Wednesday, April 28, 2010

*_*Thai Green Curry Prawns*_*

Thai  Green Curry Prawns

Selamat malam semua, sebelum Nur tengok Sinetron Cinta Fitri, Nur update sekejap blog ini...dah dua hari ini agak sibuk sedikit...macam terhad masa nak berblogging. Ini kali pertama Nur masak Green Curry biasa selalu makan di Siam Kitchen aje...cuba masak sendiri dan cari resipi di Internet.....rasa nya memuaskan cuma bahan nya kurang lengkap. Semalam nak cari terung pipit pun tak dapat...mungkin tak ada musim agak nya...mana yang ada bahan nya saja Nur gunakkan. Resipi asal menggunakan daging tapi Nur tukar kepada udang.
Align Center

Thai Green Curry Prawns
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingredients
~~~~~~~~~

500 gm prawns
3 tbsp green curry paste (see green curry paste recipe or use prepared curry paste)
2 1/2 cups coconut milk or squeezed out from 400 grams grated fresh coconut)
5 small fresh Thai eggplants, quartered
2-3 fresh red spur chilies, sliced diagonally
2 kaffir lime leaves, torn
1/4 cup sweet basil leaf (optional)
1 1/2 tbsp fish sauce
1 1/2 tsp palm sugar
1 tbsp cooking oil (not olive oil, but corn, safflower or peanut oil)
Sweet basil leaves and red chili slices for garnish

Thai Green Curry Prawns


Preparation
~~~~~~~~~

1. Washed and cleaned the prawns.

2. Saute the green curry paste in oil over medium heat until fragrant, reduce the heat, gradually add 1 1/2 cups of the coconut milk a little at a time, stir until a film of green oil surfaces.

3. Add the prawns and kaffir lime leaves, continue cooking for 3 minutes until fragrant and the prawns is cooked through. Transfer to a pot, place over medium heat and cook until boiling. Add the remaining coconut milk, season with palm sugar and fish sauce. When the mixture returns to the boil add the eggplants. Cook until the eggplants are done, sprinkle sweet basil leaves and red chilies over, then turn off the heat.

4. Arrange on a serving dish and garnish with sweet basil leaves and red chilies before serving.

*****************Photobucket****************

Recipe adapted from here

*_*Award & Tag*_*

Hahaaa....Yattt dah posted n3 baru teringat belum dok bercerita ni....alamak yat sibuk2 sampai terlupa....blurrrrr sotong la...hihi...ok hope you like it....kak Nur nak keluar ni....bye bye.


Copy this award
~ done


Let the world know who tagged you
~ I was tagged by Yat Maria and Jamie

Post title to contain the following words
~ 5-five-KHAMSAH

5 names that people call you....

Nur
Kak Nur
Nora (usually friends from property agent will call me Nora)
Kak Long cos I'm the eldest of the 2 siblings
Mama (call by hubby )

5 important dates in my life

16th February
22nd March
2nd June
24th September
14th December

5 things I've done yesterday

Tidy up my room
Went to NTUC with hubby in the morning
Went down to HDB with my little girl in the afternoon
Checking my girl’s homework
Watched Sinetron Cinta Fitri@SCTV

5 ways to be happy

Outing with my daughter
Shopping
If Allah grant me a healthy life or just accept whatever being given
Most happy if my little girl succeed in her exam
Gathering with my cousins occasionally.

5 favourite movies

Up close & Personal
Triple XXX (my favourite actor Vin Diesel)
The Bodyguard
Romeo must die
The Mummy

5 favourite hobbies

Shopping
Sewing and Cross-Stitching
Cooking and baking
Reading women’s weekly magazine
Enjoyed listening oldies song

5 favourite people

My late parents
Son
Daughter
My dear hubby
My cousins

5 favourite places for vacation

Mecca
Dubai
Mauritius
Europe (day dreaming only)
Negri Sembilan (my father's hometown)

5 reasons I answer the survey

I was tagged by Yat Maria
Appreciate our cyber friendship
Being sporting but not all the time
Just managed to answered 5 questions only…jangan marah!!

5 persons to be tagged by me ~ Jeng! Jeng! Jeng!

Who will that be? Oopps sorry not in the mood....I’m very busy right now.

