Wednesday, September 22, 2010

*_*Sambal Goreng Pengantin*_*

Salam pagi semuanya, semalam update blog separuh jalan aje, hari ini sambung lagi....Nur minta maaf ya jika belum sempat untuk berkunjung ke blog kawan-kawan sebab banyak tugas yang harus diselesaikan. Hari ini aje Nur sekeluarga dah nak keluar untuk menghadiri Graduation's day anak Nur yang tua...(Lasalle Convocation 2010) dah setengah hari suntuk nanti kat sana. Memang sibuk sepanjang minggu ini. Lupa nak beritau...jangan tak tau dulu Ayu dari Curlybabe pun bekas pelajar Lasalle College...hehe Ayu jugak disebut-sebut...jangan marah haah ayu...nanti kena jual!!

Menu di bawah ini adalah our signature dish....haha menu wajib tak boleh tak masak nanti ada yang nangis tergolek-golek...hehehe. Sebenarnya kalau masak menu ini biasa Nur agak-agak dan selalu suka lebihkan bawang gorengnya...jadi resipi yang Nur post ini Nur agak-agak aje, boleh ditambah sukatan cili kisar jika yang suka pedas sedikit.




Sambal Goreng Pengantin

Bahan-Bahan

500 gm daging lembu
500 gm paru ataupun hati lembu
500 gm udang dibuang kulit dan dibersihkan
15 tangkai cili kering dikisar
8 atau 10 tangkai cili merah dihiris nipis
500 gm bawang kecil dihiris nipis
sedikit belacan dan air asam
2 biji kelapa parut ambil santan pekat
secukup minyak untuk menggoreng bawang



Cara -Cara

1.  Daging dan paru direbus berasingan sehingga empuk.

2.  Bila dah empuk potong dadu kecil.

3.  Panaskan minyak, goreng bawang kecil hingga menjadi kuning dan coklat sedikit, ketepikan.

4.  Goreng cili merah yang telah dihiris nipis, angkat dan ketepikan.

5.  Masak santan pekat bersama cili kisar dan juga belacan.

6.  Masak dengan api yang perlahan. Biarkan ia mendidih.

7.  Kemudian masukkan bawang goreng dan cili merah yang telah dilayukan.

8.  Masukkan daging dan paru, dikacau rata.

9.  Masukkan air asam, gula dan garam secukup rasa.Biarkan kuah nya pekat dan pecah minyak.

10. Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata, bila udang dah berubah warna matikan api.



*********************Photobucket********************

Tuesday, September 21, 2010

*_*Serunding Kelapa & Udang Kering*_*


Nur sambung balik dari berehat sebentar....tadi keluar sekejap...memang lepas raya ini sibuk sangat...minggu ini masih ada tetamu yang nak berkunjung ke rumah Nur...dah macam terasa kepenatannya....minggu ini pula ada jemputan kahwin...bertambah kelam kabut nanti.

First time Nur cuba resipi serunding ini...nampak gaya anak-anak suka...dua hari aje selesai serunding, lepas itu tanya lagi serunding....jawapnya tunggu Hari Raya Haji nanti....hahaha.


Serunding Kelapa & Udang Kering - Resipi Puan Asiah

Bahan-Bahan

1 biji kelapa - dibuang ari dan diparut
150 gm udang kering - dicuci bersih dan kisar halus
3/4 cawan minyak masak
100 gm gula melaka atau gula merah
1 camca besar asam jawa - ambil 1 cawan air asam
1/4 camca teh serbuk perasa  (jika suka)
Garam secukup rasa
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut

Bahan dikisar halus

3 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
25 tangkai cili kering
2 cm kunyit basah
1 cm halia
2 batang serai
2 cm lengkuas
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih



Cara-Cara

1.  Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga kuning keemasan.

2.  Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Masukkan garam,
gula merah, gula pasir, serbuk perasa, air asam, daun salam dan daun limau purut.

3.  Biarkan mendidih dengan api perlahan. Masukkan udang kering dan kacau rata.
Biarkan agak pekat baru masukkan kelapa goreng. Kacau hingga kering dan berderai
barulah diangkat.


******************* Photobucket *******************

*_*Rendang Tok*_*


Salam petang semuanya, ini masih mood beraya kalau di Singapore, masih berjalan raya lagi, Nur pun belum habis berjalan raya....last weekend hubby kerja, nak berjalan tunggu boss balik...sementara nak tunggu boss balik kakak sepupu ajak berjalan pergi ke rumah jiran lama...nah kau hilang rindu bertahun-tahun lamanya tak berjumpa.

Biasa kalau kawan-kawan lama jumpa mesti mereka kata wajah ku sama seperti dulu...haha suka lah dengar...kembang semangkuk tapi badan aje yang berubah dari saiz S lompat ke saiz M terus maintain aje tak naik lagi...gitu-gitu aje...nasib baik lepas puasa atau semasa bulan puasa badan tak naik...hehehe..kalau naik mesti nak kena kerja keras cycling satu Woodlands...boleh gitu??

Ini hidangan hari raya 1 syawal yang lalu yang sempat Nur ambil gambarnya....resipi asal mengunakan daging tapi Nur dah tukar kepada ayam pencen..kira-kira dah dapat CPF lah tu...haha.


