Wednesday, June 23, 2010

*_*Nasi Minyak*_*


Selamat pagi Rabu, bila internet buat hal lagi memang payah nak update blog. Mula-mula terasa seperti kehilangan sesuatu gitu, tak dapat masuk Ke-Youtube untuk dengar oldies song, tak dapat masuk ke-forum...pendek kata memang lah patah sayap sekejap....bila gunakan laptop boleh pula nak lungsuri internet... tak faham benar kenapa boleh jadi begitu....ini pula dengan sendirinya dah boleh.

Hangin juga PC aku ni....agak nya dia pun nak take a break...hehehe....sekarang boleh back to normal...hahaha happy gitu. Ini nak sambung entry ku yang dah lama tertunda.  

Nasi Minyak
~~~~~~~~~
1kg beras briyani
150gm minyak sapi
3 camca besar air mawar
2 tangkai daun saderi (ambil daun nya saja)
200ml susu cair
1/4 camca teh serbuk perasa
garam secukup rasa
air sama banyak dengan beras (ini Nur agak-agak aje)

Bahan untuk dikisar
~~~~~~~~~~~~~~
2cm halia
4 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

Bahan tumis
~~~~~~~~~
2 cm kulit kayu manis
5 kunutm bunga cengkih
5 biji buah pelaga

Bahan tabur
~~~~~~~~~
150gm badam - buang kulit, hiris nipis dan goreng kuning (Nur gunakan gajus aje)
15 biji bawang merah kecil - dihiris nipis dan goreng
20gm kismis kuning - digoreng 




Cara-Cara
~~~~~~~~
1.  Bersihkan beras dan tuskan.

2.  Sediakan kuali non-stick, panaskan minyak sapi, tumis bahan tumis hingga wangi, kemudian  masukkan bahan kisar. Setelah itu masukkan ke-dalam rice cooker dan masukkan air. Biar hingga air mendidih, kemudian masukkan susu, dan garam. Biarkan 3-5 minit lagi kemudian masukkan beras.

3.  Apabila airnya kering masukkan air mawar dan daun saderi. Biarkan tanak selama 10-15 minit.


Resipi asal dari:- Koleksi BukuMasakkan Nur.

Ini acar yang simple saja dan senang untuk dibuat.

Acar Timun & Nanas
~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
1 biji timun
1/2 biji nanas
1 sudu kecil serbuk cili
1 batang cili merah dan hijau dihiris
1 biji bawang dipotong dadu
sedikit garam dan gula mengikut citarasa
1 biji limau nipis ambil airnya 

Cara-Cara
~~~~~~~~
1.   Timun dan nanas dipotong dadu atau kecil

2.  Masukkan bahan tadi kedalam mangkuk.

3.  Masukkan bawang yang dipotong dadu,cili serbuk, garam dan juga gula. Masukkan air perahan limau nipis. Akhir sekali gaul rata semua bahan. Siap untuk dimakan bersama nasi minyak dan lauk pauk. 

**************** Coffee animation****************

Saturday, June 12, 2010

*_*Ayam Briyani*_*


Salam pagi Sabtu, cepat masa berlalu dah hampir dua minggu cuti sekolah....belum lagi dapat kemana-mana. Jadual waktu kerja my hubby yang padat dan sibuk yang membuat kami kena quarantin....hehehe macam betul aje.

Hari ini banyak kerja yang harus diselesaikan, buat sementara waktu Nur post entri ini dulu. Happy weekend buat semua pengunjung blog Nur especially buat silent readers yang tak pernah tinggal pesan...tak mengapa, kunjungan anda sangat ku hargai. Resipi nanti bila Nur free akan Nur update nanti.



Bahan-Bahan

1 ekor ayam dicuci dan potong kecil
200gm bawang besar dihiris
170gm tomato dipotong dadu
1/4 cawan tairu
1 ikat daun pudina atau ketumbar
1 biji limau nipis diambil airnya
5 kuntum bunga cengkih
1 keping kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 camca besar gajus kisar
50gm badam kisar
30gm rempah kurma
5cm halia dikisar
10 tangkai cili kering dikisar
6 ulas bawang putih
300gm bawang kecil dihiris dan digoreng
300gm minyak sapi
garam secukup rasa

Cara-Cara

1. Ayam digaul bersama sedikit kunyit dan digoreng setengah masak.

2. Panaskan minyak sapi, tumiskan bunga cengkih,kulit kayu manis dan
buah pelaga. Masukkan bawang besar dan ditumis hingga layu dan berbau wangi.