Monday, April 26, 2010

*_*Rich Choc Pudding*_*

rich choc pudding

Salam semua, bukan main lebat hujan disini pada hari ini...segala rancangan dah terbantut....ingatkan nak keluar nampak nya tak jadi....mungkin sebentar lagi tunggu anak dara balik dari sekolah.....resepi puding ini dah lama Nur ambil dari blog Hana . Dah lama simpan baru lah sekarang terlaksana...hehe...puding ini masuk tekak terus sejuk gituuu....seperti biasa C & P aje dari blog Hana. Terima kasih Hana berkongsi resipi....minta dihalalkan...hihi.



Bahan-bahan
~~~~~~~~~~

1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Cara-cara
~~~~~~~

1. Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.

2. Masukkan butter, kacau hingga pekat.

3. Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.
psssttt! ni akak tambah cara yer..untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


*****************Photobucket****************

*_*Sejambak Bunga Ros*_*

Salam pagi semua, first day of the week...hahaha...Monday blues...kalau bekerja mesti rasa boring kan! Kalau surirumah biasa-biasa aje kan! Hihi...hari Isnin yang mendung ini dapat sejambak bunga yang cantik mekar dari Atie . Terima kasih Atie, Knur gumbira bila dapat bunga dari Atie, caya la...lalalala....haa tu akak dah menyanyi ni pagi-pagi hari....hehe.

Thursday, April 22, 2010

*_*Apam Inti Gula Melaka*_*

Apam Inti Gula Melaka

Salam tengahari semua, hari ini pagi-pagi lagi Nur dah masuk kedapur kerana dah lama benar teringin nak buat Apam berintikan gula melaka....bila dah siap hati ku gumbira sekali sebab akhir nya tercapai juga...maalum lah Nur kan bukan lah rajin manapun...hehehe...apam ini bila dah makan dengan kelapa rasa macam putu piring pulak...sedappp tak rugi mencuba nya.



Apam Inti Gula Melaka
Sumber:  Nuridah Salleh


Bahan-Bahan
5 biji telur
300 gm tepung gandum
50 gm gula pasir
150 gm gula melaka, hiris halus
100 ml santan pekat
100 ml air
1 sudu makan ovalette

Apam IGM

Isian
100 gm gula melaka, hiris halus

TaburanKelapa parut dikukus bersama sedikit garam dan daun pandan

Apam IntiGulaMelaka

Cara-Cara
1. Pukul telur dengan gula pasir dan gula melaka hingga gula hancur lalu masukkan ovalette dan pukul hingga mengental.

2. Santan dan air disatukan. Masukkan santan berselang seli dengan tepung.

3. Tuangkan 1/2 bahagian adunan kedalam acuan, lalu taburkan dengan gula melaka, tutup lagi adunan.

4. Kukus selama 25 minit.

5. Keluarkan dari kukus dan sejukkan sebentar.

6. Taburkan kelapa parut diatas nya dan siap dihidang.



*****************Photobucket****************


Resipi ~ Puan Rozita Abdul Kader

Tuesday, April 20, 2010

*_*Nasi Pilau Udang*_*

Nasi PilauUdang

Selamat pagi, hari ini pagi-pagi dah update blog sebab nanti bila anak Nur pulang dari sekolah nak kena ngadap dia...kalau tidak tak boleh jadi...lemak dia bertambah...huhuhu...menu hari ini bukan Nur baru masak ya...sebenarnya minggu lepas, hari Jumaat yang lalu...tak sempat nak update...hihi. Terlupa pula Nur nak ambil gambar Pilau Udang....hmmm as we age banyak pula yang suka lupa-lupa....hihi....betul ke tu?? Lauk ini Nur kenakan dengan Daging Masak Merah lagi, serta Acar Mangga sebab requested by my hubby . Mangga nya pula dah masak sangat jadi berair sedikit. Yang important pasti habisss.


Pilau Udang
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~

500 gm udang besar dibuang kepala dan kulitnya serta urat-uratnya
1 biji bawang besar dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar
~~~~~~~~~
1 biji bawang besar
2 batang lada hijau
1 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1/2 ini halia
2 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato kecil
1 sudumakan serbuk lada
1 sudumakan serbuk ketumbar
1 camcateh serbuk kunyit
garam secukup rasa
air perahan limau daripada 1/2 biji limau kuning

Nasi Pilau Udang

Cara-Cara
~~~~~~~