Rendang Tok

Bahan-Bahan

500 gm daging lembu tanpa lemak di potong dadu (Nur tukar kepada ayam)
4 cawan santan diperah daripada 2 biji kelapa parut
4 cawan santan cair
1/2 cawan kerisik
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
garam secukup rasa
gula (Nur tak letak)

Bahan Kisar

4 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
4 batang serai dihiris halus
2 cm lengkuas



Cara-Cara

1.  Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan.Masak di atas api
kecil sehingga daging empuk.

2.  Tambahkan kerisik, jintan halus dan jintan kasar. Masak sehingga kuah memekat.

3.  Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi ataupun lontong.

******************* Photobucket *******************

Resipi dari:- Chef Wan

Thursday, September 16, 2010

*_*Cookies Raya 2010*_*



Salam semuanya, sejak raya ini rasa macam malas nak update blog sebab masih terasa penat...kalau boleh nak lepak-lepak@golek-golek atas katil aje....hehe...penat berdiri didapur lama-lama...ini dah nak hampir hujung minggu, nak kena stand-by kot-kot abang sepupu, kakak sepupu, saudara mara yang alih-alih call nak datang....haha....actually kan Nur tak suka ada tetamu datang last minute sebab nanti tak ada apa-apa yang nak dihidangkan....kalau beritau lebih awal senang kan!

Ok lah sekarang Nur nak tayang cookies raya yang dah basi ni....orang dah kemana-mana aku baru nak dok tayang biskut raya....hehe....tak apa lah kan aku simpan gambar ini buat kenangan untuk anak-anak ku. Biskut Cocoa Crunch adalah hasil idea dari Nur sendiri....dah pernah buat beberapa tahun yang lalu semasa zaman berfotopage....biskut Cornflakes Milo Nur ambil resipi dari Izahdaut...kenalkan dengan izah ni! yang lain dari bukumasak Nur sendiri...resipi Puan Zubaidah Chepa. Terlupa pula nak beri butir-butir lanjut dah published baru teringat.....takut nanti jadi kontroversi pulak....hehehe.






















Tuesday, September 14, 2010

*_*Salam Aidilfitri*_*

Selamat malam semuanya....hari ini adalah 1 syawal dan hari kemenangan kita setelah sebulan berpuasa.....baru hari ini Nur dapat gantung kad raya sendiri....teramat sibuk sekali, ini pun cuba meluangkan masa sedikit. Terima kasih pada kawan-kawan yang memberi ucapan, maaf kerana Nur tak dapat nak menjawab cbox tu....kepada semua kawan-kawan dan pengunjung blog ini Nur ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri serta Maaf Zahir Dan Batin.

Monday, September 6, 2010

*_*Nasi Lobak Merah*_*



Selamat Pagi, minggu ini adalah minggu yang terakhir umat Islam berpuasa....sedih rasanya...moga dapat bertemu sekali lagi di tahun hadapan. Sejak minggu lepas dan hingga hari ini rasanya bukan saja Nur yg sibuk malahan semua yang lain pun sibuk.

Minggu lepas fikiran buntu tak tau apa yang nak dimasak untuk juadah berbuka....lalu berpandukan dengan bukumasak ternampak resipi Nasi Lobak Merah ini....teringin mencuba dan rasanya memang dah ramai yang mencubanya sejak Ayu perkenalkan resipi ini. Sepatutnya dari awal sudah seharusnya mencuba resipi ini....resipi yang simple dan sedap...kenapa lah dulu Nur tak pandang....hehe...mungkin sebab ada lobak tu..tu yg tak teringin mencubanya.


Nasi Lobak Merah

1 kg beras beriani
6 biji lada hijau dipecah-pecahkan
1 sudu teh jintan halus - ditumbuk kasar-kasar
1 cawan minyak kacang
1 sudu makn minyak sapi
3 batang lobak diparut dengan parut rojak (dipasak)
300gm buah tomato dipotong halus
6 biji bawng putih dikisar
2 cm halia dikisar
2 biji bawang besar dihiris
4 cm kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
garam secukup rasa


Cara-Cara

1.  Sukat air 1,100ml lalu ketepikan dulu. (Nur agak sendiri sukatan airnya)

2.  Beras dicuci lalu toskan, gaul dengan lobak parut.

3.  Panaskan minyak sapi dan minyak kacang.

4.  Tumiskan bawang besar, bahan-bahan kisar, lada hijau dan jintan.

5.  Kacau sampai garing, lalu masukkan tomato, buah pelaga, kayu manis, bunga
cengkih dan air.

6.  Bila mendidih, masukkan beras dan garam, masaklah hingga tanak.


Nasi Lobak Merah ini Nur gandingkan dengan Ayam Masak Merah, first time Nur gunakan resipi instant ayam masak merah ini....senang cakap tak kena dengan citarasa jadi tak payah lah Nur promote rempahnya dan tak perlu Nur sebut jenama produknya...tak mau mengaibkan bisnes orang. Lain orang lain citarasanya kan....pada hubby ok rempah ini.


******************* Photobucket *******************

Resipi dari: Puan Aini Salim

Wednesday, September 1, 2010

*_*Shabsuka again..haha*_*


Salam, Shabsuka lagi erk?? Ya lah bak kata ayu kita rolling sama diaaa...wa caya lu la, ayu...hehe ini menu berbuka yang semalam....walau repeat menu tapi still menjadi pujaan hati ku...asal aku bahgia sudah la....haha hari itu ada teman blogger kata resipi ni panjang benar....nanti Nur cuba ringkaskan tapi sekarang Nur letak dulu gambar aje sebab Nur nak keluar pergi ke Arab Street...nak cari tudung kat AC Collection...heehee....sambung nanti.