Selamat petang semua, baru sebentar tadi hujan sekejap...dengar juga ada guruh sebentar...bila dah masuk bilik semua dah tertutup tak tau pulak cuaca diluar...rasa-rasanya hujan dah berhenti...hari ini Nur upload menu yang tertunda...hari ini Nur masak sup fishball berserta ngan sambal ikan kerisik...dah lama tak masak sambal bertambah pula dua pinggan...huiii tak ingat diet pun...buat bodoh sudah!
Ini lah lauk Nur dua beranak untuk hari ini...jadi lah dari asyik makan diluar baik Nur masak kan sesekali. Resipi Nasi ayam Chef Wan ni, terakhir sekali Nur masak rasa nya tahun 2000...lama kan...teringat waktu tu Nur makan bersama kawan baik Nur yang Nur kenal sejak habis sekolah menengah empat dulu...dah lama tu...sekarang dah tinggal kenangan saja.

Nasi Ayam Chef Wan
Bahan-Bahan Untuk Nasi
1/2 cawan majerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2 cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus
3 ulas bawang putih, dikupas dan dicincang halus-halus
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan, disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras butir panjang, dicuci dan dituskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam dan sedikit garam
Cara-Cara
1. Cairkan marjerin didalam periuk panas dan tumis
bawang besar, halia, bawang putih,kulit kayu manis,
bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
2. Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan
ayam dan perasakan dengan garam. Masak sehingga
cecair terserap dan kecilkan api.
3. Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.
Cara menyediakan ayam
1 ekor ayam berat nya dalam 1.5 kg, dibersihkan
dan dibelah dua
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2 cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin

Cara-Cara
1. Lumur ayam dengan garam, lada hitam, halia,
bawang putih dan kicap. Lumur pula dengar marjerin.
Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.
2. Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan
pada 180 darjah celsius selama 30-40 minit sehingga masak.
3. Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

************************************

Salam kak nur!!! kita dah dtg niiii..alaaaaa..sedapnyer nasi ayam!kita mmg suke nasi ayam, ni yg terasa nak buat lagi ni weekend lah nanti, suke nasik ayam! hihihi... nak mkn sama2 dgn akak tau! ;-)
ReplyDeletesedapnya nurrr!!! ain ni belum lunch lg ni wlupun dh kol 6. makin lapar bila nmpak ns ayam cef wan nur ni!
ReplyDeletesalam nur...wahhh nasi ayam...kalau anak2 dan hubby ima memang suka nasi ayam...tapi kenapalah tekak ima ni tak boleh nak telan nasi ayam...sejak dulu dan kini...itulah tak pernah masak sendiri...
ReplyDeletesalam kak nur,
ReplyDeletecantiknya ayam tu kak. best sungguh buat satu set gini kan kak? senang keje... hihihi
Uish, mengancam nasi ayam tuh kak!!! Love lapar sangatttttttttttt! ;)
ReplyDeleteSalam k.Nur.. mengoda betul lah nasik ayam tu.. terutama part ayam tu.. asyik fail jer nak buat ayam rupa gitu..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. Kak..minta hare recipe ini..saya dah cuba dan memang menjadi. Anak2 makan bertambah2..thanks!
ReplyDeleteSalam Lebaran...singgah sini nak mencuba resepi nasi ayam Chef Wan
ReplyDeletealhamdulilah, ini kali yang ke-8 permintaan suami minta saya masak mengikut resepi... suami sungguh berkenaan... alhamdulilah dari awal sehingga yang ke-8 ini, resepi ini tetap menjadi pilihan saya... terima kasih
ReplyDeletealhamdulilah, setakat kali yang ke 8 ini kak ikut resepi chef wan, alhamdulilah,saya dan suami sungguh puas hati. terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ilasyamriana
Deleteterima kasih sudi singgah ke blog yg tk seberapa ini...alhamdulilah jika
menepati citarasa anda sekeluarga dn terima kasih sudi mencuba...tidak
ketinggalan juga terima kasih pada Chef Wan yg telah berkongsi resepi yg
popular ini di blog kak Nur.Terima kasih sekali lagi sudi meninggalkan
jejak dik.Hope to see you again.
Salam Nuridah
ReplyDeleteSo glad you are back to blogging. Welcome come back.
Amni