Monday, July 26, 2010

*_*Kuah Kacang Daging*_*


Salam petang semuanya, sebelum masuk maghrib, Nur ambil kesempatan untuk update blog ini. Dah lama Nur teringin nak cuba resipi kuah kacang daging ini...baru hari Sabtu yang lepas dapat mencuba resipi ini. Ternyata memang sedap dan yang paling penting hubby suka sekali. Terima kasih pada Yatie yang berkongsi resipi ini. Izinkan Nur letak resipi disini...seperti biasa just copied and pasted resipi.

Kuah Kacang Daging
~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-bahan:

* 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
* 1 kilo daging dipotong kecil
* 1/2 cwn minyak utk menumis
* Sedikt air asam jawa
* 3 sudu besar gula merah
* 3 sudu besar gula pasir
* garam secukup rasa
* 1 cwn santan pekat
* 2 cwn air-anggaran

Bahan Dikisar:

* 2 batang serai
* 3 inci lengkuas
* 5 biji bawang merah
* 4 ulas bawang putih
* 2 inci halia
* 1 cwn cili kering kisar
* 1 sudu besar udang kering
* sedikit belacan


Cara-cara:

1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya.
2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
3. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
5. dikacau sekali-sekala.
6. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
7. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
8. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
9. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. ( me n my hubby klu kuah kacang nie suka rasa manis2 sikit...pedas2 manis lah gitu...)



Untuk tambahan Nur buat salad telur...anak2 memang suka sekali...nak menyediakan pun tidak lah susah.



Sebenarnya nasi impit ini, Nur beli yang instant aje, tinggal rebus. Resipi Nasi Impit ini Nur letak aje diblog ini supaya dapat dikongsi bersama blogger yang lain.

Nasi Impit
~~~~~~~~
Bahan-bahan

* 2 cawan beras biasa
* 10 cawan air
* 2 sudu kecil garam

Cara-cara

1. Basuh beras dan masukkan air,garam ke dalam periuk utk dimasak.
2. Setelah nasi mula kering,kacau sentiasa sambil di lenyek supaya hancur.
3. Gunakan api perlahan dan bila kering terus kacau lagi.
4. Setiap 10 minit mestilah di kacau sebati sehinggalah nasi kering. Masak nasi impit ni kena banyak kali di kacau supaya nasi cantik dan lembut.
5. Saya masak lebih kurang 1 1/2 jam dngn api sederhana. Setelah siap, matikan api dapur.
6. Lenyek-lenyekkan nasi dengan menggunakan anak lesung batu@belakang botol yg bersih sehingga nasi lembut. Gaul dan lenyek2 lagi.
7. Sapukan sedikit minyak di sekeliling tupperware @ mangkuk.
8. Masukkan nasi tadi ke dalam mangkuk dan ratakan, ambil sehelai plastik bersih dan sapukan sedikit minyak.
9. Tekan-tekankan nasi supaya mampat dngn menggunakan plastik tadi (saya letak sapu tangan dlm plastik tu supaya tak rasa panas sngt masa menekan nasi tu).
10. Biarkan nasi impit betul2 sejuk lebih kurang 4-5 jam sebelum dipotong.

2 comments:

  1. slm K'nur...thanks sudi singgah umah ida ya..wah,kuah kacang daging,kalau musim raya kat kg,memang tak miss buat ni...memang sedapkan kak..tak ada sate pun dah cukup sedap mkn nasi impit ngan kuah ni...kalau style ida buat,tambah 1 sd besar serbuk kari daging sms menumis..

    ReplyDelete
  2. Salam kak Nur,
    Wah... saya baru terbau2 kuah kacang. sedapnya ada campuran daging. Yum yum...
    kak, saya buat kuih bakar malam tadi. copy dr rumah kak. Thanks a lot :)

    ReplyDelete