Salam semuanya, dah bertahun Nur tidak masak lauk Kalio ini....teringat pula nak masukkan resipi ini diblog Nur, esok-esok boleh juga anak dara Nur buat rujukkan....hehe. Betul apa macam mana tinggi pelajaran mesti juga nak kedapur...sekurang-kurangnya mesti nak tau masak lauk seharian....betul tak?? Mesti nak ikut contoh macam mak dia, walaupun bekerja tetap masak...boleh singgah lagi ke pasar tekka...eh eh macam riak pulak aku ni?? Oh tidak ini untuk contoh pada anak Nur aje....sebab dia selalu singgah ke blog Nur dan baca celoteh mak dia...tapi sekarang mak dia dah malas nak memasak....hehe.
Ok lah sekarang kita layan resipi pulak...especially untuk DakDiana...terima kasih ya kerana suka mencuba resipi yang kak Nur tepek. Bukan lah kak Nur yang best tapi tuan punya resipi lah yang best...kak Nur setakat mencuba aje. Terima kasih sekali lagi ya kerana sudi mencuba resipi disini.
Kalio Udang
~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
500 gm udang
2 cawan santan
1/2 helai daun kunyit
3 helai daun limau purut
1 batang serai diketuk
1/2 ibujari lengkuas diketuk
Bahan Untuk Dikisar
~~~~~~~~~~~~~~
8 biji cili merah
6 biji bawang merah kecil
4 biji bawang putih
1/2 ibujari kunyit
1/2 ibujari halia
garam secukupnya
Cara-Cara
~~~~~~~
1. Udang dibersihkan, bahan yang telah dikisar dimasukkan kedalam periuk bersama santan.
2. Masak dengan api yang sederhana. Kacau sehingga mendidih baru dimasukkan daun-daun yang disediakan tadi.
3. Masukkan udang, setelah kali kedua mendidih. Masak dengan api sederhana jangan sampai pecah minyak.
Resipi ~ Masakkan Minang Asli
*_*Kalio Udang*_*


Salam..
ReplyDeletesmoga Nur diberkati Allah swt.
Erm, sedapnya nur udang kalio ni, kbetulan ada udang dlm pt ais, sah2 kak sue nak msak kalio ni 4 buka puasa ptg ni.. terliur sgt2.
Tq 4 da recipe.
Oh,your blog is very nice .I really like it ^^!
ReplyDelete..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥.
♥..♥ ╔══╦══╗╔╦══╗ ♥..♥
♥..♥ ╚═╗║╔╗║║║╔╗║ ♥..♥
♥..♥ ╔═╝║║║║║║║║║ ♥..♥
♥..♥ ║╔═╣║║║║║║║║ ♥..♥
♥..♥ ║╚═╣╚╝║║║╚╝║ ♥..♥
♥..♥ ╚══╩══╝╚╩══╝ ♥..♥
♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥♥..♥
----------------------------------
Welcome to my websites : In there where have a lot of wallpapers, themes for desktop , for mobile and themes for media ^^!
http://9wallpapers.blogspot.com
http://theme4desktop.blogspot.com
http://theme4cellphone.blogspot.com
http://theme4media.blogspot.com
http://wallpaper4cellphone.blogspot.com
salam kak..duk wakpe tu...walala..cdpnya udg kak yg trgolek2 tu kak..klu la dpt 4 ekor pun jdi la..nsi kita msk sdri..hehe..
ReplyDeleteSalam kak nur,
ReplyDeleteGulp! geram betul tgok udang tu kak. hai, malam ni kami nak dinner mee bandung segera je. rasa lapar nasi plak ni. hihii
Salam singgah Nur, waaah kalio udang menggoda jiwa raga...ni akak bawak nasi kosong dah nak tadah lauknya..boleh ek..makan sini laa..hehehe
ReplyDeletesalam kak nur..wah nak tersedak saya tgh breakfast nih nampak nama saya.. saya mmg hari2 belek blog kak nur nih.. cuma takde masa jer nak try semua..sebab semua best2.. semoga kak nur sentiasa bahagia dunia akhirat sekeluarga-dak diana
ReplyDeletesalam kanda ku cayang nak udang tu geramnya tgk,nak makan sesama tak?
ReplyDeletewah...menggoda sungguh udang tu..nk sekor boleh???
ReplyDelete