Wednesday, March 31, 2010

*_*Ayam Masak Kicap*_*

Ayam-Masak-Kicap

Dah lama tak masak lauk kicap, masak lauk kicap ada pelbagai cara, mengikut citarasa masing-masing. Biasa kalau nur masak kicap mesti kicap yang berempah kali ini cuba resipi dari bukumasak yang dah lama Nur peram buat jeruk....hihi...anak-anak Nur kurang sikit kalau lauk ayam kicap....lauk ini pun hidangan semalam, nasib baik habis juga! Hari ini Nur tak masak, bawa anak yang bongsu makan di Deli France aje memandangkan dah lama tak lepak-lepak di sana, hari ini banyak juga orang jadi rasa bising sedikit.

Ayam Masak Kicap
~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~


1 ekor ayam dipotong sepuluh dan dicuci bersih
2 sudu makan cili kisar
2 biji bawang besar dihiris bulat
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan sos tomato
gula dan garam secukup rasa
1/4 kicap manis

Bahan untuk dikisar
~~~~~~~~~~~~~~~


2 cm halia
1 sudu kecil lada hitam
5 ulas bawang putih
7 tangkai cili kering
2 sudu makan rempah kari daging dicampur
bersama bahan kisar

Ayam Masak Kicap

Cara-Cara
~~~~~~~


1. Ayam di gaul bersama sedikit kunyit dan goreng setengah masak.

2. Tumiskan bawang besar hingga wangi dan masukkan bahan kisar.

3. Di kacau rata dan tumis hingga naik bau.

4. Masukkan tomato puri, sos tomato dan kacau rata.

5. Masukkan kicap dan sedikit air.

6. Masukkan ayam dan gaul rata.

7. Akhir sekali perasakan dengan sedikit garam dan gula mengikut citarasa.



*****************Photobucket****************

Tuesday, March 30, 2010

*_*Award*_*


Salam semua, dah beberapa hari yang lalu Nur kurang sihat mungkin disebabkan cuaca yang kurang baik disini....lagi pun dah berpulun2 mangga kami sekeluarga telan itu lah yang buat demam serta sakit tekak...kata orang mangga tu panas, betul ke?? Ini Nur nak gantung award dari Maz. Terima kasih Maz kerana mengingati Kak Nur, rasa nya kak Nur tak layak untuk menerima ini....secara suka-suka ok lah kak Nur sudi terima.

Wednesday, March 24, 2010

*_*Udang Goreng Mentega*_*

Udang Goreng Mentega

Hari ini pagi-pagi Nur dah sendirian dirumah terasa sunyi sedikit sebab anak lelaki Nur pagi dah keluar untuk ke College, biasa lambat sedikit....hmmmm macam sayu gitu...tinggal tunggu yang bongsu balik dari sekolah lagi beberapa jam...baru lah riuh sedikit bila sibongsu balik nanti. Hari ini resipi Nur Udang Goreng Mentega. Dari resipi asal Nur lihat telur nya seperti biasa saja bukan yang bersarang seperti selalu....so ikut aje lah kan. Sukatan nya pun Nur dah tukar sedikit, sebab terlalu berminyak dan lembab. Lainkali boleh cuba lagi. Hubby Nur kata cereal prawn lebih sedap....hmmm!

Udang Goreng Mentega
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

500 gm udang besar digoreng
2 sudu makan tepung jagung
100gm mentega
6 biji cili padi
1 biji bawang besar dicincang
1 tangkai daun kari dihiris halus
2 biji telur
100ml susu cair
2 sudu teh garam
2 sudu teh serbuk perasa
1/2 sudu teh gula

