Friday, February 5, 2010

*_*Apam Salju*_*

ApamSalju

Salam semua, apammmm lagi! Jangan ada yang jemu tengok apam lagi....semenjak dua menjak ni memang asyik mengukus apam aje....paling suka makan apam....apam salju@tukaz ini memang sedap dan lembut.....dari zaman berfotopage dah pernah tengok kawan2 buat apam, waktu itu cuma tengok saje belum berminat nak buat...hihi....resipi ini nur dapatkan dari salah seorang blogger tapi lupa siapa ni?? Minta maaf banyak-banyak. Apa-apa pun terima kasih yang tidak terhingga kerana berkongsi resipi apam yang sedap ini!
Hubby pun kata sedap....selalu dia lah yang suka beri komen yang negative.....hihi...tak rugi mencuba.



Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~

2 cwn nasi
2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 cwn brown sugar
3/4 cwn gula pasir (dua2 gula pasir pun takpe)
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam


ApamSalju

Cara-cara
~~~~~~~

1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit,
blend sampai halus)


2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya
dan blend sehingga sebati.


3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.


4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung.
Kacau sehingga sebati.


5. Perap selama 3 jam.


6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.


7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.


8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..


9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam
atau enak dimakan begitu saja.




beehoon goreng

Ini sarapan kami sekeluarga buat pagi ini selain dari apam....jemput sarapan semua....

4 comments:

  1. pg td we a;; mkn kuih apam gak. versi beli je lah. nak buat..tak terdaya!!hehe

    ReplyDelete
  2. Aisey, breakfast time is over...I'm here for lunch. hehehe, ada lagi kak??? Nakkkk :)

    ReplyDelete
  3. kak nur...hubby akk suka bg komen -ve yer, samalh kita kak..sob3..
    klu dia puji tu mknanya mmg betul2 sedaplah tu kn..
    klu xsilap apam salju tukaz kot ni, sbb nma tukaz tu yg sy ingatla..klu slh minta maaf..

    ReplyDelete
  4. Nak tanyala, guna nasi yg baru msk atau lebihan semalam, yg mana elok.
    Kalau takde acuan kecil guna loyang okey tak?
    Mana sedap apam salju atau apam eno.

    ReplyDelete