayur lodeh, hias dengan sesudu sambal tumis, sedikit serunding, sepotong telur, serta sedikit sambal goreng.

********************Photobucket**********************

Tuesday, November 16, 2010

*_*Sicilian Orange Cake*_*

Selamat pagi semuanya, sibuk tak hari ini?? Buat Nur disini sibuk juga nak buat persiapan untuk Hari Raya Aidiladha. Semalam ingatkan nak update blog tapi tak terdaya mata dah mengantuk setelah penat buat serunding sambil menonton sinetron Cinta Fitri di SCTV.....hhmmm sama jugalah tu ceritanya banyak berputar belik buat orang stress aje.

Okay lah seperti yang semua tahu Sicilian Orange Cake cukup fofular.....ini kali kedua Nur cuba resipi dari Rima yang pakar membuat kek yang cantik-cantik dan mengoda mata bila melihatnya...dan juga ini kali kedua Nur buat Sicilian Orange Cake ini....pertama kali tidak sempat nak masukkan N3 sebab keknya habis sebelum waktunya...jadi kali ini cepat-cepat Nur masukkan N3.Resipi Nur ambil dari rumah Ika.
SICILIAN ORANGE CAKE - Recipe courtesy of Rima@BiousAtoi

Ingredients
  • 250 g lightly salted butter, at room temperature, plus extra for greasing
  • 250 g caster sugar>> i used 200g caster sugar but make sure orange juice yg digunakan manis :D
  • 4 medium eggs
  • 1 1/2 tsp finely grated orange zest
  • 250 g self raising flour
  • 85 ml freshly squeezed orange juice
  • For the icing:
  • 125 g icing sugar
  • 5 tsp freshly squeezed orange juice
Method:
  1. Preheat the oven to 170C. Grease and line a 22-cm clip-sided round cake with non-stick baking paper.
  2. Using an electric whisk, cream the butter and sugar together for 4-5 minutes until very pale. Beat in the eggs, one at a time, beating very well between each one, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent the mixture from curdling. Beat in the orange zest. Add the flour all at once and mix in well, then slowly mix in the orange juice.
  3. Spoon the mixture into the prepared tin and bake on the middle shelf of the oven for 45-50 minutes or until a skewer, inserted into the centre of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly buttered foil.
  4. Leave the cake, in its tin, to cool on a wire rack, then carefully remove the sides and base of the tin and peel off the paper. Put it onto a serving plate.
    For the icing, sift the icing sugar into a bowl and stir in the orange juice until you have a spreadable consistency. Spread it over the top of the cake, letting it drip down the sides, and leave to set. Serve cut into slices, and store any leftovers in an airtight container.

Saturday, November 13, 2010

*_*Mini Chocolate Madeleines*_*

Dah larut malam baru dapat update blog....waktu sianghari tadi agak sibuk sedikit. Ini kali pertama Nur buat Madeleine dan pertama kali juga lihat madeline ini waktu di fotopage dulu bila auntie kawan Nur di fotopage buat Madeline yang cantik dan nampak menyelerakan.

Anak bongsu Nur suka sekali dan di lain waktu boleh lah cuba perisa yang lain pula. Nur gunakan mini madeleine pan.
Chocolate Madeleines Recipe - Adapted from Almostbourdain 
Makes 12

Ingredients

2 eggs
1/3 cup (75g / 2 1/2 oz) caster (superfine) sugar
1/3 cup (50 g / 1 3/4 oz) plain (all-purpose) flour
1 tsp baking powder
2 tbsp cocoa powder
60 g (2 oz) butter, melted


Method
  1. Preheat the oven to 180C (350F).
  2. Place the eggs and sugar in a bowl and whisk to combine.
  3. Sift the flour, baking powder and cocoa over the egg mixture and fold through with the melted butter.
  4. Spoon the mixture into greased large Madeleine tins until two-thirds full.
  5. Bake for 10 minutes or until the Madeleine's are set.
********************Photobucket**********************

Thursday, November 11, 2010

*_*Daging Masak Lemak Cili Api*_*

Salam pagi, bila malas nak ke pasar atau ke kedai Nur pun masak apa yang ada, dah lama juga tak masak lauk cili api.....dulu budak-budak ini tak minat lauk cili api tapi sekarang tengok mereka dah boleh terima....yang abang bertambah-tambah nampaknya. Seperti biasa kalau Nur masak lauk cili api ni memang tak letak bawang....itu cara orang Negeri Sembilan ya....bila jalan-jalan cari resipi terjumpa cara yang sama seperti Nur masak, jadi Nur letak lah resipi ini...memandangkan kalau Nur masak main agak-agak aje. 