1. Panaskan minyak, masukkan bawang. Bila bawang nya sudah
garing, masukkan bahan-bahan kisar dan garam.

2. Dikacau rata. Perahkan air limau, kemudian masukkan udang
setelah bangkit bau bahan tumis.

3. Dimasak lagi atas api sederhana hingga kuahnya pekat.


Nasi Pilau

Cara Menyediakan nasinya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~
500 gm beras basmathi dicuci dan ditoskan
sedikit minyak sapi

Bahan untuk ditumis
~~~~~~~~~~~~~~~
1 biji bawang dihiris halus
4 kunutm bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 kerat kayu manis dalam 3cm panjang

Bahan Kisar
~~~~~~~~~
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 1/2 cawan air
sedikit air mawar untuk mewangikan nasi
sedikit garam
sedikit perwarna kuning

Acar Mangga

Cara Membuatnya

~~~~~~~~~~~~~~
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan untuk ditumis.

2. Apabila bawang nya telah layu, tambahkan air, air mawar dan
garam.

3. Bila airnya mendidih, masukkan beras, ditutup dan dimasak.

4. Bila nasi mula kering, bubuh sedikit pewarna pada nasi itu.

5. Renih selama lima minit. Kemudian masukkan udang yang telah
dimasak dengan rempahnya sekali. Biarkan udang tertutup dengan nasi.

6. Masak hingga wap mulai meluap dari periuk, kacau nasinya supaya
bercampur dengan bahan pewarna. Masak hingga nasinya tanak.


********************Photobucket********************


Resipi ~ Dari Dapur Zarina.

Monday, April 19, 2010

*_*Mango Panna Cotta*_*

Panna Cotta

Selamat petang semua nya, hari demi hari nak buat dessert ini pun macam malas, padahal bukan nya susah...beli mangga simpan sampai masak betul...tapi lagi masak lagi sedap kan, makan gitu...ish terasa manis nya...tapi kalau dah banyak makan mangga tekak rasa perit pulak mungkin panas kot! Resipi ini Nur ambil dari Hana. Kak Nur C & P seperti biasa erk.Terima kasih berkongsi resipi.


Bahan-bahan
~~~~~~~~~~
7g gelatin + 3 sudu besar air panas
2 ½ cawan susu segar
1/4 cawan gula
1 sk esen vanila
Buah2an pilihan - hana gune stoberi, mangga dan pisang

Mango PannaCotta

Cara-cara
~~~~~~~
1. Campurkan gelatin dan air panas. Satukan hingga sebati tanpa ketul2. emudian ketepikan.

2. Masukkan susu dan juga gula ke dalam periuk. Buka api kecil dan masak hingga mendidih.

3. Alihkan dari api. Tuang campuran gelatin dan kacau sebati.

4. Tuang ke dalam gelas atau mangkuk puding. Sejukkan lam peti sejuk. Pastikan sedikit lembut baru tuang puree.

5. Kisar buah2an pilihan menjadi puree dengan ditambah dengan sedikit gula. (hana tk ltk pong gula).

6. Sajikan dengan menuang puree tersebut di atas puding dan sedikit potongan buah2an tadi.

7. Siap dihidang.


********************Photobucket********************

Saturday, April 17, 2010

*_*Char Kway Teow*_*

Char KwayTeow

Selamat pagi semua, bila weekend aje mesti sibuk sekali...lepas solat subuh dah tak boleh tidur balik...anak dara ni nak pergi ke sekolah...pulang dari sekolah nak ke madrasah pulak...hujung minggu yang memenatkan sekarang ini.Pagi ini kami sarapan mee kway teow...mee yang menjadi kegemaran anak-anak dan juga Nur.


Char Kway Teow
~~~~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~

500 gm kway teow
3 ulas bawang putih dicincang
minyak untuk menumis
300 gm udang sederhana besar dibuang kulit dan kepala nya
250 gm kerang direbus
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan kicap manis
secukup sayur taugeh
sedikit daun kucai
2 sudu makan cili kisar atau mengikut citarasa
2 biji telur
sedikit air untuk melembabkan kway teow