UdangGoreng Mentega


Cara-Cara
~~~~~~~~


1. Udang dibersihkan dan digaul bersama tepung jagung.

2. Cairkan mentega dan tumis cili padi, hirisan daun kari dan bawang merah hingga kekuningan.

3. Masukkan telur, kacau dan pecahkan telur.

4. Tuangkan susu cair dan kacau sebati.

5. Perasakan dengan garam, gula dan bahan perasa secukup nya.

6. Akhir sekali, masukkan udang dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan

Monday, March 22, 2010

*_*Sayur Asam*_*

sayurasam

Ini pula lauk sayur asam, sesekali masak lauk asam memang sedap sikit. Hubby Nur suka kalau dilebihkan asam dalam masakkan ini. Sesekali masak lauk air memang sedap kan tapi kalau setiap hari tekak Nur tak lalu...sekarang mesti nak biasakan makan lauk air saja....jaga kesihatan...biar betul!!!

Sayur Asam







*_*IKan Bakar Ala Woodlands*_*

IkanBakarAla Wdlands

Rasa hairan juga kenapa resipi ini di beri nama Ikan Bakar Ala Woodlands.....hihi....apa-apa pun tak kisah lah nama nya begitu asalkan menepati citarasa keluarga....namun begitu anak Nur kata resipi ikan bakar portugis lebih sedap....hahaha.

Ikan Bakar Ala Woodlands
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

2 ekor ikan pari
6 helai daun limau purut
30 gm belacan dibakar dahulu
35 gm cili kering dikisar
15 gm buah keras
1 helai daun pisang
Garam secukup rasa
1 helai kertas timah

Ikan Bakar Ala Wdlands

Cara-Cara
~~~~~~~


1. Kisar belacan, cili kering dan buah keras sehingga halus.

2. Kemudian gaulkan bersama-sama ikan, garam dan gula
secukup rasa.

3. Selepas itu balutkan ikan tersebut dengan kertas timah/daun pisang.

4. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 120'c selama 12 minit atau mengikut suhu oven masing-masing.

5. Sedia dihidangkan.


*****************Photobucket****************
Resipi ~ dari majalah Rasa

*_*Sambal Udang Petai*_*

Sambal Udang Petai

Salam, dah lama benar tak makan sambal udang macam teringin gitu...kebetulan ada petai dalam fridge. Nur kalau masak sambal udang mesti letak petai kalau tidak macam ada sesuatu yg hilang gitu. Anak Nur yang bongsu suka makan petai tapi Nur tak reti makan petai...ish kalau dah makan petai kan masuk bilik air pun bau petai...mesti nak bersihkan sepuluh kali....hihihi.


Sambal Udang Petai
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~


1 kg udang yang sederhana besar dibuang janggut dan cuci bersih
15-20 batang cili kering dikisar (mengikut pedas sendiri)
2 cm belacan
3 biji bawang putih
2 biji bawang besar
1 paket petai
sedikit air asam
gula dan garam secukup rasa


sambal Udg

Cara-Cara
~~~~~~~~


1. Cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan dikisar halus.

2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi. Masukkan petai dan kacau rata hingga naik minyak.

3. Masukkan air asam, diikuti dengan udang dan gaul gaul rata.

4. Perasakan dengan garam dan gula mengikut citarasa.

*****************Photobucket****************

Friday, March 19, 2010

*_*Tauhu Bakar*_*

tauhu bakar

Semenjak beberapa hari ini tak dapat nak menjenguk blog sendiri cuma boleh jeling-jeling saje...hihi...semalam Nur bawa anak Nur menonton wayang cerita Alice in Wonderland 3D...seronok juga nonton pakai 3D glasses, excited pulak melayankan anak...mama dia pun dah jadi macam budak-budak...kadang-kadang Nur rasa perangai Nur pun macam budak-budak bila dengan anak yang bongsu ni...kalau tak mama dia melayan siapa lagi nak layan kan?? Abang sibuk ngan sekolah jadi mana ada masa nak melayan adik! Kalau dah bertemu macam anjing ngan kucing pulak!

Tauhu Bakar
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

Beberapa keping tauhu kering
2 biji bawang putih
Kacang tanah secukup nya (Nur beli yang dah siap)
Air asam
Bunga Kantan
Gula pasir atau gula merah
3 sudu makan cili kisar

Petis
Timun dan sayur taugeh
sedikit bijan disanger atas kuali


Cara-Cara
~~~~~~~

