Tuesday, September 21, 2010

*_*Rendang Tok*_*


Salam petang semuanya, ini masih mood beraya kalau di Singapore, masih berjalan raya lagi, Nur pun belum habis berjalan raya....last weekend hubby kerja, nak berjalan tunggu boss balik...sementara nak tunggu boss balik kakak sepupu ajak berjalan pergi ke rumah jiran lama...nah kau hilang rindu bertahun-tahun lamanya tak berjumpa.

Biasa kalau kawan-kawan lama jumpa mesti mereka kata wajah ku sama seperti dulu...haha suka lah dengar...kembang semangkuk tapi badan aje yang berubah dari saiz S lompat ke saiz M terus maintain aje tak naik lagi...gitu-gitu aje...nasib baik lepas puasa atau semasa bulan puasa badan tak naik...hehehe..kalau naik mesti nak kena kerja keras cycling satu Woodlands...boleh gitu??

Ini hidangan hari raya 1 syawal yang lalu yang sempat Nur ambil gambarnya....resipi asal mengunakan daging tapi Nur dah tukar kepada ayam pencen..kira-kira dah dapat CPF lah tu...haha.


Rendang Tok

Bahan-Bahan

500 gm daging lembu tanpa lemak di potong dadu (Nur tukar kepada ayam)
4 cawan santan diperah daripada 2 biji kelapa parut
4 cawan santan cair
1/2 cawan kerisik
1 sudu besar jintan halus
1 sudu besar jintan kasar
garam secukup rasa
gula (Nur tak letak)

Bahan Kisar

4 sudu besar cili kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 cm halia
4 batang serai dihiris halus
2 cm lengkuas



Cara-Cara

1.  Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan.Masak di atas api
kecil sehingga daging empuk.

2.  Tambahkan kerisik, jintan halus dan jintan kasar. Masak sehingga kuah memekat.

3.  Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering. Hidang bersama nasi ataupun lontong.

******************* Photobucket *******************

Resipi dari:- Chef Wan

3 comments:

  1. wah menu peberet di pagi raye.....tapi lieya takde laa rendang tok...rendang mak ita jek ade..sebab name mak lieya ita hahaahahahaha.....

    rendang kalo pagi raye takde mmg tak raye namenye kan kak nur.....

    ReplyDelete
  2. wah knur, pakai size M, ya
    kita size L, belum tentu lagi hehe..
    lebih selesa XXL!!!!..Wakaka..
    nak cycle 1 woodlands kita tak laratlah knur, nak turun bawah pun malas hahaha...

    ReplyDelete