Wednesday, March 17, 2010

*_*Ikan Pesmol*_*

IkanPesmol

Salam semua, minggu ini musim cuti sekolah disini...hanya seminggu saja....Nur minta maaf kerana belum sempat nak ziarah blog kawan-kawan, sibuk gitu....banyak urusan yang nak diuruskan...nanti bila free Nur akan kunjungi anda semua....love u all. Kali ini Nur ingin Berkongsi resipi dari Chef terkenal 'Chef Wan'...memang sedap resipi ini...dah menjadi menu kami sekeluarga.


Ikan Pesmol
~~~~~~~~~

Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~


1 ekor ikan siakap dibersihkan
garam, lada hitam yang baru dikisar
1 batang serai dititik
2 cm lengkuas dititik
10 tangkai cili padi
2 helai daun limau purut
2 helai daun salam
2 cawan santan pekat
air perahan daripada 1 biji limau nipis
gula

Bahan Kisar
~~~~~~~~~


5 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
10 biji buah keras
1/2 sudu teh kunyit serbuk
2.5 cm halia


ikan pesmol

Cara-Cara

~~~~~~~

1. Lumurkan ikan dengan garam dan lada hitam. Goreng ikan dengan
minyak yang penuh sehingga garing.

2. Panaskan 3 sudu minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi.

3. Masukkan serai dan lengkuas. Tambah cili padi, daun limau purut dan daun salam.
Kacau rata-rata.

4. Masukkan santan dan renihkan sehingga kuah memekat. Perasakan dengan air limau nipis, garam dan gula.

5. Tuang kuah ke atas ikan goreng dan hidang segera.


*****************Photobucket****************

2 comments:

  1. SEDAP NIHH...DPT TANG KAPLA PUN JADI LER....

    ReplyDelete
  2. nampakpun sedap sgt ikan tu kaknur.. sy pun ada buku chef wan tu, sllu duk nmpk resepini tp xpernah terpk nak cuba. k.nur kata sedap bulehla sy cuba nanti.
    btw, ikan k.nur tu besar betul yer, mesti puas makan anak beranak.

    ReplyDelete