Salam pagi, bila malas nak ke pasar atau ke kedai Nur pun masak apa yang ada, dah lama juga tak masak lauk cili api.....dulu budak-budak ini tak minat lauk cili api tapi sekarang tengok mereka dah boleh terima....yang abang bertambah-tambah nampaknya. Seperti biasa kalau Nur masak lauk cili api ni memang tak letak bawang....itu cara orang Negeri Sembilan ya....bila jalan-jalan cari resipi terjumpa cara yang sama seperti Nur masak, jadi Nur letak lah resipi ini...memandangkan kalau Nur masak main agak-agak aje.
Terima kasih pada pemilik asal resipi ini. Memang betul resipi ini asal dari orang Negeri Sembilan...biasa Nur lihat arwah ayah kalau masak suka letak belimbing....kadang-kadang disalai daging atau ikan yang di masaknya lebih-lebih lagi kalau ikan sembilang....eh betul ke sebutan ikan tu?
Daging Masak Lemak Cili Api - Resipi Mesra.Net
Bahan-Bahan
½ kg daging batang pinang
2 batang serai
20 biji cili padi
3 biji ubi kentang
½ inci kunyit hidup
2 atau 1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1 helai daun kunyit
sedikit garam
½ cawan air
Cara-Cara
1. Blend cili api,kunyit hidup sehingga halus.
2. Kemudian masukkan bahan yang telah di blend, serai yg telah dititik(ditumbuk sedikit)kedalam periuk. Masukkan daging dan tambah sedikit air. Masak sehingga daging empuk.
3. Jika daging telah empuk mskkan santan
cair dan air tadi. Kemudian mskkan ubi kentang dan daun kunyit.
4. Apabila ubi kentang telah empuk, mskkan santan pekat dan garam.Tutup api.
Cadangan Hidangan:
Jika hendak pedas dan lebih kick, tambah lebih cili api.
Ini adalah resepi original negeri sembilan. Kalau tak nk guna ubi kentang boleh guna belimbing buluh.
Boleh juga kalau nk guna dg salai, tetapi kena letak belimbing buluh baru power.




kak nur..sedapnye..kecur air liur saya nih nmpk daging masak lemak akak..lunch sini ye..mekaseh..
ReplyDeleteKak nurrrrrrr!!!! kita dtg awal bwk pinggan dgn nasi jer nii lauk kita malas nak masak hihihi... daging mmg kita sukeeeeeeeeee, kita nak jugak!! pastu mkn dgn ulam timunnnn mmg sedap!
ReplyDeletekak nur, sedapnye!!! nak mintak semangkuk,nak mkn dgn ikan masak asam...hehhehehe
ReplyDeletesalam kak nur,
ReplyDeletemasak lemak ni ati mmg suka sgt
dulu ada bljr dgn mak kwn org nogori
salam nur..
ReplyDeletekita pun lebih suka masak lemak cilipadi tak letak bwg.. mmg sedapp! memula tau resepi tu pun jiran ma kat kg dulu yg ajarkan.. (biasalah dlm felda penerokanya dari pelbagai negeri) sejak tu kalo masak lemak mmg tak letak bwg.. bila kwin ngan hubby rupa2nya mil pun masak tak letak bwg gak.. hehehe... cuma kalau msk lemak cilipadi utk sayur spt pucuk paku. letak gaklah bwg.. one day nur try masak lemak daging + btg keladi pun best gak.. mil yg ajarkan..
Setuju sgt..ngan nur.. Mmg org N9 masak mana penah letak bawang tapi bila dah masak mmg maveleskan.. sedapp..sgt.. :)
ReplyDeletesalam knur,
ReplyDeletewaduh, my family favourite ni..
suka sangat..boleh bertambah nasi tak sedar nasi nak kena masak lagi..heheh..
tliar ina dibuatnya. bg semangkuk kak.
ReplyDeleteHi, ada lagi that delicious daging dish? Tiga pingan tentu nasi lichin, ha ha. Lee.
ReplyDeleteSalam windu Nur!!!!
ReplyDeleteMiss u lah...
Mama sihat tapi sibuk sgt mengurus abah. Insyallah keadaan abah semakin pulih & mama tak sabar hendak berblogging semula. Thnks yer sbb sudi sggh :)
kak Nuuuuuuuuuuuuuuuur!! Ini peberet Ayu satu dari 7 keturunan tau..hik3....emang cedap kalu kasik lagi pedas, bubuh2 lemak2 sket2..(he....ngelat menu sihat)...nasi panas2.....pergh....burpppp!! Alhamdulillah...tak hingat org sebelah.....
ReplyDelete