Char-Kway-Teow

Cara-Cara
~~~~~~~
1. Panaskan kuali dan tuangkan minyak. Masukkan bawang putih dan tumis hingga naik bau.


2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan sos tiram dan kicap.

3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan biarkan sedikit kental. Masukkan udang dan kacau sebentar.

4. Masukkan kway teow dan kacau rata. Masukkan sedikit air serta kacau sekali lagi. Masukkan kerang dan juga sayur taugeh. Kacau sebentar saja.
Perasakan dengan sedikit garam jika perlu. Akhir sekali masukkan
daun kucai dan siap untuk dimakan masa panas-panas.



*****************Photobucket****************

Thursday, April 15, 2010

*_*Nasi Lemak & Sambal Telur Puyuh*_*

nasi _lemak

Salam semua, dah dua hari berturut makan Western food...tiba hari ini tukar menu pula kepada Nasi Lemak. Memang dah lama tak masak nasi lemak ini...sekarang kalau Nur nak masak nasi lemak terpaksa gunakan santan kotak sebab gerai menjual kelapa parut disini banyak yang telah tutup mungkin tender dah habis ataupun sewa terlalu mahal agak nya. Agak sukar lah sekarang ini.....so nak dengan tak hendak terpaksa juga gunakan santan kotak....okay lah juga rasa nya...bantai aje lah bang!

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~
500 gm beras basmathi
1 batang serai dititik
1 inci halia dititik
3 helai daun pandan
sedikit garam
air secukupnya

NasilemakPage

Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Beras dicuci bersih dan toskan

2. Masukkan beras ke dalam rice cooker, masukkan santan
dan air secukup nya. Dikacau rata.

3. Masukkan garam, serai, halia dan daun pandan. Masak seperti biasa

Sambal Telur Puyuh

Sambal Telur Puyuh
~~~~~~~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
15 batang cili kering atau mengikut citarasa
sedikit air asam
gula secukup rasa
garam secukup rasa
1 inci belacan

Cara-Cara
~~~~~~~~~
1. Kesemua bahan dikisar halus. Panaskan kuali dan tumiskan bahan kisar.

2. Apabila telah naik bau nya masukkan telur puyuh dan kacau rata.

3. Masukkan air asam dan gula. Perasakan dengan garam dan masak hingga sambal nya pekat.


*****************Photobucket****************


Wednesday, April 14, 2010

*_*Lamb Chop*_*

LambChop&MushroomGravy
Selamat tengahhari semua nya....hari ini senang sikit kerja Nur keluarkan Lamb Chop dari fridge...siapkan bahan-bahan nya....Nur beli Mushroom Gravy McCormick....everything is instant....once in a blue moon tak apa kan! Bila anak dara sorang ni balik dari sekolah ajak duduk kat belakang sambil tengok tv3...rancangan apa tu?? Apa lagi Wanita Hari Ini...tengok Kak Ida Isk yang fofular tu sejak zaman fotopage lagi....hihi...yang tinggalkan pesan kat cbox tu nanti Nur jawap ya....Nur nak buat house cleaning hari ini...sibuk gituuu...

Tuesday, April 13, 2010

*_*Fish & Chips*_*


Atas permintaan kawan lama Nur Puan Madiha..hehe...ini lah dia tartar sauce....jangan marah Madiha...hihi. Selamat mencari ya!



Fish & Chips

Semalam disebelah pagi my hubby ada dirumah, dia ajak Nur pergi ke Woodlands Loop untuk beli Tempura Fish Fillet ini...bila sampai ke kawasan sana macam kembang tekak tengok kilang makanan, ada yang tengah pack tauhu pok....tengok macam satu macam tapi bila dah dihantar ke Supermarket kita semua beli aje kan asalkan halal....Tempura fillet ni ada lah dalam satu kotak isi nya 40 keping harga $33.00, hubby kata murah berbanding yang dulu kami selalu beli....nur pun dah tak ingat lah. Ada juga lah Nur beli lamb cop, french fries, nugget dan yg lain. Kalau nak deliver pun boleh tapi kena beli $100.00...so bila dah ada junk food macam senang sikit kan...budak-budak ni pun kalau makan nasi cerewet sikit.


fish&Chips

Nur cuma buat coleslaw saja...resipi pun yang basic aje...Nur add in baked beans dan tartar sauce yang menjadi kegemaran anak-anak kat rumah. Resipi coleslaw ada disini.

Monday, April 12, 2010

*_*Award Dari D*_*


Hari ini dapat award lagi....kali ini dari D pula. Tersangat lah gumbira...hehe..terima kasih D. Kak Nur bawa balik sekali kuih apam yang gebu mulus tu....ni nak buat minum petang sebentar lagi. Love u so much!!! Muahhhh.

Saturday, April 10, 2010

*_*Kuih Bakar Jagung*_*

KuihBakar Jagung

Waktu tengahari tadi sebelum hantar anak Nur ke Madrasah sempat pulak buat kuih bakar jagung ini. Memang dah lama benar tak buat kuih bakar....memang betul kuih bakar ini rasa nya sedap dan senang nak membuat nya. Jadi lah juadah minuman petang kami sekeluarga. Resipi Nur ambil dari My resipi Zana08 .Terima kasih berkongsi resipi dan Nur minta izin C & P resipi nya disini.

Bahan-bahan
~~~~~~~~~~


