Tuesday, April 20, 2010

*_*Nasi Pilau Udang*_*

Nasi PilauUdang

Selamat pagi, hari ini pagi-pagi dah update blog sebab nanti bila anak Nur pulang dari sekolah nak kena ngadap dia...kalau tidak tak boleh jadi...lemak dia bertambah...huhuhu...menu hari ini bukan Nur baru masak ya...sebenarnya minggu lepas, hari Jumaat yang lalu...tak sempat nak update...hihi. Terlupa pula Nur nak ambil gambar Pilau Udang....hmmm as we age banyak pula yang suka lupa-lupa....hihi....betul ke tu?? Lauk ini Nur kenakan dengan Daging Masak Merah lagi, serta Acar Mangga sebab requested by my hubby . Mangga nya pula dah masak sangat jadi berair sedikit. Yang important pasti habisss.


Pilau Udang
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~

500 gm udang besar dibuang kepala dan kulitnya serta urat-uratnya
1 biji bawang besar dihiris halus
sedikit minyak untuk menumis

Bahan Kisar
~~~~~~~~~
1 biji bawang besar
2 batang lada hijau
1 batang lada merah
1 ulas bawang putih
1/2 ini halia
2 tangkai daun ketumbar
1 biji tomato kecil
1 sudumakan serbuk lada
1 sudumakan serbuk ketumbar
1 camcateh serbuk kunyit
garam secukup rasa
air perahan limau daripada 1/2 biji limau kuning

Nasi Pilau Udang

Cara-Cara
~~~~~~~

1. Panaskan minyak, masukkan bawang. Bila bawang nya sudah
garing, masukkan bahan-bahan kisar dan garam.

2. Dikacau rata. Perahkan air limau, kemudian masukkan udang
setelah bangkit bau bahan tumis.

3. Dimasak lagi atas api sederhana hingga kuahnya pekat.


Nasi Pilau

Cara Menyediakan nasinya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~
500 gm beras basmathi dicuci dan ditoskan
sedikit minyak sapi

Bahan untuk ditumis
~~~~~~~~~~~~~~~
1 biji bawang dihiris halus
4 kunutm bunga cengkih
4 biji buah pelaga
1 kerat kayu manis dalam 3cm panjang

Bahan Kisar
~~~~~~~~~
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 1/2 cawan air
sedikit air mawar untuk mewangikan nasi
sedikit garam
sedikit perwarna kuning

Acar Mangga

Cara Membuatnya

~~~~~~~~~~~~~~
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan untuk ditumis.

2. Apabila bawang nya telah layu, tambahkan air, air mawar dan
garam.

3. Bila airnya mendidih, masukkan beras, ditutup dan dimasak.

4. Bila nasi mula kering, bubuh sedikit pewarna pada nasi itu.

5. Renih selama lima minit. Kemudian masukkan udang yang telah
dimasak dengan rempahnya sekali. Biarkan udang tertutup dengan nasi.

6. Masak hingga wap mulai meluap dari periuk, kacau nasinya supaya
bercampur dengan bahan pewarna. Masak hingga nasinya tanak.


********************Photobucket********************


Resipi ~ Dari Dapur Zarina.

7 comments:

  1. Selamat pagi akak ku cayangggg!!! he he..kita mc ni ari...tapi tak leh tido ..pepagi dah tercelik..ish ish..kak nur..mango salad tu bubuh mango, bawang, tomato and apa lagi ek??kita nak try la..nak ratah..

    ReplyDelete
  2. salam nur...kita dtg nak mengendeng nasi pilau udang tu...rupanya sudah habis ye...jamu mata jelah...hehe

    ReplyDelete
  3. salam kak Nur,
    Wah, meriahnya ada nasi pilau udang... uish, laparnya saya nengok nasi nih. :)

    ReplyDelete
  4. sedapnyer akak.. buleh buat x utk tie & irah.. hr nih besday irah 3 thn...

    ReplyDelete
  5. nmpak sedappppppp, teeringin nk cuba. anyway, kena tunggu anak2 balik dr hostel baru ade yg habiskan... hehe

    ReplyDelete
  6. Wah Nur, sedapnya nasi pilau udang tu complete dgn acar lagi...

    ReplyDelete
  7. Hi,

    I run a cooking topsite at http://easybreezyrecipes.gotop100.com , which is PR3, and was wondering if you would be interested in exchanging links with it. It will help increase traffic to your site as well as mine, and will provide a relevant link to your site. If you are interested, go to http://easybreezyrecipes.gotop100.com and click on “Add Your Site” located at the top of the page.

    Thank you for your time and consideration,
    Reggie

    P.S. I would also be open to exchanging links with my main site www.easybreezyrecipes.com which is PR4. If interested, send me an email.

    ReplyDelete