Tuesday, August 24, 2010

*_*Rempah Bone Steak*_*

Salam pagi semua, ok ini lah rupa Rempah Bone Steak yang Nur gunakan....hanya perlu menambah bawang dan cili hiris ataupun cili kisar untuk menambahkan pedas nya....rempah ini tak rasa pedas.Kalau bagi orang Singapura resipi yang tertera diatas kertas tu adalah untuk memasak bistik kering ataupun yang berkuah....kalau untuk masak tulang tak perlu ada kentang, sayur dan sebagainya.

Kalau tak percaya tanya Yat Maria atau Ayu Curlybabe....hehehe.

Alamak nak sambung sikit lagi lah...terlupa pula...product ini datangnya dari Malaysia...mesti ada jual disana...ataupun boleh ke sini

10 comments:

  1. salam knur,
    ni kat mana ada jual, is it dengan abang jual daging or kat sheng siong ada jual?..

    ReplyDelete
  2. Kak Nur cayang!!! Lebiu kak.. Timakacih susah payah akak upload gambo rempah dessa tu..Akan ku redah SS supermarket & beli 4 ke 5 paket..kaler dia jer nak wat kita selera..belum lagi rasa..

    ReplyDelete
  3. ohooooooooooooooooooo ade rempahnye......lieya bukannye ape tau kak nur, geram tgk kepekatan kuah bone steak kat entry akak semalam tuh...mmg sedap gile cicah ngan rotiperancis tuh.....menjilat2 jari gamaknyer heheeheheheheeh......

    kak nur, tu la kak oi, hepi lieya dpt jejak kasih balik ngan kak nur tau...lepas kat fotopages tu terus senyap jek.....tak sangke akak ade blog jugak.....huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. salam kak laling
    singapore je ker ader?mesia ader tak?huuhuhuhuhhu...buka aper hari nie kak..

    ReplyDelete
  5. Salam Nur...
    Mama pun terliuq tgk bone steak Nur..so far kat area kat sini lum nmpk lagi rempah jenis nih...agak2 kat mana ada jual rempah nih Nur?

    ReplyDelete
  6. Salam k.Nur..wah senanglah buat bone steak kalau ada rempah macam ni..huk huk

    ReplyDelete
  7. wah.. best ni.. nampakpun syedap n menyelerakan.. ppsstt ader lagi?

    ReplyDelete
  8. oowwhhh...gitu rupanyaa. okay boleh cari nanti!

    ReplyDelete
  9. Salam kak nur!! aduhhhh senanag kerja mcm ni dah ada paste mcm ni :D akak jan lupa lauk buka hantar siam taww! kita tgglkan mangkuk tingkat kat atas dapur :D oh lupa, dlm tu ada kukis nanti maghrib makan taw!

    ReplyDelete
  10. Salam Nur. Kami dari DESSA products mengucapkan ribuan terimakasih pada anda kerana mempercayai paste keluaran kami. Pada teman teman anda juga berbanyak banyak terimakasih kami ucapkan.

    Buat pengetahuan semua produk ini masih belum dijual dimana mana negeri selain Singapore walaupun ianya pengeluaran di Malaysia. Di Singapore paste ini boleh didapatkan di Sheng Siong Supermarket, Mustafa Centre dan pasar pasar di kejiranan anda.

    Buat Nur, kami mendapat email dari seorang berbangsa asing di Johor yang inginkan paste ini. Dia mengetahui paste ini menerusi blog anda. Kami masih belum bersedia untuk membekalkan produk ini di mana mana mahu pun Malaysia. Apa pun kami berbangga dan berterimakasih pada anda kerana sudi mengenengahkan produk DESSA. Rakan rakan dan keluarga di luar negara pun ramai yang mendesak dan menaruh harapan kami luaskan rangkaian penjualan ini.
    Nu
    DESSA products ada 17 rencah. Kami harap anda dan teman teman anda mencuba yang lain juga·

    Akhir kata ribuan terimakasih sekali lagi dari pihak kami·

    DESSA products
    Shidah

    ReplyDelete