3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau. 
Masukkan rempah kurma, gajus dan sedikit air. 

4. Kacau rata dan biarkan ayam sebati dengan rempah. Masukkan air limau, badam dan daun pudina 
atau ketumbar. Kacau rata.

5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang goreng dan tairu, 
Biarkan mendidih barulah diangkat.

Thursday, June 10, 2010

*_*Mee Bandung*_*


Selamat pagi semua, beberapa hari yang lalu Nur hidangkan anak-anak dengan mee bandung...licin tak toleh kiri kanan budak-budak ni kalau dah makan...hehe. Semalam masak roti kirai pulak...pendek kata kalau anak-anak ada dirumah mesti nak kena masak kegemaran mereka baru lah laju mereka makan. Hari ini tak tau nak masak apa pulak....fening lalat sekejap. Nur tercari-cari juga resipi Mee Bandung dari kawan lama difotopage tapi tak terjumpa pula...at last masak aje seperti biasa yang Nur masak.



Mee Bandung
~~~~~~~~~~
300gm daging dicuci bersih dan direbus
300gm udang dicuci bersih dan dibuang kulit
500gm mee kuning
sayur sawi
5 biji telur
10 tangkai cili kering dikisar (mengikut pedas masing-masing)
1 biji bawang besar dikisar
3-4 biji bawang putih dikisar
secukup tomato sos
sedikit kicap masin
sedikit gula
garam secukup rasa



Cara-Cara
~~~~~~~

1.  Daging direbus hingga empuk dan dipotong nipis.

2.  Ambil air daging tadi dan ketepikan.

3.  Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.

4.  Masukkan sedikit air daging tadi, pecahkan telur satu persatu. Kecilkan api dan biarkan telur masak. Bila telur dah masak, tambahkan dengan sebahgian air daging tadi.

5.  Masukkan daging, sos tomato dan sedikit kicap masin.

6. Masukkan udang dan biarkan udang masak sebentar.

7.  Masukkan gula dan perasakan dengan garam.

8.  Akhir sekali masukkan sayur sawi dan matikan api.

*******************Photobucket********************

Monday, June 7, 2010

*_*Sweet Corn Cake*_*


Salam,apa khabar semua? Sejak dari minggu lepas tak dapat nak berblogging disebabkan internet ada technical problem, tak boleh display webpage, kalau dapat display pun mengambil masa yang agak lama untuk upload page....ish boring betul waktu itu...terasa macam patah sayap sekejap..kalau pada Nur biar tak menonton tv asal jangan tak dapat berinternet.

My hubby siap subscribe rancangan Starhub dan Mio tapi tak ada masa nak tengok...yang Nur tengok hari-hari rancangan Indon SCTV itupun disebabkan Sinetron "Cinta Fitri" sekarang Cinta Fitri dah tamat pun...nak kena tunggu Cinta Fitri 6...merepek aje cerita panjang tapi tak ada kesudahannya...tapi still nak tengok juga walaupun tak lojik jalan ceritanya....hehe.

Bila dah patah sayap boleh sakit sekejap pulak tu...badan macam seram sejuk beberapa hari yang lalu. Ok lah panjang pulak cerita kita ini!