1 cawan tepung gandum

1 cawan santan
1 cawan susu sejat
3/4 cawan gula
2 biji telur
1 tin jagung manis ala krim
sedikit pewarna kuning
sedikit bijan jika suka


BakarJagung


Cara-Cara
~~~~~~~

1. Blender semua bahan hingga sebati kecuali jagung dan bijan.

2. Masukkan jagung dan blender sebentar.

3. Tuangkan dalam loyang dan taburkan bijan jika suka.

4. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam


*****************Photobucket****************

*_*Blackpepper Chicken*_*

BLACKPEPPERCHICKEN


Salam semua, eh eh boleh terlupa nak bercerita pagi ni...terus published post...hehehe...belum apa-apa dah mengong pagi ni...ok lah nur pun tak ada yang nak diceritakan...cuma hari ini teramat lah sibuk sedikit...hujung minggu kerja bertambah...Happy weekend!

Blackpepper Chicken

Ingredients

1lb boneless skinless chicken breasts (or thighs) 6 tablespoons cornstarch (for dusting) 1 white onion (diced) 1 cup frozen peas and carrots oil (for drying)


Sauce

¼ cup oyster sauce 1 teaspoon soy sauce 1 teaspoon black pepper ½ teaspoon white pepper

Blackpepper Chicken

Method of Cooking

1. Mix together all of the sauce ingredients in a bowl and set aside.

2. Cut chicken into ½“cubes and dust chicken pieces

with corn starch until fully coated.

3. Deep fry (or fry in a wok) chicken in batches until

golden brown. Drain on paper towels. 4. Heat about 1 tablespoon of oil in the wok and stir fry

diced onion for a minute or two. Add peas and carrots

and stir fry for another minute. Add sauce mixture to

the wok and heat until bubbling. Add chicken stirring

to fully coat with the sauce. Serve with white rice.


*****************Photobucket****************

Recipe adapted from: Chefblog (Thank You for sharing the recipe)


Thursday, April 8, 2010

*_*Daging Masak Merah*_*

dagingmerah

Salam pagi Khamis yang ceria, bila pagi-pagi ini tiada orang dirumah dapat lah mengadap PC sambil buka Youtube dengar lagu-lagu lama...nostalgia gitu...macam-macam kenangan bermain di ingatan...terutama kenangan bersama family. Bila dikenang kembali itu lah pinjaman dari Allah dan sekarang segala nya dah berubah. Berbalik pada menu ini tiapkali kalau nak masak merah, hubby Nur mesti request resipi yang ini...kalau cuba resipi yang lain mesti dia complain macam-macam! Resipi asal dari my classmate a.k.a my close friend...sekarang dah lost contact...tak tau mana Minah ni pergi?

Daging Masak Merah

Daging Masak Merah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~~~


500 gm daging dicuci dan dibersihkan
15 tangkai cili kering dikisar (mengikut pedas)
1 atau 2 biji bawang besar dikisar (mengikut saiz bawang)
1 biji bawang besar dihiris
15ml badam kisar
10ml tomato puri
15ml susu cair

15ml gula atau lebih sedikit mengikut citarasa


Cara-Cara
~~~~~~~~~


1. Panaskan kuali dan tumiskan bawang merah yang dihiris hingga naik bau.

2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing, masukkan daging dan gaul rata.

3. Masukkan air secukup nya untuk melembutkan daging.

4. Bila daging telah lembut ataupun empuk, masukkan badam,tomato puri dan susu. Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula.

5. Masak hingga kuah agak pekat sedikit.


*****************Photobucket****************

*_*Award Season*_*

Selamat pagi semua, hari ini Nur nak update entri award lagi.....agak nya sekarang musim award disana sini. Award ini datang daripada Nenek dan juga Sue. Pertama kali nenek singgah ke blog Nur dah diberi Award....gumbira sekali. Terima kasih pada mereka berdua ini yang telah menceriakan pagi Khamis ini.