1. Cili kisar disanger atas kuali dalam beberap minit
sehingga air nya kering.

2. Campurkan cili kisar tadi bersama gula, petis dan air asam.

3. Masukkan kacang tanah dan gaul rata.

4. Akhir sekali hirisan bunga kantan untuk memberikan aroma pada kuah petis.



tauhu-bakar1

Cara menyediakan
~~~~~~~~~~~~~~

1. Timun dihiris, tauhu kering di belah dua, sumbatkan timun dan juga sayur taugeh ke dalam tauhu kering.

2. Bakar di atas kuali non-stick sehingga garing. Angkat dan tuangkan kuah petis ke atas tauhu. Taburkan bijan dan siap untuk dinikmati.

*****************Photobucket****************

Wednesday, March 17, 2010

*_*Sup Tulang Lembu*_*

Sup tulang rusuk

Hari ini anak Nur yang bongsu ada art class, so kena pergi ke sekolah walaupun dalam cuti sekolah....kadang Nur lebih suka dia ke sekolah sebab nanti dirumah dia macam patah sayap sebab abang nya tiada dirumah. Abang dia seperti biasa belum tutup sekolah. Mungkin bulan depan ataupun bulan Mei...terus tunggu graduation day...hihi lepas tu kena tunggu panggilan perkhidmatan negara...berjuang untuk negara...abang!


Sup Tulang Lembu
~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~


1 kg tulang tengkuk lembu (Nur gunakan tulang rusuk)
Air secukup nya untuk mengempukkan tulang
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
3 sudu makan rempah serbuk sup
1 sudu makan serbuk lada putih
1 sudu makan serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
2 biji bawang untuk dihiris
Minyak untuk menumis

Suptulang Lembu

Bahan Untuk dikisar
~~~~~~~~~~~~~~~

3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
2 inci halia

Cara Memasak
~~~~~~~~~~


1. Tulang direbus hingga empuk.

2. Setelah itu masukkan bahan kisar, rempah serbuk sup, serbuk lada putih, serbuk pati ayam, kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga. Kacau rata bahan-bahan tersebut.

3. Setelah mendidih, perasakan sup dengan garam dan ketepikan.

4. Panaskan kuali dan goreng bawang besar sehingga naik bau. Angkat dan masukkan ke dalam sup. Kacau sebati. Sedia untuk dinikmat.

Resipi ~ Dari Majalah Rasa
*****************Photobucket****************

*_*Ikan Pesmol*_*

IkanPesmol

Salam semua, minggu ini musim cuti sekolah disini...hanya seminggu saja....Nur minta maaf kerana belum sempat nak ziarah blog kawan-kawan, sibuk gitu....banyak urusan yang nak diuruskan...nanti bila free Nur akan kunjungi anda semua....love u all. Kali ini Nur ingin Berkongsi resipi dari Chef terkenal 'Chef Wan'...memang sedap resipi ini...dah menjadi menu kami sekeluarga.


Ikan Pesmol
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~


1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

Bahan Kisar
~~~~~~~~~


5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia


ikan pesmol

Cara-Cara

~~~~~~~

1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan
minyak yang penuh sehingga garing.

2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
Kacau rata-rata.

4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.

5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.


*****************Photobucket****************

Friday, March 12, 2010

*_*Ikan Siakap Masam Manis*_*

siakap masam manis

Salam semua, dah lewat malam baru dapat masukkan entry kali ini. Hari ini Nur masak Ikan siakap dengan resipi yg ringkas dan senang. Nur gunakan sos Woh Hup Sweet & Sour Sauce....tidak menghampakan. Rasa sos nya sedapppp...cuba lah kalau tak percaya...hihi macam nak promote pulak.


Bahan-bahan
~~~~~~~~~~~

1 ekor ikan siakap
1 biji bawang besar dipotong kasar
4 ulas bawang puteh diketuk dan dicincang halus
1 inci halia dihiris nipis memanjang
3 atau 4 sudu besar cili kisar
1 cawan Woh Hup sweet and sour sauce
1 biji tomato dipotong lapan
1 biji cili merah dihiris memanjang
sedikit lada sulah
sedikit tepung jagung
1 biji limau nipis, sedikit asam dan garam untuk merendamkan ikan
Garam secukup rasa


