Salam Jumaat, disini hujan renyai-renyai....rahmat apabila hujan turun tapi kesian pulak pada kaum Adam yang menunaikan solat Jumaat termasuk my hubby and his colleague...tapi tak apa lah kan...berlipat ganda pahala. Bila berpuasa jika cuaca begini terasa enak gitu...hehe
Bee Hoon Goreng
~~~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
300 gm bee hoon direndam bersama air panas hingga lembut
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan udang kering direndam sebentar dan ditumbuk
4 atau 3 sudu makan tauco ditumbuk
secukup sayur taugeh
1 1/2 sudu makan kicap
1 biji bawang dikisar
3 biji bawang putih dikisar
Cara-Cara
~~~~~~~
1. Bee hoon yang telah direndam tadi ditoskan.
2. Panaskan kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan udang kering dan dikacau rata.
4. Masukkan tauco dan kacau sebentar, masukkan bee hoon sedikit-sedikit. Kacau bee hoon hingga rata.
5. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam jika perlu.
6. Akhir sekali, masukkan sayur taugeh dan kacau sebentar aje.
*_*Bee Hoon Goreng*


salam ziarah,
ReplyDeletesedap nampak resepi.Akan cuba bila nak masak bihun lain kali.
sedapnya bihun goreng...mas pun selalu buat....nak sikit...
ReplyDeletelama dah tak buat mee hoon goreng.Teringin lah pulak....
ReplyDeletesalam nur...ima suka bee hoon goreng...ermm sedapnya...
ReplyDelete