Thursday, November 18, 2010

*_*Lontong & Sayur Lodeh*_*

Salam semua, seperti biasa kalau raya mesti ada lontong. Nur masak seperti selalu...lauk pauk yang sama...hidangan yang mesti ada mesti sambal goreng pengantin....kalau tak ada budak-budak ini tak beraya rasanya....hehe...cuma kali ini Nur cuba resipi kuah sayur lodeh dari Puan Asmah Laili. Ok la tak boleh cerita panjang lebar senang cakap not in the mood....mood merundum nampaknya.
Sayur Lodeh - HakCipta Puan Asmah Laili

 Bahan-Bahan
1 tin susu cair tanpa lemak dan 1 cawan santan dari ½ biji kelapa parut putih
1 biji sengkuang, dihiris seperti batang mancis
1 batang lobak merah, dihiris seperti batang mancis
½ kobis, dihiris
10 batang jagung muda, dihiris bulat-bulat (Nur tak letak)
6 batang kacang panjang, di potong-potong ½ jari panjang
250 gram udang hidup yang sederhana besarnya, dikupas kulit
2 keping tauhu, di potong 4 dan goreng
3 keping tempe (Nur tak letak)
1 batang serai, dititik
Sedikit minyak kanola untuk menumis
Garam secukup rasa


 Dirampai
1 helai daun kunyit yang muda
3 batang serai, bahgian putihnya sahaja 
10 biji bawang merah

Cara-Cara
1. Cuci bersih semua sayur mayur yang telah di potong dan toskan. Asingkan sengkuang, yang lain campurkan jadi satu. 

2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis serai, serta bahan kisar, tumis sehingga garing dan naik aromanya. 
3. Masukkan susu dan santan dan masukkan semua bahan rampai. Tuang 2 tin air. 
4. Biarkan ia mendidih sehingga semua perencahnya lembut dan sebati. Masukkan pula sengkuang, masak sehingga ia lembut sedikit, kemudian baru di masukkan pula udang, serta semua sayur mayur, garam dan gula secukup rasa. 
5. Jika kuahnya terlalu pekat, tambah air. Masukkan juga tempe dan tauhu. Bila sayurnya lembut matikan api. Rasa, jika ada yang kurang, tambah.


Catatan
Anda boleh pileh sayur mayur kesukaan anda, seperti kacang buncis, terung, bunga kobis dan lain-lain. Ikan bilis dan udang kering boleh juga dilebihkan jika suka.

Cara menghidang
Ambil dua atau tiga keping lontong, letakkan dalam pinggan mangkuk, tuangkan kuah dan sayur lodeh, hias dengan sesudu sambal tumis, sedikit serunding, sepotong telur, serta sedikit sambal goreng.

********************Photobucket**********************

10 comments:

  1. salam knur sedappppppnya mana cik mahamood lari p mai nak tangkap heeheheh,mi pun tak masak beria cuma mee rebus je pastu terbongkang tidur sbb kena flu ari ni dah kena g ofc.knur mi nak buat lontong daun ler aritu buat fail

    ReplyDelete
  2. memang nampak sedap.dapat semangkuk ni sah kenyang tersandar...teringiiiiinnn

    ReplyDelete
  3. Salam aidiladha Kak nur cayannggg!!!! Kita nk lontong jugakkkkkkk nk Akak suapkn hihihi....sedapnerrrrr sana sini mkn lontong kita tgh mls sgt nk menyambal ni kak hihihi..... Ada pulak serunding mmg best!

    ReplyDelete
  4. salam knur,
    wah bukan main manja mek siam kat atas ni, siap nak bersuap ya..heheh..
    kita nak rasa juga kuah lodeh asma laili ni macam mana..

    kenapa tak ada mood knur?..siapa kacau knur, meh cakap kat kita,

    ReplyDelete
  5. salam kak Nur cayang...
    selamat idul adha ya... sedapnya lontong tu.. masih tak? aku mau donk.. :)

    ReplyDelete
  6. salam.

    TQ doakan utk anak kita syahmi hari tu ye..
    rupanya kita dah flw u..hehe kekadang lupa..sudi2lah

    lontong dan lodeh mmg wajib ada bila raya

    ReplyDelete
  7. ting tong!! sajer main bola sampai ke sini sbb nak mintak lontong auntie nur 5 bungkus! heeee... slamat ari raya edul adha auntie! wit raya xde er? hihihi

    ReplyDelete
  8. klu dpt semangkuk sah lps tu tsandar kt tepin dinding. sodap sgt. blh bg ke kak nur.

    ReplyDelete
  9. salam nur,dh byk kali cuba msuk umah nur ni,tp xlps2..rupanye kena msuk ikut pintu ni baru blh...pekabo nur...sedap hidangan lontong tu..dh lama tingin nk msk smbl grg p'gtin..tp x kesempatan lg...

    ReplyDelete
  10. foohhhhh...peberet nih sayur lodeh.....teringiiiiiin....ada lagi ke kak utk Ayu....

    ...thank u singgah beraya ngan Ayu ni..xper ngan kete lembu pun......sonok lagi sih....ngok ngek ngok ngek....ha ha ha haaaaaaaaa......

    ReplyDelete