Sweet Sour Fish


Cara-Cara
~~~~~~~~~
1. Ikan dibersihkan dan direndam bersama air asam, garam
dan 1 biji perahan
air limau nipis.

2. Setelah dibersihkan, ketepikan dan toskan. Biarkan ikan tadi kering sedikit.

3. Lumurkan ikan dengan sedikit garam dan lada sulah. Kemudian
lumurkan bersama tepung jagung hingga rata.


4. Panaskan minyak dan goreng ikan dengan minyak yang penuh hingga garing.

5. Setelah ikan garing angkat dan ketepikan.

6. Tumis bawang hingga wangi, masukkan bawang putih,
cili merah dan juga halia.


7. Setelah wangi, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga wangi.

8. Masukkan sweet and sour sauce tadi dan dikacau rata.
Masukkan sedikit air dan juga buah tomato.Kacau sebentar dan matikan api.


9. Sediakan pinggan dan letakkan ikan,kemudian tuangkan sos
tadi diatas ikan. Dihidang panas bersama nasi putih.



*****************Photobucket****************

Wednesday, March 10, 2010

*_*Cucur Udang*_*

Cucur-Udang

Salam semua, ini ada lah sarapan Nur buat pagi semalam. Biasa Nur gunakan tepung biasa aje, kali ini cuba tepung naik sendiri...hmmm rasa nya ok akan Nur teruskan pada masa akan datang. Hari ini rasa macam ada problem sikit dengan blog...tak tau kenapa?? Ada-ada kan.

Cucur Udang
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~


1 cawan tepung naik sendiri
beberapa ekor udang dibersihkan dan dipotong kecil
1 biji telur
secukup sayur taugeh
sedikit daun kucai dihiris
1 batang cili merah dan hijau dihiris (jika suka)

4 biji bawang kecil dihiris
sedikit pewarna kuning (jika suka)
air suam secukup nya


CuCur Udg


Cara-Cara
~~~~~~~


1. Masukkan telur ke dalam tepung dan dikacau rata.

2. Masukkan air suam tadi dan dikacau rata.

3. Masukkan bahan-bahan yang lain. Panaskan kuali.

3. Goreng bancuhan cucur seperti seperti menggoreng jemput-jemput.


*****************Photobucket****************

Tuesday, March 9, 2010

*_*Gado-Gado*_*

gado-gado

Salam semua, sejak beberapa hari yang lalu teringin sangat nak makan Gad0-Gado, susah sangat nak cari kacang. Bila Nur ke Cold Storage atau NTUC rasa malas nak singgah ke Sheng Siong Supermarket....Nur tak suka pergi ke Sheng Siong, lebih-lebih lagi kalau waktu pagi....gara-gara nak makan gado-gado sampai rentung rice cooker...biasa Nur rebus ketupat adabi dalam rice cooker aje....Nur rebus atas dapur sehinggakan air nya kering dan jadi hangusss...hihihi...baru semalam Nur beli rice cooker yang baru, agak nya rice cooker yang lama tu memang dah nak mintak nyawa...nasib baik tak jadi apa2, Alhamdulilah.


Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~

GADO-GADO
~~~~~~~~~~

600 gm kacang tanah digoreng dan di kisar (Jgn dikisar terlalu halus)

Bahan Bahan kisar
~~~~~~~~~~~~


20 biji bawang merah kecil
6 ulas bawang putih
2 cm cekur
25 tangkai cili kering
2 cm belacan
1 batang serai di titik
1 1/2 cawan minyak kacang
Garam, gula dan air asam secukup rasa


Bahan-Bahan lain
~~~~~~~~~~~~~~

3 keping tempe
3 keping tauhu
sedikit kacang panjang dan kobis di celur dengan air panas
300 gm keropok digoreng
2 biji ubi kentang direbus
5/6 biji telur ayam direbus
3 biji timun dihiris
secukup nasi himpit

Cara Cara
~~~~~~~~


1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar dan serai.

2. Setelah garing, masukkan kacang tanah dan dikacau rata.

3. Masukkan air secukup pekatnya.

4. Kemudian masukkan air asam, garam dan gula secukup rasa.

5. Biarkan mendidih baru lah diangkat.

gado2

Cara Menghidangkan Nya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1. Letakkan nasi himpit, kacang panjang dan kobis didalam pinggan.

2. Kemudian aturkan telur, tauhu, tempe goreng dan kentang.

3. Siramkan kuah diatas nya.


4. Kemudian taburkan keropok goreng yang dipecah pecahkan sedikit.

*****************Photobucket****************










Friday, March 5, 2010

*_*Bee Hoon Hongkong*_*

Bee Hoon Hongkong Align Center

Bila lihat Mee Hongkong di blog Ayu, baru teringat dah lama tak makan mee hongkong, biasa orang Tionghua sebut Bee Hoon, susah nak cari mee hongkong yang sedap sekarang ini, melainkan kalau di restaurant mackenzie yang terletak di Prinsep Street berhampiran dengan Cathay Cineplex@ Dhoby Ghaut. Itu pun sekarang rencah nya dah banyak yang kurang tak seperti dulu....so kali ini Nur cuba masak mee honkong dengan versi Nur sendiri, dengan mengunakan stok ayam, rasa nya boleh tahan pada Nur....family suka...lainkali Nur nak cuba sekali lagi dan tambahkan rencah supaya lebih kick lagi. Resipi tak ada sebab Nur tak ada sukatan yang asli main campak2 aje...nasib baik kena pada selera family....hahaha. Jamu mata aje lah ya....