Terima kasih pada pemilik asal resipi ini. Memang betul resipi ini asal dari orang Negeri Sembilan...biasa Nur lihat arwah ayah kalau masak suka letak belimbing....kadang-kadang disalai daging atau ikan yang di masaknya lebih-lebih lagi kalau ikan sembilang....eh betul ke sebutan ikan tu?

Daging Masak Lemak Cili Api - Resipi Mesra.Net 

Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang
2 batang serai
20 biji cili padi
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air


Cara-Cara
1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus.

2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.

3. Jika daging telah empuk mskkan santan
cair dan air tadi. Kemudian mskkan ubi kentang dan daun kunyit.

4. Apabila ubi kentang telah empuk, mskkan santan pekat dan garam.Tutup api.

Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.

********************Photobucket**********************

Tuesday, November 9, 2010

*_*Steamed Cheddar Cheesecake*_*


 Salam sejahtera, semenjak anak Nur dah habis exam ni bukan main happy kami berdua sebab dapat berjalan-jalan tanpa terfikir masa itu terbuang begitu saja...memang lega benar....tapi itu sebentar saja bila cuti sekolah bermula terpaksa plan untuk PSLE....haaa sesuatu yang mencabar...takut betul Nur kalau Nur yang stress....bak kata my doctor "Don't be stress let them stress, when we reached 40 we must be happy, at this age just think of holidays if not all the chronic disease will developed in your body." Cakap senang kan tak semua budak boleh belajar sendiri...lebih-lebih lagi anak Nur yang sentiasa memerlukan mama dia...hmmm apa-apa pun itu sekadar nasihat yang baik juga buat Nur.

Hmmm jadi panjang pulak cerita Nur....hehe sekadar melepaskan stress...bolehkan?? Haaa semalam minum petang Nur buat kek kukus cheddar cheesecake....rasa bila dah dikukus macam apam pulak....okay lah rasanya pun tak manis boleh diterima tekak ini...hehehe. 


Steamed Cheddar Cheesecake - Recipe courtesy of Mr Alex Goh

Ingredients
A
3 nos eggs
100 gm sugar

B
4 slices sliced cheddar cheese
125 ml milk  
80 gm butter

C
220 gm flour
1 tbsp double action baking powder


Topping
Some soft butter
Some grated cheddar cheese


Method
1.  Whip A until sugar dissolved and slightly thicken.
2.  Cook B over double boiler until cheese melted. Add it into A,
mix until well-blended.
3.  Fold in sieved C, mix until well-blended.
4.  Pour it into greased and lined 20cm round mould.
5.  Steam for 30 minutes. Set aside to cool.
6.  Spread a thin layer of butter on top of the cake. Place some grated
cheddar cheese on top.

Tips
You may add extra 1/2 tablespoon Parmesan cheese powder into the batter 
for stronger cheese taste.

********************Photobucket**********************

Sunday, November 7, 2010

*_*Enoki Goreng Keju Pedas*_*


Salam pagi Ahad yang ceria, pernah ternampak sejenis mushroom yang bernama White Jade yang digoreng oleh Ayu, nampak sungguh rangup dan sedap. Memang sedap dan rangup, walaupun pada hakikatnya Nur tidak suka pada bau mushroom apalagi nak memakannya....bila dah goreng teringin pula nak mencubanya. Memang berbaloi dan sedap....tak percaya cubalah....hehe. Nur gunakan jenis mushroom yang sama seperti pemilik asal resipi ini Sue@Nenie. Terima kasih pada Ayu
yang telah memperkenalkan resipi ini. Kak Nur copy and paste resipi dari blog Ayu.


Enoki Goreng Keju Pedas - Resipi hakcipta Syurie.blogspot.com

Bahan Pencelup:-
50 gm tepung gandung
15 gn tepung jagung
1 s.teh serbuk bawang putih -(Ayu gunakan bawang putih kisar aje)
1/2 s.teh serbuk paprika-(Ayu lebihkan ni)
3/4 s.teh garam
1/4 s.teh serbuk lada sulah-(Ayu lebihkan ni)
1/2 s.teh serbuk penaik
100 ml air sejuk

Bahan Taburan (kacau rata)
150 gm tepung gandum
2 s.mkn tepung jagung
1/2 s.teh serbuk lada sulah_(Ayu lebihkan)
1 1/2 s.mkn keju parmesan ~ Tadak stok, ganti ngan cheddar


Penyediaannya:-
1. Potong akar enoki.Pisahkan bahagian-bahagiannya
2. Kacau rata bahan pencelup.
3. Celup cendawan dan segera digulingkan ke dalam bahan taburan.
Goreng di dalam minyak yang telah dipanaskan dengan api sederhana
sehingga masak dan kering.
4. Toskan dan boleh di makan bersama sos dan mayonis jika suka

Image Photo from Mr Google



Note :- Sebaiknya setelah dilumur dengan tepung, cendawan segera digoreng supaya enoki tidak basah.Oleh kerana itu, panaskan minyak sebelum mencelup enoki ke dalam bahan pencelup.