Sweet Corn Cake
~~~~~~~~~~~~

Ingredients
A
4 nos eggs
200gm sugar

B
200gm creamy corn

C
250gm flour
1 tbsp double action baking powder

D
80gm melted butter


Method
1. Whip A until light and fluffy. Add in B, mix until
well-blended.

2. Fold in C, mix until well-blended. Add in D, mix
until well-incorporated.Pour it into greased and floured
10cm cupcake mould or any types of mould.

3. Steam for 30 minutes.


Recipe ~ courtesy of Alex Goh





Wednesday, June 2, 2010

*_*Shabsuka*_*


 Hari ini resipi Nur datang jauh dari Mediterranean, Shabsuka dimakan bersama roti perancis...anak-anak Nur laju aje makan...tengah makan pun boleh bergaduh terpekik-pekik...bila dah cuti sekolah memang riuh rendah dibuat nya. Yang abang suka mengacau...yang adik tak boleh salah sikit...ok lah resipi ini Nur ambil dari blog Ayu SG. Dah beberapa kali tengok Ayu masak Shabsuka ini...memang sedap tak rugi mencubanya. Cuba lah kalau tak percaya...hehe macam nak promote kan! Terima kasih Ayu kerana rajin mencari resipi yang boleh dikongsi bersama.

 Shabsuka

Ingredients:-
500g minced beef(or sliced beef)-(500g daging lembu kisar atau daging dihiris)
3 tbsp chili paste-(3 sudu besar cili kisar)
3 tbsp minced garlics-(3 sudu besar bawang putih kisar)
2 tbsp minced ginger-(2 sudu besar halia kisar)
4 tbsp curry powder-(4 sudu besar serbuk kari daging)
1 big onion diced-(1 biji bawang besar dipotong dadu)
1 tomato diced-(1 biji toamto dipotong dadu)
1 cup mix vegetables-(1 cawan sayur campuran)
1 can medium size tomato puree-(1 tin tomato puree size sederhana)
4 tbsp tomato sauce-(4 sudu besar tomato sos)
1/2 -1 tbsp sugar-(1/2 -1 sudu besar gula)
1-2 cups of water-(1-2 cawan air)
salt and MSG to taste-(garam & serbuk perasa)

Ingredients for toppings:-(Bahan untuk taburan)
2 big onions diced-(2 biji bawang besar dipotong dadu)
2 tomatoes diced-(2 biji tomato dipotong dadu)
some coriander leaves or chinese celery-(sedikit daun ketumbar atau daun sup)
1-2 red chilies sliced-(1-2 lada merah dihiris halus))
1-2 green chilies sliced-(1-2 lada hijau dihiris halus)
2 tbsp fried shallots (optional)-(2 sudu besar bawang goreng-optional)
6 eggs-(6 biji telur)


Method:-
Mix minced beef with garlics, ginger, and curry powder. Let it rest for at least 20 minutes.
Heat oil in wok and saute onions till soft. Add in chili paste and cook till oil goes up the surface.
Add in marinated beef and stir well. Add in 1-2 cups of water. When beef has reached 3/4 cooked, add in tomato puree, tomato sauce, mixed vegetables and diced tomatoes. Stir well and add in salt, sugar and MSG to taste. Adjust the taste(it should be a bit sour, sweet etc) according to your preferences. Let it simmer for a while and dish out.The mixture shouldn't be too thick or too thin.-(Campurkan daging, dengan bawang putih kisar, halia kisar, serbuk kari dan biarkan selama 20 minit. Panaskan minyak dan tumins bawang besar hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau hingga pecah minyak. Masukkan perapan daging tadi dan gaul rata. Masukkan 1-2 cawan air. Bila daging sudah hampir 3/4 masak, masukkan tomato puri, tomato sos, sayur campuran dan toamto yang dipotong dadu tadi. Kacau rata dan masukkan garam, gula & serbuk perasa secukup rasa. Sesuaikan rasa-ia harus ada masam dan manisnya.. Biarkan ia reneh sebentar dan matikan api. Shabsuka ini haruslah tidak terlalu cair atau kering.)


Method for preparing Shabsuka:-(Cara menyediakan dan menghidang shabsuka)
Put the beef in a bake able dish and level it.
Sprinkle all the topping ingredients like the tomatoes, onions, chillies, coriander leaves and fried shallots on top of the beef mixture. Make small holes for eggs and bake at 180C degrees for 15 minutes or at least till the eggs are almost cooked. Scoop the some mixture and serve hot with white toasted soft bread or toasted french loaves.-(Bila daging sudah masak, masukkan kedalam loyang atau mangkuk yang boleh dibakar dan ratakan. Taburkan bahan2 taburan, seperti tomato, bawang, lada, daun ketumbar/sup dan bawang goreng diatas daging tadi. Buatkan lubang untuk telur dan bakar 180C selama 15 minit atau hingga telur hampir masak. Ceduk sedikit adunan tadi dan hidangkan dengan roti putih atau roti perancis bakar/panggang)
Sources:-From www.resipi.net