Friday, May 14, 2010

*_*Roti John*_*

Roti John

Salam semua, pertama kali Nur ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih pada rakan-rakan bloggers yang telah memberi pendapat serta nasihat. Alhamdulilah, kemarahan Nur tak sampai kemana pun masih boleh beristifar lagi...kalau Nur nak cerita panjang pulak, so Nur pendekkan saja...ini bukan kali pertama dia buat seperti ini, dulu masih term 1 pun begitu...so hopefully dia akan berubah...dia beritau Nur begini "Kak, I apologise to you, I didn't do it on purpose." Hai Nur pun tak mau bertanya banyak cuma berharap tak akan terjadi lagi...kerana tak semua parents melayu yang tak perdulikan pelajaran anak2 dan tak berani ketengah! Feedback dari anak Nur dia seorang guru yg baik dan sygkan murid2 perempuan sebab yg lelaki nakal2 belaka...hihi...nama nya budak2 kan!cuma sekarang principle nak more information dari Nur...ini yang Nur cair nak beritau duduk perkara yg sebenar nya setelah berkali2 dia minta maaf. Feeback terakhir dari anak Nur dia kata "Ma, Mr. Z***** promised to bring us to the lab, to do some experiments tapi tak ada pun." tengok tu..anak murid pun tau jugak...susah lah gini kan.Ok lah Nur berhenti pasal cita Mr Z ini la...Nur pun sibuk juga hari ini, sebentar lagi nak ke Raffles Clinic pulak nak ambil my medication...kesian kan aku ni...mcm2 nak kena tempuh. Ok hari ini Nur sarapan Roti John, resipi dari Hana seperti biasa Knur C & P aje.

Roti John
~~~~~~~

Bahan-bahan
~~~~~~~~~
* 150g daging cincang
* 1/2 biji bawang besar - potong dadu kecil
* 1 sudu kecil serbuk kari
* Carrot@kentang - (optional) - potong dadu kecil
* garam
* 2 biji telur
* daun sup - cincang halus
* minyak@butter
* Roti Hotdog (roti putih boleh juga)
* Sos Cili@Tomato dan mayonis

Cara-cara
~~~~~~~

* Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan daging dan carrot@kentang. Masukkan skali kari yang dibancuh dengan sedikit air. Perasakan dengan garam. Masak hingga agak kering.
* Mangkuk lain, kocok2kan telur, masukkan daging tadi dan juga daun sup. Kacau.
* Panaskan butter@minyak sedikit ke dalam kuali. Tuang telur dan daging tadi. Belah roti tak putus dan letak di atas telur. Jika menggunakan kuali besar leh wat banyak sekaligus. Tak perlu balik2kan. Bila telur dah masak, angkat terus roti dari kuali.
* Paipkan sos dan juga mayonis. Bleh juga jika ingin buh salad atau sebagainya. Kemudian katup smula roti tuh. Potong dan siap dihidang.


RotiJohn

4 comments:

  1. Salam kak nur!! ada lagi takkkkkkk roti john itewwww..kita nak buat tp nak kena buat hotdog bun dulu huhuhu.. sedapnyer! uuwaaaa..nak makan skrg jugak!!!!!! :-(

    ReplyDelete
  2. Salam KakNur...sihat kaaa...
    i sihat, internet jer x sihat...asik error jer..tu psl x upload new entry...
    sedap roti john kaknur..kalo dkt, dgn x malu i mntk seketul...heheh

    ReplyDelete
  3. semoga masalah Cikgu Z ni selesailah demi kebaikan anak2 murid!! nur pun take care jgn sbb Cikgu Z, awak pulak yg sakit!

    ReplyDelete
  4. Kak Nur....rumah ku hotdog ni malam...meh kasi kita sebijik roti john...kita masih boleh isi lagi nih...:)

    ReplyDelete