BeeHoon Hongkong

Thursday, March 4, 2010

*_*Double Chocolate Muffin*_*

doublechocmuffin

Salam semua, hari demi hari teringin nak buat Muffin ini tapi tak kesampaian kerana malas dan sibuk juga....dah dua hari ini Nur asyik keluar kerana ada yang ingin dibeli....kesian Nur tengok anak Nur balik dari sekolah dah kena temankan mama dia shopping sebab nya minggu ni abang sepupu nak buat majlis perkahwinan anak nya...orang lain yg nak kahwinkan anak, Nur pula yang sibuk....hihi...kalau tak bukan perempuan nama nya...semalam memang panas betul cuaca....huuhh...berpeluh-peluh Nur tengok anak Nur...ingatkan hari ini nak keluar lagi...nak cari kasut pulak...macam nak menyambut hari raya pulak!


Double Chocolate Muffin
~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingredients
~~~~~~~~~


230 plain flour
1 tsp bicarbonate of soda
120 gm brown sugar
40 gm cocoa powder
100 melted butter
1 egg
170 gm plain yoghurt
110 ml fresh milk
1/2 tsp vanilla essence
90 gm chocolate chips


DoubleChocolateMuffin

Methods
~~~~~~


1. Preheat oven to 180 degree celcius. Prepare muffin tin lined
with paper cups.

2. Sieve flour, bicarbonate of soda and cocoa powder together then
stir in sugar.

3. Beat egg and vanilla essence together, add in all liquid ingredients
into flour mixture.

4. Fold together using a spatula. Do not over mix.

5. Spoon mixture evenly into muffin cup.

6. Bake for 25 minutes or until skewer inserted comes out clean.

*****************Photobucket****************

Recipe ~ Courtesy of Mdm Rozita Abdul Kader

Tuesday, March 2, 2010

*_*Kuah rawon*_*

kuah rawon

Salam kepada semua pengunjung blog ini...sama ada yang meninggalkan jejak ataupun tidak...yang silent reader pun Nur ucapkan terima kasih ya....kepada yang singgah kesini tanpa meninggalkan apa2 pesan atau menegur tak menjadi masaalah bagi Nur tapi cuma Nur pesan jangan lah download gambar dari blog Nur ini....bukan Nur kedekut tapi hargai dan hormati lah jerih payah orang lain....jangan lah kita mencari dosa yang tak perlu melalui dunia blogging ini....harap maaf jika kata-kata Nur membuat anda marah....rasa nya Nur perlu bersuara juga kan. Ok lah Nur tak ada mood nak bercerita panjang tengok aje lah lauk rawon ini yang hitam si tampok manggis....hihi...setelah Nur pastikan dari yang bijak pandai nama resipi ini ada lah kuah rawon bukan rawan....rawan ada lah kosa kata yang berbeza....

Kuah Rawon
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

500 gm daging lembu atau tetel (Nur gunakan tulang rusuk)
8 helai daun salam
2 helai daun limau purut
30 gm asam jawa di ambil 2 cawan air asam
1/2 cawan minyak masak
3 camca besar kerisik
1 cawan santan dari 1/2 biji kelapa
garam secukup rasa

Bahan kisar
~~~~~~~~~

2 camca besar ketumbar
1 camca besar jintan kasar
1 camca besar jintan halus
2 camca teh lada hitam
4 - 5 biji buah keluak
3 cm belacan
20 tangkai cili kering
2 cm lengkuas
2 batang serai
20 biji bawang merah kecil
8 ulas bawang putih
2 cm halia

kuah-rawon

Cara-Cara
~~~~~~~


1. Potong daging atau tetel kecil-kecil dan rebus hingga empuk.

2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi, kemudian masukkan
kerisik, daun limau dan daun salam. Biarkan selama 51-10 minit baru dimasukkan santan, garam.

3. Tambah 500 ml air lagi dan biarkan mendidih dengan api yang sederhana
hingga terbit minyak. Jika kuahnya pekat boleh lah ditambah air.

*****************************