Salam semua, sebelum Nur teruskan untuk update blog ini...Nur ingin meminta maaf kerana tidak sempat untuk menjawab pesan yang ditinggalkan di CBox, namun begitu Nur pasti akan buat kunjungan balas....maaf ya!
Hari ini Nur masak lauk ayam kurma...dah lama betul tak masak lauk ini....teringat Nur dulu arwah nenek saudara Nur suka masak lauk kurma waktu pagi raya....sedap lauknya dan dipadankan dengan nasi minyak yang sedap sekali...kalau tahu dulu Nur tanya apakah rahsia resipi dia? Hmmm rugi gitu tapi waktu itu Nur masih budak-budak, mana lah tahu tentang memasak ni...hehe....
Nur masak pagi-pagi tapi satu orang pun tak ada dirumah...boring ahh...anak bongsu Nur pun balik lambat hari ini...yang sulung pergi shooting...sorang-sorang terasa boring jugak...mesti nak keluar kejap nanti.
Ayam Kurma
~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
1 ekor ayam dicuci bersih dan dipotong sepuluh
5 sudu besar rempah kurma dibancuh dengan sedikit air
2 biji bawang besar dikisar
4 biji bawang putih dikisar
4-5 biji hijau dikisar
1 1/2 inci halia dikisar
1 batang lobak merah dipotong kecil dalam dua inci.
2 atau 3 biji buah tomato dibelah empat.
1 mangkuk kecil santan pekat digaul dengan sedikit asam jawa
minyak sapi atau minyak biasa untuk menumis
Bahan untuk menumis
~~~~~~~~~~~~~~~
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 kuntum buah pelaga
3 biji bawang dihiris halus untuk menumis
2 biji cili hijau dibelah dua
2 biji cili merah dibelah dua
Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Panaskan minyak sapi, masukkan kayu manis, cengkih, pelaga dan dikacau sebentar. Masukkan bawang kecil, cili hijau, cili merah dan ditumis hingga naik bau.
2. Masukkan rempah kurma dan dikacau rata. Tumis hingga naik minyak. Masukkan ayam dan dikacau rata.
Masukkan secukup air. (Jangan terlalu banyak, agak-agak aje).
3. Biarkan ayam masak sebentar dengan api perlahan. Masukkan lobak merah dan biarkan masak sebentar. Masukkan kentang, santan pekat dan kacau perlahan-lahan. Masukkan garam secukup rasa. Bila lobak merah dan kentang sudah empuk matikan api. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dibelah empat.
Kacang Panjang
~~~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~~
300 gm kacang panjang dipotong kecil
1 biji bawang dihiris nipis
2 biji bawang putih dihiris nipis
2 batang cili kering dipotong dua
1/2 sudu teh kunyit
sedikit daun kari
1 sudu teh rempah tumis
sedikit air
Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Panaskan minyak, masukkan cili kering dan tumis hingga wangi. Masukkan bawang hiris dan tumis hingga naik wangi. Masukkan bawang putih dan tumis lagi. Masukkan daun kari, biarkan hingga naik baunya. Masukkan rempah tumis dan kacau sebentar.
2. Masukkan kacang panjang dan kacau rata. Masukkan kunyit dan kacau rata. Masukkan sedikit air, biarkan kacang panjang empuk. Perasakan dengan secukup garam.








salam kak...bkn main menyelerakn ayam kurma akak tue..klu depan mata leh geget2..hikhik
ReplyDeleteslm k'Nur....sedapp ni,lauk kegemaran anak2 ida.
ReplyDeletesalam k.nur
ReplyDeletekurma tuh..lama dah x buat..bila tgk akak masak kurma..tringin lah plak...
salam knur, sedap betul lauk knur hari ni ya..kena pulak dengan kacang panjang tu..ada lagi tak knur, nak datang malam2 ni..hehe
ReplyDeletesalam..akak dah ambil resepi ayam panggang maghribi tu..insyallah nak buat hari ni..
ReplyDeleteanak gi shooting..artis ker?
SEDAP2 LAUK PAUK ARI NIH...TRUS KELAPARAN TAUUU..
ReplyDeleteakk ni..kalo la saya jadik anak akk..sure bertambah jarum timbang tu..akk masak sumanya best2!!!!
ReplyDeletealamak.. penuh meja ni..
ReplyDeleteSalam Nur, lama tak masak kurma ini, sedapnya...
ReplyDelete