Nur sambung balik dari berehat sebentar....tadi keluar sekejap...memang lepas raya ini sibuk sangat...minggu ini masih ada tetamu yang nak berkunjung ke rumah Nur...dah macam terasa kepenatannya....minggu ini pula ada jemputan kahwin...bertambah kelam kabut nanti.
First time Nur cuba resipi serunding ini...nampak gaya anak-anak suka...dua hari aje selesai serunding, lepas itu tanya lagi serunding....jawapnya tunggu Hari Raya Haji nanti....hahaha.
Serunding Kelapa & Udang Kering - Resipi Puan Asiah
Bahan-Bahan
1 biji kelapa - dibuang ari dan diparut
3/4 cawan minyak masak
100 gm gula melaka atau gula merah
1 camca besar asam jawa - ambil 1 cawan air asam
1/4 camca teh serbuk perasa (jika suka)
Garam secukup rasa
2 helai daun salam
2 helai daun limau purut
Bahan dikisar halus
3 camca besar ketumbar
1 camca teh jintan manis
1 camca teh jintan putih
25 tangkai cili kering
2 cm kunyit basah
1 cm halia
2 batang serai
2 cm lengkuas
15 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
Cara-Cara
1. Goreng kelapa parut tanpa minyak hingga kuning keemasan.
2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi dan garing. Masukkan garam,
gula merah, gula pasir, serbuk perasa, air asam, daun salam dan daun limau purut.
3. Biarkan mendidih dengan api perlahan. Masukkan udang kering dan kacau rata.
Biarkan agak pekat baru masukkan kelapa goreng. Kacau hingga kering dan berderai
barulah diangkat.






cedaaaaaaaaaaap nyer kak nur, Ayu x penah wak ni...now ni Ayu tgh terjungkang terbaring sambil scan blog sbb ada kawan2 kita x dpt masuk dapur ayu...semalam dah cek dash borad. and Google has not detected any malware on this site lah katanya...
ReplyDeleteTeruk demam kak....hu3...dah 2 kotak tisu abis...kat Terengganu pasan sgt time ni..kat tmpat akak ok x? MInum air manyak2 tau....
salam k.nur..sedap tue serunding kelapa..mkn ngan pulut..yummy!
ReplyDeletekak nur..cantik sangat la warne serunding ni.nak buat pun so simple kan..tapi seru nak buat tu tak mari...take care kak
ReplyDeleteSalam Nur
ReplyDeleteSaya nak ucap tmakasih untuk resepi. Saya baru cuba & alhamdullilah rasanya sungguh sedap. Sejauh ni saya dah cuba 2 resepi dari blog nur dan hasilnya amat memuaskan hati.
Terimakasih nur kerana sudi berkongsi ilmu :-)
Faizah