********************Photobucket**********************

Thursday, November 4, 2010

*_*Sambal Lala*_*


Salam sejahtera pada semua...dah beberapa hari ini internet kat rumah ni lambat sekali macam tunggu buah tak gugur...kalau jerang air pun dah masak dah boleh buat minum petang....itulah bila tak dapat update semalam Nur biarkan anak bongsu Nur duduk lama-lama depan PC....dia sanggup menunggu lagipun kalau dia mengadap pun tengok Youtube...kasi muka sikit lah ngan dier tak kan asyik nak mengadap buku...nanti dier tarik muka muncung gitu...tak iklas nampaknya.

Resipi hari ini Sambal Lala, resipi yang asal menggunakan kerang Nur tukar pada Lala....haaa Ayu kak Nur dah berjangkit ngan Ayu ni...walaupun kak Nur tak suka jenis crustaceans ni tetapi budak-budak yang berdua ini suka sekali...bila tengok dorang makan kak Nur pun takut juga, bukan takut apa takut dorang allergic ke...tapi nampak ok...pernah satu kali kak Nur makan di Sakura tengok Boy tak berhenti-henti makan lala...kak Nur jadi takut jugak. Dia beritau kak Nur "Don't worry la Ma." Kalau bab seafood ni memang lah kak Nur berhantu tapi sekarang kena slow down sikit takut lah walaupun kadar cholestrol kak Nur okay-okay...hehe.
  


Sambal Lala - Resipi hakcipta Chef Ricky Ng

Bahan-Bahan
350 gm lala (Nur masak 1 kg)
8 sudu makan minyak 
30 gm halia
100 gm bawang kecil
150 gm cili kisar 
20 gm belacan
1 1/2 gula
garam secukup rasa
2 biji cili merah dihiris
sedikit daun bawang


Cara-Cara
1.  Tumiskan bawang putih dan halia hingga naik wangi.
2.  Masukkan bawang kecil, cili kisar, tumis hingga rata dan naik bau.
3.  Masukkan belacan. Masukkan lala, kacau rata dalam anggaran 5 minit.
4.  Masukkan gula, garam dan cili hiris. Akhir sekali taburkan dengan daun bawang.

********************Photobucket**********************

Tuesday, November 2, 2010

*_*Asam Pedas Melaka*_*


Salam semuanya, terima kasih pada kawan-kawan yang baik hati yang mengucapkan tahniah pada anak Nur...juga pada pengunjung pertama kali yang sudi singgah keblog ini. Nanti bila dah senang Nur balas kunjungan kamu semua.
Hari ini dah rasa lega sekali bila anak Nur yang masih bersekolah rendah telah habis exam. Memang rasa lapang sekali nak buat apa pun senang...itulah Nur ingatkan nak kemas segala buku-buku..masa bulan puasa dulu Nur dah berkemas ini nak berkemas lagi....hmmm macam banyak kerja gitu.

Ok lah nak bercerita tentang masakkan pulak....hubby dah berapa hari asyik sebut nak makan asam pedas ikan pari.....Nur kalau ikan pari ni memang jarang beli sebab tak suka sekali tapi atas permintaan orang yang terhormat dengan iklas dan rela hati beli juga lah ikan pari....
Resipi asam pedas semua orang pun tahu bagaimana nak masak kan....cuma kali ini Nur nak letak resipi yang dari bukumasak Nur ia itu dari Puan Asiah kalau tak silap sebab buku itu covernya dah hilang entah kemana sebab banyak tangan yang menyentuhnya.....hehe.



Asam Pedas Melaka - Resipi hakcipta Puan Asiah

Bahan-Bahan
500gm ikan tenggiri dipotong 2 cm tebal (Nur gunakan ikan pari)
30 gm asam jawa - ambil 3 cawan air asam (Nur agak sendiri ikut citarasa)
300 gm kubis dipotong 3 dan jangan dibuang empulurnya (Nur tak letak)
minyak masak
garam secukup rasa

Bahan-Bahan Kisar
1 camca besar ketumbar   }
1/2 camca teh jintan kasar } digoreng tanpa minyak
1/2 camca teh jintan halus  } hingga wangi
30 tangkai cili kering atau mengikut citarasa sendiri
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan
3 cm kunyit basah
1 cm halia
Daun kesum



Cara-Cara
1.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2.  Masukkan 1/2 cawan air asam dan garam. Kacau hingga 2-3 minit.
3.  Kemudian masukkan kerisk dan biar 3-5 minit baru dimasukkan baki
air asam, daun kesum dan kubis.
4.  Apabila kubis setengah masak, masukkan ikan. Biarkan hingga 10 minit
barulah diangkat.


********************Photobucket**********************