Dari Su72
Dari Nenek



Wednesday, April 7, 2010

*_*Briyani Ikan*_*

Beriani Ikan

Salam, dah bertahun lama nya Nur simpan resipi ini baru kali ini teringin nak mencuba nya...nasi nya memang sedap tapi kalau briyani kambing lebih sedap....terangkat gitu. Memang dah lama betul tak masak nasi yang seperti ini...enjin dah slow down...sebab dah selalu makan di luar agak nya!! Hubby pun tak kisah tak nak masak makan kat luar aje...hihihi..itu yg jadi malassss nak memasak. Tak boleh jadi jugak mesti nak warm-up balik...nanti anak dara kat rumah ini tak tau masak pulak..hihi.

Briyani Ikan
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

600 gm ikan kerisi atau kurau dikerat besar-besar

Dicampurkan dan dilumur pada ikan:
1 camca besar serbuk kunyit
1 camcateh garam
1/2 camcateh air
Digoreng ikan yang diperap tetapi tidak terlalu garing

Bahan Kisar
~~~~~~~~~


8 tangkai lada hijau
4 ulas bawang putih
1 keping halia - sebesar ibu jari
1 biji bawang besar

Dicampurkan dengan bahan kisar:
1 camcateh serbuk jintan putih (Nur lebihkan 1 sudu makan)
1 camcateh kunyit
1 camcateh serbuk lada
1 tompok daun ketumbar - dihiris
2 tangkai daun pudina (ambil daun nya saja)

Bahan untuk tumis
~~~~~~~~~~~~~~


1 biji bawang besar dihiris halus
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 kerat kayu manis
2 camcateh penuh minyak sapi (Nur lebihkan sedikit dan
campurkan dengan minyak masak)
2 biji tomato - dihiris
1/2 cawan air
2 camcateh garam
10 biji gajus dan 10 biji badam dikisar halus.

Cara-Cara
~~~~~~~


1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan-bahan untuk ditumis.

2. Setelah bawang garing, masukkan bahan kisar.

3. Bila bangkit baunya, masukkan tomato. Tumis dan tambah airnya, dikacau.

4. Masukkan badam & gajus yang telah dikisar halus, dikacau lagi.

5. Tuangkan air, apabila mendidih, masukkan ikan.

6. Direnih supaya ikan dapat menyerap kuahnya. Setelah kuahnya pekat, padamkan apinya.

Bahan untuk memasak nasi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


600 gm beras basmati - dibersihkan, dicuci dan ditoskan.
9 cawan air
2 camcateh garam
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
1 kerat kecil kayu manis
2 helai daun pandan
1 camcateh air mawar (Nur gunakan 2 sudu makan, suka nasi berbau wangi)

Cara-Cara
~~~~~~~~


1. Masukkan kesemua bahan-bahan diatas dalam periuk (kecuali air mawar). Masak hingga mendidih.

2. Setelah mendidih, masukkan beras dan tuang air mawarnya.

3. Bila beras mulai kembang, buangkan airnya dan ditoskan.

4. Masukkan satu lapis nasi dalam periuk, diselang-selikan dengan ikan dan campuran rempah tumis.

5. Buatkan kesemuanya sebanyak 3 lapis nasi dan 2 lapis ikan dan di atas sekali diselaputi dengan lapisan nasi.

6. Titiskan 1 camcabesar pewarna kuning dan taburkan daun ketumbar di atas nasi.

7. Cucuk nasinya dengan pisau pada beberapa bahagian supaya wapnya mudah naik. Dimasak lagi dengan api kecil hingga tanak. (Nur gunakan rice cooker saja).



DalcaSayur

Nur sesuaikan nasi briyani ikan ini dengan dalca sayur....hubby tanya kenapa tak buat acar dan Nur jawab tak ada masa sibuk sangat semalam sebab turun naik hantar anak Nur tuition. Dah penat-penat pompan satu ni kasi Nur naik hangin satu badan, apa lagi kena bedal lah dia....kelepak kelepuk....ish kesian pulak tengok dia nangis! So Syafiqah, next time don't do it again!!! And don't made me angry OK!


*****************Photobucket****************

Resipi ~ Dari Dapur Zarina.

Tuesday, April 6, 2010

*_*Award lagi*_*

Nur minta maaf kerana terlambat sedikit nak masukkan entri award ini. Terima kasih pada Azian dan juga Along yang sudi memberi award ini pada Nur. Pada yang sudi boleh lah ambil award ini....kita kongsi bersama..hihi.


Dari Along

Dari AzianCollections